Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Wednesday, June 4, 2014

Suasana baru ditempat baru

Assalammualaikum... jumpa kembali kita.... lama x mengupdate blog.... keadaan mungkin belum mengizinkan... biasanya sebab aku juga... penyakit "M" mula menternak dalam diri sehingga balik kerja terbaring sudah... pastu terus ZZZzzzZZzzz, maka secara automatiknya lemak2 dalam badan nie semakin membiak dengan jayanya... hadooo mak aiiii.... gilossssh.... dalam tempoh 2 minggu berat boleh naik 1.5kg!!!... Maka secara purata kenaikan berat badan sebulan boleh mencecah 3kg!!!..... Aku kan kena check klinik 2 minggu sekali... maka jawapan penimbang klinik dan buku rekod merah boleh membuktikannya!!!...... Tapi alhamdulillah.... hari ini rutin kembali checkup sebulan sekali gara2 hb rendah..... hu huuu huuuu.....

Alkisah.... maka tersebutlah kisah perpindahan kami ke Mersing...... Penghijrahan yang amat bermakna.... Setelah mendapat surat arahan pindah (bermakna bukan aku mohon pindah..) pada bulan Mac... dan mengarahkan pindah pada 1 April... suatu jangkawaktu yang agak singkat... maka, aku redha walaupun agak sedih untuk meninggalkan PIS. Iyelah kan... hidup dah senang kat PIS atau Pasir Gudang... kena pulak berhijrah ke Poli baru.... kawasan kampung pulak tu.... tiada saudara mara.... tetapi memikirkan aku memang nak berpindah sebab ingin mencari pengalaman baru (melainkan sabah sarawak memang aku nangiss).... untuk memberi ilmu ditempat baru... aku kena kuat dan tabah.... fikir yang baik2.. inshaAllah dapat yang baik2. Pada awal berita nama kami naik.... perasaan aku??? Suka sebab dapat berpindah tempat yang dekat... masih bersyukur dibandingkan kawan2 seangkatan yang kena pindah ke Shah Alam... Banting....Perak... Muazam... dll... Masih dikawasan Johor. Alhamdulillah.... Sedih sebab family... rumah.. sekolah anak2... shopping2.. makan2... kami dah tahap selesa disini.. kerja juga aku memang tahap sangat selesa di Jabatan... tetapi cik suami memang selesa bagi dia... mungkin bukan aku.... hi hi hiii... saban setiap minggu kami ditinggalkan... entah kemana rumah... isteri... apatah lagi anak2.... aku pulak memang agak susah nak handle sorang2 apatah lagi dengan diri yang double2... bukan tak boleh handle tetapi kadang2 stress tu datang jugak..... tetapi pada Allah jua kita kembali.... semua ini ketentuannya... masih bersyukur atas nikmat yang melimpahruah dariNya... Alhamdulillah.

Apabila memikirkan berpindah... makanya kami redha... tidak pula membuat rayuan kerana kami tidak tahu apa hikmah atas sebalik yang berlaku.... hanya kami bermohon semoga apa yang ditentukan ini banyak hikmah disebaliknya... AMIN..... Aku memang teringin sangat mohon cik suami stay diJabatan seperti baru masuk kerja dulu2... Memang berulangkali permohonan kepada pihak atasan tidak diluluskan. Keperluan di Unit Sukan lebih memerlukan. Maka, dengan sebab itu... mungkin kami aku redha atas perpindahan ini... Setelah difikir2... ditimbang disukat... aku pun telah memikirkan hal rumah sana... dan rumah sini... setelah call pihak Mersing Quarters amatlah terhad nak dibandingka staf yang bakal masuk mendaftar 1 April nanti. Maka dengan itu, aku bersama kawan baik aku Suhaila... (Teman sekampung... Separtition.... sebelah meja...) berpakat untuk mendaftar awal. Maka pada 30 Mac 2014 seawal pagi kami sudah melapor diri di Mersing bersama2 suami/isteri. Permohonan quarters adalah first come first serve... Alhamdulillah... kami antara yang awal dapat pulak kelebihan memilih rumah tanpa undian.. Maka aku dan Suhaila pilih rumah depan2...  sebab rumah quarters sini geng berdua jer dalam satu tangga.... Tapi hanya yang tinggal aras 3... redha lagi.... tetap bersyukur daripada x de rumah.... Selepas urusan rumah dan lapor diri selesai... maka sahlah kami sudah warga PMJ.... Kami tidak terus balik Pasir Gudang.... Kami bersama2 menguruskan mencari2 sekolah anak2.... maklumlah... Mersing nie bukanlah familiar buat kami.... jalan2 kampung2 sekolah2 pun kami x tahu... maka bertemu kami dengan hamba Allah dari tabika sudi membantu membawa kami ke sekolah... mencari taska dsb.... tak dapat aku bayangkan tanpa beliau... terkial2 kami memusing kereta mencari2... tetapi taska semua full.... masalah belum selesai hari dah petang.... terpaksalah kami pulang dengan membawa sek keb sri mersing sahaja..... dan sek agama pangkalan batu.... :)




Kemudian, setelah mesyuarat pengurusan PMJ... Kami pun dapatlah kunci rumah pada April 2014.... Sewaktu weekend... kami basuh rumah dulu... anak2 tinggal rumah MIL... Kami mohon penangguhan 2 minggu untuk menyiapkan kerja2 di PIS.  Sedang kami cuci rumah bersama bibik yang diupah.... dapatlah call dari PIS supaya kami still bekerja disana.... Tenaga kerja Cik Suami masih diperlukan disana.... Tahanan cik suami tanpa surat.... sedangkan arahan pindah pihak Putrajaya lebih berkuasa.... Masa nie hanya Tuhan yang tahu... luluh hati nie... tengah excited kemas rumah... tiba2 suruh hold dulu kes pindah kami.... Bagaimana????..... Bukan kami x sayang PIS... Apatah lagi PIS sudah gah kedudukannya dimata Malaysia.... kami mahu stay di PIS... tapi arahan dari mana supaya kami melapor kembali ke PIS?... sedangkan surat mengarahkan kami pindah ke Mersing?.... Siapa lebih berkuasa.... maka, kami tekad... teruskan kerja yang patut.... walaupun hati dah 50-50....

Sehinggalah kami berpindah ke Mersing pada 11 April.... Urusan anak2 sekolah.. pengasuh... semua dah settle.... lori dah siap... dapat lagi call supaya kami stay di PIS.... Kali ini arahan Timbalan Pengarah amat KERAS supaya kami melapor diri dengan segera ke PIS semula..... bagaimana??????.... rumah???.. Anak2???... barang2 dah angkut???... akhirnya cik suami tekad kekal di PMJ... Hanya doa dan tawakal sahajalah yang mampu dikala ini.... keputusan memang agak sukar dibuat... tetapi terpaksa kami meredhakan keputusan ini.... nangesssss!!!..... sebab kita tak tahu masa depan keluarga dimanakah yang lebih baik....

Akhirnya.. inilah secara rasmi tempat kerja aku yang baru.... Jabatan yang baru dibuka tanpa student.... Kamilah founder disini... kalau di PIS, bilangan pensyarah 400++ tetapi jauh di Mersing bilangan pensyarah sebelum kami mendaftar hanya 20++ apabila kami pakej beramai2 masuk... maka dapatlah peningkatan kini dalam 48 orang pensyarah PMJ..... jauh bezakan.... ada kebaikan dan keburukan disesuatu tempat pasti kita kena terima dengan hati terbuka..... Alhamdulillah, kini aku dan family sudah dapat menyesuaikan diri ditempat baru.... yang penting anak2 gembira tinggal disini.... itu cukup membuat hatiku lebih yakin dan percaya dengan hikmah disebalik perpindahan kami ini.... Semoga perpindahan ini... perpindahan yang dirahmati Allah....

KERJA??
Setiap tempat pasti ada kebaikan dan keburukan masing2... sama sahaja walau dimana jua..... bagiku.. kerja agak bertambah kot... tapi bagi cik suami pulak katanya jauh lebih ringan dari dulu.... dulu dia banyak terlibat dengan pengurusan.... kini... orang baru kan... tapi bila x reti nak diam... tu yg dia buat program... ke UTHM dah lepas... next Batam 10 Jun... next lagi join softball Politeknik ke Jepun... tetiba tengah cuti sem minggu lepas ada pulak program debat... apalagi bila cik suami ada peluang dia nak join lah... sementara free time.... so, bakat yg dah lama terpendam melatihlah semula dia dengan Baizura pensyarah english sini.... Siang Baizura handle... dan malam cik suami yang handle.... selama 2 hari sahaja... maklum tengah cuti sem... pastu dah hampir tarikh tutup... sebelum nie tiada siapa yang nak handle.. Baizura seorang agak susah... so, bila ada cik suami maka pihak pengurusan beri kepercayaan untuk memasuki pertandingan debat mewakili PMJ... Aikk?? Apa kaitan dengan aku??.. Actually dihari pertandingan tersebut Baizura x dapat hadir.... So, aku lah yang menggantikan beliau sementara anak2 cuti sekolah kan... dapatlah aku join keluar macam nie.. kalau tak mana dapatnye dik oiii..... aku hok jaga anok2 je kat rumah.... :)

PMJ TEAM....
Pendebat PMJ....
Sesi bermula...
Jurulatih sedang menulis komen2...
Keputusan : PIS dapat kami kalahkan... he heee....
Ini tugas aku disana.... yeah!!... juri tak profesional....
Persembahan di Majlis Penutup
Penyampaian hadiah diambil dari wakil PMJ
Seronok juga join debat nie.... aku ni kan keras kepala... degil... sesuai masuk debat... rasa macam aku je yang nak jadi peserta!!!.... sedangkan orang lain yang tengah berdebat... aku yang beria2 nak bercakap.... sudahnya.... kisah debat x habis kat dewan..... berdebat jugak lepas gian kat bilik... walhal jadi juri nie kerjanya sampai pukul 12.00 malam taw... perghhh lepak sangat2 sebab x diberi ruang masa rehat yang lama.... kesian pendebat2 semua... langsung x de masa rehat.... dan x de masa untuk mencari maklumat tambahan untuk menguatkan hujah!!.... urrmmm...... Anyway... cik suami dah pun inform kat pengurusan yang beliau berusaha untuk buka kelab debat.... aku just menyokong sebab aku pun sukeee..... Oklah itu sedikit cerita aku ditempat baru... pengalaman baru... suasana baru.... perggh... dah macam tajuk debat pulak entri kali ini.... wink wink.... byeeeee.......
 

Sunday, May 18, 2014

Homestay Cassia, Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor







SEMOGA PERCUTIAN ANDA LEBIH BERMAKNA DAN BERPUAS HATI.....









Thursday, March 27, 2014

Tak tahu nak cakap apa...


# Redha atas ketentuannya... memang ini debaran lama kini betul2 kena kat lubuk hati.... ianya bermula dari
   sini dan sini juga.....

# Adakah ini jalan yang terbaik??... Tapi aku percaya segala yang Allah tentukan ada hikmah disebaliknya...

# Rindu untuk meninggalkan teman2 yang hampir 14 tahun berkhidmat.....

# Sebak meninggalkan mak... abah... kakak2... saudara mara... jiran2 yang telah rapat bersama....

# Lepas ni susahlah aku nak selalu balik kampung..... dan kalau dapat balik sure aku kena adil
   ( Umah mak dan MIL ).... so, masa amat2 terhad... dan tentu aku susah nak kumpul cuti rehat lagi lepas ni

#  Susahlah aku nak gi Jusco, Giant, Tesco macam selalu..... paling besar pun maybe Tunas Manja &
    pasaraya kini....

#  Memang aku dan cik suami langsung tiada saudara mara di area sana..... hanya teman2 pengubat rindu..

#  Bagaimana cara hidup kami dan anak2 yang dah biasa dengan lampu2 terang dimalam hari.... dengan
    kedai makan yang meriah... dengan pasaraya yang tersergam indah.... kedai2 yang melimpahruah....
    tiba2  bertukar dalam suasana yang jauh berbeza..... :(


Namun,

** Aku bersyukur kerana masih dalam negeri JOHOR.

** Tidak pindah bersendirian ke sana.... aku pakej berhijrah beramai2 ke PMJ atas keperluan disana....

** dan bersyukur, teman rapatku sebelah meja, sebelah kampung AT4, teman bergosip akan turut sama
      memperjuangkan mendidik anak bangsa di pelusuk kampung.....

**  Kamilah perintis Jabatan Kejuruteraan Elektrik di PMJ... Kursus ini akan dibuka..... iye... kamilah yang
      akan jadi founder disana.......

**  Semoga apa yang ditentukan ini.... banyak hikmah disebaliknya..... Amin...


DAN PASTINYA AKU BERDOA....

+  Semoga mendapat Ketua ( Ketua Jabatan, Ketua Program, Ketua Bahagian dan segala Ketualah ) yang
    sangat2 lebih baik dari yang ada kini...

+ Suasana kerja yang lebih selesa, seronok dan tidak tertekan.

+ Suamiku akan satu pejabat dengan aku!!!!!.... Amat2 berharap...

+  Semoga doa2 ini merupakan hikmah apabila aku dipindahkan ke sana.... Kita hanya mampu berdoa....
    dan  janganlah sombong untuk berdoa... mohonlah apa sahaja.... kita memang insan yang lemah....
    segala2nya Allah yang menentukan..... Moga2 doa2 ini dimakbulkan... Amiiin....


&& Dan kini.... cik hubby memberitahu pihak pengurusan menghalang beliau berpindah.... kami diberi pilihan sama ada masih ingin disini atau berhijrah. Cik suami baru je malam tadi bermimpi yang baik2 tentang PMJ... Rezekinya banyak disana... tetapi... kita tak tahu adakah kesana akan memberi kebaikan atau keburukan... Ya Allah bantulah kami dalam membuat keputusan ini...... Aku pun pening fikir... semalam dah redha... hari ini kami diberi pilihan pulak.... PIS masih memerlukan perkhidmatan cik suami disini... dan aku hanya menjadi parasit... mengikut sahaja... harap kami diberi petunjuk kearah kebaikan... Amiin....



Monday, March 24, 2014

Alhamdulillah

Uhuk uhuk uhuk... aduhhh terbatuk2..... penuh sawang2 kat blog tercinta.... memang rindu.... tidak dinafikan... tetapi dek kekangan kerja lain yang lebih memerlukan menyebabkan tugas mengupdate blog terpaksa ditangguhkan......  Actually, saje nak share cerita bahawa Syasya bakal menerima adik tak lama lagi... Alhamdulillah setelah hampir 6 bulan menunggu.... rasanya penantian inilah paling lama dirasakan..... Dulu2 masa Afiq hanya sebulan sahaja penantian.... dan Azim dan Syasya kami 'terus' diberikan rezeki setelah dipersetujui dalam mesyuarat agong. Kiranya... apa yang ku rasa ini tidak sehebat ujian ibu2 lain yang memang menantikan lebih lama kehadiran cahayamata..... betapa sedih... setiap bulan menungu... tiada... tunggu lagi hingga hampir putus asa.... dan jawapan yang tepatnya kami memang redha dengan ketentuannya. Saat itulah Allah memberikan kami rezeki ini... Alhamdulillah... terima kasih ya Allah....

Alkisah.. kami tidak merancang ketika bulan Ramadhan 2013 yang lalu... pada bulan itulah juga periodku semakin panjang yang normalnya 6-8 hari dan kini berubah 10-13 hari..... bukanlah keluar banyak... yang banyak pun 2 hari jek.. selebihnya.. kejap stop... sambung sikit... stop sambung.... naik kompius dan takut dibuatnya... dan dengan kejadian itu, aku terus buat ujian pap smear... apapun alhamdulillah... tiada apa yang perlu dibimbangkan.... semuanya baik2 sahaja... dan mulai hari itu sehinggalah Januari 2014 aku mengalami period yang panjang.... berat badan semakin naik... dan masa itu juga teringin nak pakai produk slim melim yang panas2 boleh kempiskan perut... tapi aku nak baby... macam mana..... Sememangnya ujian untukku.... sabarkan juga dengan badan yang makin berisi... hinggalah dalam bulan Disember lepas aku malas nak fikir untuk diet atau baby dsb... Sebabnya dari Ramadhan lepas aku memang plan.. dan berusaha untuk dapat baby girl... pemakanan... teknik... dan beberapa petua aku cuba follow untuk dapat baby girl... tetapi, hari berganti hari.... bulan berganti bulan akhirnya aku dah malas...... Bulan Januari 2014 azam untuk menurunkan berat badan kini kembali..... Akhirnya... tanpa plan... atas keredhaan pada yang maha kuasa itulah.... Allah memberikan kami rezeki yang sememangnya sangat2 diinginkan dalam waktu terdekat... Maklumlah... faktor usia... kesihatan bagai kan.....

Actually, Last period aku pada 25 Januari 2014.... dalam 2 minggu kemudian aku memang merasakan something berlainan pada diri aku.... tekak loya... perut x sedap.... tut mengeras... hampir pada tanda2 period... tapi biasanya tanda2 ini akan berlaku pada  seminggu sebelum period... tapi ini terbalik... seminggu selepas period (waktu subur kot)... pelikkan.... dan berlaku perangai pelik aku beli UPT!!!.... Check..... Negatif... wa ka ka.... sabar2.... sabar2.... inikan baru lepas period... x kanlah dah boleh detect... ceh!!! masih mengharap tuh!!!!.... Bila dah negatif aku belasah jeklah.... ( x de penjagaan ibu mengandung ). Hinggalah tiba waktu yang sepatutnya 25 Januari 2014 aku masih x period.... tanda2 yang sepatutnya x de pulak... (agaknya 2 minggu lepas dah kena kot?). Atau betulkah aku mengandung.... atas kesibukan audit APACC aku sabarkan... biarkan berita suka duka ini kami hadapi dalam keadaan yang tenang....... Akhirnya pada 26.2.2014 baru lewat sehari je pun.... suruh cik suami beli UPT... dia belikan yang jenis strip macam gambar bawah nie ler... aku x pernah beli jenis nie benonye..... nampak macam ye... macam tidak... tanya family group hampir 90% kata positif... tanya member mommy group pun sama.... tak puas hati... esoknya aku beli sendiri jenis titis.... Alhamdulillah kompom!... Aleesya become a sister...... Syukur.... terima kasih ya Allah... berakhirlah penantian kami sekeluarga untuk fasa pertama ini.... Ada fasa kedua ke?.. Tentulah ada.... fasa kedua.. penantian kelahiran baby yang sihat, comel, bijak, solehah yang boleh berbakti pada ibubapa, agama, bangsa dan negara.... mudah2an.... AMIN.....

Strip aku punya yang di tengah2... (nampak panjang)

Adakah aku mabuk setelah masuk 9 minggu ni?.... Setakat ini masih tidak mabuk tetapi kuat makan... perut memanjang lapar.... kalau dah lapar sangat, mula pedih perut macam2... bagi mengelakkan macam2 tu maka.... memang kerja makan jerlah aku buat masa ini.... mungkin ini rezeki aku tidak mabuk tetapi ujian atas penambahan berat badan.... Apapun, semoga aku sihat2 sahaja... itu yang lebih penting!.... Sebijik aku mengandung nie macam mengandungkan Afiq dulu2..... hu huu huu... janganlah naik 20kg ++ lagi... aku cuba control... and another one is... doa2kan moga aku dapat baby girl yang sihat sempurna fikizal, mental, rohani dan jasmani..... Amiin...... Boboy pun tak perlah janji sihat dan selamat semuanya....

Diatas sikap dan tabiat suka makan ni.. maka ada je kerja mengoogle cari resepi cari kedai makan dan semua yang berkaitan makanan. Tidak kurang juga aku suka masak!!... wa ka kaaaa... suka sangat nak mencuba2..... (tapi bab masak je yek.. bab ngemas... cuci dsb entahlah... no komen). Inilah tabiat aku masa mengandung kali ini buat masa ini.... urrmm... okeylah.... malas nak cerita lagi... cukup panjang rasanya.... nanti kita sambung balik yek.... ok... jumpa lagi... babai....


Ini gambar kami scan baby malam tadi.... 24.3.2014....  dalam 9 minggu.... due pada 3.11.2014..... bukan nak tahu jantina tetapi nak confirmation preggy.... he heee.....  Alhamdulillah, kompom aku mengandung... ada seorang baby jer dalam perut aku... degupan jantung sudah ada... sihat... InshaAllah.... Semoga kami sihat2....selamat.... dipanjangkan usia.... dan semoga pada cukup bulan nanti baby dapat keluar dari perut mama dengan mudah dan selamat hendakNya... AMIIN.........


Monday, January 13, 2014

Happy Birthday Azim!!...

Ini cerita semalam... papa tak dapat sambut besday Azim sebab papa ada urusan kerja di Daik... iye... memang betul dengan pantun lama....
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah, 
Budi yang baik dikenang juga.

Dimanakah letaknye Gunung Daik ini?... di Indonesia.... tidak pula dekat dengan Malaysia dan tidak pula dekat dengan Sumatera. Ia terletak ditengah2 laut china selatan.... terdapatnya sebuah kepulauan kecil dimana jika ingin kesana... tiada pengangkutan udara melainkan menaiki boat khas selama 8 jam!!... hanya Allah yang tahu betapa risaunya hati seorang isteri yang ditinggalkan..... lebih2 lagi dengarnya tiada life jacket... terpaksa cik suami menempah dari tempat lain... urmmm....

Sesampainya cik suami tersayang, maka terus kami keluar ke Jusco Permas. Ini pilihan besday boy untuk meraikan di Secret Recipe... aku bukanlah biasa makan disini dan bukanlah tidak pernah ke sini... dengan harganya yang agak mahal maka jika sesekali layan disini bolehlah.... kami dah offer... celebrate di KFC atau dek non... dia tak nak... dia nak hadiah PS3 katanya....  urrmm.. PS3 tue.... Akhirnya, demi anak tersayang... tambahan mama buat silap hari ini sebab bawak seluar Afiq... maka, kita celebrate kat sini jeklah..... jom layan gambar2 kami...

Kek Oreo Cheese pilihan dia...
Jom bergambar dulu....
Menu mama... Mee tom yam kung with chocolate shake....
Spagethi seafood.... with 7up...
mini burger kiddy meal untuk cik caca.... (tapi x makan pun!.. grrrr..)
Spagethi seafood dan air A&W
Spagethi seafood dan air 7up
Semua ikut menu papa!!.... haisssh... mama dah cakap order lain2.... kita jarang makan sini tak tahu menu apa yang sedap... semua x nak!!... Sakit hati mak.... hah kan sudahnya Azim merengek cakap x sedap.... last2 Tom Yam Kung pedas aku jugak yang dia pilih... aku pun x minat spagethi seafood nie... seafood dia memang berbaloi.. tapi rasa dia....  urrmm... kalau spagethi bolognese ke.. meat ball ke... aglio olio tu bolehlah.... tapi papa dan Afiq dia suka spagethi ni... no komen... last2 papa juga yang abeskan spagethi Azim nie..... Lepas makan2 kami ke mall Jusco....
Jemput makan semua
Sebelum masuk mall... bebudak nie main binatang yang kat luar tu.... main ler korang sekejap ye nak.... Lepas main menan nak beli hadiah Azim... sudahnya belilah kami menan2 kat Jusco... abes gak RM200 untuk dia orang nie... Actually, cuti sekolah lepas kami beli basikal... kira itu pun hadiah jugaklah untuk dia orang nie... Ok.. itu je... Semoga Azim jadi anak yang soleh, bijak, pandai, cemerlang dunia akhirat.... dapat membantu mama, keluarga, bangsa dan negara... AMIN....

Jom lumba....
Marah dia kata bear dia lambat.. walhal... see your body size.. acaner tu?
Dia orang nie laju jek lah...





~ ALHAMDULILLAH ATAS SEGALA NIKMAT INI... ~

yEaR eNd HoLidAy!!...

Selepas balik dari Lotus Desaru... kami ke bandar Kota Tinggi. Lama x menjengah bandar kecil ini tempat aku selalu hora horey suatu masa dahulu.... Konon2 nak ke Muzium Kota Tinggi, Sekali tutup lagi!!... ini kali kedua kami nak buat lawatan dan tutup... atau sebenarnya memang dah tutup.... urrmmm....

Alang2 dah mengambil cuti 2 hari... maka, anak2 ku teringin nak ke kampung makam. Actually, ada cerita disebalik Kampung Makam dimana cik hubby ku tak boleh masuk kesini. Dia serik!!.. Sudahnya aku drive bawak anak2 dan cik suami tinggal di surau.....

 Makam Sultan Mahmud... Al fatihah
Masjid Kampung Makan
Aku pun benonye berdebar2 gak dek cerita2 kenapa dia x boleh masuk sini... Oleh kerana berdebar2... aku pun tak ler berhajat nak masuk dalam. Just tengok dari luar jek... parking ler rapat tepi parit tengok dari luar pagar jek... sekali anak2 sibuk nak masuk masjid.... akhirnya aku mengalah then zasssss terus belok, tanpa ambik side... langgarlah tembok yang ada sebelah parit tu... huaaah!!... sedey....

Berapa agaknya yek kos kecederaan begini? 2 bahagian tu...
Dah hero2 semua turun bawah... tengok muka diaorang... semua tengah cuak!
Sudahnya.... tu yang aku layan masuk jugak sekejap... then terus amik papa dan balik.... papa tahu apalagi.... pot pet ler aku yang salah!.. Lepas tu fikir lagi nak kemana yek... akhirnya kami ke today tiram... Ingatkan ada wayang 3D kat sini.... rupanya sometimes je yang ada... ho ho hoooo... main bowling ke wayang??.. Sudahnye semua nak tengok wayang... belilah cerita dinasour.....

Meragam2 nak main game.... kat pusat game...
Lepas main games perabis duit... terus tengok wayang..
Jom wayang!!...
Lepas tengok wayang kami pun balik pasir Gudang. Sebelum sampai rumah kena makan dulu sebab aku nie malas nak masak... Maka singgahlah di Area Bukit dahlia kedai2 baru.. konon nak rasalah.... anyway, not bad... memang terbaek...... Bila dah kenyang kami pun balik lah rumah... ha haa haaa....

Sirap laici??.. x berkenan aku... hilang rasa laici....
Terbaik....
Esoknya hari Sabtu... mama pulak teringin nak makan ayam penyet dan pisang cheese kampung pasir putih.... Lepas kemas2 rumah kami pun ke sana dalam pukul 2.... jom layan...

Sedapnye......
mana tak gemuknya kami?... hu huu huu...
Ayam penyet...
wak lele penyet!...

Memang terbaek beb... RM3.00 jek/polisterin



 
 bye......

Jom tengok gambo2.........