Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Wednesday, April 29, 2009

Selesema B.B.

SELESEMA BABI (SWINE INFLUENZA)
Soalan-soalan Lazim
1. Apakah Selesema Babi?
Selesema Babi adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit daripada babi dan disebabkan oleh virus influenza A.
Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Selesema Babi).
2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Selesema Babi yang wujud?
Virus Selesema Babi sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A yang diasingkan daripada haiwan ini iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Selesema Babi).
Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant).
Walaupun virus Selesema Babi pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun, virus ini boleh menyebabkan penyakit di kalangan manusia.
Terbaru, virus influenza yang diasingkan daripada babi telah dikenal pasti sebagai virus H1N1.
3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menerima laporan kes Selesema Babi dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.
4. Apakah tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia?
Tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu.
Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.
5. Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?
Ya. Tiada bukti mengaitkan Selesema Babi boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Selesema Babi boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160°F/70°C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.
6. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?
Manusia selalunya dijangkiti Selesema Babi melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Selesema Babi. Terdapat juga kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan secara langsung.
7. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?
Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.
8. Apakah rawatan bagi Selesema Babi?
Kebanyakkan kes Selesema Babi yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.
9. Berapakah tempoh masa jangkitan Selesema Babi daripada manusia kepada manusia yang lain?
Mereka yang dijangkiti virus Selesema Babi boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset).
Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.
10. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?
Elakkan penyebaran kuman penyebab penyakit respiratori seperti selesema.
Ambil langkah-langkah berikut:
􀂃 Jika anda batuk atau bersin:
Lindungi hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan
Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah
Basuh tangan dengan sabun dan air bersih
􀂃 Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol sangat berkesan.
􀂃 Cuba elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.
􀂃 Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka.
􀂃 Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.
􀂃 Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Selesema Babi.
Sekadar berkongsi Ilmu mengenai isu negara terkini.....
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200 / 03-8881 0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my
27 April 2009

Thursday, April 23, 2009

Tiara Beach Resort,Port Dickson


Yeeh... Dah Sampai....
Pada 8 April yang lalu, kami sekeluarga telah ke Port Dickson.. Cuti-cuti Msia..... Seronok Giler apabila suami mengajak kami berjalan.. apa lagi.. melonjak lah anak2 aku kegembiraan... Pada 8 April adalah cuti umum Johor ... So, apa lagi kami bercadang ke luar Johor coz hotel akan deal harga week day... Suami menyuruh aku mencari tempat.. apa lagi... surf internet lah jawabnye....
Mana lagi tempat yang aku lom pergi ek?... Sabah?.. Jauh sangat... amik cuti 2 hari jerk.. Kelantan pun jauh.. mau perjalanan dah makan masa 2 hari pergi balik...Mana yerk?...

Haa... Negeri Sembilan.... Aku memang suka g water park... pulak itu tempat favorite anak2ku... Aku mencari maklumat mengenai pedas waterpark... boleh tahan best juga... Stay kat mana yerk?.... Then, dalam aku tercarik2 hotel di N9, aku terpandang offer di Tiara Beach Resort... Emmm tempat nie memang dah lama aku idam-idamkan... tapi, disebabkan harganya, aku belum terpikir lagi nak kesini... tapi, kali ini berlainan. Tiara Beach Resort membuat offer yang membuatkan aku teruja nak kesana... Minimum RM180 (Country View) excluded breakfastlah... so, oleh kerana offer, aku mengajak suami kesana... Mulanya suami memang tak mahu kerana "Apa ada dengan PD"... emm tapi tempat nielah yang aku belom menginap... Suami bolehlah... masa bujang dulu practical hampir 2 bulan kat sini!.... Lagi2 ajak ke Melaka.. Aku yang boring asyik ke Melaka je....


Alhamdulillah semua setuju... so seawal jam 6 pagi kami bertolak ke PD... Sampai diMelaka jam 10 pagi kami singgah di Butterfly park.... Bukak pintu kereta jer.. tersaing kereta sebelah.. rupanya penjaga Afiq lama.. jumpa orang PGudang.. kak Asmah... Tak sangka... So, kami berjalan di Butterfly Park sampai kul 12 tengahari... Afiq dan Azim memang seronok dapat jalan... Then kami bertolak ke Tiara Beach Resort... Hoorey!.... semua melonjak kegembiraan...Sampai di Tiara Beach Resort lebih kurang jam 2.00 petang... anak2ku dah tak sabar mandi kolam.. memandangkan kolam sebelah jer... Aduh.. aku yang mengeluh... Sabarlah sayang.. Panas lagi nie.. kita mandi nanti petang eh.. pukul 4.30... anak2ku dah menarik muncung tajam... disuruh tido.. x tido2.. disuruh pejam mata x boleh lelap.... x sabolah tu mandi.. pagi tadi pukul 4.40 dah bangun excited nak ke hotel... eh.. x penat ke anakku?...
So, pukul 4.30 hingga 6.45 kami mandi... seronok... then naik atas, siap2 nak makan luar... anak2 dah aku siapkan dulu... dah hensem... comel... aku suruh baring + botol + tengok TV.. aku pun bersiap mandi.. solat + berkemas diri untuk makan luar.... penat aku siap2 dah pakai tudung, aku tengok anak2 rupanya dah tergolek tido... cian tengok... macam penat sangat... Em... dalam kesedihan aku bukak balik tudung, emm x dapatlah jalan malam nie... ingat dapat makan2 ke.. jejelan PD ke.. jumpa member ke?... semua plan cancel... Maaf to Hazree and Shida... (anak korang pun demam kan x leh kuar)... Ingat nak jumpa esok...

Kat Bandar Port Dickson (tepi laut)
So, esok pagi2 anak aku dah bangun seawal jam 6.00 pagi... aduh... kalau lah dapat bangun lewat... em.. x dapatnye peluang nie...(Rutin anak2ku.. bangun awal).. Bagus gak.. senang nak ke sekolah.... So, apa lagi yang diminta anak2ku.. Kolam lah... Em.. layan lah lagi... lepas breakfast, kul 7.30 dah kami kuar mandi kolam lagi....sampai kul 9.30... Then kami bersiap2 untuk keluar jalan...Kami berjalan2 sekitar PD.... Best jugak.... tapi semua tepi laut lah.. Panas..... Jalan servey tengok hotel yang cantik2.... Ilham Hotel pun best gak...nampak exclusive.. samalah dengan harga dia... So, lepas makan tengahari kami berangkat pulang... Singgah di R&R Jejantas dan terus pulang... Sampai rumah.. malam tu jugak anak aku demam dua2x..... bahana mandi Kolam lama sangat kot!... Mama dia nie gak yang susah... Papa dia ke Freser Hill esoknya Jumaat bawak budak PRS.... Cian, baru jer balik malam tadi dah pagi g Freser Hill lak.... (tanggungjawab...perlu dilaksanakan). Demam sampai Ahad... Emm.. penat gak layan kerenah anak demam nie.. ( tapi, biasalah untuk yang ada anak )... Aku reda.... Tapi, bila papanya balik Isnin tu dia pun dah baik demam... "Demam kena tinggal papa dia kot...".. Kata atok bah dia lah.... Inilah kenangan yang tidak boleh dilupakan... Percutian Ke Port Dickson.....Terima kasih untuk suami dan anak2 kerana membahagiakanku... ( he he he.. dapat jejalan, sukalah... )
Kat Restoran Jejantas Air Keroh

Wednesday, April 22, 2009

Majlis demi majlis....


Pada 28 Mac yang lalu, aku mendapat jemputan perkahwinan dari orang yang dikira rapat denganku (wajib pergi lah)... Pertamanya adalah rakan sepejabatku Kak Afzan yang bakal mendirikan rumah tangga dengan orang Batu Bahat, dan keduanya adalah sepupu belah suamiku yang dikira rapat/mesra dengan suamiku iaitu kembar adik dan abang... So, tahniahku ucapkan buat mereka dan ucapan "selamat pengantin baru dari kami sekeluarga". Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan dan bahagia keakhir hayat.


Seterusnya adalah majlis sempena adik iparku merangkap bekas pelajarku... (he he he..) pulang dari Vietnam dan meraikan kesyukuran kerana beliau dinaikkan pangkat... Tahniah buat Mohd Faizal (Ejai).. semoga Allah melimpah ruahkan lagi rezekiMu..... Alhamdulillah, dapat kami makan2 kat Senibong bersama semua ahli keluarga.... Terima kasih buat Ejai dan Ekin kerana sudi belanja kami.... Terima Kasih banyak2....................

Mendidik Anak-anak

Sudah lama rasanya aku tak menulis blog disini.. tiada apa yang menarik untuk aku persembahkan di blog ini.. namu hari ini aku cuba untuk berkongsi ilmu yang sentiasa aku perlukan sepanjang mendidik anak-anak yang semakin membesar.... bila lihat tajuk ini, sudah pasti aku akan mengikutinya kerana aku cuba untuk mendidik anak dengan cara yang terbaik...
Ceramah agama setiap Jumaat di PJB juga akan aku ikuti sekiranya aku ada masa free. Beberapa minggu lepas, ustaz yang berceramah mengenai pendidikan anak-anak juga menarik minat aku untuk kesana.... antara ucapan yang beliau sampaikan ialah :
Umur 1 hingga 6 tahun : Didiklah anak dengan penuh kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Umpama pribahasa menyatakan didiklah anak ketika ini bagai menatang minyak yang penuh.....
Umur 7 hingga 12 tahun : Waktu ini adalah waktu untuk anak-anak mengenali dirinya sendiri. Displin amat penting. Waktu ini ibu bapa harus bersikap tegas dan mendisplinkan anak-anak. Didiklah anak waktu ini dengan penuh displin, tegas dan sekiranya mereka ingkar wajib dipukul sebagai pengajaran. (Bukan mendera...) Pukullah anak dibahagian kaki, jangan pukul dibahagian kepala kerana ia boleh menganggu sistem pembesarannya... Waktu ini juga, Allah berpesan...supaya anak-anak sembahyang 5 waktu sehari semalam, dan... sekiranya mereka ingkar Allah juga berpesan supaya mereka dipukul sebagai pengajaran...
Umur 13-21 tahun : Waktu ini merupakan masa yang paling mencabar dalam mendidik anak-anak. Ketika ini anak-anak akan merasakan diri mereka sudah besar dan boleh membentuk dirinya sendiri. Namun, kita sebagai ibu bapa tidak boleh membiarkan anak-anak ketika umur remaja ini... Ibu bapa harus berperanan menjadi kawan yang paling rapat dalam pembentukan diri anak-anak remaja. Mereka tidak boleh dibiarkan.. mereka harus dipantau, diasuh, dibimbing, dan perlu dinasihati sekiranya diperlukan. Dalam waktu ini, mereka perlu didekati. Sebarang masalah perlu dikongsi. Jadikan mereka teman yang paling baik supaya mereka tidak segan untuk berkongsi rahsia dan pergolakkan diri yang berlaku. Sekiranya apa yang mereka lakukan tidak betul, ibu bapa perlu menasihati mereka secara baik dan berhemah.. ( Bukan marah2 ).. kerana jiwa mereka sensitif pada waktu ini.... (mereka merasakan mereka sudah besar)...
Umur 22 keatas : Pada umur ini, ibu bapa sudah boleh sedikit melepaskan diri anak2 kerana sudah cukup bekalan ilmu dunia akhirat yang ibu bapa sudah bagi.. So, ketika ini sepatutnya anak2 sudah boleh mengamalkan dengan ilmu yang telah diberi. Apa yang tidak baik ditinggalkan dan yang mana baik perlu diikuti.... Ibu bapa sudah memberi didikan yang sepatutnya selama ini dan tiba masanya mereka mengamalkan dengan ilmu itu... so, sebenarnya waktu ini ibu bapa tidak perlu risau dengan anak2 lagi... yakinlah yang anak2 mampu melaksanakan tanggungjawab mereka selama ini..... yakinlah dengan ilmu yang telah kita berikan pada mereka selama ini....


Untuk maklumat lanjut.. ada lagi cerita dari internet yang aku terbaca dan terpanggil untuk tatapan semua.. bukalah laman web.... http://www.geocities.com/lgmjohor/mendidik.html
Cerita disebalik pengalaman guru ini mendidik anak2 memang aku respect.... macam mana anak dia boleh berjaya... betul2x terharu.... teringin nak jadikkan anak-anakku seperti itu....
Mudah-mudaha... hanya padaMu jua aku bermohon semoga dilimpah ruahkan rezekiMu kepada kami sekeluarga... Amin....



Friday, April 3, 2009

makan....

Peringatan buat semua terutama "Asmida'
Dalam pencarian untuk menguruskan badan yang semakin hari semakin gemok.... aku terbaca satu majalah MILENIA yang mana aku dapat free.. tak tahu siapa yang bagi (by pos)... thanks pada sesiapa yang sponsor....... (satu JKE dapat), muka pertama yang menarik minat aku ialah ...

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Lombong PENYAKIT adalah perut yang sentiasa padat dengan makanan, maka sebaik-baiknya diisi satu pertiganya untuk makanan, satu pertiganya untuk minuman dan satu pertiganya untuk pernafasan".

Terkedu aku seketika... berapa bahagianlah untuk aku isi perut aku nie yea... terasa sangat badan ini semakin berat untuk dibawa... em...TAKUT!............

Wednesday, April 1, 2009

Hati-hati dengan bahaya Plastik!....

Hari tu aku baca blog kak long tentang plastik.... betapa kagumnya aku lihat (menerusi blog) dibumi New Zealand tentang kesedaran bahayanya penggunaan Plastik... So, hari ini aku terbaca lagi e-mail dari kawan2ku tentang bahaya plastik.. So, e-mail tu aku dah forward kan juga pada rakanku yang lain agar kita sama-sama cuba mengelakkan penggunaan plastik dirumah...

Mulai hari ini, aku berazam untuk memakai pinggan kaca kat rumah... (ceh wah...) em.. selama nie aku memang suka pakai plastik coz murah, x mudah pecah.. namun sebenarnya ia tak selamat... biarlah anakku bermain dengan peralatan kaca janji selamat... nanti lama2 harap-harap anak2ku akan terbiasa dengan penggunaan barang kaca dirumah.. he he he.....
Sedikit info tentang plastik :

Bahaya Plastik bagi Anak-Anak dan Wanita
" BAHAYA plastik bagi anak-anak dan wanita, yang amalan menjadi alasan bagi orangtua untuk memilih makanan dan minuman yang disimpan dalam plastik, terutama bagi bayi dan anak-anak. Sebaiknya berhati-hati terhadap kandungan bahan kimia dari plastik itu. Plastik itu boleh menyebabkan gangguan hormonal dan pertumbuhan orang dewasa. Bahkan, pada ibu hamil pun dapat menyebabkan kematian janin. Bahaya penggunaan bahan kimia ini berdasarkan hasil penelitian dari Program Toksiologi Nasional, Dinas Kesehatan Nasional, Amerika Serikat (AS). Mereka menyeru kepada Badan Pengawasan Ubat dan Makanan Amerika untuk mempertimbangkan kembali keamanan penggunaan bahan kimia bisphenol A (BPA) yang terkandung dalam plastik bagi bayi dan anak-anak. Kebanyakan kandungan bahan kimia BPA banyak digunakan pada botol bayi dan penutup botol susu formula. ( Aku pernah nampak botol kaca kat tesco ari tu.. Harga dia lebih kurang RM50 ). Rupanya ia lagi selamat.... Punyelah aku kutuk dgn laki aku.. "Kalau afiq azim dah kena baling dah.. comfom kejap jerk".. Lepas ni rasanye mcm nak try jerk... Hasil penelitian program Toksiologi Nasional menemukan kemungkinan penggunaan BPA yang berlebihan mempunyai kesan sampingan. Menurut mereka, pembatasan penggunaan BPA patut dilakukan kerana boleh memengaruhi saraf dan perkembangan janin di dalam rahim. Bila anak-anak terus terpapar BPA, kelak saat dewasa akan memengaruhi keabnormalan jaringan prostat dan payudara. Jika penggunaan terus, dikhawatirkan akan memengaruhi kesihatan. Program Toksiologi Nasional, ternyata penggunaan BPA juga berbahaya pada wanita hamil. Hasilnya, mampu menyebabkan kematian janin, cacat bayi, berat badan turun, dan gangguan perkembangan.

Jom tengok gambo2.........