Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Thursday, December 31, 2009

Cuti-Cuti Malaysia

Percutian Ke Melaka

Kami Sekeluarga Bersama Adik2 Ipar

Disember datang lagi..... bermakna cuti sekolah yang panjang membuatkan anak2 berasa gembira dan enjoy.... maklum lah... exam dah abis, buku dah tutup, sekolah pun tutup... maka, gembira sakanlah mereka mengajak dan memujuk parent untuk jalan2 sempena cuti sekolah.....
Atas kesempatan cuti sekolah inilah, anak sulungku Afiq sibuk mengajak kami merancang percutian cuti sekolah... seperti biasa, kami yang sememngnya 'kaki jalan' bersetuju untuk cuti2 m'sia yang mana kami mampu........
Percutian kali ini membawa kami sekeluarga ke Melaka pada 18 Dis 2009... Kami bertolak jam 3.30 petang bersama2 adik2 ipar... Kami membawa 2 kereta.... sampai di Melaka jam 6.30 ptg dan terus ke Hotel Seri Malaysia, Air Keruh. Tapi, hotel penuh.... hubby dah muncung sedepa sebab aku x booking awal2.... (Ala, hotel lain banyak lagi...)... So, kami cari lah hotel2 lain disekitar Air Keruh... Penuh... then, kami ke bandar... ke bayview, emperor, orkid dan mcm2 lah hotel yg x pernah kami singgah pun kami singgah... semua full booking.... aduh... perut dah lapar.. badan dah penat.... kat bandar pun penuh.. then, kami ke Bandar hilir..pun penuh... then, kami ke Pantai klebang.... Semua full.... mula lah menyesal sebab x booking hotel awal2.... jelaslah menunjukkan Melaka nie memang negeri pelancongan terbaik di M'sia.... Kami makan dulu sebab perut dah bergendang menanyikan lagu2 pesta.... laporrrr..... Akhirnya...... tepat jam 12 mlm dapatlah kami merehatkan diri dan.. betul2 tinggal 2 bilik untuk kami tinggal di Dragon Hotel.... RM 150/room/day... padahal bukan hotel best.... dah terpaksa.... bolehlah.. dalamnya ada 3 katil single... bilik pon ok... badan dah penat... kami pun tidurrrr.......
Bersama anak2 di Mc'D Air Keroh
Esoknya, selepas kami menyiapkan diri.... kami check-out lebih kurang jam 11 pagi.... terus mencari kedai asam pedas Melaka... pekena asam pedas pari, ikan caru bakar, sayur, tempe goreng, ayam goreng dan asam pedas ikan kembong....mmmm, ok jugak asam pedas melaka nie... ada rasa rempah kari pun yer... daun limau, serai... Suamiku dah berkenan pulak dengan Asam pedas Melaka nie... hu hu hu...... dah balik dia mintak aku masakkan.... aku pun tibai jerlah macam yang aku rasa.. keh keh keh.. bolehlah......
Selepas berjalan2 di Melaka, jam 3.00 ptg kami bertolak ke rumah sepupu kami di Kajang... inilah hajat keluarga Mertuaku untuk meminang anak dara selangor... di Banting.... DiKajang tempat kami berehat dan menyiapkan persiapan terakhir hantaran adik iparku.... Esok rombongan meminang akan diadakan tengahari..... Tahniah buat Iwan dan Sue... Semoga ikatan pertunangan ini berkekalan dan bahagia kejinjang pelamin....


Hantaran (hijau-lelaki) (purple-Perempuan)
Selepas Majlis pertunangan selesai, kami singgah di Nilai 3.... mmm.. boleh tahan jugak murah barangan kat sini... oleh kerana kereta pun dah cukup penuh, so kami membeli apa yang bolehlah untuk dibawa.... kalau tidak mau aku bershopping Year End Sale kat sana!...... Aku just beli cadar dan comforter... cadar Queen kat situ baru RM15 dan comforter set tue (Queen) baru RM49...... Selepas jalan2 diNilai 3.... Malam tu kami terus balik ke Pasir Gudang... sampai di Pasir Gudang jam 12 malam........ penat tapi seronok dapat jalannnnnn.............

No comments:

Jom tengok gambo2.........