Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Wednesday, April 22, 2009

Mendidik Anak-anak

Sudah lama rasanya aku tak menulis blog disini.. tiada apa yang menarik untuk aku persembahkan di blog ini.. namu hari ini aku cuba untuk berkongsi ilmu yang sentiasa aku perlukan sepanjang mendidik anak-anak yang semakin membesar.... bila lihat tajuk ini, sudah pasti aku akan mengikutinya kerana aku cuba untuk mendidik anak dengan cara yang terbaik...
Ceramah agama setiap Jumaat di PJB juga akan aku ikuti sekiranya aku ada masa free. Beberapa minggu lepas, ustaz yang berceramah mengenai pendidikan anak-anak juga menarik minat aku untuk kesana.... antara ucapan yang beliau sampaikan ialah :
Umur 1 hingga 6 tahun : Didiklah anak dengan penuh kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Umpama pribahasa menyatakan didiklah anak ketika ini bagai menatang minyak yang penuh.....
Umur 7 hingga 12 tahun : Waktu ini adalah waktu untuk anak-anak mengenali dirinya sendiri. Displin amat penting. Waktu ini ibu bapa harus bersikap tegas dan mendisplinkan anak-anak. Didiklah anak waktu ini dengan penuh displin, tegas dan sekiranya mereka ingkar wajib dipukul sebagai pengajaran. (Bukan mendera...) Pukullah anak dibahagian kaki, jangan pukul dibahagian kepala kerana ia boleh menganggu sistem pembesarannya... Waktu ini juga, Allah berpesan...supaya anak-anak sembahyang 5 waktu sehari semalam, dan... sekiranya mereka ingkar Allah juga berpesan supaya mereka dipukul sebagai pengajaran...
Umur 13-21 tahun : Waktu ini merupakan masa yang paling mencabar dalam mendidik anak-anak. Ketika ini anak-anak akan merasakan diri mereka sudah besar dan boleh membentuk dirinya sendiri. Namun, kita sebagai ibu bapa tidak boleh membiarkan anak-anak ketika umur remaja ini... Ibu bapa harus berperanan menjadi kawan yang paling rapat dalam pembentukan diri anak-anak remaja. Mereka tidak boleh dibiarkan.. mereka harus dipantau, diasuh, dibimbing, dan perlu dinasihati sekiranya diperlukan. Dalam waktu ini, mereka perlu didekati. Sebarang masalah perlu dikongsi. Jadikan mereka teman yang paling baik supaya mereka tidak segan untuk berkongsi rahsia dan pergolakkan diri yang berlaku. Sekiranya apa yang mereka lakukan tidak betul, ibu bapa perlu menasihati mereka secara baik dan berhemah.. ( Bukan marah2 ).. kerana jiwa mereka sensitif pada waktu ini.... (mereka merasakan mereka sudah besar)...
Umur 22 keatas : Pada umur ini, ibu bapa sudah boleh sedikit melepaskan diri anak2 kerana sudah cukup bekalan ilmu dunia akhirat yang ibu bapa sudah bagi.. So, ketika ini sepatutnya anak2 sudah boleh mengamalkan dengan ilmu yang telah diberi. Apa yang tidak baik ditinggalkan dan yang mana baik perlu diikuti.... Ibu bapa sudah memberi didikan yang sepatutnya selama ini dan tiba masanya mereka mengamalkan dengan ilmu itu... so, sebenarnya waktu ini ibu bapa tidak perlu risau dengan anak2 lagi... yakinlah yang anak2 mampu melaksanakan tanggungjawab mereka selama ini..... yakinlah dengan ilmu yang telah kita berikan pada mereka selama ini....


Untuk maklumat lanjut.. ada lagi cerita dari internet yang aku terbaca dan terpanggil untuk tatapan semua.. bukalah laman web.... http://www.geocities.com/lgmjohor/mendidik.html
Cerita disebalik pengalaman guru ini mendidik anak2 memang aku respect.... macam mana anak dia boleh berjaya... betul2x terharu.... teringin nak jadikkan anak-anakku seperti itu....
Mudah-mudaha... hanya padaMu jua aku bermohon semoga dilimpah ruahkan rezekiMu kepada kami sekeluarga... Amin....



2 comments:

Nida n' Hanafi said...

mudah-mudahan anak2 kita menjadi anak yang bakal mengharumkan nama bangsa, agama dan negara...aminnnn

fairullah_apai said...

insya allh.. memang itukah yangh ibubapa seperti kita harap2kan

Jom tengok gambo2.........