Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Wednesday, June 23, 2010

Kelebihan Bulan Rejab

KELEBIHAN BULAN REJAB Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi) *
Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). *
Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. *
Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan). *
Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat. *
Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. * Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka. *
Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka. *
Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga. *
Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga. *
Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat. *
Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. *
Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s. *
Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali: *
Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun. *
Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun. *
Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya: * Diampunkan dosanya yang lalu. * Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal. * Terlepas dari dahaga di hari kiamat. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar) Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim. Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH. REJAB bulan menabur benih. SYA'ABAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai. REJAB menyucikan badannya. SYA'ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya. REJAB bulan taubat. SYA'ABAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Tuesday, June 15, 2010

Pengalaman Bersalin Puteri KesayanganKu....

Nur Aleesya Binti Mohd Fairullah
Pengalaman mengandung merupakan pengalaman yang menyeronokkan kerana bakal menimang cahaya mata comel tak lama lagi. Bagi aku yang mengandung kali ke-3 berbeza sedikit berbanding dengan yang pertama dan kedua. Mungkin... sebab kali ini kelahiran puteri.. itu yang membezakan keadaannya. Sudahlah mengandung berbeza, pengalaman melahirkannya pun berbeza dengan abang2nya.
Anak-Anak yang mama sayangi

Buah hati pengarang jantung mama.....

Ketika usia genap 7 hari.... kena botak!

Pada Jumaat 9 April jam 1.00 pagi aku dah mulai rasa sakit2 ingin bersalin. Aku mengejutkan suami yang sedang nyenyak tidur. Maklumlah dah anak ke-3, rasa sakit bersalinku sama seperti yang lepas2 iaitu seperti sakit senggugut. Suami kata dah berapa minit sekali?????..... Aku rasa dah 5 minit sekali... Biar betul?.. Suamiku terkejut dengan kenyataanku... Jom kita kira dan tengok...tunggu sampai pukul 2 pagi. Betul!.. kira 5 minit sakit. So, kami bersiap2 ke hospital. Aku dan suami memang dah merancang untuk bersalin ke HSI kerana di HSA suami tidak dibenarkan masuk menemani isteri yang ingin bersalin. So, sampai di HSI jam 2.30 pagi... tapi, kami tidak ke hospital.. kami ke kedai mamak berhampiran... makan2 dulu.. kerana sakitku tidak terlalu kuat. Kalau dulu, bila dah 5 minit... nak jalan pun dah x boleh rasanye..... So, kami berbincang lagi.... Nak masuk HSI atau tidak.... Oleh kerana aku yang takut masuk wad sesorang... takut sakit lama kat hospital, aku pikir nak balik jer rumah dulu kerana sakitku semakin berkurangan dan hilang. Kelakar pun yer jugak... dah kami mengekek ketawa buat lawak tengah malam... hu hu huuuuu..... Sampai rumah pukul 4.40 pagi. Ibu mertua yang menjaga 2 puteraku terkejut kerana melihat kepulanganku semua..... hi hihiiiiii.......
Jumaat siang... aku masih kerja walaupun kadang2 ada rasa sakit2. Jadual ku hari ini amat penuh. Pagi... Bilik pensyarah 2 buat port luck.... kelas makmal lagi... dan sambung petang.... aku sebagai pencatit minit mesyuarat.... pergi lah jugak...... Malamnya sakitnya semakin berkurang dan aku dapat tidur dengan nyenyak.... ish... pelik betullah... dulu kalau dah sakit akan terus semakin sakit dan terus bersalin!......
Sabtu, 10 April 2010. Bangun pagi ada keluar darah sedikit. Aku semakin confius... rasa sakit hilang datang hilang datang.... Mak kat kampung dah risau suruh aku check doktor. Pagi tu habis satu PG aku cari klinik doktor perempuan semua tiada... Nak check doktor lelaki segan sebab aku belum sakit sangat. Tengahari aku balik rumah konon petang nak ikut suami gi servis kereta. Takut apa2 hal aku kat rumah siapa nak tolong?.... nasib baik aku nampak kereta parent aku terserempak kat petronas K.Masai2. Last2 aku balik rumah... Mak rupanya risaukan keadaanku. Petang selepas bangun tidur, datang semula rasa sakit. Magrib semakin kuat pulak. So, lepas magrib cari lagi doktor perempuan dengan my parent sampai pukul 11 malam. Tiada!.... Balik rumah, mok teh and family datang rumah mak mertua kat sebelah. Semua risau tengok aku sekejap sakit sekejap hilang. Semua mencadang supaya aku ke hospital sebab apa2hal doktor kan tahu..... Aku akur dan betul juga pandangan mereka. Kami siap2 pukul 12 malam sampailah aku di HSI. Sunyi dan senyap...... Guard kat situ suruh aku ke wad kecemasan. Tapi???.. aku nie sakit hilang2.. dan boleh jalan??... aku mintak jalan jer ke wad bersalin... rasa sakit makin hilang??... Aku dah mula gabra semula... Sampai di Wad bersalin misi suruh baring untuk check jalan... Aku dah berdebar2 sebab sakit mula hilang.... Apa pun aku akur dan redha jika belum masanya.... ini saat yang paling mendebarkan aku!.... ha ha haaaaaa........ Bila doktor sampai... doktor lelaki tue.. muda pulak tu.... malu betul aku rasa.. (sebab aku x rasa sakit masa nie).... dia mendebarkan aku... tanya experience bersalin lepas2... laaasssst sekali baru check.... bila dia check, dia btahu 'nurse 6cm, ok.. boleh masuk terus labour rooom! ....... 'masa nie mahu aku nak melonjak rasa dengar sebut 6cm... sebab aku tahu kalau 6cm dah x lama dan boleh terus masuk labour room!...... Alhamdulillah... Syukur aku pada illahi..... sampai nurse tu tanya kenapa aku suka sangat!... sebab aku dah sakit dari semalam....aku dah malas nak tunggu lama2 lagi...takut sakit sesorang kat hospital.... Syukurlah.. 3 anak-anakku bila sampai hospital suami terus menemani disisi sampai aku bersalin.. Aku x pernah sakit dihospital keseorangan... Suami sentiasa disisi sampai detik bersalin.... itu yang aku harap dan dimakbulkanNya... Alhamdulillah.
Aku salin baju hospital dan suami mengekoriku ke labour room. Alhamdullillah ini yang aku minta, dapat. Suami tetap menemaniku hingga saat bersalin. Sakit yang hilang tadi?.... itu pun aku buat2 rasa sakit... dah 6cm x kan x sakit kan?.... he he hee.... siap aku kena buli lagi suruh aku jalan masuh labour room.. aku pun jalanlah.. rupanya x boleh. Dia suruh buka selipar naik wheal chair w/pun aku x sakit.... sampailah ke labour room. Sampai di labour room, kena pecahkan ketuban. Masa nie lah baru datang rasa sakit. Jam menunjukkan jam 12.30mlm.. Aku dah berkira2... bila lah baby nak keluar. Namun sakitku kali ni, still sama hilang sakit2... sempat bual2 dengan suami lagi.. baca borang yang dia kena tanda tangan kalau nak teman isteri.. dan macam2lah.... kalau dulu, bila dah pecah ketuban, rasa macam nak tergolek2 rasa... kali ini Alhamdulillah....sampailah jam 1.15 pagi. Aku mulai rasa nak meneran... aku teringat masa bersalin sulung.... Doktor Tokha kata kalau nak teran, teran je biar cepat buka jalan... aku pun buat... ( Nurse dah pesan, rasa nak teran panggil dia ).. teran kali pertama x rasa baby nak keluar.... hilaaang... teran lagi.. mulai rasa macam baby nak keluar.... suami panggil nurse. Nurse kata belum lagi.. ada sikit lagi. kalau x buka luas, koyak banyak.... (aku pun setuju kata dia).. hilang... kali nie aku terasa macam ada benda nak keluar.... suami dah panggil lagi nurse.. aku yang tak tahan terus teran... rupa2nya.. baby nak keluar.... terananku kali ke-3 menyebabkan baby mengelungsur keluar tanpa nurse... tetiba je rasa kaki dah panas baby dah keluar... Syukurlah lega rasa sakit terus hilang.. dan nurse bagi terus baby pada aku... baby girl... Alhamdulillah.... Suami terus mengazankan baby yang berada didadaku.....Setelah selamat semua suami kena keluar sebab nurse nak proses bersih dan jahit... aku ingatkan x kena jahit sebab dah terbersalin.. rupanya kena juga.. tapi hanya satu jahitan sebab ada sikit pendarahan katanya.. aku mintak x jahit tapi nurse tu kata dia x mahu tanggung apa2 risiko... takut dia kena balik... iyelah aku faham sebab aku pun bekerja...... semua urusan siap lebih kurang jam 2.30 pagi. Aku dimasukkan ke wad. Rasa gembira yang amat sangat membuatkan aku x lena tidur.. itulah aku... lepas bersalin tentu perasaan gembira yang amat... dunia ini seperti kita yang punya...... tak terkata syukur yang amat padaMu ya Allah selamatkan aku dan anak-anakku..... Apa pun yang berlaku semua dariMu ya Allah... terima kasih atas kurniaanMu ya Allah.... Alhamdulillah......................

Jom tengok gambo2.........