Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Thursday, November 29, 2012

Nak bercuti.... nak bercuti..........

urmmmmm bilalah agaknya aku boleh bercuti?....

Cuti sekolah hampir sebulan telah berlalu.......... Masih belum ada masa yang sesuai untuk kami sekeluarga bercuti... berehat2 sambil makan2...... sambil ketawa2.... tak de pikir pasal kerja.......urmmmm....

Budak2 poly dah mula cuti tetapi kami masih lagi bekerja dan hari ini meeting peperiksaan jabatan... owh seronoknya.... bermakna berakhirlah sudah semester ini..... Tetapi..........

9.12.2012 pelajar2 baru mula mendaftar diri..... Bermakna hanya ada tak sampai 2 minggu sahaja lagi untuk aku dapat berkepak2 sedikit...... itupun dalam masa 2 minggu nak menyiapkan nota2, soalan2 quiz, amali dan sebagainya termasuk fail rekod pensyarah yang harus ditutup!.. fail tersebut bukan boleh main tutup cengitu jer.. kalau sem depan kena audit dan terdapat kesilapan... hah... sediakanlah dengan jawapan2 yang bernas!... Makanya, sebelum tutup fail tersebut kena siapkan kehadiran yang lengkap dengan MC dan surat2 kebenaran, surat2 cuti, penangguhan kelas, kursus dsb.

Maka.... Bilakah waktu yang sesuai untuk aku bercuti?. Pertengahan bulan Disember adalah Anniversary aku bersama cik suami yang tercinta yang ke 10 tahun.... 10 taw.... satu masa yang tidak disangka... 10 tahun itu seolah2 baru 1 tahun kami bersama..... sejekap jer masa berlalu. Konon2 disebabkan angka 10 tu nak buat best2 sikit.... nak celebrate sama2... tetapi masa tu pelajar2 poly sudah mendaftarkan diri... Namun, kelas2 belum dalam keadaan yang sangat2 sibuk.... urmmmm tak kiralah... aku nak jugak bercuti!...

dan..... cik suami dan anak2 bujangku akan ke Medan esok..... tinggallah aku dan Aleesya aje dirumah. Kalaulah rumah aku dekat dengan rumah mak, dah lama aku angkut mak teman aku kat rumah..... Kenapa aku tak ikut?

1. Cuti aku tak ler banyak lagi yang tinggal.. hanya saki baki untuk kecemasan dihujung tahun.
2. Aku malas nak dengar desas desus itu ini pung pang pung pang dari sapa2 pun..... sebab dah beberapa kali kat opis nie bila ada jer yang ke oversea timbullah desas desus yang tak best. Padahal tak pakai pun duit dia orang... tak de mintak pun dia orang sponsor...  diberi sourvinir ada ler..... malas..... dan malas..... Kalau salah anggap makin dapat dosa ada ler.... urmmm..............
3. Aku dah banyak kali ke Indonesia dan aku rasa Indonesia nie sama jer walau kat mana2 pun (kecuali Batam sebab Batam nie nampak International sikit). So, aku rasa cukuplah jalan2ku ke Indonesia. Kalau ke Australia ke, Paris ke, Korea ke, Switzerland ke.... nak gak aku!....
4. Bila search dengan cik gugel... Medan nie tak nampak ke'best'an nye.... Tak tahu dimana.... Sekadar nampak Danau Toba yang perjalanannya jauh dari Air Port maka itu juga melemahkan semangat untuk aku kesana.
5. Duit...... kos kesana bukan main ratus2 kalau kami pergi 1 family.....  Kalau dalam Rupiah op kos dah main juta2.... So, sekiranya aku dan Aleesya tidak kesana kos dapat dikurangkan hampir separuh. Maka duit tersebut boleh aku simpan dan memang hajat dihati hanya ingin ke negara yang telah disebut2kan tadi. Paling best sekiranya hajat untuk ke Tanah Suci termakbul.... Mudah2an....Amin......
6. Yang pasti..... sepeninggalanku kali ini aku redha dan ikhlas...... biarlah cik hubby gembira bercuti disana bersama bonda, anak2 dan family dia. Aku pasti cik suami dan anak2 akan gembira ke sana kerana masih ramai insan2 tersayang bersama dia. Semoga percutian mereka dilindungi Allah, dipermudahkan semua urusan dan pulanglah dengan berita gembira..... Mudah2an... Amin.

Akhir kata.... Semoga impian aku nak bercuti ini tersampai. Walaupun cik suami dan anak2 telah bercuti... harap2 luangkanlah sedikit masa lagi untuk bercuti bersama 'family' kita...... rindu nak jalan2.... rehat2.... tenangkan fikiran... happy2..... InsyaAllah... mudah2an apa yang dirancang dipermudahkan yang maha esa hendaknya..... Amin...

** Mood : Sangat gembira sebab berada dipenghujung semester....
                 Sangat2 tak sabar nak bercuti dengan suami dan anak2......
     Mood2 : Sedih sebab tak dapat upload gambar lagi... dia kata full memory??.... nape tu yek?....


Monday, November 26, 2012

Susu Ibu tetap yang terbaekkkk!....


Pengalaman paling menyeronokkan adalah saat SELEPAS melahirkan baby tersayang..... bahagianya rasa...... hilang semua tekanan dan hanya senyuman mengukir dibibir saat melihat wajah tersayang selamat dilahirkan..... terkini, telah 2 tahun lebih pengalaman tersebut ditinggalkan. Rasa ingin mengulang pengalaman tersebut????.... mungkin ada tetapi bukan buat masa terdekat ini. Memang hati ini ingin memiliki seorang lagi puteri buat peneman Aleesya. Sebab tu sebelum kejadian ini benar2 berlaku sedaya upaya akan ku cuba mencari maklumat bagaimana untuk memiliki puteri..... jika diizinkan Allah... insyaAllah.
 
Lebih2 lagi bila rakan seangkatan bekerja sebagai setiausaha mesyuarat jabatan 3 orang, dimana kedua2nya serentak cuti bersalin... owh... berasa seksanya aku bekerja seorang diri. Bukan tidak boleh melakukan tetapi keseronokkan bekerja itu hilang serta merta apalagi sememangnya jawatan ini tidak pernah aku gemari sejak mengenali dunia ini lagi!!!!... Tidak pernah aku gembira dengan jawatan setiausaha..... Bila rakan2 seangkatan ramai yang bercuti 3 bulan urmmmm seronoknya rasa..... aku belum pernah mengambil peluang bercuti 3 bulan tersebut!.... selain rakan opis... rakan2 blogger... rakan2 FB.... rakan2 sekolah lama especially Yana yang baru melahirkan baby girl.... Adik Ipar.... hampir semuanya memegang baby kecil..... dan kini kakak iparku.... owhhhh... seronoknya rasa.... Nak join???.... belum terbuka hati lagi buat masa ini tetapi memang menginginkan lagi seorang puteri...... seronok melihat mereka melayan baby.... apalagi menyusukan baby... itu saat yang paling aku rasa gembira kerana aku memang menyokong 100% mereka yang menyusukan baby sendiri apalagi secara ekslusif.............. happy sangat2....
 
Actually, aku sendiri berasa sangat2 sedih ketika melahirkan anak sulung (Afiq). Masa tu aku memang amat2 jahil tentang susu ibu... tiada search di internet... dan sebagainya. Maklumat hanya aku percaya dari mak yang menjaga aku sepanjang tempoh berpantang.... Dari awal kelahiran aku telah mencampurkan susu formula buat Afiq. Bukan kerana tiada susu tetapi kejahilan diriku tentang kepentingan susu ibu!.... Aku tidak menyalahkan mak aku tetapi terdapat sedikit kekesalan dihatiku kerana mak tidak memberi sokongan sepenuhnya padaku tentang penyusuan ibu!... Sejak dari awal kelahirannya aku telah didedahkan dengan susu formula.... Mak kata takut anak tak cukup susulah... takut kuninglah... dan aku akur semua itu..... tetapi hakikatnya semua itu kesilapan maklumat. Malahan semakin banyak diberikan susu ibu semakin banyak susu akan dihasilkan.... semakin banyak susu diberikan makan insyaAllah masalah kuning dapat dielakkan!.... Hakikatnya, antara ketiga2 anak aku rasa ketika melahirkan Afiqlah susu paling banyak dihasilkan tetapi aku sendiri yang mengabaikan dengan anugerah yang diberikan. Sehinggalah suatu hari, aku kena bentan dan seterusnya demam selama seminggu pada hari ke-40. Kerana sayang pada anak (takut anak juga demam), maka susu ibu aku jauhkan. Maka, semenjak itu tamatlah kisah penyusuan ibu buat Afiq anak sulungku............
 
Kemudian, kelahiran anak keduaku pula.... disini aku telah berazam sejak mengandung lagi bahawa baby keduaku ini akan ku susukan sehingga 2 tahun..... Masih juga tidak search diinternet, coz masa zaman nie internet nie masih belum glemer lagi. Tetapi, azam untuk menyusukan baby kuat disebabkan ipar2ku kebanyakkan sememangnya menyusukan badan sehingga 2 tahun. Bila tengok ipar2 semua menyusukan baby aku juga ingin bersama mereka. Kesilapan lepas takkan ku ulang semula!.... Alhamdulillah, Azim dapat ku susukan sehinga 2 tahun++. Syukur Alhamdulillah. Cuma, sedikit kekesalan dimana aku masih tidak tahu kepentingan menyimpan susu ibu!!!... Susu memang banyak... waktu rehat tengahari bila dah bengkak sanggup aku perah dan buang susu tersebut di toilet!!!.... Tak terfikir bahawa boleh menyimpan susu tersebut!... owh bertapa jahilnya aku waktu itu.....  kalau tidak, aku rasa aku boleh memberi susu ibu secara ekslusif... di taska susu formula juga yang diberikan... tetapi tidak dirumah.... memang bf sepenuhnya........... urrmmmm... masih jahil lagi tentang susu ibu!..... Namun, aku bersyukur cita2 menyusukan Azim sehingga 2 tahun terlaksana, dan masa usia azim 2 tahun aku yang menghentikannya. Bayangkan dalam kereta kaki dah memanjang ke handbreak.... kat mana2 jer main selak jer... masa tu kan dia dah besar... dah pandai.. dah tahu.... dia nak dia datang ler kat aku.... tapi aku pulak yang malu. Tu yang stop tue... Nak stopkan bukannya mudah taw... macam2 cara dah buat!.... letak siraplah...  letak asam jawalah.... dan yang pasti si azim nie dapat dihentikan susu dengan aku meletakkan bawang merah..... aku hancurkan dan lumur kat situ... maybe sebab bau dan rasa dia kot tu yg dia tak nak.... setakat sirap atau makanan yang hanya ada warna dan bau dia tetap nak.... tetapi bawang... dengan bau dan rasa tu yang dia kalah juga akhirnya..... urmmmm... Akhirnya 2 tahun lebih juga dia baru stop menyusu badan. Aku rasa aku berpuas hati..... puas sangat2 menjadi seorang ibu yang dapat menyusukan anaknya sediri. Alhamdulillah......
 
Sehinggalah lahirnya anak ketiga aku.... puteri Aleesya yang comel. Buah hati pengarang jantungku!. Memang ingin memberikan susu ibu sepenuhnya.... tetapi susu lambat dihasilkan sehingga hari ke3 baru dapat keluar sempurna selepas diurut.... urmmmm sedih rasa. Ketika itu, susu formula telah diberikan. Tetapi aku tetap dengan semangat ingin menyusukan baby!... Susu untuk anak ke tiga ini seperti tidak seperti yang lepas2... agak kurang!. Atau aku rasa sebab aku kurang memberikan susu buat Aleesya..... Tambahan pula Aleesya agak pelik sikit. Dia akan muntahkan susu jika terlebih menyusu atau tidak sedawakan atau tidak meninggikan tempat baringnya!... Sehingga kini keadaan Aleesya tidak berubah... kerap muntah terutama bila nangis!... Bila budak tu nangis jer aku memang dah risau dan standby nak ke toilet... Mudah beno muntah... dah tu tak boleh makan banyak!... macam mana tu ngek?..... Waktu dalam pantang kesilapan lagi telah aku lakukan dimana aku tidak menyimpan gadget untuk stok susu!!.... Sehinggalah sebulan berpantang dikampung akhirnya mak melepaskan aku kembali ke PG. Tetapi gadget2 tersebut aku beli setelah lepas hari. Pada hari ke-40 kawan2 opis melawat aku dirumah. Masa tu berbual2 baru aku terfikir yang aku tidak memberi botol pada baby!!!... sedangkan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi akan naik kerja!... Aduh, keseronokkan tersebut tiba2 hilang dimana aku harus akur yang akan memberikan botol buat Aleesya.  Maka, pada hari ke 45 aku keluar bersama cik suami membeli botol dan beberapa gadget tentang susu ibu!...... Pengalaman pahit yang ku alami dimana Aleesya tidak mahu botol!.... Pada hari ke 45 sanggup dia menangis dari diberikan botol!..... Masa nie aku sangat2 sedih sampaikan aku yang menangis sebab dari pagi sampai petang sanggup dia tak menyusu.... bayangkan.... apa yang ada dalam badannya jika tiada susu diberikan?.... Puas bertukar2 puting dari pelbagai rupa, pelbagai saiz dan pelbagai harga... semua demi puteri tercinta..... sampailah Aleesya 3 bulan.... dimana akak aku jaga dari usia 2-3 bulan tu langsung tak mahu botol... Mak aku kat kampung sah2 tiap2 hari telefon akak aku bertanyakan Aleesya..... memang kena kuat semangat masa nie!!... Aku yang bersalah sebab tidak memberikan botol dari awal lagi!.... Apa yang akak aku buat....sudukan sikit susu atau guna syringe agar Aleesya dapat sikit susu... Akak aku juga kena kuat..... sebab Aleesya akan menangis mahukan aku!..... Bila dah haus sangat 1 hari hanya 1 botol sahaja Aleesya menyusu... itu pun waktu tidur petang sebab masa tu mungkin dia dah haus sangat baru dia nak botol.... terpaksa buat begitu sebab nak dia biasa dengan botol..... urmmm.... ibu2 lain janganlah jadi macam aku... memang sangat2 sedih dan risau tau bila dah jadi macam nie..... Nasiblah akak sendiri yang jaga... kalau orang lain.... boleh ke sabar nak melayan kerenah baby menangis nie.... urmmmm.... fikir2kanlah.....
Gadget yang aku first time beli!!!....
Inilah gadget yang aku beli. Anak ke 3 baru aku beli taw!!!!...  Menda nie ler aku gunakan untuk bekalan Aleesya ketika dirumah pengasuh (kakak aku sendiri). Tetapi, menda nie tak tahan dimana sekali jatuh memang terus pecah dan terus tak boleh guna!!!.... Aku beli menda nie sampai 4 set demi Aleesya tersayang sehingga umurnya 4 bulan. Bila difikir2 dan dijumlahkan semua beratus2 dah habis dan serupa juga aku terus beli yang mahal!... Akhirnya.... Ketika usia Aleesya 4 bulan aku mula mengunakan Spectra 3..... Urrmmmm........... sangat2 berbeza kuantiti dan amat2 menjimatkan masa berbanding manual!!!!..... Spectra 3 sangat2 membantu aku dan memang sangat2 berbaloi dengan harganya!.... Aku memang mencadangkan sesapa yang nak beli pump belilah yang elektrik terus.... senang... dalam masa beberapa minit sahaja dah boleh menghasilkan sebotol susu!!..... tak de lenguh2 tangan dan sebagainya!!!.... memang enjoy.............. namun, sedikit kekesalan dimana mak aku masih tidak menyokong aku tentang penyusuan ibu.... Mak kata "Tak basi ke ko perah, dah tu simpan dalam peti ais?.... kan tak elok minum susu dari peti sejuk... bla bla bla....". Ku tahankan telinga aku.... ku kuatkan semangat aku..... dan aku tahu yang mak masih kurang faham tentang penyusuan ibu... Maafkan As mak jika kata2 dan ketidakturutkan kata2 mak untuk As......
 
Memang sangat2 memuaskan hati....
Tetapi apakan daya..... sehingga Aleesya berusia 6 bulan dugaan harus kutempuhi. Sedang seronok memerah susu bersama rakan2 diopis..... sedang seronok memeluk si kecil menyusukan baby..... tetiba aku mengalami masalah putih terbelah!...  Bapak sakit woooooo!!!.... Bayangkan menda tu terbelah sampai berdarah..... bila baby menyusu aku tahankan juga dan aku tahu pastinya ada sedikit kesan luka tersebut 'pasti' diterima oleh Aleesya!!.... Aku tetap berdegil..... tetap nak juga memberikan susu ibu buat Aleesya. Petua dengan meletakkan air susu pada bahagian tersebut aku lakukan sehingga usia 8 bulan aku tak boleh bertahan lagi!..... Kesabaranku sehingga takat ini. Aku tak tertahan sakit lagi!... Akhirnya aku ke klinik dan kebetulannya masa tu aku ke Batam meninggalkan Aleesya seminggu bersama kakakku!!!.... Masa seminggu tu ler aku manfaatkan untuk berubat. Alhamdulillah memang sangat cepat mengering..... tetapi bila seminggu kemudian aku kembali menyusukan Aleesya.... Ya Allah lebih hebat dugaanMu...... Sangat2 sakit dan rasa nak terputus!!!... kembali terbelah semua dengan keadaan yang semakin kritikal. Masa nie Aleesya masih dan tetap mengendeng nak menyusu badan dengan aku. Air mata akhirnya jatuh juga..... Sangat2 sedih sebab tidak berkemampuan untuk menyusukan Aleesya lagi. Terasa lebih sedih sebab Aleesya setiap kali nak susu dia akan datang padaku...... hanya air mata kesedihan dapat diberikan. Mama minta maaf sayang.... bukan mama tidak mahu memberikan susu untuk anak mama tetapi mama sangat2 tidak berdaya.... Akhirnya.... Aku meredhai semua yang berlaku..... dan Aleesya sehingga 2 tahun bila aku suakan xxxx dia pasti nak... tetapi sejak2 nie dah 2 tahun ++ dia dah tak nak dan geli..... urmmmm...... itulah serba sedikit kisah aku tentang penyusuan ibu.....

Dan jika Allah memberikan peluang sekali lagi untuk aku.... sudah pasti pengalaman2 ini akan dijadikan pengajaran buatku!!!..... Spectra 3 tu pun masih ada pada aku.... dan telah pun diperturunkan buat anak sedaraku.... dan pastinya aku simpan lagi dengan harapan semoga aku dapat menfaatkannya semula untuk anak bongsuku nanti jika Allah memberi keizinan kepadaku...... Mudah2an bagi ibu2 diluar sana dapat jadikan pengajaran juga buat cerita2ku ini. Ingatlah... Semakin banyak kita memberikan susu buat baby... semakin banyak susu akan dihasilkan...... Mudah2an impian kita akan terlaksana.... AMIN....
 
 

Friday, November 23, 2012

Kesibukan dihujung tahun

Haiiii................ As, tak sudah2 asyik dengan sibuk... sibuk... sibuk.... sibuk.... Apa yang disibukkan tu atau buat2 sibuk?.... ha ha haaaa...... tak de ler bizi sesangat.... biasa2 jer.... pasal keje tak lama lagi bebudak Poly akan bercuti.... dan aku sedang sibuk menyiapkan tanda final exam paper.... seterusnya menyiapkan analisis pelajar2ku.... hampir2 dihujung2 kesibukkan... harap2 dapatlah sedikit masa untuk diluangkan untuk bercuti bersama anak2.....
 
Lama dah cuti sekolah..... Konon2 nak jalan masa awal cuti masa ada cuti Deepavali. Tetiba Afiq tangannya retak maka ditangguhkan dulu percutian kami. Keputusan Doktor pada 19 November lalu menunjukkan bahawa masih ada lagi retakkan tersebut dan masih ada appoinment kedua bersama doktor di HSI...... urrrmmmm.................. nak buat cam mana kan.... Afiq pun satu... bukan dia nak jaga diri dia pun.... Angkat adik lah... main lasak2.... main tumbuk2.. bergusti bagai.... urmmm... entah2 kalau tak dah pulih betul kot???.......Apapun mudah2an semua ok....... Konon2 nak jalan Gambang Waterpark.... memang tak pernah ke sana.... abes tangan budak sorang dah cengitu tak kan aku nak melasakkan dia lagi... sabo jerlah... dok diam2 jalan2 kat area JB nie jerlah......
 
Jalan mana kat JB tu memang ada gambar... memang konon2 nak cerita kat blog nie... oklah insyaAllah ada masa aku akan masukkan dalam entri lain. Actually, komputer di meja aku ada masalah dengan blog aku tak boleh log in... komen dan sebagainya.. hanya mampu view jer dari blog2 kengkawan semua... so, aku memang masih membaca blog kawan2 tapi hanya mendiamkan diri sebab tak boleh komen... urmmmmm.....................
 
Apapun Alhamdulillah, cik suami dah kurang outstation.... lega sikit kepala otak aku nie nak melayan anak2..... Si Azim tu amboi sekarang.... hari tu dah nampak ok sejak cik suami tiada.... la nie menjadi2 pulak hasad dengki dia dengan Aleesya.... Aleesya pun 2x5..... selagi tak menangis.... selagi tak menjerit... tak berebut selipar.... tak berebut menan.... urmm.... benda yang 1 tu ler nak jadi bahan gaduh!!.... saboooo... saboooo..... sabooooo............... Afiq pulak dia nie agak pemarah sikit.... sikit2 nak marah Azim... sikit2 nak tengking Azim walhal benda tu kecik kuman sekalipun!.... Dia orang nie kalau main diam2.... main ketawa2.... main pondok2....  main cikgu2.... main doktor2 macam aku kecik2 dulu2 tak boleh ke? grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...........................! Ni main PS2 pun bergaduh.... sikit2 menjerit... sikit2 menangis..... kang menjerit marah Azim sebab tak pandai lawan... kang jerit sebab Azim tak lari.... tup tup.... uwaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhh................... habis satu taman dengar suara dia menangis!.... Oh anak2 yang mama kasihi semua... kasihanilah mama dan papa.... apa yang kalian nak kami tunaikan............... tolonglah jangan gaduh2 sesama beradik.... mainlah dengan baik2..... sayang menyayangi antara satu sama lain..... jadilah anak yang soleh dan solehah...... dengarlah kata mama dan papa.................
 
Semoga anak2 mama menjadi anak2 yang baik, soleh dan solehah...... satukanlah hati2 kami semua Ya Allah............... AMIN.......
 
** Inilah antara penyebab yang kadang mematahkan semangat untuk kami suami isteri nak bawak anak2 berjalan.... ngeri betul rasa..... permintaan mereka melampaui kemampuan kami..... tak kira tempat..... kalau kata nak sampai menangis kat situ jugak!!....  subhanallah.... dah tu dalam kereta.... urrmmmm........... penatzzzzzz................... Cepatlah anak2 mama matang berfikir.... bantu dan kasihani mama dan papa.................. AMIN....
 
 

Thursday, November 1, 2012

Lagi lagi dugaan

Urmmmm... lamanya tak update blog nie..... brokban cik suami yang bawak... wifi tiada.... Stremik tiada... hanya ada PC di Opis yang selalu gangguan internet..... FB memang x boleh bukak ye... Aku tak kisah kalau ini cara untuk memajukan mutu kerja... Tak mengeluh sebab aku sendiri tak de brukban... time cengini ler bila berjauhan memerlukan menda tu.... urmmm.... kat rumah ada ler lap top buruk tue... bila fikir2 macam nak ada 2 jer brokban tu... tapi bila si dia ada kat rumah aku nie memang kompom x bukak... nak bawak opis pun aku nie memang rasa tak sesuai. Bila ada internet memang ada sedikit menganggu kerja2 aku... Tu yang malas... tapi bila lama sangat x buka blog dan FB rasa rindu yang menjelma....... urmmmm.........

Actually, kali ni aku ditinggalkan 2 week ++ kerana cik suami bertugas dengan SUKIPT (Sukan IPT). Dia sebagai ketua kontigen datang lebih awal dan pulang lebih lewat dari orang lain. setiap weekend memang usah cakap ler.... rasa hampir 2 bulan nie memang tiada dengan family. Anak2 pun dah pandai mengeluh..... kesian kat mereka..... Tapi nak buat macam mana. Tanggungjawab perlu ditunaikan..... Semoga semua ini akan ada hikmah disebaliknya..... Urmmmmm..........

Minggu lepas, selepas raya haji Jumaat tu..... Cik suami meninggalkan kami menunaikan tanggungjawabnya. Aku yang kebosanan membawa anak2 jalan2 Kip Mart.... Aku beli buah mata kucing dan sikit lauk2... Bebudak nie apa lagi menan ler yang diminta..... see.... anak pompuan aku pun dah sama dengan abang2 dia main remote control car.... haisssshhhhh..... x per lah sayang... janji anak2 mama semua happy.....

Ok.... kita tengok siapa yang menang....

Wat per tu sayang?......

**********************************************************************************************************

Dan lagi.... apabila ditinggalkan cik suami ada jer dugaan untu aku. Yang lepas cerita Azim jumpa "T". Entah ye ke tidak aku pun tak tahu... Mintak jangan ada lagi sudah ler... Mintak dijauhkan ler....... Kali nie pulak Ahad lepas jiran aku menceritakan yang malam semalamnya ada 3 orang lelaki cuma nak masuk rumah aku!!.... Naseb baek laki dia ada dan nampak... maka, bertempiaran budak tu lari... sorang ngala jalan... sorang ngala kedai.. sorang ngala padang!... Aduhai..... lemah lutut aku dengar!... dan akak jiran aku nie pesan supaya buka lampu bila malam..... urmmm.... so, rumah aku nie dari kiri sampai depan aku penuhkan lampu sebab takut.... Napa ler jadi gini?.... dengan cik "T" nye...... aku nie bukanler banyak duit.... TOLONG lah... hutang aku pun menimbun2 nak dibayar...... dari jumlah besar sampai ke kecik...... Rumah ada 2 bayangkanlah dah berapa.... kereta pun 2 jugak masih berhutang...... lain2 lagi yang kecik2... urmmmmm..... barang kemas aku pun yang hilang masih tak jumpa lagi.... Maka, barang kemas pun tak der..... apa yang korang nak?????..... Nie yang aku ngeni nie apa lagi kalau main touching2 nie..... Subhanallah.... Jauhkan ler.......

Isnin tu pulak... balik sekolah Afiq dengan mata merah cakap tangan sakit.... jatuh masa nak pemilihan lumba lari...  lorrr.... ciannya anak mama....... Malam tu dia tidur awal.. may be penat dan sakit tangan dia kot.... Esoknya baru dia cerita yang dia jatuh depan orang ramai... dan ramai yang bersimpati padanya.... terharu aku dengar dan ada juga sorang budak nie cakap "Ko tak sakitkan?.. Ko tipu2 jer kan...sambil menumbuk tangan Afiq yang sakit".... Geram jer aku dengar... aku tanya apa yang Afiq buat lepas tue... dia pun cerita yang dia  mengadu kat cikgu dan cikgu dah settle down dan budak tu pun dah minta maaf kat Afiq!....

Selasa tu aku bawak Afiq ke Klinik. Kebetulan klinik yang aku pergi tu tak de X-ray.... So, doktor yang periksa Afiq cakap kena X-Ray..... Kalau kat KK Pasir Gudang pun ada..... urmmmm....Aku masih berfikir nak ke KK Pasir Gudang tu mau makan masa setengah hari.... aduhhhh.... Maka esoknya hari Rabu baru aku kesana.... lagipun hari Rabu aku class free.... konon2 nak siapkan tanda paper dan preparation untuk Test esok..... Last2 dapat masuk opis tengahari pukul 1.30petang. Ramai gilersssss orang dan sistem yang lambattttt macam siputtttttttttttttttttt!. Sempat lagi aku makan kat Pusat Bandar laju2 takut nombor dah sampai... tup tup ramai gilerssss lagi orang.... Sampailah turn Afiq kena jumpa doktor dulu (padahal dah bawak kad rujukan dari klinik semalam!) then doktor tu cakap kena X-Ray dulu.... Turn X-Ray pulak... patah balik jumpa doktor... kan  banyak kerja tu namanya!... ketiak aku pun dah naik masam dah peluh... dek kipas yang ada 2 dan patient yang sangat2 ramai!!.... urmmmm... demi anak tersayang mama relakan semuanya...... Masuk bilik doktor, doktor tu check sambil bincang2 dengan doktor bilik sebelah.... dia kata "Ada patah sikit"... kena refer HSI....."Hah! HSI???.... teruk ker?... tak boleh buat kat sini jer ke?" urmmmm.......... dan petang tu terus masuk opis sebab dah setengah hari kat Klinik dan banyak kerja tertangguh. Maka, planning ke HSI aku tangguhkan balik kerja sebab aku takut menunggu lagi..... Pergi malam maybe orang tak ramai...... lagipun semua report dan X-ray dan surat rujukan doktor dah ada......

Balik dari Klinik biasa masa hari Selasa
dan Rabu malam tu (balik kerja malam tadi) aku ke HSI.... Doktor cakap tangan Afiq tak patah cuma retak.... tapi tetap kena simen jugak.... nasib baik proses cepat dan staf kat sana hampir 100% yang merawat Afiq sangat2 baik dan ramah!!!... Alhamdulillah... Kalau mereka moody... apalagi aku pun dah penat siang tadi.... tambah malam mereka x layan kami... mampus aku lebih moody.... Kesiankan aku mengejar ke sana ke sini menguruskan Afiq tanpa suami disisi..... Aleesya pulak start demam semalam.... owhhhh...... dugaan dugaan...... Tapi aku sangat2 terharu dengan layanan staf HSI pada kami. Itulah layanan paling baik aku terima..... memang boleh bagi 5 bintang!.... aku sampai pukul 7 dan pukul 8.15 dah siap...... Tangan Afiq dah bersimen. Aku tanya lama ke kena simen nie... Afiq dapat cuti 3 minggu.... urmmm.... nampaknya anak mama nie cuti sekolah awallah yerk.....

Balik Hospital aku makan dulu... Afiq tak mahu aku amik gambar tangannya!!!.... Aku amik gambar nie pun dia marah siap kena janji jangan masuk dalam FB.... (tapi mama diam2 masuk dalam blog ye).  Pakai bandage pun dia tak nak.... pakai anduh pun tak nak sampai kena marah dengan doktor... malam tu dalam kereta nak balik dah cakap "Mama bukak lah simen nie... beratlah... rimaslah Afiq"... Aduh anak2.... Mama dah penat kesana kesini dia jawab gitu pulak!..... Sabarlah.... ini dugaan yang perlu ditempuhi... Allah baru hilangkan nikmat tangan kanan Afiq buat sementara..... jangan sedih... jangan mengeluh.... diam jap dia.....

Kini, aku kena menjaga 2 pesakit.... pertama Aleesya yang demam dan kedua Afiq yang bersimen tangannya. Urmmm... pagi tadi dia nak beyak pun aku yang kena cuci.... aku yang mandikan dan dah 3 hari tangan ini yang menyuapkan makanan ke mulutnya..... terharunya rasa..... sedih pun yer jugak.... Papa... mama penat sangat.... bukan mama tidak meredhai semua ini tapi mama hanya meluahkan rasa penat mama kali ini.... Papa baru pergi 5 hari..... masih berbaki 11 hari lagi... owh lamanya..........Semoga aku kuat... aku tabah...... hadapi semua dugaan ini.... Mudah2an..... AMIN...
Marah sangat bila aku nak ambil gambar tangannya...  Mama minta maaf ok!..


Jom tengok gambo2.........