Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Wednesday, April 17, 2013

Kami rindu kamu.....



Pengalaman papa di Luar Negara....



Singapura
Lake Toupu, New Zealand
Pulau Penyengat, Indonesia
Pulau Batam, Indonesia
Bandung, Indonesia
Medan, Indonesia
Semarang, Indonesia
Jogjakarta, Indonesia
Guangzhou, China
Christchurch, New Zealand

Cambodia

Thailand
Madinah, Arab Saudi
Jeddah, Arab Saudi
Mekah, arab Saudi
Perth, Australia
Tatkala kejauhan ini....  aku dan anak2 sangat merindui kamu..... Aleesya sampai cakap hari tu masa papa nak g opis kejap hari Sabtu... "Papa... jangan tinggalkan caca.....". Menangis nangis.... merayu rayu tak nak papa dia keluar..... Sebaknya hati.... manalah papa tinggalkan kamu.... papa keluar kejap je.... hu hu huuuu.... lepas nie destinasi mana pulak awak nak pergi????....

Jepun
\/
Switzerland
\/
Korea
\/
Europe

Papa.... kami rindu papa... cian Afiq tak de sapa ajar dia sejak papa sibuk.... Result pun menjunam2 jatuh..... Kalau kerja disini, balik pun lewat Margrib baru balik.... malam dah keluar balik.... Kalau tak keluar time tu papa tidur awal sebab penat.... kami faham... kami pun tak mahu kacau papa tidur.... tapi bila masa papa dengan kami.... Kasihanilah kami dan anak2... bukan nak mengeluh.... malah kami bersyukur... tetapi memadailah dan seimbangkanlah kerja dan keluarga.... kami sayang papa.... 

Semoga papa sihat2 selalu dan dilindungi Allah Taala........... Amin...



Tuesday, April 9, 2013

Dia idolaku....

Siapa???
<>
dialah
<>
Datuk Najib ke??
<>
Mentang2 tengah PRU13! Tak kuasa nak layan politik...
<>
Abestu??
<>
Tekalah siapa??...
Mestilah idola aku nie sejawatan.... seangkatan denganku!!...
<>
Apai ke?...
<>
Memang kau bijak!... semua kenal dia kan?.. 
Yup... APAI lah idola aku....

Yeah!!... dulu aku buta.... Mungkin rasa ego yang tinggi.... Mentang2 kenal lama dari belajar dulu... Dari rakan gaduh jadik kawan baik.... Dari kawan baik jadik boypren..... Dari boypren jadi tunang... Dari tunang jadi suami aku.... woisshhhhh.... tak nampak ke Apai tu memang macam tu dari AWAL perkenalanku?.... Takkan dia berubah kalau itu minatnya dari dulu.... Takkan dia berubah jika itu bakatnya dari dulu..... Urrmmm... Aku jer yang 'kadang2' kurang faham dengan dia.... atau aku nie degil semacam jer dengan dia... he he heeee....


Ingat lagi masa bujang2 dulu.... antara pilihan A, B atau C kenapa aku pilih dia?... Antara sebab2nya:
1) Baik
2) Penyayang dan Romantik
3) Sangat2 Bertanggungjawab
4) Menghormati 
5) Jujur dan Ikhlas

Iye banyak lagi ciri2 positif yang ada pada dia, sehinggakan aku tawakal menerima dia sebagai suami...... Ciri2 positif yang ada pada dia lebih banyak berbanding orang lain pada penglihatan aku... Hah, dah tu... kenapa kalau dari awal aku kenal aku masih tak faham dengan dia?... Kenapa?

Yup!... dari kenalan sebagai kawan sekelas... sehinggalah bertapa akrabnya aku dengan dia... sampaikan aku jadi postwomen dia dengan ehem ehem... sampailah aku tak suka sebab dia berlagak... sebab dia ego... sampaikan aku pernah gelar dia 'berlagak' dengan kawan2 aku... akhirnya, tak suka itu menjadi suka..... seterusnya bertukar sayang.... urrmmm semua ini ketentuan dariNya... tidak pernah aku minta malahan bersyukur dipertemukan dengan dia yang punya ciri2 suami yang aku impikan selama ini.....

Dari seorang kawan  baik... meluahkan segala masalah..... menceritakan pengalaman lalu... hampir tiada rahsia antara kami berdua.... yeah... dia seorang pelajar biasa... menjadi tokoh pelajar... akhirnya bersekolah asrama.... daripada pengawas biasa.... menjadi ketua pengawas sekolah.... pengerusi bahasa melayu.... masuk pantun kesana kemari... sehingga peringkat Negeri Johor... kemudian dilantik juga menjadi ketua asrama pelajar. Huh... macam2lah lagi yang nak dicerita.... bakat dari sekolah rendah... masuk kuiz sains... kuiz matematik.... kem sana kem sini dan rupanya2 kawan2 yang aktif disekolah aku dulu,  ramai yang telah beliau kenali dahulu.... seperti suhaila, fandi, miss, fadlee, kicek dan ramai lagi. Urrmmm.... itulah bakat dia dari kecil... hingga remaja.... hingga dewasa dan hingga kini tak pernah berubah!....

Dari ITTHO dulu.... aku mulai kenal dia sebab rakan sekelas.... Tiada langsung minat kat dia... huh!.. (Tapi sekarang tidak lagi.... jauh sangat2 minat okey!). Memang dia suka bantu pensyarah sukarela.... suka angkat barang pensyarah... suka padam whiteboard... suka angkat tangan... suka duduk depan.... suka amik hati pensyarah... semua pensyarah kenal@suka kat dia.... suka tonjol diri... (tu yang kami gelar berlagak tu... Sowy ye..). Urmmmm.... itulah dia yang ku kenali dari dulu... dan kini?....

Tetap tidak berubah.... Suka membantu semua orang..... Suka menonjolkan diri.... Sangat2 peramah sampaikan semua orang dia boleh tegur.... Semua orang dia  boleh masuk.... Rajin bekerja.... Sangat2 memahami orang2 lain.... Profesional @ tak der ler nak marah2 orang tak tentu pasal walaupun sebagai ketua!.... yang penting bagi aku dia nie memang sifat kepimpinan yang sangat2 tinggi!.... Aku suka!!!..... Sifat sabar yang ada membuatkan semua orang sangat2 menyenangi hati beliau..... Sifat ikhlas membantu membantu membuatkan kadang2 aku yang fikir beliau dibuli (sowy lagi okey!...). Tapi, beliau tidak pernah merungut.... beliau ikhlas membantu.... mungkin  sifat ini telah sebati dalam diri beliau... sebab tu beliau sangat ringan tulang membantu semua orang walaupun tanpa diminta... Very2 proud of you okey!....

Sampailah ketika aku nak ke Batu Pahat.... Beliau telah membuka pintu hati ini yang kadang2 tutup bukak..... beliau telah mencelikkan mata nie yang selalu mengantuk..... so, bukak mata macam tak bukak...... Urrmmm apapun terima kasih Apai sebab menyedarkan aku.... terima kasih sayang kerana mengambil berat akan diriku!!... Engkaulah idolaku..... 

Antara keratan akhbar dalam aktiviti beliau
Iye... beliau sangat2 hebat..... dari gred sokongan rela membantu menaikkan nama PIS ke mata dunia.... Dari program peringkat Politeknik, Peringkat Kebangsaan, Peringkat Malaysia mahupun Antarabangsa.... sekarang beliau main antarabangsa jerk.... hu hu huuu (jelezzzz nie). Siapa kalau bukan Apai?..... Dari seorang pensyarah biasa.... dari gred sokongan DH29.... boleh memangku jawatan Pegawai Pengurusan???....  Dari pensyarah biasa pernah memangku Pegawai Kaunseling...... Pegawai Perhubungan Awam .... dan kini Pegawai Sukan..... Bakat kepimpinan yang beliau ada, maka kepercayaan telah diberikan untuk memegang jawatan ini. Cemerlang dengan jawatan pemangkuan tersebut?... Oppssss course!!..... Walaupun semua itu bukan bidang beliau tetapi...... beliaulah yang menaikkan nama Politeknik! ketika bergelar Pegawai kaunseling... sekarang ada masuk paper lagi tak tentang kaunseling Politeknik?......  Kalau dulu hampir setiap bulan ada jer cerita tentang kem sana kem sini... aktiviti sana... sini... motivasi sana... sini.... huh!... Kerjaya sebagai PRO..... sibuk menjalankan promosi kerjaya.... sibuk memberi ceramah kerjaya disekolah2..... berjayakah beliau?... Sudah tentu... sebab itu sehingga kini beliau diberi kepercayaan lagi untuk melaksanakan kerja tersebut walaupun telah beralih sebagai Pegawai Sukan!... (Minggu ini beliau seminggu menjalankan promosi kerjaya Politeknik di Utara). Kerjaya Pegawai Sukan pulak? Bukan bermakna beliau yang perlu bersukan.... tetapi bagaimana komplek sukan PIS sekarang nie?. Bagaimana pengurusan kompleks sukan?... Ceria atau tidak?... Siapa yang memenangi 5s terbaik?.... dan siapa yang akan ke Australia minggu depan demi pembangunan sukan? hah... tengok sendirilah bakat yang beliau ada.... Bukan nak memuji suami... tetapi aku ingin memuji idola yang bernama APAI..... iye.... APAI yang hakikatnya pensyarah biasa... boleh melaksanakan pelbagai kerja... pelbagai pengalaman dalam kerja... bertapa untungnya bakat yang beliau ada... rezeki yang beliau ada.... Alhamdulillah...... Mungkin ada yang nak termuntah dengan statement aku nie.... sebab dia suami aku... tapi  kalau dia bukan suami aku mungkin ramai yang bersetuju dengan statement ini kan?.... Tak perlah.... ini bukan cerita suami.... tetapi bercerita tentang Idola okey!... di ulang... IDOLA...... Aku ingin menjadi sepertinya... enjoy..... walaupun kerja banyak tak merungut2 macam aku... Tak stress macam aku...... tak kelam kabut macam aku..... seronoknya kalau aku ada sifat seperti beliau..... Yeahhhhhh!!... aku mesti happy dengan kerja..... mesti happy macam beliau.... mesti ikhlas untuk menaikkan nama PIS..... mesti ikhlas membantu anak bangsa..... aku tak nak mengeluh lagi.... aku ingin semangat baru!!!... Dia pensyarah... aku juga pensyarah.... sama2 pensyarah.... Kenapa dia mampu buat.... kenapa dia boleh aku tidak boleh!... Aku mesti semangat!.... Semangat bekerja..... Semangat demi agama, bangsa dan negara.....

Aku lihat engkau sebutir permata.... Walau dicampak kemana pun engkau tetap bersinar..... Dan permata itu aku pinjam.... Semoga Allah kekalkan permata itu sehingga Akhir Hayatku.... Aminnnn.....

Kenangan Program Kerjaya Aku Yang Dulu-Dulu... boleh klik sini...


Ilmu yang boleh dikongsi bersama....











https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3evxoIZcnbMztRxQJB8sJJ8yTb2k6-EQStIk-6xmNFxo9qwQZSMVRdNHUyz5HMkzlmleAAI560FfMJdWW_yw4RJPC24wtt40dTkJswdUGRvq1HqWtRghF3EN8WmKVkuA_eF8j11JDcGg/s1600-r/a+LiTtLe+BaBy.jpg




Dingin  malam  ini  menusuk hatiku  sebelum tidur…
Bertemankan bintang dan bulan malam ini, aku bermunajat untuk mu ya Allah..
Kabur pandangan mata ditambahkan dengan celik erti  syukur….
Dalam  menerjah ilmu kerohanian yang semakin hari semakin hilang diminda ku….
Nikmat kesihatan yang aku ada hari ini, tidak akan kekal … mungkin esok lusa sudah tiada…
Bermunajat seorang diri, berzikir.. dan menangis mengalirkan air mata…
Apakah dosa aku ini terampun???
Mampukah aku mengajak rakan-rakan ku…kembali kejalan yang benar??
Diri sendiri pun tak rasa layak … apa lagi untuk mengajak rakan-rakan ku..
Aku yang sering alpa, sibuk dengan urusan duniawi…
Insaflah, insaflah…wahai diri....

Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 39 yang bermaksud :
Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sumber : Zikrihusaini.com


Masih aku ingat tatkala perjalanan kami ke Batu Pahat kelmarin.... bicara bersama si dia yang membawa seribu makna... membawa seribu pengertian.... supaya aku menginsafi diri.... Bermulanya cerita dari aku....
Aku : Abang, kalau As cakap janganlah abang terasa atau janganlah ia dijadikan semangat kerja abang menurun. As saje je nak cerita.... cerita apa As rasa sekarang nie...
Suami : Kenapa?.. cakap je lah...
Aku : As takut nak cakap tapi siapa lagi yang nak As luahkan kalau bukan abang...... Aku pun memulakan cerita apabila suami juga mendesak gara2 aku ngengada takut nak cerita....
"Abang, As kadang2 rasa malas sangat nak kerja.... rasa macam entah ngek... tak tahu nak cakap macam mana.... rasa start tahun nie As down... dengan tugas sampingan yang baru... (padahal aku sendiri yang request nak keluar dari setiausaha). Lama benar rasanya aku pegang jawatan tu... Padahal group aku okey je...  Pastu masuk group baru yang aku kurang rapat.... kerja pun rasanya lagi tak best may be sebab aku baru dengan perkara tersebut kot? Entahlah... mood kerja aku merosot betul.... Memanglah aku suka sebab dah tak jadi ketua lagi... tapi... entahlah susah nak describe macam mana dengan task baru aku tahun nie... dan aku percaya aku kena bersabar dengan task baru aku nie paling tidak pun 10 tahun kena bertahan..... ini baru 1 sem ( tak sampai pun dah mula merungut...) entahlah... kenapalah dengan aku nie.... 
Boleh tak As tak nak kerja?...". Ditambah lagi sem ini As mengajar subjek baru... fuhhhh!... nak bukak balik buku tu... dengan kepala nie yang dah berkarat... susah betul nak ingat balik semua nota2 lama.... ditambah lagi dengan frust....
Suami : frust?... frust kenapa pulak nie?.
Aku : Tu ler... Kadang2 tetiba terfikir.... berapa ramai kawan2 dah naik 44... aku nie masih duduk 29.... kerja gred 29 sama dengan 44 punya kerja... Adil ke tu? Dulu2 gred 44 nie bukan pensyarah biasa tau... Dulu dah KP... kena handle semua di jabatan... Patut dialah yang jadi ketua... bukan kita nie yang gred bawahan nie... Kalau cikgu, As dah lama dapat 32 tau... bayangkan 13 tahun kerja!!!... (Terus aku nangis sebab masih teringatkan kes aku tak dapat 32 dulu.... sedangkan SEMUA geng aku naik kecuali aku seorang... ).
Suami :
As kena banyak bersabar..... Tak baik cakap macam tu.... As seolah2 tak boleh menerima takdir.... dah lebih 5 tahun perkara tu berlaku... As masih ungkit lagi... Tak baik tau... sebaik2nya As muhasabah diri..... ini semua telah ditentukan..... As kena percaya pada Allah... Allah yang menentukan rezeki kita.... Kalau dulu tak dapat 32 mungkin ada rezeki lain yang Allah nak bagi. Janganlah cakap macam tu....
Aku : Tapi, kalau abang duduk kat tempat As abang tahulah macam mana rasanya.... 13 tahun kerja tau... masih lagi gred 29... Gred 42 ni pun masih belum sah lagi... sedih tau... Apa nak jadi dengan kita nie pun tak tahu... kalau cikgu ada badan pembela... kita nie?... Gred sokongan tapi kerja macam balaci.... ada orang pandang ke?....
Suami :
As.... As percaya pada Allah tak?... As percaya pada Qada' dan Qadar?... Kalau As tak percaya pada Qada' dan Qadar As dah berdosa tau... As kena bertaubat!.... Ingat rezeki tue Allah yang bagi... Pangkat/Gaji yang kita dapat nie Allah yang bagi..... Bukan manusia yang tentukan... Allah yang tentukan..... Janganlah ungkit lagi dengan gred 32 yang tak dapat tu... yang lepas tu sudahlah... Itu memang telah ditentukan... buat apa pun kita tak akan dapat sebab kita dah berusaha.... Surat rayuan telah dibalas.... Tetap tidak akan dapat rezeki itu... kita kena terima hakikatnya..... Doa banyak2 mudah2an Allah berikan rezeki yang melimpah ruah buat kita.... Rezeki tu ada dimana2 tapi bukan hanya dari wang ringgit!!.... Kadang2 Allah gantikan dengan nikmat kesihatan, nikmat anak2, nikmat ilmu atau apa juga yang Allah boleh gantikan ganjaran kerja kita. Cuba tengok, kita ni walaupun gred sokongan, berapa  banyak kita dapat pergi luar negara?..... Syukurlah As apa yang kita ada nie..... Rezeki kita nie Allah dah luaskan.... Tak pernah kita tak cukup makan... Tak pernah kita merunggut susah.... Syukurlah rezeki anak2.... Tak pernah tak dapat apa yang kita nak... Syukurlah apa yang Allah beri....

As kena ingat.... ada satu cerita suami isteri. Mereka nie dah lebih 10 tahun berkahwin tak dikurniakan anak. Suami/Isteri tak putus2 berdoa.... sampailah suatu hari, isteri tadi mengandung.  Gembiralah isteri bukan kepalang sebab tak malu lagi pada saudara mara dan mertua. Namun, tak lama lepas tu isteri jatuh sakit sebab kesan mengandung itu isteri tadi lumpuh kerana dia tak boleh menampung tulang belakang. Anak dalam kandungan sihat, tapi si isteri merana sakit dan tak boleh bergerak lagi.... Apa guna rupa cantik tapi tidak boleh bergerak lagi?... Semua nikmat sebagai muslimah sudah tiada gunanya lagi... Sampailah ia berubat pada seorang ustaz, kenapa dengan isteri kamu.... Apa yang telah berlaku sebenarnya?... dan suami pun berceritalah tentang anak yang di impikan.... Maka ustaz pun berkata, dan ingatlah, sebenarnya jika Allah tidak memberi sesuatu pada kita ada hikmah disebaliknya.... Kita tak tahu... Jika kita tidak redha dengan ketentuan Allah, MasyaAllah.... Allah itu maha mengetahui atas segala2nya..... As, amiklah pengajaran dari cerita ini... Syukurlah atas apa yang berlaku.... ada hikmah disebaliknya.... Kerja tetap kerja.... jangan kerja kerana gaji!....

Bila kita kerja dengan ikhlas kerana Allah.... InshaAllah kita akan hidup senang.... Rasa happy dan puas dengan kerja kita. Dulu Abang pernah juga rasa begini... tapi insaflah..... Buka hati tu luas2 dan kerjalah kerana Allah dan bukannya semata2 nak mendapatkan ganjaran gaji yang besar. Tengok sekarang nie... walaupun gaji kita kecil tapi Alhamdulillah, kita dapat apa yang kita nak.... Allah tu maha berkuasa..... jika kita buat 1 kebaikan Allah akan balas dengan 10 kebaikan pada kita.... Lagi satu As, As patut bersyukur diberi kerjaya sebagai pensyarah.... manfaatkanlah kerjaya kita sebaik mungkin. Abang bukan orang yang alim tetapi abang tetap berpegang janji Allah itu benar..... Selagi abang bernyawa... abang cuba buat yang terbaik untuk anak bangsa abang.... Mungkin selama ini As tidak tahu yang abang punya semangat patriotik yang tinggi. Sebab tu abang sanggup korbankan masa abang demi anak bangsa! Abang cuba berikan ilmu yang abang ada.... Kita kena ingat, 3 perkara yang akan kita tinggalkan apabila kita mati kelak. 1) Ilmu yang manafaat 2) Sedekah dan amal jariah dan 3) Doa dari anak2 yang soleh. Selagi abang ada kudrat nielah abang cuba sumbang yang terbaik untuk anak bangsa abang. Kalau bukan kita siapa lagi yang nak bimbing mereka.... Ingatlah... mereka itu semua manusia biasa.... mungkin hari ini mereka anak didik kita... mana tahu suatu hari nanti dialah PM kita... dan mana tahu masa tu dia akan kenang kita.... dan bagi kita rezeki.... 1 juta ke... hah kan tu namanya rezeki.... (selitkan lawak pulak kat sini... hi hi hi hiiii...). Tapi tengok, student yang nak sumbangkan abang ke Korea tue?.. ingat tak?... sebab kekangan masa dia bagi cash?... Hah tu antara rezeki yang Allah nak gantikan pada kita... Bukan nak mengharap tapi percayalah... buat baik Allah akan balas dengan kebaikan juga..... 

As.... kita tak tahu berapa lama lagi kita ada di dunia ini.... jika kita mati esok lusa... Abang nak ada sesuatu yang abang bawa nanti..... itu jer yang abang fikir sekarang nie... abang nak bagi sumbangan pada anak didik abang.... rugi kalau kita jadi pensyarah tapi tak manfaatkan peluang yang kita ada nie..... tak banyak sedikit ilmu jika dicurahkan pada mereka kita takkan rugi apa2.... Jika kita sedekahkan RM1 Allah janjikan dengan pulangan 10 kali ganda.... ingat tu.... Kita tak akan jatuh miskin bila kita bersedekah!!.... Itu janji Allah.... tengok contoh saudara mara kita yang rajin bersedekah.... Walaupun mereka tak kaya.... tapi mereka suka bersedekah... hidupnya senang... ceria..... tak de nak merungut2.... sentiasa ada jer rezekinya. Cuba tengok pulak yang berkira.... walaupun kaya Allah sempitkan rezekinya.... hidupnya tak bahagia..... tak guna harta berjuta tapi hatinya susah... tak guna kaya bila mati tak bawa apa2..... Fikirlah As..... Selagi kita hidup nie... apalagi dengan jawatan pensyarah.... manfaatkanlah hidup kita sebaik2nya... jangan nak merungut2.... Hidup  merungut nie Allah sempitkan rezekinya... (Subhanallah). Buat jer kerja kita... walaupun kita gred 29 ke... gred berapa ke.... janji ikhlas buat kerja kerana Allah!.... As akan rasa kepuasan bekerja tu nanti.....taubatlah As.... Abang tak mahu dengar As merungut lagi tentang kerja... buat kerja seikhlas hati.... Jangan fikir pasal gaji... rezeki tu ada dimana2.... Allah tu maha mengetahui..... buat je berapa banyak kebaikan yang kita buat.... bantu orang akan dapat pahala... itu janji Allah.... fikirkan jika tidak didunia ini, di Akhirat kelak Allah akan bagi ganjarannya....

Bila dengar sedikit tazkirah hari tu.... hati nie ada sedikit rasa ketenangan..... Rasa bersalah padaMu ya Allah... Mungkin aku terlupa.... Lepas dengan kata2 syukur.... Subhanallah... Aku mohon maaf padaMu Ya Allah.... Ampunilah dosa2ku Ya Allah... Mulai hari ini, aku tak akan ungkit cerita 32 yang dah tak dapat tue.... Aku percaya pada Qada' dan Qadar Allah.... Alhamdulillah aku bersyukur atas nikmat dariNya... Bersyukur atas anugerah dariNya... Terima kasih ya Allah...  Terima kasih kerana pertemukan aku dengan suami yang sangat baik untukku... Suamiku adalah idolaku.... Kenapa aku tidak sepertinya?.... 10 tahun bersama.... butakah hatiku?.... kenapa segala kebaikkan yang ada padanya tidak aku ikut?... Tidak aku contohi.... Ya Allah... Ampunilah dosa2ku dan kau terimalah segala amalanku Ya allah..... Amin Ya rabbal Alamin.....

Wednesday, April 3, 2013

Pengalaman demi pengalaman

Cerita 2

Segala pengalaman ku ini bukanlah niat untuk menunjuk2 atau menakut2kan atau apa jualah... Sekadar ingin berkongsi cerita dan pengajaran buat diriku.... Semoga tiada yang salah faham dengan hasil penulisanku ini kelak.

Actually, ketika hari pertama aku sampai di Mekah.... aku dah cuba fikirkan  jalan balik ke hotel... dalam hati berkata... okey nie... insyaAllah ingat. Bila selesai solat subuh tu aku dan mak pun keluar Masjid... keadaan memang tidak sama seperti Madinah.... terlalu ramai orang dan dalam hati berkata "Boleh ke tunggu kat tiang nie... jumpa ke abah dan suamiku nanti". Macam tu pulak difikirkan aku dek rasa kalut sebab terkejut dengan situasi yang berbeza di Madinah. Akhirnya aku telefon suami nak mintak tukar lokasi ... "tunggu hotel". Telefon tak angkat2... telefon abah... rupa2nya mereka tak bersaing.... Aku bagi mesej suruh tunggu hotel je pada mereka.....
Kami janji kat tiang ada kipas nie.... ( urmmm kira ada berapa tiang cengini? )

Dengan konfidennye aku jalan dengan mak menuju hotel.... adalah dalam 5 minit berjalan... "mak, macam lain macam jer tempat nie... patutnya dah sampai hotel kita".. dan masa tu juga suami cal tanya dimana.... dengan nada agak kesal dia kata "kenapa tak tunggu"... kemudian dengan mesejnya lagi... walaupun tidak marah tapi bunyinya macam tak best. Mungkin dalam hati marah dengan aku ke?... Mulalah rasa bersalah dan masa tu jugak terfikir... inikah balasan aku tak dengar kata suami.... "terus aku ajak mak balik masjid semula...". Sampai Masjid aku telefon suami rupa2nya dia dah sampai hotel..... Akhirnya, aku balik semula jalan kiri cari hotel.  Aku betul2 terasa bersalah dan mohon maaf jika ada menyinggung hati.... Aku pun tak sengaja.... bukan niat nak menyakiti beliau tetapi keadaan yang bersesak aku yang jadi kalut sendiri. Dengan rasa konfiden sendiri nak balik hotel last2... sesat.......  urrmmm.. walaupun dah jadi macam nie, langsung tiada rasa marah pada kami berdua.... Aku rasa kalau kat Malaysia, entah2 aku yang merajuk.... tak pun adalah yang tak kena nak buat jalan marah buat kami berdua... Tapi, alhamdulillah.... lepas jumpa tu kami makan sarapan dan rehat dibilik sama2.... Pengajaran buatku..... bila dah berjanji, tunaikanlah...... dan yang penting mesti dengar kata suami...... Syurga seorang isteri adalah disisi suaminya....  Semoga aku yang degil ini sedar dan insafi diri...... Amin.....

Cerita 3

Alang2 cerita pasal aku dan suami... nak juga share pengalaman di sana.... Actually, aku nie memang agak degil. Apalagi dengan insan2 yang aku sayangi.... Mak, Abah dan Suami.... Sebelum ke Mekah lagi aku memang terasa takut sekiranya ada musibah @ dugaan atas diriku... Maklumlah.... dari kecil hingga besar Mak Abah sentiasa jaga aku... walaupun dah kawin banyak nasihat kat aku.... aku jer yang degil susah beno nak dengar kata mereka.... Suami pun sama... 10 tahun dah bersama.... bohong kalau aku kata tak pernah gaduh.... tapi banyaknya sebab aku jugak... aku nie memang... suka buat hal atau kata orang tu buat kepala sendiri!... uissshhh.... keras hati betullah aku nie.....  Sampailah saat2 akhir nak ke Tanah Suci, ada juga menyuarakan pada suami.... iyelah.... tentu ada rasa takut sebab mereka ni adalah antara yang banyak aku buat dosa... takut2 kat sana perangai aku tetap sama..... tak reti bersabar.... tak reti menjaga hati.... main lepas jer cakap.... Subhanallah... minta dijauhkan ler..... dengan rasa takut itu ler, setiap hari aku berdoa semoga dipermudahkan.... semoga aku sabar..... semoga amalan2ku diterima Allah. Apapun, Allah jua yang maha berkuasa... Allah yang menentukan segala2nya.....

Sepanjang aku disana..... perasaan aku amat2 tenang..... amat2 gembira... amat2 bersyukur.... tidak ada apa yang dipeningkan... tiada apa yang dimarahkan... tiada apa yang dipendamkan.... Ya Allah.... Aku bersyukur atas anugerahnya.... dan apa yang dapat aku perhatikan, semua doa2ku diterima Allah sejak sebelum ke sana lagi. Mungkin, apabila niat telah ada.... maka, ketika itu juga Allah dekat dengan kita.... Banyak doa2ku disini Allah makbulkan.... Allah permudahkan.... tak kira apa jua urusan... anak2, kerja, rumah, kenduri apa jugalah.... dan apabila aku perasan dengan ini, maka memang aku jaga kata2ku terutama dengan anak2ku..... Wallahualam....

Semoga diberi kebahagiaan dan ketenangan buat kami sekeuarga

Apalagi disana.... Ya Allah.... Aku bersyukur padaMu..... langsung tiada perasaan marah.... hati nie memang sangat2 tenang.... Kadang2 ada juga ter'timbul perasaan.... "kalau kat Malaysia entah2 aku dah marah2....". Subhanallah..... Mohon diampunkan dan cepat2lah mohon keampunan jika terfikir yang negatif.... kita kena ingat kita wajib bersangka baik pada Allah Taala....  iye, sukar nak describe kat sini apa yang aku nak sampaikan.... sebab kat sini aku dah mula rasa 'marah' itu kembali.... pada anak2 atau pada orang lain.... hari tue aku nak cepat kat tempat kerja tetiba ada kereta masuk pastu bawak slow depan kita.... uishhh... geram jer rasa... dan lagi ada kereta depan nie pulak masuk simpang tetiba tanpa signal... marah betul rasa.... tetapi, bila terfikir semula... kenapa di sana aku boleh bersabar.... kenapa kat sini aku begini.... Aku mengucap panjang... Mohon maaf atas ketidaksabaranku... Semoga Allah memberi kesabaran buatku...... sepertimana tenangnya hatiku di Tanah SuciMu.... Amin.....

Kalau difikir kembali, memang disana sangat2 ramai orang... tua muda semua ada.... dari hotel sampai masjid... baik di tempat makan atau dikedai2 atau dilif... ramai sangat2 orang.... tetapi, alhamdulillah.... walaupun dilanggar, dipotong Q, diambil tempat duduk dalam bas..... sedikit rasa marah pun tiada..... bila dilanggar, aku hanya fikir... "tak pelah... mereka pun nak beribadah sama..." atau bila nak makan " Owhh... tak pe lah, mungkin mereka lapar"... atau aku akan fikir "Mungkin mereka tak sengaja".. itu yang aku fikir disana.... bila dah sampai sini teringat2 balik... entah2 kalau kat Malaysia bagaimana dengan aku???.... Subhanallah.... Aku bersyukur.... aku diberi kesabaran dan ketenangan disana.... seronoknya rasa....dan aku tetap ingat nasihat kawan2 juga 'mungkin'.... mereka banyak mengingatkan aku supaya bersabar. Mungkin bila dah set 'sabar' maka kita pun akan bersabar.... atau mungkin ini anugerah dariNya.... mungkin Allah maha mengetahui dan memakbulkan doa hambanya... wallahualam..... Sebab tu, aku nak cerita yang berlainan tiada.... semua cerita sama cerita orang lain..... cerita biasa2 aje.....  tetap seronok dan gembira..... dan satu lagi aku nak kongsi pengalaman aku disana, apabila datangnya rasa tenang dan gembira.... Aku rasa amat2 bahagia bersama suami disana.... macam baru kawin jer rasa..... 'sayang'nya pada suami tak boleh nak bayangkan......tak tahulah orang lain?.. Mungkin mereka pun sama seperti aku cuma mungkin malu nak luahkan... Urmmm, pendek kata memang aku sangat2 bahagia disini..... Tetap berhajat ingin kesana lagi jika Allah memberikan rezeki...... dan jika diberi keizinan, ingin aku kesana bersama anak2 pula..... Mudah2an.... dan bila bawa anak2 aku perlukan sedikit masa supaya mereka besar dan faham.... jika rezeki lebih awal semoga anak2ku faham.... semoga ibadah kami semua dipermudahkan dan diterima Allah Taala... Mudah2an diterima hajatku ini... AMIN....



Pengalaman demi pengalaman

 Mekah

Bila balik dari Mekah, ramai yang suka bertanya apa pengalaman kat sana?... Apa peristiwa pelik yang berlaku?... macam2 persoalan yang semoga setiap persoalan itu bukannya untuk mengaibkan seseorang tetapi untuk panduan dan pengajaran buat kita semua.... tidak kurang juga.... maksudnya ramai juga dan kebanyakkan yang telah pergi menasihatkan supaya jangan cerita yang buruk2 tetapi cerita yang baik2 disana.... apapun kedua2 nasihat kuambil.... mana yang boleh dijadikan panduan, aku suka nak berkongsi cerita dan peringatan buat diriku.....

Cerita 1

Setiap kali selepas solat fardu.... PASTI akan ada solat jenazah disana. Sepanjang aku di Madinah dan Mekah.... tak pernah 'tidak ada' solat jenazah selepas solat fardu. Maka, bagi kita yang tidak pernah atau tidak tahu solat jenazah, persiapkan ilmu semoga disana kita mudah mengikut imam untuk solat jenazah. Walaupun tidak wajib, tetapi tidak pula susah untuk mendapatkan ganjaran pahala disisi Allah Taala.... Apalagi di bumi barakah ini.... bukan nak kejar apapun kan kat sini.... semoga apabila tiba akhir hayat kita nanti, ramai juga yang akan solatkan jenazah untuk kita nanti.... wallahualam....

Sebenarnya, kadang2 dalam hati terdetik juga bertanya, dimanakah jenazah itu diletakkan ketika disembahyangkan di Masjidil Haram ini?... Ingin melihat sendiri dimanakah kedudukan imam.... dimanakah letaknya jenazah..... dan berapakan bilangannya....  dan teringin juga melihat imam Masjidil Haram... tetapi, sebagai seorang perempuan agak susah untuk mendapatkan semua ini. Apaun aku bersyukur atas apa juga anugerah yang Allah berikan. Di sini aku diberi keizinan juga melihat jenazah2 diangkat. Pertama kali melihat, aku nampak dari kejauhan beberapa jenazah (dalam 3 orang) di usung ke kenderaan dari dalam Masjidil Haram. Pada kali pertama ku lihat ini merupakan hari ke 3 atau 4 aku berada di sini. Jenazah tersebut tidak ditutup pengusungnya, dan akan terlihat jenazah dibaluti dengan kain berwarna coklat (seperti gambar), atau kain hijau atau biru dan sebagainya. Sedikit berbeza dengan kita di Malaysia..... warna putih. Kemudian, jenazah ini diangkat dengan lajunya ke kenderaan yang telah menunggu. Subhanallah..... terasa takutnya bila mengingatkan saat kematian.... bagaimana kita nanti.... 

Balik tu aku cerita kat suami, pengalaman melihat jenazah diusung.... tetapi aku cakap aku tak sempat nak ambil gambar.... baru nak keluar handset, sure dah hilang dari pandangan mata.... Suami kata untungnya dapat tengok... rupa2nya dia pun belum pernah melihat pengalaman ini walhal setiap kali lepas solat pasti ada solat jenazah. Dan esoknya suami tunjuk gambar nie.... gambar nie adalah dari hset cik suami..... dengan rasa syukur dapat kongsi pengalaman yang sama.... disini, apabila hati/niat tergerak insyaAllah  diberi keizinan dariNya.... dan lagi... mutawif kumpulan kami tak sudah memuji dan bersyukur kerana kumpulan kami menepati masa.... malahan lebih awal menunggu.... rajin membantu.... dan ada dari ahli kumpulan kami berebut2 ingin membantu mengusung jenazah!.... Alhamdulillah.... sebab tu kami rasa sangat2 senang dengan mutawif kami. Tak pernah marah malahan sentiasa bersyukur dan memuji ahli kumpulan kami.... Bila dengar beliau berkata ada ahli kumpulan yang berebut2 nak mengusung jenazah.... terasa sangat2 insaf pada diri.... beliau sentiasa memberi galakan supaya beramal baik... saling membantu semoga di beri ganjaran pahala yang berganda. Ada juga ahli kumpulan kami yang membawa ibu saudara yang agak berusia dan bila tiba di sini mereka diuji kerana ibu saudara tersebut seringkali lupa (nyayuk). Mutawif kami sentiasa menasihatkan yang baik2 pada kami semua, terutama pada waris supaya bersabar..... jangan merungut..... kumpulkan pahala sebanyak mungkin supaya membantu mereka yang dalam kesusahan. Jika nampak makcik2 yang tak boleh jalan... pimpinlah mereka.... Apalagi aku diberi peluang untuk menjaga mak dan abah.... Aku bersyukur sangat2 kerana dapat ke Tanah Suci bersama insan2 yang amat2 aku sayangi Mak, Abah dan Suami. Memang ini niat dihati, ingin bersama mereka ke Tanah Suci dan Allah maha pengasih lagi maha mengetahui... Aku bersyukur padamu ya Allah.... Alhamdulillah......

Jenazah diusung ke van jenazah...
Van2 jenazah menunggu di Dataran masjidil Haram.......

Monday, April 1, 2013

Hari ke 11 Umrah 2013

Alhamdulillah..... dari pukul 2.00 petang kami keluar dari hotel hinggalah 2.00 mlm baru bertolak dan kini 2.30 petang kami sampai di Airport Senai..... Bayangkan, dengan badan dah letih.... Tanpa baring dapatlah tido lelapkan mata seketika... bangun lagi... makan tido lagi..... sampailah Airport Senai. Disebabkan masa dan keadaan yang agak kurang memuaskan menyebabkan aku sedikit 'ting tong' bila sampai di tanah air. Mungkin jetleg kot?.... Bila jetleg dicampur dengan penat menunggu menyebabkan lebih 2 minggu juga badanku tidak stabil... Kiranya hari ini (2 minggu lebih) baru aku rasa segar..... pulih seperti biasa.....  Apalagi pada mak dan abah yang sudah lebih 70 tahun?... kesian mereka... mak baru nak kena selesema....  Abah memang ada sakit pinggang tak boleh duduk lama.... urrmmm aku yang kesian... Semoga mereka kuat... sihat.... dipanjangkan usia hendaknya...


Menunggu kaunter imegresen dibuka utk cop passport diSenai...
Sewaktu pergi dan balik kami bertemu... tapi tidak di Tanah Suci.... My Old Friend.... Group berlainan...

Masa baru sampai nie... mak aiii.... hilang dah sifat2 sabar seperti mana nak pergi @ Di Tanah Suci..... Memasing mungkin sudah penat dan bila melihat anak cucu menanti dah tak sabar nak peluk mereka... (termasuklah aku). Aku antara orang yang awal cop passport, mana tak nye... duduk tunggu depan kaunter.... Tapi, lama betul menunggu beg.... memang sangat2 lama..... Bila tunggu beg tu semua rupa yang sama... kepala nie naik pusing... nak pitam rasa dengan kurang tidurnya.... memang tekak nie nak asam2 je rasa.... Aku suruh abah duduk, dia tetap tunggu beg dia.. Mak memang dah disuruh duduk aje. Balik tu mereka terus balik kampung dan aku balik Pasir Gudang. Mak dan Abah nampak sangat2 letih..... Semoga mereka diberi kekuatan.

Sampai Airport, anak2 yang aku cari dulu. Tapi mereka sampai lambat.... Aleesya je tak ada... rindunya anak2 mama... ku peluk cium mereka.... Semoga diberi keberkatan buat mereka.... akan diberi kesempatan buat mereka semua kesana juga nanti... Mudah2an.... Sampai PG aku belum rehat lagi.... excited bercerita dengan family...  sampailah lepas margrib siap2 mandi dan kami makan diluar bersama2 family in law..... Makan kat dek non aje.... Balik dari makan barulah terasa penatnya.... daaaaannnnn..... esoknya dengan Afiq sekali bangun lewat... last2 dia tak sekolah sebab sampai sekolah 7.30 pagar dah tutup!!!!.... aduh teruk2....

Oklah... itu jer untuk cerita Umrah 2013..... Semoga ada cerita lagi untuk Umrah 2014, 2015, 2016 dan seterusnya... Mudah2an jika diberikan rezeki..... Amin ya Rabbal a'lamin....

Jom tengok gambo2.........