Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Wednesday, August 29, 2012

Dugaan di bulan Syawal....

Aku sangat sedih ketika ini.....

Pertama :
Kereta merah aku minta aku keluarkan duit lebih dibulan Syawal ini. Masa hari raya kedua dia dah mintak RM280 untuk menggantikan sebijik tayar yang bocor..... uwaaaahhhhh....

Kedua:
Sehari sebelum raya aku nak balik kampung. Baru teringat nak pakai accesory orang perempuan kan.... Aku punya dan anak dara aku punya.... Sekali cari punya cari tak jumpa.... Oleh kerana dah lewat petang dan esok pula hari raya maka aku abaikan dan anggap jerlah aku salah simpan. Dan hari ini aku puas geledah dan rumahku kembali berselerakkan semula dek frust gilerrrssss dihati!... Akhirnya tidak ku temui jua..... hanya air mata mengalir dipipi.... Manalah aku simpan... manalah si dia berada..... hampir2 RM4k juga jumlahnya..... termasuk kenangan dihari pernikahanku semua habis tiadaaaaa............. Ya Allah temukanlah aku dengan si dia...... uwaaaaahhhhhh......

Ketiga:
Semalam aku menghantar kereta merahku sekali lagi ke bengkel. Kali ini disebabkan kelmarin aircond pulak tidak berfungsi dan masalah pada pintu dan cermin kereta. Tadi minta anggaran dari bengkel tersebut supaya kami dapat menyediakan RM nya... mak oiiiii.... RM2K juga perlu disediakan termasuk servis kereta.... aduuuhhhhhhh... manalah aku nak cekau duit sebanyak itu dimusim perayaan ini???.......

Keempat:
Hampir sama perkara kedua.... Asalnya cincin aku hilang.. sekali balik raya tu aku ceritalah kat mak yang xxxx aku hilang. Mak aku kata cincin aku ada sebijik tinggal kat almari bilik aku.... dapatlah aku sebijik cincin yang memang biasa aku pakai hari2 dan memang aku suka cicir mana2 terutama bila nak sembahyang atau kedapur!!... Sekali masa raya ke 4 family cik suami nak datang... dengan gelabah aku tinggalkan cincin dan jam tangan aku didapur.... Aku pun memulakan persilatan aku didapur dengan rancaknya... Selepas semua selesai, esoknya aku nak pakai ler barang aku nie... yang tinggal hanya jam tangan aku jer.... Papa..... cincin mama hilang lagiiii............. aduh... cuainya aku!!!...  dahlah 1 kotak tu hilang.... ditambah lagi dengan sebijik cincin yang biasa aku pakai..... aduhhhhh memang aku betul2 frust dan tention ketika ini!....

Doa-doakanlah agar aku dipertemukan semula dengan barang2ku itu...... Hal pertama dan ketiga itu aku tidak ler frust mana sebab itu normal bagi yang memiliki kereta.... tapi perkara kedua dan keempat itu?????..... Aku tak boleh terima akan kehilangannya.......

UWAAAAAHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!...... 
  

Tuesday, August 28, 2012

Salam Lebaran 2012


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran buatMu ya Allah kerana memeberikan peluang kepadaku menyambut Ramadhan dan Syawal untuk tahun ini.... Semoga tahun-tahun akan datang pun begitu juga buat kami sekeluarga. AMIN ya rabbal alamin......

Cerita untuk Raya 2012 memang banyak... koleksi gambar juga banyak tetapi kamera tertinggal pulak ketika aku nak update blog kali ini... So, layan jerlah gambar sekeping nie jer yang ada.. itupun gambar anak sedara upload dari mukabuku.......

Oklah... memandangkan gambar nie jer yang ada... so, apa kaitan dengan gambar ini????....  hanya ucapan Selamat Hari Raya Maaf  Zahir dan Batin..............


Wednesday, August 8, 2012

Apa2 pun bolehlah

Assalammualaikummmmmm.................

Lama tak update blog nie kan?. Gambar pun tak de.... Menu best2 pun tak der... Konon2 nak kurangkan ke Bazar tahun ini tetapiiiiii.............................

Sama banyak atau lebih bazar dari memasak!!!.....

Akibatnya...............

1) Minggu lepas Afiq sorang boleh kena cirit birit... tak tahu makan apa sampai 2 hari tak ke sekolah......

2) Hari ini aku dan Afiq sakit tekak.... Aku masih dalam keadaan terkawal tetapi...

3) Afiq terpaksan cuti sekolah lagi sebab dia batuk2 teruk, sakit tekak dan sakit dada... Aku risau kejadian lama berulang lagi!!.. Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik pada anak2ku dan Afiq yang sedang dalam keadaan kurang sihat.... AMIN....

Semalam, aku tak masak sebab TIAP-TIAP hari balik lewat!!... Kawan2 opis pukul 5 dah tunggu depan punch card tapi aku???.....

Hampir tiap2 hari tukang tutup pintu opis..

Papa.... Pleaseeelah balik awal bulan Ramadhan nie jer..... Kalau balik lewat dan minta i masak, kompom aku bersilat kat dapur!!!....

Okey... tu jer entri hari ini.... sebab aku tak der cerita best... tekak aku tak best ada lah... ok babai... doakan kami semua sihat ye kawan2 semua.....

Tata... Titi.... Tutuuuu................

Jom tengok gambo2.........