Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Thursday, March 27, 2014

Tak tahu nak cakap apa...


# Redha atas ketentuannya... memang ini debaran lama kini betul2 kena kat lubuk hati.... ianya bermula dari
   sini dan sini juga.....

# Adakah ini jalan yang terbaik??... Tapi aku percaya segala yang Allah tentukan ada hikmah disebaliknya...

# Rindu untuk meninggalkan teman2 yang hampir 14 tahun berkhidmat.....

# Sebak meninggalkan mak... abah... kakak2... saudara mara... jiran2 yang telah rapat bersama....

# Lepas ni susahlah aku nak selalu balik kampung..... dan kalau dapat balik sure aku kena adil
   ( Umah mak dan MIL ).... so, masa amat2 terhad... dan tentu aku susah nak kumpul cuti rehat lagi lepas ni

#  Susahlah aku nak gi Jusco, Giant, Tesco macam selalu..... paling besar pun maybe Tunas Manja &
    pasaraya kini....

#  Memang aku dan cik suami langsung tiada saudara mara di area sana..... hanya teman2 pengubat rindu..

#  Bagaimana cara hidup kami dan anak2 yang dah biasa dengan lampu2 terang dimalam hari.... dengan
    kedai makan yang meriah... dengan pasaraya yang tersergam indah.... kedai2 yang melimpahruah....
    tiba2  bertukar dalam suasana yang jauh berbeza..... :(


Namun,

** Aku bersyukur kerana masih dalam negeri JOHOR.

** Tidak pindah bersendirian ke sana.... aku pakej berhijrah beramai2 ke PMJ atas keperluan disana....

** dan bersyukur, teman rapatku sebelah meja, sebelah kampung AT4, teman bergosip akan turut sama
      memperjuangkan mendidik anak bangsa di pelusuk kampung.....

**  Kamilah perintis Jabatan Kejuruteraan Elektrik di PMJ... Kursus ini akan dibuka..... iye... kamilah yang
      akan jadi founder disana.......

**  Semoga apa yang ditentukan ini.... banyak hikmah disebaliknya..... Amin...


DAN PASTINYA AKU BERDOA....

+  Semoga mendapat Ketua ( Ketua Jabatan, Ketua Program, Ketua Bahagian dan segala Ketualah ) yang
    sangat2 lebih baik dari yang ada kini...

+ Suasana kerja yang lebih selesa, seronok dan tidak tertekan.

+ Suamiku akan satu pejabat dengan aku!!!!!.... Amat2 berharap...

+  Semoga doa2 ini merupakan hikmah apabila aku dipindahkan ke sana.... Kita hanya mampu berdoa....
    dan  janganlah sombong untuk berdoa... mohonlah apa sahaja.... kita memang insan yang lemah....
    segala2nya Allah yang menentukan..... Moga2 doa2 ini dimakbulkan... Amiiin....


&& Dan kini.... cik hubby memberitahu pihak pengurusan menghalang beliau berpindah.... kami diberi pilihan sama ada masih ingin disini atau berhijrah. Cik suami baru je malam tadi bermimpi yang baik2 tentang PMJ... Rezekinya banyak disana... tetapi... kita tak tahu adakah kesana akan memberi kebaikan atau keburukan... Ya Allah bantulah kami dalam membuat keputusan ini...... Aku pun pening fikir... semalam dah redha... hari ini kami diberi pilihan pulak.... PIS masih memerlukan perkhidmatan cik suami disini... dan aku hanya menjadi parasit... mengikut sahaja... harap kami diberi petunjuk kearah kebaikan... Amiin....



No comments:

Jom tengok gambo2.........