Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Tuesday, June 23, 2009

JOM TENGOK POKOK

Ente jangan risau lah Syawal.... Ana boleh tunjuk ente satu perkara... Jom kita tengok kat luar.
Itu....nampak tak itu pokok yang besar tu.... haa pokok apa.....

Itu saya tau lah.... Itu pokok pulammmmm....
Bukan..... pelam
Tengok yang bawah nie....

Itu saya tau lah.... Itu pokok scillieee.......

Pokok Cili.........tengok itu dia dah nak berbuah....
Ha..... yang sana pulak?????

Itu saya tau lah..... breenndiiiii....

Bukan.... bendiiii.....

Ente banyak pandai lah....... tak apalah, kambing pun x ada, x apalah.... kita boleh jual sayur2 ini lah....... ente betul2 pandai lah... pandai lah.........

Monday, June 22, 2009

Kad Hari Bapa Afiq

HAI PAPA..... Amat ari papa tok papa yan adik cayang...........eemmmmph!
Inilah rahsia kamar suamiku.... ooo.... dia tampal kad tu disini.....
Jom kita tengok kekemasan tulisan Afiq....... Jom ZOOOM..........

Inilah hasilnya dari kekreatifan anak sulungku.. Afiq(belah kiri) je lah....
Yang kanan tu mak dia punye keje......
Nie pulak kekreatifan bapak dia.........pokok bendi... dah buah tau!....

Inilah buah hatiku.... tengah wat per tu kat work mama??????

Sunday, June 21, 2009

Majlis Perpisahan, Hari Bapa dan Hari Terbuka

Pada Jumaat yang lalu, Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah mengadakan majlis perpisahan buat Staf yang berjaya memohon....(melanjutkan pengajian, berpindah dan kenaikan pangkat).
Antara yang diraikan:
1.Pn.Fadzillah Md Yusuf - Berpindah dan kenaikan pangkat ke KK Tebrau
2.Pn. Siti Hajar - Berpindah ke KK Tjg Piai
3. Pn. Hanifah - Melanjutkan phd
4. Pn. Anizah - Melanjutkan phd
Pada semua rakan2, tahniahku ucapkan. Semoga permulaan hari ini akan membuahkan kejayaan yang gemilang pada masa akan datang.......
Hari ini, 21 Jun 2009 (Ahad) merupakan hari bapa... Buat ayah tersayang, Hj Suleiman Bin Hj Omar, anakanda mengucapkan Selamat Hari Bapa. Anakanda terlalu sayang pada ayahnda dan anakanda mengucapkan ribuan terima kasih kerana membesarkan anakanda dengan penuh kasih dan sayangmu.... Pengorbananmu kusanjungi, keperitan dan kesusahanmu dalam membesarkanmu demi memenuhi kehendak anak2mu yang tidak pernah mengenal erti kesusahan demi mencari rezeki yang halal.... terima kasih abah.....suatu ketika dulu, apa yang as tahu hanya minta.. minta..dan terus meminta...... maafkan as abah. as tahu as terlalu banyak menyusahkan abah. Moga Allah jua yang membalas jasa abah....'Ya Allah, kau panjangkanlah usia abahku, kau limpahilah rezeki padanya, kau berikannya kesihatan, kau kasihanilah bapaku seperti mana mereka mengasihiku ketika aku kecil... Kau rahmatilah ibubapaku, kau peliharalah mereka dan kau lindungilah mereka ya Allah......seseungguhnya engkau yang maha mengetahui bahawa aku terlalu sayangkan mereka... makbulkanlah permintaan hambamu ini ya Allah'.
Buat anakku Afiq, papa dan mama juga terlalu sayang padamu dan adik. Moga kalian menjadi anak yang soleh dan berguna kepada agama, masyarakat dan negara. Belajarlah rajin2, tiada apa yang mama harapkan melainkan kejayaan darimu sayang...... Mama sentiasa mendoakan anak2 mama agar sentiasa sihat, menjadi anak yang pintar, anak yang cerdas dan sentiasa ingat bahawa mama ingin melihat anak mama sentiasa menjadi anak yang soleh dan bijak dalam mengharungi kehidupan di bumi Allah ini.
Hari ini mama dan papa ke sekolah abang untuk berjumpa ustazah dalam membincangkan keputusan peperiksaan dan hal2 sekolah. Walaupun abang tidak mendapat apa yang mama harapkan, namun kegagalan hari ini bukan bermakna akan gagal selama-lamanya. Mama harap, Allah bukakan hati abang untuk minat belajar dan sentiasa terang hari dalam menimba ilmu. Semoga, peperiksaan akan datang akan ada peningkatan untuk abang dan seterusnya abang menjadi anak yang bijak dalam segala bidang yang abang ceburi....Tak mengapalah sayang, mama tak marah tapi abang kena tunjukkan kesungguhan abang dalam pelajaran yea sayang... mmmm.. ustazah pun ada cakap... abang kena lebih serius dan jangan banyak bermain didalan kelas.... dengar tuh!......Gambar2 nie adalah gambar atas gambar.. gambar kat sekolah ditampal, so kami ambil semula gambar nie......Emmm, gambar Afiq tengah periksa..... gambar potong kek...emmm, bagus sekolah nie... Membimbing sosialisasi anakku menjadi insan yang berguna...Sekarang pun Afiq dah banyak berubah.. lebih berani, pandai membaca, pandai solat, mengaji dsb... Tahniah Tadika At-Taufiq... InsyaAllah Azim juga akan ku hantar disini...

Tuesday, June 16, 2009

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN

PERMAINAN DI JUSCO PERMAS JAYA



PAMERAN DI JUBLI INTAN MERSING




MAJLIS PERKAHWINAN MY X-CLASSMATE SEKOLAH MENENGAH SEMENCHU

MAJLIS PERTUNANGAN SEPUPU - AIN



KETENANGAN DI TELUK SENGAT




KURSUS PPK

Pada 8 hingga 12 Jun yang lalu, aku terpaksa meninggalkan keluarga tersayang... suami dan anak-anak kerana berkursus pengaturcaraan C++ di Carlton Holiday Hotel Shah Alam. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana mendapat kursus ini kerana aku terlalu inginkan kursus ini yang mana ia merupakan ilmu yang berkaitan dengan P&P ku.....(waaa.... exited nak berkursus). Aku ke sana pada jam 9.00 pg dari PJB dan sampai di Shah Alam lebih kurang jam 2.00 petang. tetapi!...oleh kerana kesesatan kami sampai di Hotel jam 3.00 ptg..... Sampai jer disana, pada hari pertama aku ke Plaza Alam Central dan Kompleks PKNS. Then, hari kedua, aku just ke TESCO sebelah hotel kami jer... Hari ketiga pula, aku ke Maiden Subang dengan anak saudaraku dan Kak Ju.....Hari keempat aku just dok Hotel kononnya study lah coz esok ada test.....(emmm, nie nak berkursus ke berjalan nie?....)... Ala, sambil2 berkursus kita berjalanlah.... dapat 2 perkara dalam satu masa....tapi.. agak penat lah coz x rehat pun.....
Sampailah hari Jumaat aku berkursus selama seminggu.... apa lagi.. seronoklah aku dapat balik jumpa anak2 yang dirindui (alamak!.. jiwang pulak!). Kemudian, pada hari Sabtu dan Ahadnya pula aku sekali lagi terpaksa meninggalkan anak2ku coz bertugas di Mersing sekali lagi.....(cian anak2ku kerana ditinggalkan)... Buat Afiq dan Azim, nanti ada masa mama dan papa bawak jalan2 lagi yea sayang.... bukan mama suka meninggalkan kalian, tetapi urusan kerja yang memaksa mama dan papa keluar untuk mencari rezeki yang halal.....


Thursday, May 21, 2009

Plaza Angsana



Azim, anak kecilku posing kat kedai kamera tu......

Ni pulak... Bapak dengan anak sulung dia pulak.....

Gambar nie tukang kedai tu yang ambil tau!... Peminat Afiq....

Hampir sebulan yang lalu, kami sekeluarga telah berjalan2 ke Plaza Angsana..(melayan kehendak anak sulungku) kerana esoknya mereka dua beradik akan kami tinggalkan atas urusan kerja Kerjaya di Sekolah Menegnah di Mersing... (Ada Pemeran). So, sebelum kami meninggalkan anak2 tersayang, kami telah berjalan2 di Plaza Angsana, JB. Saje2 jer jalan-jalan... masa tu hari Selasa.. balik kerja kai terus kesana.. Emm, jalan kat Highway masa tu .. aduh.. macam nak patah balik jer rasa.. jeemmmm... Tapi, kerana anak tersayang.. kami tabahkan hati untuk mengikut kehendaknya... Kami keluar rumah jam 6.15 ptg... sampai di Angsana pukul 8.00 malam... penat jugak merempuh jam di highway tadi....
Sampai diAngsana, kami makan Yong Tauhu... (ala2 mengidam lah aku nie). Aku yang teringin sangat coz dah lama tak makan Yong Tauhu.....Laki aku ikut jer.. maklumlah isteri dia yang nak belanja malam tu... suka lah dia....Lepas makan tu, aku dan anak2 ke Badan Book Store.. Belilah sikit buku... (sikit2 pun RM100) jugak... buku aku sebuah, afiq berbuah2 dan ucu iki dia.... Em.. banyak dah buku aku belikan untuk anak sulung aku sorang nie, tapi... entah buku tu last2 kemana aku pun tak tahu!.....
di Mama Chop Papa Grill
Lepas tu , kami ke kedai kamera.. konon nak survey harga... last2 terbeli jugak...(maklumlah ada kad kredit!....) manfaatkan ler kad tu..... Afiq dah excited dapat kamera baru... then, kami ke mama chop papa grill..... belanja suami dan anak2ku... Maklumlah Celebrate Birthday laki aku.....Happy Birhday papa... Semoga panjang umur, dilimpah ruahkan rezeki dan sentiasa sihat walafiat selalu................... Lepas tu, apa lagi... jam pun dah pukul 11.00, kami pun balikkk.... emm, sampai rumah pun hampir kul 12.00. Esok pagi2 kul 5.00 dah nak ke Mersing menjalankan tanggungjawab seterusnya............... penattttt.........


Menjalankan tugas............di Mersing

Wednesday, May 20, 2009

Berkenalan Dengan Keluargaku

Ini merupakan gambar ketika meraikan sambutan hari keluargaku 2 tahun lepas. Lazimnya kami akan mengadakan sambutan "Hari Keluarga Hj.Omar" pada hari ke-2 Aidilfitri setiap 2 tahun sekali. Ini bermakna pada tahun ini juga sambutan akan diadakan. Hari keluarga ini telah dijalankan lebih rasanya 10 tahun yang lalu.... Masa tu, atok Hj Omar nie ada lagi dan sihat..... Sambutan kali pertama diadakan kalau tak silap aku, dirumah atok kat sengkang.... Masa tu arwah atuk ada dan sihat lagi...... Aku sayang kat atok... sebab dia pun amat sayang anak dan cucu-cucunya..... Semoga arwah atok damai disana dan dilindungi Allah selalu...... kalau x silap aku, rumah yang dah buat hari keluarga ni..... rumah atok, pak long, pak uda 2x, cik embong, mak hitam.... then kat umah abah dan selepas nie (tahun nie) rumah Pak busu kat KL......Maknanya, hari keluarga ni dah dilaksanakan lebih kurang 16 tahun yang lalu... emmm satu masa yang lama tu......
Aku rasa, program nie amat bagus sekali. Maklumlah bukan selalu kita boleh berjumpa saudara mara yang jauh kan untuk bersatu.... kalau tak buat majlis macam ni, lagi susah nak kenal sedara..... keluarga Hj.Omar ni memang keluarga besar. Maklumlah, anak jer ada 10 orang... Cucu lagi... cicit lagi... emmm ramai... Nak ambil gambar semua pun tak boleh coz tak muat... tengoklah nie.... Sekeping gambo kat atas nie just untuk keluarga aku jer.... So, kalau ada 10 beradik?..... berapa ramai ahli keluarga kami??????
Dua tahun lepas, majlis ini diraikan di rumah abah kat Kota Tinggi.. Alhamdulillah semua datang... (lagipun memang diwajibkan hadir). Sambutan amat meriah.. syukur... ini pun mungkin kerana persediaan yang kami laksanakan setahun lebih awal... bayangkanlah... (macam nak buat kenduri kawin!...)... Kami dah bahagi2kan tugas, yang tempah banner, yang buat kad, yang beli hadiah, yang beli baju, yang buat program, yang jadi chef, yang jadi penyambut tetapi, PA sistem.... dan macam2 lagi lah... Tahniah buat suamiku kerana berjaya menjadi pengacara yang terbaik...(emm.. rasanya Aznil pun kalah.... nie pun sebab laki aku jadik lecturer, kalau x mesti dah glamer satu dunia kenal ...apai...)....Terima kasih sayang coz membantu keluargaku... (maklumlah semua adik-beradikku perempuan....pemalu pulak tu!...).Pada ipar-iparku semua jua.. terima kasih yang ter..amat banyak kerana mebantu mak dan abah... Jasa kalian, semoga Allah jua yang membantu.....

( Adik beradik abah = Anak Hj Omar )
Abah = Pak Ngah (Baju Hijau Duduk)

( Bertungkus lumus maraikan majlis... emmm yang belakang tu Avanza kami!...)

Merewang dimalam hari.....untuk majlis hari esok.........


Duit raya!... Duit raya!... ambil sini... beratur......


Cukur jambul anak kecil ku, Azim..... So cute!....

Tahun ini pulak akan diadakan di rumah pak busu... Kuala Lumpur. Ari tu, dia minta kami send kan gambar dan maklumat pribadi.. Alhamdulillah, kami dah settlekan. Tak tau lah nak buat buku atau apa?.. mesti suprise majlis tu kan... dan surat ari tu pun kata penginapan disediakan... emmm buat kat mana tu yerk?.... Anyway, semoga majlis berjalan lancar dan ini merupakan contoh program yang baik untuk kita lakukan untuk keluarga kita..... kerana ia boleh menjalinkan ukwah antara kita.....

Wednesday, May 13, 2009

Kasihnya Ibu

Kasihnya Ibu..... membawa ke syurga... kasihnya saudara.. masa berada......

Terharu tengok gambo nie bila baca surat khabar hari ini..... tengoklah betapa kasihnya Ibu kita kepada kita, walaupun seburuk mana kita.... dia tetap menemani kita hingga akhir hayatnya... Tapi kita sebagai seorang anak belum tentu boleh menemani hidupnya...... oh ibu.... sesungguhnya anakmu ini amat menyayangimu... Selamat hari ibu buat semua ibu-ibu... Semoga kita menjadi ibu yang penyayang, mengasihi dan sentiasa menemani anak-anaknya......

Jom tengok gambo2.........