Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Wednesday, May 20, 2009

Berkenalan Dengan Keluargaku

Ini merupakan gambar ketika meraikan sambutan hari keluargaku 2 tahun lepas. Lazimnya kami akan mengadakan sambutan "Hari Keluarga Hj.Omar" pada hari ke-2 Aidilfitri setiap 2 tahun sekali. Ini bermakna pada tahun ini juga sambutan akan diadakan. Hari keluarga ini telah dijalankan lebih rasanya 10 tahun yang lalu.... Masa tu, atok Hj Omar nie ada lagi dan sihat..... Sambutan kali pertama diadakan kalau tak silap aku, dirumah atok kat sengkang.... Masa tu arwah atuk ada dan sihat lagi...... Aku sayang kat atok... sebab dia pun amat sayang anak dan cucu-cucunya..... Semoga arwah atok damai disana dan dilindungi Allah selalu...... kalau x silap aku, rumah yang dah buat hari keluarga ni..... rumah atok, pak long, pak uda 2x, cik embong, mak hitam.... then kat umah abah dan selepas nie (tahun nie) rumah Pak busu kat KL......Maknanya, hari keluarga ni dah dilaksanakan lebih kurang 16 tahun yang lalu... emmm satu masa yang lama tu......
Aku rasa, program nie amat bagus sekali. Maklumlah bukan selalu kita boleh berjumpa saudara mara yang jauh kan untuk bersatu.... kalau tak buat majlis macam ni, lagi susah nak kenal sedara..... keluarga Hj.Omar ni memang keluarga besar. Maklumlah, anak jer ada 10 orang... Cucu lagi... cicit lagi... emmm ramai... Nak ambil gambar semua pun tak boleh coz tak muat... tengoklah nie.... Sekeping gambo kat atas nie just untuk keluarga aku jer.... So, kalau ada 10 beradik?..... berapa ramai ahli keluarga kami??????
Dua tahun lepas, majlis ini diraikan di rumah abah kat Kota Tinggi.. Alhamdulillah semua datang... (lagipun memang diwajibkan hadir). Sambutan amat meriah.. syukur... ini pun mungkin kerana persediaan yang kami laksanakan setahun lebih awal... bayangkanlah... (macam nak buat kenduri kawin!...)... Kami dah bahagi2kan tugas, yang tempah banner, yang buat kad, yang beli hadiah, yang beli baju, yang buat program, yang jadi chef, yang jadi penyambut tetapi, PA sistem.... dan macam2 lagi lah... Tahniah buat suamiku kerana berjaya menjadi pengacara yang terbaik...(emm.. rasanya Aznil pun kalah.... nie pun sebab laki aku jadik lecturer, kalau x mesti dah glamer satu dunia kenal ...apai...)....Terima kasih sayang coz membantu keluargaku... (maklumlah semua adik-beradikku perempuan....pemalu pulak tu!...).Pada ipar-iparku semua jua.. terima kasih yang ter..amat banyak kerana mebantu mak dan abah... Jasa kalian, semoga Allah jua yang membantu.....

( Adik beradik abah = Anak Hj Omar )
Abah = Pak Ngah (Baju Hijau Duduk)

( Bertungkus lumus maraikan majlis... emmm yang belakang tu Avanza kami!...)

Merewang dimalam hari.....untuk majlis hari esok.........


Duit raya!... Duit raya!... ambil sini... beratur......


Cukur jambul anak kecil ku, Azim..... So cute!....

Tahun ini pulak akan diadakan di rumah pak busu... Kuala Lumpur. Ari tu, dia minta kami send kan gambar dan maklumat pribadi.. Alhamdulillah, kami dah settlekan. Tak tau lah nak buat buku atau apa?.. mesti suprise majlis tu kan... dan surat ari tu pun kata penginapan disediakan... emmm buat kat mana tu yerk?.... Anyway, semoga majlis berjalan lancar dan ini merupakan contoh program yang baik untuk kita lakukan untuk keluarga kita..... kerana ia boleh menjalinkan ukwah antara kita.....

4 comments:

Nida n' Hanafi said...

Teringin gak nak buat fmily day untuk keluarga belah Kak long...nanti boleh as jadi penasihat ek, maklumlah as sure dah expert apa yg perlu dilakukan.. :-)

Asmida said...

boleh3x..tentu seronok dapat bersantai, rehatkan fikiran, jalan2 sesama keluarga kita kan.. Afiq dan Azim mesti orang yang paling seronok sekali!..Kita buat kat hotel lah lagi best.. leh buat sukaneka, mandi kolam dll....

Unknown said...

utk yang first kita wat kat resort di melaka ke ... amacam ...

( ermmm tapi kena tunggu along balik 4 tahun lagik ler)

Asmida said...

Melaka lagi?????...lagi2 Melaka???....emmmmm...Carik lah tempat lain pulak....(Melaka pun Melakalah... janji jalan2)Ejai mesti dah ada baby masa tu kan?...Wah... seronokknyerrrrr......jom..jom...

Jom tengok gambo2.........