Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Thursday, November 29, 2012

Nak bercuti.... nak bercuti..........

urmmmmm bilalah agaknya aku boleh bercuti?....

Cuti sekolah hampir sebulan telah berlalu.......... Masih belum ada masa yang sesuai untuk kami sekeluarga bercuti... berehat2 sambil makan2...... sambil ketawa2.... tak de pikir pasal kerja.......urmmmm....

Budak2 poly dah mula cuti tetapi kami masih lagi bekerja dan hari ini meeting peperiksaan jabatan... owh seronoknya.... bermakna berakhirlah sudah semester ini..... Tetapi..........

9.12.2012 pelajar2 baru mula mendaftar diri..... Bermakna hanya ada tak sampai 2 minggu sahaja lagi untuk aku dapat berkepak2 sedikit...... itupun dalam masa 2 minggu nak menyiapkan nota2, soalan2 quiz, amali dan sebagainya termasuk fail rekod pensyarah yang harus ditutup!.. fail tersebut bukan boleh main tutup cengitu jer.. kalau sem depan kena audit dan terdapat kesilapan... hah... sediakanlah dengan jawapan2 yang bernas!... Makanya, sebelum tutup fail tersebut kena siapkan kehadiran yang lengkap dengan MC dan surat2 kebenaran, surat2 cuti, penangguhan kelas, kursus dsb.

Maka.... Bilakah waktu yang sesuai untuk aku bercuti?. Pertengahan bulan Disember adalah Anniversary aku bersama cik suami yang tercinta yang ke 10 tahun.... 10 taw.... satu masa yang tidak disangka... 10 tahun itu seolah2 baru 1 tahun kami bersama..... sejekap jer masa berlalu. Konon2 disebabkan angka 10 tu nak buat best2 sikit.... nak celebrate sama2... tetapi masa tu pelajar2 poly sudah mendaftarkan diri... Namun, kelas2 belum dalam keadaan yang sangat2 sibuk.... urmmmm tak kiralah... aku nak jugak bercuti!...

dan..... cik suami dan anak2 bujangku akan ke Medan esok..... tinggallah aku dan Aleesya aje dirumah. Kalaulah rumah aku dekat dengan rumah mak, dah lama aku angkut mak teman aku kat rumah..... Kenapa aku tak ikut?

1. Cuti aku tak ler banyak lagi yang tinggal.. hanya saki baki untuk kecemasan dihujung tahun.
2. Aku malas nak dengar desas desus itu ini pung pang pung pang dari sapa2 pun..... sebab dah beberapa kali kat opis nie bila ada jer yang ke oversea timbullah desas desus yang tak best. Padahal tak pakai pun duit dia orang... tak de mintak pun dia orang sponsor...  diberi sourvinir ada ler..... malas..... dan malas..... Kalau salah anggap makin dapat dosa ada ler.... urmmm..............
3. Aku dah banyak kali ke Indonesia dan aku rasa Indonesia nie sama jer walau kat mana2 pun (kecuali Batam sebab Batam nie nampak International sikit). So, aku rasa cukuplah jalan2ku ke Indonesia. Kalau ke Australia ke, Paris ke, Korea ke, Switzerland ke.... nak gak aku!....
4. Bila search dengan cik gugel... Medan nie tak nampak ke'best'an nye.... Tak tahu dimana.... Sekadar nampak Danau Toba yang perjalanannya jauh dari Air Port maka itu juga melemahkan semangat untuk aku kesana.
5. Duit...... kos kesana bukan main ratus2 kalau kami pergi 1 family.....  Kalau dalam Rupiah op kos dah main juta2.... So, sekiranya aku dan Aleesya tidak kesana kos dapat dikurangkan hampir separuh. Maka duit tersebut boleh aku simpan dan memang hajat dihati hanya ingin ke negara yang telah disebut2kan tadi. Paling best sekiranya hajat untuk ke Tanah Suci termakbul.... Mudah2an....Amin......
6. Yang pasti..... sepeninggalanku kali ini aku redha dan ikhlas...... biarlah cik hubby gembira bercuti disana bersama bonda, anak2 dan family dia. Aku pasti cik suami dan anak2 akan gembira ke sana kerana masih ramai insan2 tersayang bersama dia. Semoga percutian mereka dilindungi Allah, dipermudahkan semua urusan dan pulanglah dengan berita gembira..... Mudah2an... Amin.

Akhir kata.... Semoga impian aku nak bercuti ini tersampai. Walaupun cik suami dan anak2 telah bercuti... harap2 luangkanlah sedikit masa lagi untuk bercuti bersama 'family' kita...... rindu nak jalan2.... rehat2.... tenangkan fikiran... happy2..... InsyaAllah... mudah2an apa yang dirancang dipermudahkan yang maha esa hendaknya..... Amin...

** Mood : Sangat gembira sebab berada dipenghujung semester....
                 Sangat2 tak sabar nak bercuti dengan suami dan anak2......
     Mood2 : Sedih sebab tak dapat upload gambar lagi... dia kata full memory??.... nape tu yek?....


3 comments:

Baitie ^_^ said...

jom dik kita jejalan sesama lagi..along pun tak kemana mana ni...

wakgelas said...

wak pon baru balik pontianak nii.. iiiHHiks

zura aini said...

alahai saya pun tension tak pi bercuti ni, anak tengah exam lagi.
nak tanya kat bandung tu kedai sulam kat mana? apa nama outlet tu? biasanya kain sulam kat pasar baru je kan?

Jom tengok gambo2.........