2 Bujang 2 Dara Sedang Berbincang Apa Tu???.... |
Assalammualaikum semua.... Salam Rindu Salam Ukhwah.... Bukan nak meleraikan talian blogging... tetapi sekarang kekangan kerja... kekangan anak2 kecil.. kekangan macam2 yang perlu disettlekan mana yang lebih penting....
Hari nie nak cerita tentang anak sulungku yang memang bertuah!!... Anak yang betuah, akan bertuah dan terus bertuah..... Muhammad Asrul Afiq telah mengambil peperiksaan UPSR 2015.... dan akhirnya memperoleh keputusan yang boleh dibanggakan ahli keluarga terutama aku sebagai ibunya.... Alhamdulillah.
Bagi ibubapa di daerah Mersing, SMK Sri Mersing menjadi pilihan utama kepada anak2.... Kenapa?? Sebab sekolah ini merupakan sekolah kluster kecemerlangan dimana bukan semua pelajar boleh bersekolah disini. Hanya insan2 terpilih jek yang dapat bersekolah disini. Terpilih yang bagaimana? Samaada aktif dan kurikulum ataupun kokurikulum. Hanya yang mendapat 4A atau 5A sahaja dalam UPSR... hanya kes-kes tertentu sahaja..... ada juga yang mendapat 3A bersekolah disini.... sebab tu ramai ibu bapa yang mahukan anak2 mereka bersekolah disini sebab ini antara sekolah harian biasa yang baik di daerah Mersing. Alhamdulillah sekali lagi.... rezeki Afiq dapat bersekolah disini... Syukur sangat2..... Sebab tu aku cakap "Anak sulungku memang bertuah!!...".
Sekolah yang banyak berjasa buat Afiq!!... |
Afiq memang happy sekolah kat sini.... kawan2 lama memang ramai sekolah disini.... Walaupun asrama disediakan, ada kawan2 yang duduk asrama... aku memang tidak berniat nak masukkan Afiq ke asrama sini... sebab biarlah dia duduk dengan kami.... senang apa2 hal.... Afiq lagi lah memang dia langsung tak nak pun duduk asrama sini.. walaupun dia jadi budak rugbi ( sebab asrama diutamakan kepada budak rugbi sebab latihan setiap petang ). Tak kisahlah biarlah kami hantar setiap petang pun.... kami kat sini pun memang ada geng hantar anak sekolah bergilir2... sorang hantar.. sorang amik... sorang hantar sek agama... sorang hantar latihan koko... senang dan syukur alhamdulillah dipermudahkan urusan kami hal anak2 sekolah. Sebab tu Afiq pun ceria, geng2 sebaya terutama lelaki ramai dari Politeknik ke sekolah.
Tup tup.... dalam gembira bersekolah di sini... Afiq menerima tawaran ke SBP Mersing. Hurmmm... sebagai ibu tentu aku amat2 gembira apatah lagi itu impian aku supaya anak bersekolah diasrama penuh!!... Harapan dan impianku suatu ketika dulu biarlah anak2 dapat realisasikannya..... aku dari UPSR memang teringin nak sekolah asrama... tetapi aku anak bongsu... kakak2 semua dah bekerja waktu tu... tinggal aku, mak dan abah... mana mak dan abah nak bagi... walaupun aku dapat sesi ujian bertulis ke MRSM waktu tu. Mak dan abah memang berat nak lepaskan aku.... hu huuu.....
Bila Afiq dapat tawaran ini, aku anggap ia rezeki lagi untuk Afiq... Anak sulung mama memang bertuah lagi!!!... Aku memang memberi sokongan... tapi bukan memaksa. Aku tetap ingat.... semua pilihan biar ditangan anak2... aku hanya memberi laluan dan sokongan sahaja.... tak naklah suatu hari nanti dia menyalahkan aku dan sebagainya... biar dia fikir baik2 dan belajar buat keputusan.
Dalam aku, suami dan Afiq membuat keputusan ( Selasa dapat call dari Sekolah Sains Sultan Iskandar ), Rabu masih tiada jawapan.. dan Khamis aku masih blur.... Masa ni ada konflik aku dan suami... sorang sokong dan sorang tidak.... sudahnya aku call mak bertanya pendapat... Mak aku kata ikutlah.... kalau suami x bagi tak payah hantar Afiq asrama.... biarlah Afiq sekolah biasa lagipun sekolah tu pun sekolah yang baik untuk Afiq... Ujian bulan Mac pun keputusan Afiq memang memberangsangkan.... Mak bagi semangat supaya aku menerima hakikat dan mendengar kata suami.... Masa ni jujur!!.... Aku dah redha.... dah buat keputusan tekad.... dah muktamad.... Afiq terus kekal bersekolah di SMK Sri Mersing.... Aku tak nak suatu hari nanti aku dipersalahkan (sebab aku yang mohon SBP ni ). Noktah!!!.... tetiba balik sekolah hari yang sama Khamis tu, Afiq marah kami... "Kenapa mama ngan papa x datang sekolah!!... penat Afiq tunggu.... Cikgu kelas Afiq dah tunggu dah tadi....". Aik???... Kenapa??.. Afiq dah fikir baik2 ke?... Afiq dah ada keputusan ke??.. mama x tahu pun??... Oleh kerana waktu sekolah dah abes.... maka, kami balik kampung PG minggu ni sekali ambil surat tawaran Afiq.... Ada tambahan 2 hari lagi untuk Afiq fikir sebaik2nya.... bincang dan minta pendapat semua orang.....
Sampailah hari Ahad... Afiq masih bersekolah seperti biasa. Jam 11 pagi aku datang sekolah seperti yang diminta Afiq untuk menguruskan hal berhenti sekolah.... Ok done.... medical checkup pun dah buat appoinment esok pagi di Hospital Mersing. Daaaaan....... muktamadlah keputusan yang Afiq akan bersekolah di Sekolah Sains Sultan Iskandar....
Sementara menunggu medical check-up di Hospital Mersing |
Isnin esoknya Afiq dah mula berhenti sekolah.... Kami menguruskan hal medical checkup seawal pagi. Pagi tu dia bersemangat kerana ada kawannya juga akan ke MRSM Mersing... Sama2 satu kelas keluar dari kelas 1KAA... Mereka nampak bersemangat dan excited... Moga berterusan dan berkekalan semangat ini. Tinggal 1 hari je lagi Afiq akan melapor diri ke Sekolah SBP... Kami biarkan AFiq berehat.... bersantai2... sebab lepas ni Afiq akan ke Asrama... Papa dah banyak keli dedahkan suasana di Asrama kat Afiq.... Moga Afiq dapat terima keadaaan apabila tinggal diasrama kelak... ingat satu je tujuan Afiq.. iaitu belajar!! belajar dan belajar!!....
Akhirnya Selasa merupakan sesi lapor diri di SBP.... Sampai di pagar risau jugak... adakah Afiq seorang je lapor diri? Atau kami dah tersilap haribulan ke?.. Pak guard tu kata dah 2-3 orang ada yang masuk tadi lapor diri... jam baru pukul 9.00 pagi sepertimana yang dijanjikan.... hurrrmmm....
Kami melapor diri di bilik kaunseling... masa tu dah ada 3 orang pelajar perempuan... dan Afiq baru seorang lelaki... tak lama lepas tu datang seorang lagi murid lelaki dari Muar... hati berasa lega... adalah geng Afiq sekurang2nya... tetapi semua yang lapor diri tiada pun yang satu dorm atau satu kelas... Papa minta pun x dapat... oklah... itu kehendak sekolah x pe... kami cuba2 jek mana taw dapat satu dorm/kelas dengan kawan baru daftar... biarlah sama2 baru... sama2 nak berkenalan dengan sekolah... sama2 baru nak belajar hidup berdikari... Akhirnya setelah tamat sesi pembayaran yuran... pembayaran asrama dan duit makan... pembayaran koperasi ( Lebih RM1K jugak ), kami pun beredar ke asrama ditemani sahabat 1 Gamma (satu kelas Afiq). Faris... dialah yang menunjukan asrama.... dan segala hal berkaitan sekolah dengan Afiq hari ni...
Luar dorm Afiq |
Dalam Dorm Afiq ( Info 1 ) |
Memilih katil... masih banyak lagi yang kosong... |
Kiri : Haziq ( Kawan 1 dorm info 1 ) Tengah : Faris ( Kawan sekelas 1 Gamma ) |
Semoga membuka lebih luas pintu rezeki dan kejayaan buat Afiq.... |
Selamat belajar ditempat baru ye sayang |
Jadual kelas Afiq |
1 Gamma |
Ingatlah sayang.... walau dimana jua Afiq berada.... Afiq kena kuat dan tabah!!... teruskan perjuangan... Bak kata pepatah... belajarlah bersungguh2 walau sampai ke negara China.... menunjukkan betapa pentingnya ilmu pengetahuan.... selagi ada peluang pergilah ke tempat yang lebih baik.... dan ingatlah kata pepatah "Jadilah seperti butir PERMATA... walau dimana pun ia jatuh kan terus bersinar". Mama sentiasa berdoa... agar segala urusan Afiq dipermudahkan, diberi keselesaan, kegembiraan dan ketenangan walau dimana juga Afiq berada.... Menjadi sahabat dan kawan yang baik, menjadi pelajar yang berguna dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara....Yang pasti Mama selalu merindui Afiq... Rajin2lah telefon mama.... Mama terlalu menyayangi Afiq lebih dari segala2nya.... I Love U so Much!!!!....
No comments:
Post a Comment