Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Tuesday, March 29, 2011

Relax.. relaxkan minda anda.....

Jangan kalut.. jangan panik.... ini keje kita hampir 11 tahun di sini!... yah!.. di sini.... Kenapa nak kelam kabut?.. aish minah ni memang.. Suka mengkalutkan diri..... dah lama keje pun .. relax lah beb!.... oleh kerana aku nak relax kan otak aku yang serabut nie... maka, inilah hasilnya... aku amik gambo2 kat sekitar meja aku keje.. dah 11 tahun aku keje inilah kali pertama aku amik gambo taw!......Gambo first adalah gambo dibahagian kanan kerusi aku... Rak disisi aku... Nie kalau tengah rajin x cengini ye tuan puan.. ini tengah dalam dilema.. kui kui kui.... (Nak siapkan markah student.. date line this week)




Ni pulak aku amik gambo dari kerusi aku sendirik!... ha ha haaaa.... makanya.. inilah pemandangan aku.... fail-fail keje.. lab report yang masih dalam proses penandaan... ( Siap ada pen merah dan calculator lagi.. senang nak kira total mark ) he he heee... atas meja kena clear sikit.. kalau tak, mau serabut kepala....


Orait.... ini juga masih di kawasan atas meja keje aku!.. tapi aku letak kat sisi.. lepas abis yang depan mata tu... target aku kat sebelah kanan nie lah.... Actually, aku sorok kat belakang sebelum nie.. tadi aku letak sebelah sebab nak kemas sikit2.. dah tu malas pulak nak letak tempat asal balik.. ha haha.... amik je lah gambo gaya gini... kwang... kwang... kwang....
Oleh kerana cover lab nie kaler oren, maka aku pun tulis kaler oren gak lah... Actually, cover lab yang bermacam2 kaler adalah untuk membezakan setiap kelas... Yang nie dah siap tanda.. dah nak pulangkan pun... Kelas nie dah nak setle dah .... tadi last kelas... nak bermaaf2an dan dan sampaikan pesanan dan amanat terakhir sebelum mereka ke final exam..... Semoga mereka berjaya dengan cemerlang!.... Amin....
*** Yang tanda lab report nie bukan aku yer... kawan aku... sebab kalau aku tanda kompom cantik & kemas jer tulisan... hihihik....




Monday, March 21, 2011

Persediaan Pertama

World Map... Hah yang kecik paling kanan (bawah) tue ler New Zealand.....
Hampir memasuki bulan April... Maksudnya, kami perlu membuat segala persiapan dan budget untuk ke Negara Kiwi tersebut.... Perasaan???..... Urrrmmmm???.... Suka memang sudah tentu.... Sebab kali kedua nak ke Luar Negara...... First time dulu ke Indonesia.... Alhamdullillah. Sampailah jugak kami ke negara itu setelah sekian lama cita2 nak melancong ke luar negara.... hihihii..... Kali ini?? huh... lagilah jauh.... memang tak sangka juga, mudah2an semuanya berjalan lancar. Dulu kami ke Indonesia tak bawak Aleesya... Kali ini kami ke New Zealand mungkin tak bawa Afiq pula.... bukan apa... dia dah darjah 2... hari sekolah pulak tu ke sana..10 hari tue, takut tertinggal pulak silibus dia... lagi pun, kos ke sana pun agak tinggi... Nak beli tiket untuk satu kepala pun hampir RM3k termasuk tiket KL-Chc dan Chc - Auc... hah kau!... Nak jalan punye pasal.... kenalah berkorban sikit kan..... Aku pergi sana bersama suami, Azim dan Aleesya termasuk juga mak mertua aku sorang... hah.. kiralah sendiri berapa kos nya... belum termasuk kos nak ke hotel, sewa kereta, petrol, makan minum, tiket2 masuk ke tempat pelancongan dan macam2 lagilah yang mungkin akan dibeli... tapi kan...orang kata nak seribu daya tak nak seribu dalih... aku rasa macam betul kata2 tue... sebab.... selama nie aku tak fikir yang aku boleh melancong ke negara luar... tapi boleh sampai gak aku ke Indonesia...he hehee..... Siap bawak parent dan anak2 lagi!.... Kali nie lagi tak sangka, ada rezeki kami akan ke New Zealand. Mula2 fikir memang boleh ke kami nie ke sana... (bukan apa, masalah kos yang agak tinggi ke negara tersebut). Tapi, bila DAH beli tiket nak tak nak kena jugak kami buat persediaan ke sana. Sebenarnya, asalnya adalah untuk memenuhi hajat mak suamiku untuk ke Negara tersebut.... (sebab anak dia yang sulung ada kat sana - ikut suami buat phd). Suami sekadar menemani mak dia. Aku nie hah!.. tak malu... nak jugak ikut.... asalnya suami memang x bagi sebab memikirkan kos dan anak2. Aku yang DEGIL... nak jugak ikut!... last2 atas perbincangan kami membuat keputusan aku & anak2 ikut tapi kena kos sendiri... Nasiblah baik aku nie ada menyimpan masa zaman bujang dulu.... (Maklum ler, dulu lom beli rumah.. keta pun pakai keta abah jer)... So, ada lah sikit duit simpanan tue... kepala otak aku nie dah pikir nak guna duit tu aje... lagi pun bila lagi aku nak sampai kan?... Nak ajak lagi sekali entah2 akak ipar aku dah balik m'sia... lagi pulak tak kan suami aku nak pergi kali ke2????.... x perlah... ada rezeki boleh kumpul lagi (Mudah2an ler).... So, budget insyaAllah ada.... Semoga Allah memberi dorongan dan perlindungan pada kami semua dan permudahkan segala urusan kami.... Amin.

Ni pulak?? New Zealand map....

Apa kaitan dengan entri kali ini??... Actually aku plan ada persediaan ke2, 3 dan seterusnya untuk ke New Zealand. Persediaan pertama dari segi budget dan emosi. Hah!.. cerita tentang emosi ni susah nak cakap. Bercampur baur... suka.. takut... duka tu tak ada lah kann..... Seperti yang aku dah cakap tadi, suka tu memanglah kompom suka... Takut tue... macam2 yang aku fikir... yang tentu pasal naik kapal terbang. Aku akan bertolak Ahad, 8.40pagi dan sampai di Christchurch jam 10.55malam... hah... kiralah berapa jam kami dalam kapal terbang tue?... aduhai macam2 aku fikir... boleh ke kapal terbang tu terbang terus selama 14 jam...? kih3... apa korang nak kata.. kata lah... aku memang penakut... suka pikir yang negatif... ha hahaaa.... (Apa pun aku percaya pada Allah Taala...) itu jerlah ayat yang mampu menyejukkan hati aku yang gerun nie... Lagi pulak, kejadian gempa berlaku di bandar Christchurch bulan lepas.. teruk tue... dah aku mula takut lagi..... daaaannnn lagi3 aku takut pulak kejadian Tsunami yang berlaku di Jepun baru2 ini.... aduh... betul2 menduga keimananku.... huh!.... Aku cuba berfikiran positif, hidup mati kita Allah yang maha mengetahui... kita tidak tahu bila dan dimana... begitu juga bencana alam.... Allah maha berkuasa.... Semoga Allah melindungi kita semua dari sebarang bencana dan kesulitan.... Amin3... ya Rabbal a'lamin...



Wednesday, March 9, 2011

Serangan JANTUNG????????

Sedang asyik aku meneroka tentang Vaksin H1N1... (Namum masih belum aku puashati dengan pembacaanku.... bukan apa, aku just nak tahu adakah aku dan keluarga perlu suntik vaksin sebelum ke New Zealand?... Apakah kesan Vaksin tersebut? atau ia lebih kelebihan atau banyak kekurangan?.... ) terbaca lah pulak artikal ini berkaitan jantung yang sememangnya sesuai dan penting kita ambil tahu. Apakah kaitan Serangan Jantung & Air Suam ?????
Minum Air Suam selepas makan akan mencegah Sakit Jantung? Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum air panas ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan. Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung
Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada.. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa.. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit. Semoga kita semua terhindar dari penyakit ini.... AMIN...
Maklumat lanjut, Layari web : http://klinikqistina.com/

Tuesday, February 22, 2011

Pasir Gudang Kite Festival

Kite Festival come again...... for this time, kite festival come back again done at Bukit Layang-Layang. Last year, for first time kite festival do at Taman Dato' Onn, JB. So, this year...... there come Pasir Gudang again..... yeah......
With my first son... Afiq
With my hero.... Azim....
With my princess.......... Aleesya
Buy some kite to Afiq, Azim and Aisyah.....
Minimum price of kite is RM8.00.. and maximum price is RM100++ ... huh!... Afiq kite is low medium price... RM18.00... Aisyah and Azim only RM8.00.. he heee... but, we lost RM50++ at Bukit layang-layang coz we buy a kite, nugget, keropok lekor, air, aiskrim, KFC burger and other.... huhuhu huhuu....

Weekend Menu

Mee Suah

Keropok Lekor Mersing
Breakfast time...... menu pagi sabtu ini adalah Mee Suah, keropok Lekor dan Milo Panas... Konon2 masak mee suah nie untuk puteri tericinta.... tapi hampeh..... dia x nak makan sebab dia demam.. may be x der selera kot???... Entahlah penat dah fikir apa masakan lain sesuai untuk puteri aku nie.... sejak 2 minggu nie dia x selera makan... demam, batuk dan selesema.... Timbang pun dah nak masuk garisan kuning.... Misi dah pesan, kalau dia x nak bubur, bagi jer apa2 yang dia suka.. JANJI MAKAN.... huh....

Ini pulak menu pada pagi Ahad.... Roti Puree atau Lempeng Kembong (BloG Pn Mai )....Sambal Tumis dan Horlick Panas...... tapi x jadik sangat roti puree nie, but rasa dia.... errmmmm.... nice... So bolehlah bagi 80%... Aku ubah resipi dia....coz masa nie mauripan x ada... aku guna jer baking powder.... he he heeeee.....

Thursday, February 17, 2011

Sambutan Maulidur Rasul....

Selawat keatas Nabi... Sejahtera Ke Atas Rasul....Ermmm... pada 15 Feb 2011 yang lepas merupakan Cuti Umum sempena maulidur rasul...... Untuk pertama kalinya Kami sekeluarga menyambut di rumah baru yang kami pindah, Taman Baru dan bersama orang-orang baru disini..... Setakat nie, Alhamdulillah. Nampak happy dan semua penduduk Taman Cassia sepakat dalam apa-apa event yang kami lakukan... Syukur Alhamdulillah.

Berbalik pada Selasa lepas, sempena Maulidur rasul taman kami membuat majlis secara sederhana. Pengalaman kami selama kurang lebih 5 tahun duduk di Jalan Kuini, Majlis Maulidur rasul biasanya diadakan terus di masjid Jalan Nenas. So, agak jauh lah untuk kami ke sana. Lagi lah kami nie banyak pengikut yang tidak diundang. Tak bagi ikut... menangis satu taman dengar. Pada selasa lepas, hari Isnin petang selepas balik dari kerja... kami bersembang2 petang dengan jiran2 bercerita macam2 cerita. Antaranya adalah tentang hari esok. Semua pakat nak pergi... cuma aku?????? Aleesya demam, batuk dan selesema lagi sehingga hari ini.... masuk hari ini rasanya dah 8 hari dia belum sihat betul... tapi demam dah ok... Alhamdulillah. Aku tak dapatlah ikut kaum-kaun ibu ke Surau Cassia... sedih, malu semua ada. Tapi, nak buat macam mana. Suami dan anak2 jer lah diharapkan. Pagi2 anak2 dan suami dah bersiap2 pakai baju melayu, sarapan pagi dan terus ke surau tempat berkumpul.......rasanya inilah kami pertama pengalam Afiq dan Azim menyambut maulidur rasul... Alhamdulillah. Semoga dengan pengalam ini memberikan satu semangat dan kejiwaan dan kecintaan pada Nabi Muhammad s.w. Okaylah, kita layan gambar2 dibawah dengan kamera hset.... uwwaaaaaah... nak beli camera canggih!....hu hu hu hu hu.................
RumahKu SyurgaKu......

Semua Bersedia??......

Ya Nabi salam'ualaika... Ya rasul salam mualika...
Kami semua sepakat... hai kampung si Taman Casia....
Amboi-amboi....... memang segak husband aku nie kan....

Jangan lupa..... dengar ceramah pulak ye.....

Anak yang mama cinta.......

Anak Manja Mamaaaaaa.................

Wednesday, February 16, 2011

Cheese cake

Cheese Cake

Menu tengahari aku..... makin debab ler aku gamaknyer....
Zoom dari dekat..... cheese yang diparut ini lah yang menggoda aku....
Jumaat lepas aku ada kelas Programming C..... nampaklah sorang student nie bawak kek sampat 3 tue.... ermmmm mesti nak bawak balik kampung... detik hati aku..... Tapi kek apa aku pun tak tahu...... abesssss jer kelas, rakan pensyarah dalam kelas yang sama Kak Ina menegur student yang bawak kek tadi.... " Awak bawak apa tue?...." Dia pun kata.... "kek".. tengoklah kami kek tue.... Erm nampak sedap... semua cheese cake ada 3 rasa... 1) Cheese 2) Chocolate Cheese 3) Blueberry cheese..... errrmmmmm.... feberet aku rupanyer..... Oleh kerana student tadi order sampai 3, mesti sedap punye... aku pun orderlah nak try..... (gambar diatas lah ) 1 jer.... he heheee.....
Keputusannya..... Memang sedap.... ditambah dengan cheese yang diparut .... perrrgh memang sedap... aku ada bawak balik sikit untuk anak-anak dan suami kesayangan... Kompom anak sulung bujang aku tue suka.... dia bab cheese nie memang feberet dia dengan mama dia..... (mana tak badan macam tue... huh!.... ) Okeylah.... cukup ini saja untuk entry kali ini... bye3.... jumpa lagi esok sebab memang ada planning satu lagi entry nie about semalam... "Maulidurrasul....."

Monday, February 14, 2011

mY fAMilY dAy 2011

HARI PERTAMA : SABTU ( 5 FEB 2011 )
Satu keluarga satu hati satu negara SATU Malaysia!.......... yeah ... semoga Allah satukan hati kami sekeluarga............

Aleesya bersama mak yang menjaganya merangkap Kak Ngah aku sendiri... TQ Kak Ngah sekeluarga kerana menjaga Aleesya dengan penuh kasih sayang.........

Bermula petang ini dengan 'warm up'..... lepas nie kena lari 1000m yer........

Salah satu acara untuk anak sulungku ( Afiq )... Masuk air dalam botol... dapat no.2

Salah satu acara untuk anak keduaKu (Azim)..... Kopek Kacang..... dapat No.3

Acara untuk semua... Belon Mambo...... Aku awal2 lagi dah kalah... suamiKu dapat tempat ke3.... tapi hadiah hanya tempat pertama sahaja ditaja oleh keluarga Hassan & Wazedah... TQVM

Masa yang ditunggu2..... Penyampaian Hadiah oleh Bonda dan Ayahnda tercinta..... Afiq dah excited nak amik hadiah... he he heeeeee....

ACARA MALAM BBQ DAN BERKARAOKE
Wah wah anak mama tersayang nie..... makan x ajak mama pon yer.....

Ini memang hobi mereka berdua... main api..... last kopek.... bakar sate......kaum bapa dan ibu dan anak2 lain dah kenyang dan kelepakkan........

Nasib baik ingat nak amik gambo...... horeeey.......
HARI KEDUA : AHAD ( 6 FEB 2011 )
My Lovely Family.... Red Worrier.......

Kami dah nak balik.... bye bye Punggai... Bye Bye Titian Indah....

Wednesday, February 9, 2011

Kehidupan Berumah Tangga

Ya Allah... Berkatilah hidup kami sekeluarga, berilah kebahagiaan pada kami sekeluarga, limpahruahkanlah rezekiMu pada kami Ya Allah, Satukanlah hati-hati kami Ya Allah dan Jauhilah kami dari segala kemungkaranMu ya Allah... Amin.. Amin.. Amin...
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Wahai sekalian pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kesanggupan, maka menikahlah, karena menikah itu lebih menundukkan pandangan mata dan lebih memelihara kesucian farji ; dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa, karena puasa dapat menjadi benteng baginya” [Muttafaq ‘Alaih]
Perkara-perkara yang tak sanggup dihadapi lagi untuk berkahwin lebih dari satu.
1. 1.Hilang kasih sayang anak-anak.
Kasih sayang anak-anak adalah yang paling utama dalam hidup. Hilang kasih sayang mereka, hidup pasti sunyi dan kosong. Sepatutnya bila dah anak-anak berkahwin, layan cucu-cucu yang ada, bukan anak kecil yang kadang-kadang orang ingat cucu kita.
2. 2.Pengorbanan Isteri.
Yang sanggup bersama di waktu susah dan waktu senang. Banyak pengorbanan yang belum tentu lagi sanggup dihadapi oleh isteri kedua seperti yang dibuat oleh isteri pertama. .
3. 3. Bangun Malam.
Tidak sanggup lagi bangun waktu malam untuk membuat susu dan menukar pampers seperti yang dibuat seperti dahulu. Biarlah bangun malam untuk melakukan solat kepada Allah SWT sahaja.
4. 4. Membahagi masa dan hari.
Bila beristeri dua atau tiga, kena adil dan bergilir-gilir tidur dirumah isteri pertama kedua dan ketiga. Tak sanggup berulang alik . Sepatutnya berulang alik ke Masjid untuk solat berjemaah dan mendengar ceramah ustaz..
5. 5. Ibadat dan amal Jariah.
Sepatutnya apabila anak-anak sudah membesar. Banyaklah membuat ibadat, menqada’ solat dan puasa ramadhan yang tertinggal dahulu. Masa yang ada sepatut berguru dengan ustaz bukan bergurau senda lagi.
6. 6.Bersanding atas pelamin.
Bila dah kahwin dengan anak dara, pasti tidak dapat dielakkan kerana adik beradik sebelahnya akan minta suaminya bersanding atas pelamin sebagai kenangan. Itu pasal kena pakai cermin mata hitam. Kadang-kadang kesian pada anak-anak isteri pertama yang tengok.”Bapaku kahwin lagi”.
7. 7.Isteri muda selalu menjadi perhatian orang.
A Apabila berjalan berdua-duaan dengan isteri muda, selalu orang akan memerhati isteri muda kerana suaminya tua, Macam bapa dengan anak. Mulalah suami cemburu tak tentu pasal.
8. 8. Melayan karenah adik beradik, mertua yang baru.
Kena jaga hati mereka kerana suami jadi perhatian dan orang baru bagi mereka. Kena berkunjung sampai habis semua kerabatnya yang ada jauh dan dekat.
9. 9. Menjaga kesihatan luar dan dalam.
Bila berkahwin dua, kena makan makanan yang berkhasiat, jamu dan segala makjun dan vitamin. Kena cari tukang urut batin bila isteri muda asyik nak yang itu sahaja. Badan yang kuat menjadi lemah. Mata asyik mengantuk sampai ceramah ustaz pun terlelap. Nak solat tasbih yang panjang pun tak termampu disebabkan terkandas diranjang bersama isteri muda. Sampai tak kering bulu , kata Kumpulan Sepah “ Sahaja aku mandi…”.
1 10.Mengawal kemarahan.
Semasa isteri pertama dahulu mungkin beliau tidak pernah kena jentik, kerana kita dapat mengawal kemarahan dan tahu sifat-sifatnya baiknya. Bila isteri muda mula buat perangai dan mengada-gada. Mula makan penampar sulong suami. Asyik meminta itu dan ini dan kuat memerap suami seperti budak kecil. Keluar bersembang lama sikit dengan kawan dipanggil balik kerana tidak boleh berenggang sikit macam belangkas. Suami naik rimas kena kontrol.
Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang penulis nak senaraikan disini. Jika pembaca ada pendapat atau nak ditambah lagi. Sila komen nanti.
Suami yang berkahwin lain mungkin disebabkan perkara-perkara seperti berikut:-
1. 1. Isteri mementing diri sendiri dan adik beradiknya sahaja.
Jika adik beradik suaminya datang berkunjung. Buat perangai marah anak-anak bila buat kesilapan kecil. Yang paling ketara semasa menyediakan makanan yang ala kadar saja untuk adik beradik suaminya. Untuk adik beradik sebelahnya dihidang makanan mengalahkan Restoran Insaf.
2. 2. Isteri selalu mengungkit perkara-perkara yang lepas.
Perkara yang lepas dimaafkan tetapi apabila berlaku sikit salah faham. Diungkit sehingga suami sakit hati. Dalam bisikan hati suami ”Aku kahwin lain baru padan muka engkau”.
3. 3. Mengikis harta suami dan buat perangai bila suami jatuh susah.
Bila adik beradik mengadu sikit, habis semua harta nak dijualkan untuk membantu mereka. Sekadar membantu yang terdaya sahaja. Tengok beberapa selebriti dan pengacara TV yang tinggalkan suami mereka bila jatuh bangkrap. Sanggup berkahwin dengan orang tua yang seangkatan dengan datuknya bukan dengan bapaknya. Nak disebut nama...nanti penulis naik mahkamah pula.!
4. 4. Isteri suka memperleceh dan membebel suami dihadapan orang atau adik beradiknya.
Banyak berlaku sampai suami sakit hati. Ayatnya lebih kurang begini ''Suami aku bukan pangkat besar Limah, kuli cabuk je, bawa lori JKR, makan pun tak cukup!”. Ada suami menceraikan isteri yang begini. Bila berkahwin kali kedua. Bisnes naik tangan dan maju hingga kaya raya. Melopong isteri pertama yang kahwin dengan orang lain tetapi masih susah. Pernah tengok berlaku di depan mata.
5. 5. Isteri sakit tidak dapat memenuh keperluan seks suami.
Ada yang berkahwin lain kerana keperluan seks yang amat sangat bagi mereka mengelak dosa zina. Isteri menyuruh suaminya berkahwin lain. Isteri begini yang bertimbang rasa dan tidak mahu suaminya masuk neraka. Susah mendapat suami yang setia. Hanya setakat ini dua orang sahabat penulis yang berkorban segala-segalanya untuk isteri kesayangan mereka. Banyak sebab-sebab lain suami kahwin lain. Hanya ANDA sahaja yang perlu ''cerminkan diri'' anda dan perbaiki kelemahan yang ada dengan bertanya kepada suami apakah yang kurang dan apa yang baik untuk suami anda supaya kekal bersama anda hingga akhir hayat.
Setakat ini sahaja semuga kita sama-sama sabar menghadapi ujianNya dalam hidup ini. Ingat matlamat dan tujuan hidup yang singkat ini. Bukan mencari bala. Perbanyakkan amal ibadat. Untuk mencari keredhaanNya dan rahmatNya supaya hidup kita tidak sia-sia.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cendurung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antaramu kasih dan sayang". Ar-Rum: 21
Semoga menjadi peringatan kepada para suami dan isteri.... semoga kita sentiasa muhasabah diri yang sering alpa dengan tanggungjawab... Semoga kita menjadi insan yang cemerlang dalam hubungan rumah tangga bersama ibu bapa, suami, anak-anak, cucu-cucu dan semua ahli keluarga kita..... AMIN....

Monday, February 7, 2011

Pantai dan Laut


Berjalan-jalan di Pantai Tanjung Balau.... Disember 2010


Aktiviti Cuti Sekolah..... Balik Kampung... Jalan2 Tanjung Balau

Family Day JKM..... Disember 2010 di Golden Beach resort, Desaru

Inilah yang saya suka..... hujan2 pun mandi kolam!.....

Saya duduk sini jer..... papa main sukaneka... saya jadi penyokong!... Papa..papa...papa....

Jom tengok gambo2.........