Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubaraq

Salam sayang buat suami dan putera mama berdua....... Afiq dan Azim..... Maafkan mama sayang, kerana meninggalkanmu dalam tangisan.... Mama dan Papa nak keluar mencari rezeki dan abang Afiq melangkah keluar demi menunaikan tanggungjawab untuk menimba ilmu agar menjadi insan yang berguna...........Adik (atau Abang Ngah-tapi dia marah kalau panggil abang ngah...adik jugak) kena tinggal umah tok mak jap...nanti Ma Ani ambil dok umah ma eh..... Adik jangan lah nangis sayang... Mama, Papa dan Abang sayang sangat kat Adik......Kalau boleh kami semua nak dok umah sama-sama dengan Adik tapi, ada benda lain yang kami kena laksanakan... Maafkan mama ye sayang......
Sabtu ini kita bakal menyambut bulan mulia.. bulan Ramadhan A-Mubaraq. Semoga dibulan yang mulia kita kita dapat menyambutnya dan tidak melepaskan peluang untuk mengecapi kelebihan Ramadhan..... buat Afiq mama harap abang dapat puasa penuh tahun ini.... Mama juga serta Papa......InsyaAllah..... Semoga Allah menerima segala amalan dan kebaikan kita selama ini dan memaafi segala kesilapan kita.......

Selepas berpuasa kita bakal menyambut Syawal yang mulia...... Pada tahun ini merupakan tahun perjumpaan keluarga Hj Omar yang mana kami akan sambut 2 tahun sekali.... Kali ini giliran Mak Busu aku di Kuala Lumpur... dan Majlis 2 tahun lepas kami adakan di rumah aku (Pak ngah)..... kad jemputan dah diterima..... Surat comfomkan yang kami pergi pun kami dah reply.... Actually, Majlis kali ini disambut selama 2 hari 1 malam.... selama nie kami hanya menyambut nye dalam majlis 1/2 hari sahaja.......

Mengikut aturcara majlis yang kami terima, majlis dimulakan pada raya ke-2 di rumah pak busu...jam 10-12pg... pendaftaran dan bacaan yassin. Kemudian selepas solat zuhur, kami beramai2 akan ke Presscott Metro Inn Hotel, Kajang..... petang acara bebas dam malam dinner meraikan sambutan hari keluarga Allahyarham Hj.Omar. (Pakaian batik/baju raya). Besok pagi nye pula dia adakan majlis sukaneka..... dulu masa 4 tahun lepas rumah mak Itam pun buat sukaneka jugak.... 2 tahun lepas jer umah aku x buat... he he he heeeee.... tentu seronok.... Tapi, sekarang nie musim H1N1.... mungkin aktiviti dan majlis x dapat dilaksanakan semeriah dulu..... Maklum aje lah.......( siapa yang tak gentar dengan wabak maut nie.... ). Semoga Allah melindungi kita semua....

Presscot Metro Inn Hotel, Kajang

Persiapan????... Kalau kami jadi tuan rumah macam 2 tahun lepas... memang lah buzy gak.... meeting3x coz nak cari kata sepakat.... baju, makan, khemah, pengacara dan macam2 lagi lah.... tapi kali ini, persiapan kami hanya penampilan baju seragam keluarga Hj.Wahab..... Emmm cuba teka kaler apa tahun nie.......

2 Tahun lepas.... color green-blue........

adik beradik bapaku..... Anakanda Allahyarham Hj Omar

Untuk tahun ini, keluarga Hj Wahab (Pak Ngah) akan mengenakan busana melayu berwarna merah....... emmm, tentu dari jauh dah nampak kan?..... namun, kali ini kami tidak beli baju satu kayu.... cuma tema warna merah dan tudung putih.....ops... songkok hitam..... he he hee..... dan mungkin kena bincangkan untuk baju masa sukaneka pulak nanti?????..... baru best same baju t-shirt untuk keluarga Hj Wahab..... nampak sket keseragaman..... Namun, bagi yang membaca cerita ini.. bukanlah mudah untuk menguruskan majlis seperti ini... dan nak beli baju pun belum tentu semua ahli keluarga setuju... kang ada yang nak A.. B dan macam2lah..... Biasalah, apabila dalam satu keluarga tu... ada yang rezeki lebih, ada yg susah sket, ada yang anak ramai, anak sikit, ada yg keje, x keje, x suka baju nie, suka pakai nie....mmm... macam2 lah kerenah bila kita dah berkeluarga besar nanti...... aku pun satu.... keras kepala gak nak dengar kata aku jerrrr.....he he heeee......

Friday, August 7, 2009

Sedih atau Suka........

7.8.09. Bulan Julai lepas merupakan ulang tahunku yang ke-30..... Ini menunjukkan usiaku kini meningkat dan semakin berusia....... Pada bulan lepas juga, aku dan suami telah merancang untuk menimang cahaya mata baru......(yang ke-3). Maklumlah anak ke-2 ku sudah berusia 2 setengah tahun... yang abang pulak... dah nak masuk sekolah rendah...... Tambahan pula aku pun telah selamat menghabiskan pengajianku diperingkat Sarjana Muda....... So, aku rasa ini masa yang sesuai untuk menambah bilangan ahli keluarga kami..... Aku merancang agar kelahiranku nanti pada hari lahir suamiku.... bulan April........
Namun....
Apa yang ingin aku cerita disini ialah keadaan sekarang yang terjadi di Malaysia.... Hampir setiap hari pasti akan aku buka laman web kementerian kesihatan untuk melihat perkembangan terkini berkaitan wabak selesema babi yang kini semakin menular di Malaysia....untuk maklumat lanjut bolehlah melawat laman web.................................. http://h1n1.moh.gov.my/
Minggu lepas PJB telah ditutup kena terdapat beberapa pelajar yang telah disahkan positif H1N1.... Masa tu, kelam kabut jugak lah... Mau tak takut??????... Tapi masa tu belum sibuk cerita tentang kematian lagi..... aku pun x berapa kisah....... Tapi kini??? hampir setiap hari ada kematian berkaitan virus ini..... itu yang menjadikan aku semakin takut dan risau....
Risau yang pertama....
Anak-anak ku yang masih kecil dirumah..... dah lah ditinggalkan di taska..... Risiko tentang penyakit berjangkit di taska memang tidak dapat dinafikan lagi...... anak ku yang ke-2 pula di rumah orang jaga (jiranku)... yang selalu berulang ke Singapura... namun, aku setiap hari akan memantau kesihatan anak2ku.... Mudah2an anak2ku sihat2 selalu....Minta dijauhkan dari sebarang penyakit......Amin.....
Risau yang kedua......
Ini lah yang menjadi risau untuk diriku pula.......sejak kecoh berita H1N1 ni lah yang merisaukan aku. Risau jika aku mengandung.... kalau boleh nak cancel jer planning bulan lepas tu.....kerana ibu mengandung mempunyai risiko tinggi..... Aduh.. ini yang memeningkan aku...... boleh ke cancel benda nie?.......
(melalui petikan laman web kesihatan, golongan yang berisiko tinggi ialah...):
1. Children younger than 5 years old
2. Persons aged 65 years and older
3. Children and adolescents (<>4. Pregnant women
5. Adults and children with asthma, chronic obstructive pulmonary disease, organ failure, cardiovascular disease , hepatic, heamatological, neurologic, neuromuscular or metabolic disorders such as Diabetes Mellitus
6. Adults and children who have immunosuppression
7. Residents of nursing homes and other chronic care facilities

Planning untuk mengandung bulan lepas, hari ini telah mengesahkan yang aku positif mengandung......... padi tadi aku telah menguji menggunakan UPT dan terdapat 2 line kat situ..... sesuatu yang aku khuatiri betul2 terjadi...... tapi, suamiku banyak memberi galakkan semenjak minggu lepas lagi (sebab tiap2 hari aku risau kalau aku mengandung sebab kes H1N1 lah nie). Ya Allah selamatkan lah diri, ahli keluargaku dan sanak saudaraku dari sebarang wabak penyakit....
So, adakah ini suatu berita gembira buatku yang sememangnya aku dah plan nak bersalin pada hari lahir suamiku bulan April 2010 nanti........... atau.........
berita duka disebabkan aku tergolong dalam golongan yang berisiko tinggi penyakit H1N1 ini?............

*** Kalau anda di tempat saya, adakah ini berita sedih atau suka???????????

Jom tengok gambo2.........