Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Tuesday, April 19, 2016

Kem Jati Diri dan kaunseling JKE 2015

Tahun 2015 hokey!!!!.. Bukan tahun ni atau baru2 ni...  actually kejadian ni dah agak lama..... Sekarang anak2 didikku sedang menghadapai final exam... Ahad ni paper aku... anak2 didik yang exam.. pesnyarah pulak yang risau.. hu huuuu... mereka???...

Hah... "mereka" yang tidak menginsafi diri tu patut ke kem nie.... Penasihat Akademik dah bagi nama calon.... Pakej siap makan tido disediakan.... hanya membawa diri sahaja puuuun x mahu datang... hurmmm.... tetapi tidak semua... bagi yang datang... yang insafi diri tu alhamdulillah...

Kejadian gambar ni adalah di BOB HOMESTAY, Teluk Sengat... Sebelah jek dengan kampung aku.... masa ni ada masa rehat pun aku balik umah mak ( abah datang bagi pinjam keta ... pastu mak ikut sekali aku balik sini... then sudahnya mak ikut aku balik Mersing naik bas... yahuuuuuu!!!! happy sebab mak ikut balik,....

posing depan muara sungai di pagi hari
buah hati kesayangan mama
bucuk bacin masyam mama...
Hero kesayangan mama
sesekali posing sensorang
nak jugak posing sensorang
bujang mama sorang lagi...
pun posing sorang2... sayang bangah!!
Kesayangan mama
comel mama
Bob Village Homestay
Abang long kesayangan adik
18sx... Hu huuu...
Mandi dalam kolam comel
pantang nampak kolam

Ok tu jek untuk kali ini.... jumpa lagi di lain kali.. babai!....



Anak Sulung Memang Bertuah....


2 Bujang 2 Dara Sedang Berbincang Apa Tu???....
Assalammualaikum semua.... Salam Rindu Salam Ukhwah.... Bukan nak meleraikan talian blogging... tetapi sekarang kekangan kerja... kekangan anak2 kecil.. kekangan macam2 yang perlu disettlekan mana yang lebih penting....

Hari nie nak cerita tentang anak sulungku yang memang bertuah!!... Anak yang betuah, akan  bertuah dan terus bertuah..... Muhammad Asrul Afiq telah mengambil peperiksaan UPSR 2015....  dan akhirnya memperoleh keputusan yang boleh dibanggakan ahli keluarga terutama aku sebagai ibunya.... Alhamdulillah. 

Bagi ibubapa di daerah Mersing, SMK Sri Mersing menjadi pilihan utama kepada anak2.... Kenapa?? Sebab sekolah ini merupakan sekolah kluster kecemerlangan dimana bukan semua pelajar boleh bersekolah disini. Hanya insan2 terpilih jek yang dapat bersekolah disini. Terpilih yang bagaimana? Samaada aktif dan kurikulum ataupun kokurikulum. Hanya yang mendapat 4A atau 5A sahaja dalam UPSR... hanya kes-kes tertentu sahaja..... ada juga yang mendapat 3A bersekolah disini.... sebab tu ramai ibu bapa yang mahukan anak2 mereka bersekolah disini sebab ini antara sekolah harian biasa yang baik di daerah Mersing. Alhamdulillah sekali lagi.... rezeki Afiq dapat bersekolah disini... Syukur sangat2..... Sebab tu aku cakap "Anak sulungku memang bertuah!!...".

Sekolah yang banyak berjasa buat Afiq!!...
Afiq memang happy sekolah kat sini.... kawan2 lama memang ramai sekolah disini.... Walaupun asrama disediakan, ada kawan2 yang duduk asrama... aku memang tidak berniat nak masukkan Afiq ke asrama sini... sebab biarlah dia duduk dengan kami.... senang apa2 hal.... Afiq lagi lah memang dia langsung tak nak pun duduk asrama sini.. walaupun dia jadi budak rugbi ( sebab asrama diutamakan kepada budak rugbi sebab latihan setiap petang ). Tak kisahlah biarlah kami hantar setiap petang pun.... kami kat sini pun memang ada geng hantar anak sekolah bergilir2... sorang hantar.. sorang amik... sorang hantar sek agama... sorang hantar latihan koko... senang dan syukur alhamdulillah dipermudahkan urusan kami hal anak2 sekolah. Sebab tu Afiq pun ceria, geng2 sebaya terutama lelaki ramai dari Politeknik ke sekolah. 

Tup tup.... dalam gembira bersekolah di sini... Afiq menerima tawaran ke SBP Mersing. Hurmmm... sebagai ibu tentu aku amat2 gembira apatah lagi itu impian aku supaya anak bersekolah diasrama penuh!!... Harapan dan impianku suatu ketika dulu biarlah anak2 dapat realisasikannya..... aku dari UPSR memang teringin nak sekolah asrama... tetapi aku anak bongsu... kakak2 semua dah bekerja waktu tu... tinggal aku, mak dan abah... mana mak dan abah  nak bagi... walaupun aku dapat sesi ujian bertulis ke MRSM waktu tu. Mak dan abah memang berat nak lepaskan aku.... hu huuu.....

Bila Afiq dapat tawaran ini, aku anggap ia rezeki lagi untuk Afiq... Anak sulung mama memang bertuah lagi!!!... Aku memang memberi sokongan... tapi bukan memaksa. Aku tetap ingat.... semua pilihan biar ditangan anak2... aku hanya memberi laluan dan sokongan sahaja.... tak naklah suatu hari nanti dia menyalahkan aku dan sebagainya... biar dia fikir baik2 dan belajar buat keputusan.

Dalam aku, suami dan Afiq membuat keputusan ( Selasa dapat call dari Sekolah Sains Sultan Iskandar ), Rabu masih tiada jawapan.. dan Khamis aku masih blur.... Masa ni ada konflik aku dan suami... sorang sokong dan sorang tidak.... sudahnya aku call mak bertanya pendapat... Mak aku kata ikutlah.... kalau suami x bagi tak payah hantar Afiq asrama.... biarlah Afiq sekolah biasa lagipun sekolah tu pun sekolah yang baik untuk Afiq... Ujian bulan Mac pun keputusan Afiq memang memberangsangkan.... Mak bagi semangat supaya aku menerima hakikat dan mendengar kata suami.... Masa ni jujur!!.... Aku dah redha.... dah buat keputusan tekad.... dah muktamad.... Afiq terus kekal bersekolah di SMK Sri Mersing.... Aku tak nak suatu hari nanti aku dipersalahkan (sebab aku yang mohon SBP ni ). Noktah!!!.... tetiba balik sekolah hari yang sama Khamis tu, Afiq marah kami... "Kenapa mama ngan papa x datang sekolah!!... penat Afiq tunggu.... Cikgu kelas Afiq dah tunggu dah tadi....". Aik???... Kenapa??.. Afiq dah fikir baik2 ke?... Afiq dah ada keputusan ke??.. mama x tahu pun??... Oleh kerana waktu sekolah dah abes.... maka, kami balik kampung PG minggu ni sekali ambil surat tawaran Afiq.... Ada tambahan 2 hari lagi untuk Afiq fikir sebaik2nya.... bincang dan minta pendapat semua orang.....

Sampailah hari Ahad... Afiq masih bersekolah seperti biasa. Jam 11 pagi aku datang sekolah seperti yang diminta Afiq untuk  menguruskan hal berhenti sekolah.... Ok done.... medical checkup pun dah buat appoinment esok pagi di Hospital Mersing. Daaaaan....... muktamadlah keputusan yang Afiq akan bersekolah di Sekolah Sains Sultan Iskandar....

Sementara menunggu medical check-up di Hospital Mersing
Isnin esoknya Afiq dah mula berhenti sekolah.... Kami menguruskan hal medical checkup seawal pagi. Pagi tu dia bersemangat kerana ada kawannya juga akan ke MRSM Mersing... Sama2 satu kelas keluar dari kelas 1KAA... Mereka nampak bersemangat dan excited... Moga berterusan dan berkekalan semangat ini. Tinggal 1 hari je lagi Afiq akan melapor diri ke Sekolah SBP... Kami biarkan AFiq berehat.... bersantai2... sebab lepas ni Afiq akan ke Asrama... Papa dah banyak keli dedahkan suasana di Asrama kat Afiq.... Moga Afiq dapat terima keadaaan apabila tinggal diasrama kelak... ingat satu je tujuan Afiq.. iaitu belajar!! belajar dan belajar!!....

Akhirnya Selasa merupakan sesi lapor diri di SBP.... Sampai di pagar risau jugak... adakah Afiq seorang je lapor diri? Atau kami dah tersilap haribulan ke?.. Pak guard tu kata dah 2-3 orang ada yang masuk tadi lapor diri... jam baru pukul 9.00 pagi sepertimana yang dijanjikan....  hurrrmmm....

Kami melapor diri di bilik kaunseling... masa tu dah ada 3 orang pelajar  perempuan... dan Afiq baru seorang lelaki... tak lama lepas tu datang seorang lagi murid lelaki dari Muar... hati berasa lega... adalah geng Afiq sekurang2nya... tetapi semua yang lapor diri tiada pun yang satu dorm atau satu kelas... Papa minta pun x dapat... oklah... itu kehendak sekolah x pe... kami cuba2 jek mana taw dapat satu dorm/kelas dengan kawan baru daftar... biarlah sama2 baru... sama2 nak berkenalan dengan sekolah... sama2 baru nak belajar hidup berdikari...  Akhirnya setelah tamat sesi pembayaran yuran... pembayaran asrama dan duit makan... pembayaran koperasi ( Lebih RM1K  jugak ), kami pun beredar ke asrama ditemani sahabat 1 Gamma (satu kelas Afiq). Faris... dialah yang menunjukan asrama.... dan segala hal berkaitan sekolah dengan Afiq hari ni...                                        

Luar dorm Afiq
Dalam Dorm Afiq ( Info 1 )
Memilih katil... masih banyak lagi yang kosong...
Kiri : Haziq ( Kawan 1 dorm info 1 )
Tengah : Faris ( Kawan sekelas 1 Gamma )
Semoga membuka lebih luas pintu rezeki dan kejayaan buat Afiq....
Selamat belajar ditempat baru ye sayang
Jadual kelas Afiq
1 Gamma
Ingatlah sayang.... walau dimana jua Afiq berada.... Afiq kena kuat dan tabah!!... teruskan perjuangan... Bak kata pepatah... belajarlah bersungguh2 walau sampai ke negara China.... menunjukkan betapa pentingnya ilmu pengetahuan.... selagi ada peluang pergilah ke tempat yang lebih baik.... dan ingatlah kata pepatah "Jadilah seperti butir PERMATA... walau dimana pun ia jatuh kan terus bersinar". Mama sentiasa berdoa... agar segala urusan Afiq dipermudahkan, diberi keselesaan, kegembiraan dan ketenangan walau dimana juga Afiq berada.... Menjadi sahabat dan kawan yang baik, menjadi pelajar yang berguna dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara....Yang pasti Mama selalu merindui Afiq... Rajin2lah telefon mama.... Mama terlalu menyayangi Afiq lebih dari segala2nya.... I Love U so Much!!!!....

Friday, August 28, 2015

Kelahiran baby bongsuku...


Syukur tak terhingga..... hanya Allah jua yang tahu....  anugerah yang tak terhingga atas anugerah yang diberikan pada kami.... cahayamata bongsuku yang comel... baby girl..... lahir dengan selamat pada 31 Oktober 2015.....  and now akhir Ogos... bermakna Nur Adriana hampir berusia 10 bulan kini....

InshaAllah... ada masa PASTI akan tercoret juga bagaimana kami menyambut kehadiran puteri bongsu yang kami amat nanti-nantikan ini...... Hanya mampu upload gambar....  


Sejam selepas kelahiran beliau....... capture : 5.00 pm

Nak lahir sama hospital dengan mama ye sayang.....  

Inilah buah hati pengarang jantungku.... Nur Adriana Binti Mohd Fairullah.... Masa kelahiran 3.50pm (Jumaat) di Hospital Besar Kota Tinggi, Johor. Mama berjanji akan menjaga amanah ini sebaik mungkin..... Mama sayang sangat kat adik!!!!..... Kalau boleh mama nak ambil cuti tanpa gaji..... Tapi, siapalah kita ni sayang.... siapa nak bayar kereta... rumah... yang lain2?.... Moga ada hikmahnya atas apa yang ditentukan buat kita semua.... Sayang mama tiada tandingannya... mama nak sangat adik sentiasa disisi mama.... tapi mama kena cuba juga percayakan seseorang yang boleh menjaga adik... mama kena kerja... adik masih kecil... terlalu berat untuk mama lepaskan tangungjawab menjaga adik pada orang lain... hu huuu... moga sesiapa juga yang menjaga, mengasuh dan pelihara adik.... juga dapat melindungi dan menjaga amanah Allah ini sebaik mungkin.... Amin... Amin.... Aminn ya rabbal alamin......


Thursday, August 20, 2015

Homestay Casia Berwajah Baru......

Wednesday, June 4, 2014

Suasana baru ditempat baru

Assalammualaikum... jumpa kembali kita.... lama x mengupdate blog.... keadaan mungkin belum mengizinkan... biasanya sebab aku juga... penyakit "M" mula menternak dalam diri sehingga balik kerja terbaring sudah... pastu terus ZZZzzzZZzzz, maka secara automatiknya lemak2 dalam badan nie semakin membiak dengan jayanya... hadooo mak aiiii.... gilossssh.... dalam tempoh 2 minggu berat boleh naik 1.5kg!!!... Maka secara purata kenaikan berat badan sebulan boleh mencecah 3kg!!!..... Aku kan kena check klinik 2 minggu sekali... maka jawapan penimbang klinik dan buku rekod merah boleh membuktikannya!!!...... Tapi alhamdulillah.... hari ini rutin kembali checkup sebulan sekali gara2 hb rendah..... hu huuu huuuu.....

Alkisah.... maka tersebutlah kisah perpindahan kami ke Mersing...... Penghijrahan yang amat bermakna.... Setelah mendapat surat arahan pindah (bermakna bukan aku mohon pindah..) pada bulan Mac... dan mengarahkan pindah pada 1 April... suatu jangkawaktu yang agak singkat... maka, aku redha walaupun agak sedih untuk meninggalkan PIS. Iyelah kan... hidup dah senang kat PIS atau Pasir Gudang... kena pulak berhijrah ke Poli baru.... kawasan kampung pulak tu.... tiada saudara mara.... tetapi memikirkan aku memang nak berpindah sebab ingin mencari pengalaman baru (melainkan sabah sarawak memang aku nangiss).... untuk memberi ilmu ditempat baru... aku kena kuat dan tabah.... fikir yang baik2.. inshaAllah dapat yang baik2. Pada awal berita nama kami naik.... perasaan aku??? Suka sebab dapat berpindah tempat yang dekat... masih bersyukur dibandingkan kawan2 seangkatan yang kena pindah ke Shah Alam... Banting....Perak... Muazam... dll... Masih dikawasan Johor. Alhamdulillah.... Sedih sebab family... rumah.. sekolah anak2... shopping2.. makan2... kami dah tahap selesa disini.. kerja juga aku memang tahap sangat selesa di Jabatan... tetapi cik suami memang selesa bagi dia... mungkin bukan aku.... hi hi hiii... saban setiap minggu kami ditinggalkan... entah kemana rumah... isteri... apatah lagi anak2.... aku pulak memang agak susah nak handle sorang2 apatah lagi dengan diri yang double2... bukan tak boleh handle tetapi kadang2 stress tu datang jugak..... tetapi pada Allah jua kita kembali.... semua ini ketentuannya... masih bersyukur atas nikmat yang melimpahruah dariNya... Alhamdulillah.

Apabila memikirkan berpindah... makanya kami redha... tidak pula membuat rayuan kerana kami tidak tahu apa hikmah atas sebalik yang berlaku.... hanya kami bermohon semoga apa yang ditentukan ini banyak hikmah disebaliknya... AMIN..... Aku memang teringin sangat mohon cik suami stay diJabatan seperti baru masuk kerja dulu2... Memang berulangkali permohonan kepada pihak atasan tidak diluluskan. Keperluan di Unit Sukan lebih memerlukan. Maka, dengan sebab itu... mungkin kami aku redha atas perpindahan ini... Setelah difikir2... ditimbang disukat... aku pun telah memikirkan hal rumah sana... dan rumah sini... setelah call pihak Mersing Quarters amatlah terhad nak dibandingka staf yang bakal masuk mendaftar 1 April nanti. Maka dengan itu, aku bersama kawan baik aku Suhaila... (Teman sekampung... Separtition.... sebelah meja...) berpakat untuk mendaftar awal. Maka pada 30 Mac 2014 seawal pagi kami sudah melapor diri di Mersing bersama2 suami/isteri. Permohonan quarters adalah first come first serve... Alhamdulillah... kami antara yang awal dapat pulak kelebihan memilih rumah tanpa undian.. Maka aku dan Suhaila pilih rumah depan2...  sebab rumah quarters sini geng berdua jer dalam satu tangga.... Tapi hanya yang tinggal aras 3... redha lagi.... tetap bersyukur daripada x de rumah.... Selepas urusan rumah dan lapor diri selesai... maka sahlah kami sudah warga PMJ.... Kami tidak terus balik Pasir Gudang.... Kami bersama2 menguruskan mencari2 sekolah anak2.... maklumlah... Mersing nie bukanlah familiar buat kami.... jalan2 kampung2 sekolah2 pun kami x tahu... maka bertemu kami dengan hamba Allah dari tabika sudi membantu membawa kami ke sekolah... mencari taska dsb.... tak dapat aku bayangkan tanpa beliau... terkial2 kami memusing kereta mencari2... tetapi taska semua full.... masalah belum selesai hari dah petang.... terpaksalah kami pulang dengan membawa sek keb sri mersing sahaja..... dan sek agama pangkalan batu.... :)




Kemudian, setelah mesyuarat pengurusan PMJ... Kami pun dapatlah kunci rumah pada April 2014.... Sewaktu weekend... kami basuh rumah dulu... anak2 tinggal rumah MIL... Kami mohon penangguhan 2 minggu untuk menyiapkan kerja2 di PIS.  Sedang kami cuci rumah bersama bibik yang diupah.... dapatlah call dari PIS supaya kami still bekerja disana.... Tenaga kerja Cik Suami masih diperlukan disana.... Tahanan cik suami tanpa surat.... sedangkan arahan pindah pihak Putrajaya lebih berkuasa.... Masa nie hanya Tuhan yang tahu... luluh hati nie... tengah excited kemas rumah... tiba2 suruh hold dulu kes pindah kami.... Bagaimana????..... Bukan kami x sayang PIS... Apatah lagi PIS sudah gah kedudukannya dimata Malaysia.... kami mahu stay di PIS... tapi arahan dari mana supaya kami melapor kembali ke PIS?... sedangkan surat mengarahkan kami pindah ke Mersing?.... Siapa lebih berkuasa.... maka, kami tekad... teruskan kerja yang patut.... walaupun hati dah 50-50....

Sehinggalah kami berpindah ke Mersing pada 11 April.... Urusan anak2 sekolah.. pengasuh... semua dah settle.... lori dah siap... dapat lagi call supaya kami stay di PIS.... Kali ini arahan Timbalan Pengarah amat KERAS supaya kami melapor diri dengan segera ke PIS semula..... bagaimana??????.... rumah???.. Anak2???... barang2 dah angkut???... akhirnya cik suami tekad kekal di PMJ... Hanya doa dan tawakal sahajalah yang mampu dikala ini.... keputusan memang agak sukar dibuat... tetapi terpaksa kami meredhakan keputusan ini.... nangesssss!!!..... sebab kita tak tahu masa depan keluarga dimanakah yang lebih baik....

Akhirnya.. inilah secara rasmi tempat kerja aku yang baru.... Jabatan yang baru dibuka tanpa student.... Kamilah founder disini... kalau di PIS, bilangan pensyarah 400++ tetapi jauh di Mersing bilangan pensyarah sebelum kami mendaftar hanya 20++ apabila kami pakej beramai2 masuk... maka dapatlah peningkatan kini dalam 48 orang pensyarah PMJ..... jauh bezakan.... ada kebaikan dan keburukan disesuatu tempat pasti kita kena terima dengan hati terbuka..... Alhamdulillah, kini aku dan family sudah dapat menyesuaikan diri ditempat baru.... yang penting anak2 gembira tinggal disini.... itu cukup membuat hatiku lebih yakin dan percaya dengan hikmah disebalik perpindahan kami ini.... Semoga perpindahan ini... perpindahan yang dirahmati Allah....

KERJA??
Setiap tempat pasti ada kebaikan dan keburukan masing2... sama sahaja walau dimana jua..... bagiku.. kerja agak bertambah kot... tapi bagi cik suami pulak katanya jauh lebih ringan dari dulu.... dulu dia banyak terlibat dengan pengurusan.... kini... orang baru kan... tapi bila x reti nak diam... tu yg dia buat program... ke UTHM dah lepas... next Batam 10 Jun... next lagi join softball Politeknik ke Jepun... tetiba tengah cuti sem minggu lepas ada pulak program debat... apalagi bila cik suami ada peluang dia nak join lah... sementara free time.... so, bakat yg dah lama terpendam melatihlah semula dia dengan Baizura pensyarah english sini.... Siang Baizura handle... dan malam cik suami yang handle.... selama 2 hari sahaja... maklum tengah cuti sem... pastu dah hampir tarikh tutup... sebelum nie tiada siapa yang nak handle.. Baizura seorang agak susah... so, bila ada cik suami maka pihak pengurusan beri kepercayaan untuk memasuki pertandingan debat mewakili PMJ... Aikk?? Apa kaitan dengan aku??.. Actually dihari pertandingan tersebut Baizura x dapat hadir.... So, aku lah yang menggantikan beliau sementara anak2 cuti sekolah kan... dapatlah aku join keluar macam nie.. kalau tak mana dapatnye dik oiii..... aku hok jaga anok2 je kat rumah.... :)

PMJ TEAM....
Pendebat PMJ....
Sesi bermula...
Jurulatih sedang menulis komen2...
Keputusan : PIS dapat kami kalahkan... he heee....
Ini tugas aku disana.... yeah!!... juri tak profesional....
Persembahan di Majlis Penutup
Penyampaian hadiah diambil dari wakil PMJ
Seronok juga join debat nie.... aku ni kan keras kepala... degil... sesuai masuk debat... rasa macam aku je yang nak jadi peserta!!!.... sedangkan orang lain yang tengah berdebat... aku yang beria2 nak bercakap.... sudahnya.... kisah debat x habis kat dewan..... berdebat jugak lepas gian kat bilik... walhal jadi juri nie kerjanya sampai pukul 12.00 malam taw... perghhh lepak sangat2 sebab x diberi ruang masa rehat yang lama.... kesian pendebat2 semua... langsung x de masa rehat.... dan x de masa untuk mencari maklumat tambahan untuk menguatkan hujah!!.... urrmmm...... Anyway... cik suami dah pun inform kat pengurusan yang beliau berusaha untuk buka kelab debat.... aku just menyokong sebab aku pun sukeee..... Oklah itu sedikit cerita aku ditempat baru... pengalaman baru... suasana baru.... perggh... dah macam tajuk debat pulak entri kali ini.... wink wink.... byeeeee.......
 

Jom tengok gambo2.........