Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Tuesday, June 15, 2010

Pengalaman Bersalin Puteri KesayanganKu....

Nur Aleesya Binti Mohd Fairullah
Pengalaman mengandung merupakan pengalaman yang menyeronokkan kerana bakal menimang cahaya mata comel tak lama lagi. Bagi aku yang mengandung kali ke-3 berbeza sedikit berbanding dengan yang pertama dan kedua. Mungkin... sebab kali ini kelahiran puteri.. itu yang membezakan keadaannya. Sudahlah mengandung berbeza, pengalaman melahirkannya pun berbeza dengan abang2nya.
Anak-Anak yang mama sayangi

Buah hati pengarang jantung mama.....

Ketika usia genap 7 hari.... kena botak!

Pada Jumaat 9 April jam 1.00 pagi aku dah mulai rasa sakit2 ingin bersalin. Aku mengejutkan suami yang sedang nyenyak tidur. Maklumlah dah anak ke-3, rasa sakit bersalinku sama seperti yang lepas2 iaitu seperti sakit senggugut. Suami kata dah berapa minit sekali?????..... Aku rasa dah 5 minit sekali... Biar betul?.. Suamiku terkejut dengan kenyataanku... Jom kita kira dan tengok...tunggu sampai pukul 2 pagi. Betul!.. kira 5 minit sakit. So, kami bersiap2 ke hospital. Aku dan suami memang dah merancang untuk bersalin ke HSI kerana di HSA suami tidak dibenarkan masuk menemani isteri yang ingin bersalin. So, sampai di HSI jam 2.30 pagi... tapi, kami tidak ke hospital.. kami ke kedai mamak berhampiran... makan2 dulu.. kerana sakitku tidak terlalu kuat. Kalau dulu, bila dah 5 minit... nak jalan pun dah x boleh rasanye..... So, kami berbincang lagi.... Nak masuk HSI atau tidak.... Oleh kerana aku yang takut masuk wad sesorang... takut sakit lama kat hospital, aku pikir nak balik jer rumah dulu kerana sakitku semakin berkurangan dan hilang. Kelakar pun yer jugak... dah kami mengekek ketawa buat lawak tengah malam... hu hu huuuuu..... Sampai rumah pukul 4.40 pagi. Ibu mertua yang menjaga 2 puteraku terkejut kerana melihat kepulanganku semua..... hi hihiiiiii.......
Jumaat siang... aku masih kerja walaupun kadang2 ada rasa sakit2. Jadual ku hari ini amat penuh. Pagi... Bilik pensyarah 2 buat port luck.... kelas makmal lagi... dan sambung petang.... aku sebagai pencatit minit mesyuarat.... pergi lah jugak...... Malamnya sakitnya semakin berkurang dan aku dapat tidur dengan nyenyak.... ish... pelik betullah... dulu kalau dah sakit akan terus semakin sakit dan terus bersalin!......
Sabtu, 10 April 2010. Bangun pagi ada keluar darah sedikit. Aku semakin confius... rasa sakit hilang datang hilang datang.... Mak kat kampung dah risau suruh aku check doktor. Pagi tu habis satu PG aku cari klinik doktor perempuan semua tiada... Nak check doktor lelaki segan sebab aku belum sakit sangat. Tengahari aku balik rumah konon petang nak ikut suami gi servis kereta. Takut apa2 hal aku kat rumah siapa nak tolong?.... nasib baik aku nampak kereta parent aku terserempak kat petronas K.Masai2. Last2 aku balik rumah... Mak rupanya risaukan keadaanku. Petang selepas bangun tidur, datang semula rasa sakit. Magrib semakin kuat pulak. So, lepas magrib cari lagi doktor perempuan dengan my parent sampai pukul 11 malam. Tiada!.... Balik rumah, mok teh and family datang rumah mak mertua kat sebelah. Semua risau tengok aku sekejap sakit sekejap hilang. Semua mencadang supaya aku ke hospital sebab apa2hal doktor kan tahu..... Aku akur dan betul juga pandangan mereka. Kami siap2 pukul 12 malam sampailah aku di HSI. Sunyi dan senyap...... Guard kat situ suruh aku ke wad kecemasan. Tapi???.. aku nie sakit hilang2.. dan boleh jalan??... aku mintak jalan jer ke wad bersalin... rasa sakit makin hilang??... Aku dah mula gabra semula... Sampai di Wad bersalin misi suruh baring untuk check jalan... Aku dah berdebar2 sebab sakit mula hilang.... Apa pun aku akur dan redha jika belum masanya.... ini saat yang paling mendebarkan aku!.... ha ha haaaaaa........ Bila doktor sampai... doktor lelaki tue.. muda pulak tu.... malu betul aku rasa.. (sebab aku x rasa sakit masa nie).... dia mendebarkan aku... tanya experience bersalin lepas2... laaasssst sekali baru check.... bila dia check, dia btahu 'nurse 6cm, ok.. boleh masuk terus labour rooom! ....... 'masa nie mahu aku nak melonjak rasa dengar sebut 6cm... sebab aku tahu kalau 6cm dah x lama dan boleh terus masuk labour room!...... Alhamdulillah... Syukur aku pada illahi..... sampai nurse tu tanya kenapa aku suka sangat!... sebab aku dah sakit dari semalam....aku dah malas nak tunggu lama2 lagi...takut sakit sesorang kat hospital.... Syukurlah.. 3 anak-anakku bila sampai hospital suami terus menemani disisi sampai aku bersalin.. Aku x pernah sakit dihospital keseorangan... Suami sentiasa disisi sampai detik bersalin.... itu yang aku harap dan dimakbulkanNya... Alhamdulillah.
Aku salin baju hospital dan suami mengekoriku ke labour room. Alhamdullillah ini yang aku minta, dapat. Suami tetap menemaniku hingga saat bersalin. Sakit yang hilang tadi?.... itu pun aku buat2 rasa sakit... dah 6cm x kan x sakit kan?.... he he hee.... siap aku kena buli lagi suruh aku jalan masuh labour room.. aku pun jalanlah.. rupanya x boleh. Dia suruh buka selipar naik wheal chair w/pun aku x sakit.... sampailah ke labour room. Sampai di labour room, kena pecahkan ketuban. Masa nie lah baru datang rasa sakit. Jam menunjukkan jam 12.30mlm.. Aku dah berkira2... bila lah baby nak keluar. Namun sakitku kali ni, still sama hilang sakit2... sempat bual2 dengan suami lagi.. baca borang yang dia kena tanda tangan kalau nak teman isteri.. dan macam2lah.... kalau dulu, bila dah pecah ketuban, rasa macam nak tergolek2 rasa... kali ini Alhamdulillah....sampailah jam 1.15 pagi. Aku mulai rasa nak meneran... aku teringat masa bersalin sulung.... Doktor Tokha kata kalau nak teran, teran je biar cepat buka jalan... aku pun buat... ( Nurse dah pesan, rasa nak teran panggil dia ).. teran kali pertama x rasa baby nak keluar.... hilaaang... teran lagi.. mulai rasa macam baby nak keluar.... suami panggil nurse. Nurse kata belum lagi.. ada sikit lagi. kalau x buka luas, koyak banyak.... (aku pun setuju kata dia).. hilang... kali nie aku terasa macam ada benda nak keluar.... suami dah panggil lagi nurse.. aku yang tak tahan terus teran... rupa2nya.. baby nak keluar.... terananku kali ke-3 menyebabkan baby mengelungsur keluar tanpa nurse... tetiba je rasa kaki dah panas baby dah keluar... Syukurlah lega rasa sakit terus hilang.. dan nurse bagi terus baby pada aku... baby girl... Alhamdulillah.... Suami terus mengazankan baby yang berada didadaku.....Setelah selamat semua suami kena keluar sebab nurse nak proses bersih dan jahit... aku ingatkan x kena jahit sebab dah terbersalin.. rupanya kena juga.. tapi hanya satu jahitan sebab ada sikit pendarahan katanya.. aku mintak x jahit tapi nurse tu kata dia x mahu tanggung apa2 risiko... takut dia kena balik... iyelah aku faham sebab aku pun bekerja...... semua urusan siap lebih kurang jam 2.30 pagi. Aku dimasukkan ke wad. Rasa gembira yang amat sangat membuatkan aku x lena tidur.. itulah aku... lepas bersalin tentu perasaan gembira yang amat... dunia ini seperti kita yang punya...... tak terkata syukur yang amat padaMu ya Allah selamatkan aku dan anak-anakku..... Apa pun yang berlaku semua dariMu ya Allah... terima kasih atas kurniaanMu ya Allah.... Alhamdulillah......................

No comments:

Jom tengok gambo2.........