Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Monday, November 26, 2012

Susu Ibu tetap yang terbaekkkk!....


Pengalaman paling menyeronokkan adalah saat SELEPAS melahirkan baby tersayang..... bahagianya rasa...... hilang semua tekanan dan hanya senyuman mengukir dibibir saat melihat wajah tersayang selamat dilahirkan..... terkini, telah 2 tahun lebih pengalaman tersebut ditinggalkan. Rasa ingin mengulang pengalaman tersebut????.... mungkin ada tetapi bukan buat masa terdekat ini. Memang hati ini ingin memiliki seorang lagi puteri buat peneman Aleesya. Sebab tu sebelum kejadian ini benar2 berlaku sedaya upaya akan ku cuba mencari maklumat bagaimana untuk memiliki puteri..... jika diizinkan Allah... insyaAllah.
 
Lebih2 lagi bila rakan seangkatan bekerja sebagai setiausaha mesyuarat jabatan 3 orang, dimana kedua2nya serentak cuti bersalin... owh... berasa seksanya aku bekerja seorang diri. Bukan tidak boleh melakukan tetapi keseronokkan bekerja itu hilang serta merta apalagi sememangnya jawatan ini tidak pernah aku gemari sejak mengenali dunia ini lagi!!!!... Tidak pernah aku gembira dengan jawatan setiausaha..... Bila rakan2 seangkatan ramai yang bercuti 3 bulan urmmmm seronoknya rasa..... aku belum pernah mengambil peluang bercuti 3 bulan tersebut!.... selain rakan opis... rakan2 blogger... rakan2 FB.... rakan2 sekolah lama especially Yana yang baru melahirkan baby girl.... Adik Ipar.... hampir semuanya memegang baby kecil..... dan kini kakak iparku.... owhhhh... seronoknya rasa.... Nak join???.... belum terbuka hati lagi buat masa ini tetapi memang menginginkan lagi seorang puteri...... seronok melihat mereka melayan baby.... apalagi menyusukan baby... itu saat yang paling aku rasa gembira kerana aku memang menyokong 100% mereka yang menyusukan baby sendiri apalagi secara ekslusif.............. happy sangat2....
 
Actually, aku sendiri berasa sangat2 sedih ketika melahirkan anak sulung (Afiq). Masa tu aku memang amat2 jahil tentang susu ibu... tiada search di internet... dan sebagainya. Maklumat hanya aku percaya dari mak yang menjaga aku sepanjang tempoh berpantang.... Dari awal kelahiran aku telah mencampurkan susu formula buat Afiq. Bukan kerana tiada susu tetapi kejahilan diriku tentang kepentingan susu ibu!.... Aku tidak menyalahkan mak aku tetapi terdapat sedikit kekesalan dihatiku kerana mak tidak memberi sokongan sepenuhnya padaku tentang penyusuan ibu!... Sejak dari awal kelahirannya aku telah didedahkan dengan susu formula.... Mak kata takut anak tak cukup susulah... takut kuninglah... dan aku akur semua itu..... tetapi hakikatnya semua itu kesilapan maklumat. Malahan semakin banyak diberikan susu ibu semakin banyak susu akan dihasilkan.... semakin banyak susu diberikan makan insyaAllah masalah kuning dapat dielakkan!.... Hakikatnya, antara ketiga2 anak aku rasa ketika melahirkan Afiqlah susu paling banyak dihasilkan tetapi aku sendiri yang mengabaikan dengan anugerah yang diberikan. Sehinggalah suatu hari, aku kena bentan dan seterusnya demam selama seminggu pada hari ke-40. Kerana sayang pada anak (takut anak juga demam), maka susu ibu aku jauhkan. Maka, semenjak itu tamatlah kisah penyusuan ibu buat Afiq anak sulungku............
 
Kemudian, kelahiran anak keduaku pula.... disini aku telah berazam sejak mengandung lagi bahawa baby keduaku ini akan ku susukan sehingga 2 tahun..... Masih juga tidak search diinternet, coz masa zaman nie internet nie masih belum glemer lagi. Tetapi, azam untuk menyusukan baby kuat disebabkan ipar2ku kebanyakkan sememangnya menyusukan badan sehingga 2 tahun. Bila tengok ipar2 semua menyusukan baby aku juga ingin bersama mereka. Kesilapan lepas takkan ku ulang semula!.... Alhamdulillah, Azim dapat ku susukan sehinga 2 tahun++. Syukur Alhamdulillah. Cuma, sedikit kekesalan dimana aku masih tidak tahu kepentingan menyimpan susu ibu!!!... Susu memang banyak... waktu rehat tengahari bila dah bengkak sanggup aku perah dan buang susu tersebut di toilet!!!.... Tak terfikir bahawa boleh menyimpan susu tersebut!... owh bertapa jahilnya aku waktu itu.....  kalau tidak, aku rasa aku boleh memberi susu ibu secara ekslusif... di taska susu formula juga yang diberikan... tetapi tidak dirumah.... memang bf sepenuhnya........... urrmmmm... masih jahil lagi tentang susu ibu!..... Namun, aku bersyukur cita2 menyusukan Azim sehingga 2 tahun terlaksana, dan masa usia azim 2 tahun aku yang menghentikannya. Bayangkan dalam kereta kaki dah memanjang ke handbreak.... kat mana2 jer main selak jer... masa tu kan dia dah besar... dah pandai.. dah tahu.... dia nak dia datang ler kat aku.... tapi aku pulak yang malu. Tu yang stop tue... Nak stopkan bukannya mudah taw... macam2 cara dah buat!.... letak siraplah...  letak asam jawalah.... dan yang pasti si azim nie dapat dihentikan susu dengan aku meletakkan bawang merah..... aku hancurkan dan lumur kat situ... maybe sebab bau dan rasa dia kot tu yg dia tak nak.... setakat sirap atau makanan yang hanya ada warna dan bau dia tetap nak.... tetapi bawang... dengan bau dan rasa tu yang dia kalah juga akhirnya..... urmmmm... Akhirnya 2 tahun lebih juga dia baru stop menyusu badan. Aku rasa aku berpuas hati..... puas sangat2 menjadi seorang ibu yang dapat menyusukan anaknya sediri. Alhamdulillah......
 
Sehinggalah lahirnya anak ketiga aku.... puteri Aleesya yang comel. Buah hati pengarang jantungku!. Memang ingin memberikan susu ibu sepenuhnya.... tetapi susu lambat dihasilkan sehingga hari ke3 baru dapat keluar sempurna selepas diurut.... urmmmm sedih rasa. Ketika itu, susu formula telah diberikan. Tetapi aku tetap dengan semangat ingin menyusukan baby!... Susu untuk anak ke tiga ini seperti tidak seperti yang lepas2... agak kurang!. Atau aku rasa sebab aku kurang memberikan susu buat Aleesya..... Tambahan pula Aleesya agak pelik sikit. Dia akan muntahkan susu jika terlebih menyusu atau tidak sedawakan atau tidak meninggikan tempat baringnya!... Sehingga kini keadaan Aleesya tidak berubah... kerap muntah terutama bila nangis!... Bila budak tu nangis jer aku memang dah risau dan standby nak ke toilet... Mudah beno muntah... dah tu tak boleh makan banyak!... macam mana tu ngek?..... Waktu dalam pantang kesilapan lagi telah aku lakukan dimana aku tidak menyimpan gadget untuk stok susu!!.... Sehinggalah sebulan berpantang dikampung akhirnya mak melepaskan aku kembali ke PG. Tetapi gadget2 tersebut aku beli setelah lepas hari. Pada hari ke-40 kawan2 opis melawat aku dirumah. Masa tu berbual2 baru aku terfikir yang aku tidak memberi botol pada baby!!!... sedangkan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi akan naik kerja!... Aduh, keseronokkan tersebut tiba2 hilang dimana aku harus akur yang akan memberikan botol buat Aleesya.  Maka, pada hari ke 45 aku keluar bersama cik suami membeli botol dan beberapa gadget tentang susu ibu!...... Pengalaman pahit yang ku alami dimana Aleesya tidak mahu botol!.... Pada hari ke 45 sanggup dia menangis dari diberikan botol!..... Masa nie aku sangat2 sedih sampaikan aku yang menangis sebab dari pagi sampai petang sanggup dia tak menyusu.... bayangkan.... apa yang ada dalam badannya jika tiada susu diberikan?.... Puas bertukar2 puting dari pelbagai rupa, pelbagai saiz dan pelbagai harga... semua demi puteri tercinta..... sampailah Aleesya 3 bulan.... dimana akak aku jaga dari usia 2-3 bulan tu langsung tak mahu botol... Mak aku kat kampung sah2 tiap2 hari telefon akak aku bertanyakan Aleesya..... memang kena kuat semangat masa nie!!... Aku yang bersalah sebab tidak memberikan botol dari awal lagi!.... Apa yang akak aku buat....sudukan sikit susu atau guna syringe agar Aleesya dapat sikit susu... Akak aku juga kena kuat..... sebab Aleesya akan menangis mahukan aku!..... Bila dah haus sangat 1 hari hanya 1 botol sahaja Aleesya menyusu... itu pun waktu tidur petang sebab masa tu mungkin dia dah haus sangat baru dia nak botol.... terpaksa buat begitu sebab nak dia biasa dengan botol..... urmmm.... ibu2 lain janganlah jadi macam aku... memang sangat2 sedih dan risau tau bila dah jadi macam nie..... Nasiblah akak sendiri yang jaga... kalau orang lain.... boleh ke sabar nak melayan kerenah baby menangis nie.... urmmmm.... fikir2kanlah.....
Gadget yang aku first time beli!!!....
Inilah gadget yang aku beli. Anak ke 3 baru aku beli taw!!!!...  Menda nie ler aku gunakan untuk bekalan Aleesya ketika dirumah pengasuh (kakak aku sendiri). Tetapi, menda nie tak tahan dimana sekali jatuh memang terus pecah dan terus tak boleh guna!!!.... Aku beli menda nie sampai 4 set demi Aleesya tersayang sehingga umurnya 4 bulan. Bila difikir2 dan dijumlahkan semua beratus2 dah habis dan serupa juga aku terus beli yang mahal!... Akhirnya.... Ketika usia Aleesya 4 bulan aku mula mengunakan Spectra 3..... Urrmmmm........... sangat2 berbeza kuantiti dan amat2 menjimatkan masa berbanding manual!!!!..... Spectra 3 sangat2 membantu aku dan memang sangat2 berbaloi dengan harganya!.... Aku memang mencadangkan sesapa yang nak beli pump belilah yang elektrik terus.... senang... dalam masa beberapa minit sahaja dah boleh menghasilkan sebotol susu!!..... tak de lenguh2 tangan dan sebagainya!!!.... memang enjoy.............. namun, sedikit kekesalan dimana mak aku masih tidak menyokong aku tentang penyusuan ibu.... Mak kata "Tak basi ke ko perah, dah tu simpan dalam peti ais?.... kan tak elok minum susu dari peti sejuk... bla bla bla....". Ku tahankan telinga aku.... ku kuatkan semangat aku..... dan aku tahu yang mak masih kurang faham tentang penyusuan ibu... Maafkan As mak jika kata2 dan ketidakturutkan kata2 mak untuk As......
 
Memang sangat2 memuaskan hati....
Tetapi apakan daya..... sehingga Aleesya berusia 6 bulan dugaan harus kutempuhi. Sedang seronok memerah susu bersama rakan2 diopis..... sedang seronok memeluk si kecil menyusukan baby..... tetiba aku mengalami masalah putih terbelah!...  Bapak sakit woooooo!!!.... Bayangkan menda tu terbelah sampai berdarah..... bila baby menyusu aku tahankan juga dan aku tahu pastinya ada sedikit kesan luka tersebut 'pasti' diterima oleh Aleesya!!.... Aku tetap berdegil..... tetap nak juga memberikan susu ibu buat Aleesya. Petua dengan meletakkan air susu pada bahagian tersebut aku lakukan sehingga usia 8 bulan aku tak boleh bertahan lagi!..... Kesabaranku sehingga takat ini. Aku tak tertahan sakit lagi!... Akhirnya aku ke klinik dan kebetulannya masa tu aku ke Batam meninggalkan Aleesya seminggu bersama kakakku!!!.... Masa seminggu tu ler aku manfaatkan untuk berubat. Alhamdulillah memang sangat cepat mengering..... tetapi bila seminggu kemudian aku kembali menyusukan Aleesya.... Ya Allah lebih hebat dugaanMu...... Sangat2 sakit dan rasa nak terputus!!!... kembali terbelah semua dengan keadaan yang semakin kritikal. Masa nie Aleesya masih dan tetap mengendeng nak menyusu badan dengan aku. Air mata akhirnya jatuh juga..... Sangat2 sedih sebab tidak berkemampuan untuk menyusukan Aleesya lagi. Terasa lebih sedih sebab Aleesya setiap kali nak susu dia akan datang padaku...... hanya air mata kesedihan dapat diberikan. Mama minta maaf sayang.... bukan mama tidak mahu memberikan susu untuk anak mama tetapi mama sangat2 tidak berdaya.... Akhirnya.... Aku meredhai semua yang berlaku..... dan Aleesya sehingga 2 tahun bila aku suakan xxxx dia pasti nak... tetapi sejak2 nie dah 2 tahun ++ dia dah tak nak dan geli..... urmmmm...... itulah serba sedikit kisah aku tentang penyusuan ibu.....

Dan jika Allah memberikan peluang sekali lagi untuk aku.... sudah pasti pengalaman2 ini akan dijadikan pengajaran buatku!!!..... Spectra 3 tu pun masih ada pada aku.... dan telah pun diperturunkan buat anak sedaraku.... dan pastinya aku simpan lagi dengan harapan semoga aku dapat menfaatkannya semula untuk anak bongsuku nanti jika Allah memberi keizinan kepadaku...... Mudah2an bagi ibu2 diluar sana dapat jadikan pengajaran juga buat cerita2ku ini. Ingatlah... Semakin banyak kita memberikan susu buat baby... semakin banyak susu akan dihasilkan...... Mudah2an impian kita akan terlaksana.... AMIN....
 
 

No comments:

Jom tengok gambo2.........