Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Tuesday, June 23, 2009

JOM TENGOK POKOK

Ente jangan risau lah Syawal.... Ana boleh tunjuk ente satu perkara... Jom kita tengok kat luar.
Itu....nampak tak itu pokok yang besar tu.... haa pokok apa.....

Itu saya tau lah.... Itu pokok pulammmmm....
Bukan..... pelam
Tengok yang bawah nie....

Itu saya tau lah.... Itu pokok scillieee.......

Pokok Cili.........tengok itu dia dah nak berbuah....
Ha..... yang sana pulak?????

Itu saya tau lah..... breenndiiiii....

Bukan.... bendiiii.....

Ente banyak pandai lah....... tak apalah, kambing pun x ada, x apalah.... kita boleh jual sayur2 ini lah....... ente betul2 pandai lah... pandai lah.........

Monday, June 22, 2009

Kad Hari Bapa Afiq

HAI PAPA..... Amat ari papa tok papa yan adik cayang...........eemmmmph!
Inilah rahsia kamar suamiku.... ooo.... dia tampal kad tu disini.....
Jom kita tengok kekemasan tulisan Afiq....... Jom ZOOOM..........

Inilah hasilnya dari kekreatifan anak sulungku.. Afiq(belah kiri) je lah....
Yang kanan tu mak dia punye keje......
Nie pulak kekreatifan bapak dia.........pokok bendi... dah buah tau!....

Inilah buah hatiku.... tengah wat per tu kat work mama??????

Sunday, June 21, 2009

Majlis Perpisahan, Hari Bapa dan Hari Terbuka

Pada Jumaat yang lalu, Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah mengadakan majlis perpisahan buat Staf yang berjaya memohon....(melanjutkan pengajian, berpindah dan kenaikan pangkat).
Antara yang diraikan:
1.Pn.Fadzillah Md Yusuf - Berpindah dan kenaikan pangkat ke KK Tebrau
2.Pn. Siti Hajar - Berpindah ke KK Tjg Piai
3. Pn. Hanifah - Melanjutkan phd
4. Pn. Anizah - Melanjutkan phd
Pada semua rakan2, tahniahku ucapkan. Semoga permulaan hari ini akan membuahkan kejayaan yang gemilang pada masa akan datang.......
Hari ini, 21 Jun 2009 (Ahad) merupakan hari bapa... Buat ayah tersayang, Hj Suleiman Bin Hj Omar, anakanda mengucapkan Selamat Hari Bapa. Anakanda terlalu sayang pada ayahnda dan anakanda mengucapkan ribuan terima kasih kerana membesarkan anakanda dengan penuh kasih dan sayangmu.... Pengorbananmu kusanjungi, keperitan dan kesusahanmu dalam membesarkanmu demi memenuhi kehendak anak2mu yang tidak pernah mengenal erti kesusahan demi mencari rezeki yang halal.... terima kasih abah.....suatu ketika dulu, apa yang as tahu hanya minta.. minta..dan terus meminta...... maafkan as abah. as tahu as terlalu banyak menyusahkan abah. Moga Allah jua yang membalas jasa abah....'Ya Allah, kau panjangkanlah usia abahku, kau limpahilah rezeki padanya, kau berikannya kesihatan, kau kasihanilah bapaku seperti mana mereka mengasihiku ketika aku kecil... Kau rahmatilah ibubapaku, kau peliharalah mereka dan kau lindungilah mereka ya Allah......seseungguhnya engkau yang maha mengetahui bahawa aku terlalu sayangkan mereka... makbulkanlah permintaan hambamu ini ya Allah'.
Buat anakku Afiq, papa dan mama juga terlalu sayang padamu dan adik. Moga kalian menjadi anak yang soleh dan berguna kepada agama, masyarakat dan negara. Belajarlah rajin2, tiada apa yang mama harapkan melainkan kejayaan darimu sayang...... Mama sentiasa mendoakan anak2 mama agar sentiasa sihat, menjadi anak yang pintar, anak yang cerdas dan sentiasa ingat bahawa mama ingin melihat anak mama sentiasa menjadi anak yang soleh dan bijak dalam mengharungi kehidupan di bumi Allah ini.
Hari ini mama dan papa ke sekolah abang untuk berjumpa ustazah dalam membincangkan keputusan peperiksaan dan hal2 sekolah. Walaupun abang tidak mendapat apa yang mama harapkan, namun kegagalan hari ini bukan bermakna akan gagal selama-lamanya. Mama harap, Allah bukakan hati abang untuk minat belajar dan sentiasa terang hari dalam menimba ilmu. Semoga, peperiksaan akan datang akan ada peningkatan untuk abang dan seterusnya abang menjadi anak yang bijak dalam segala bidang yang abang ceburi....Tak mengapalah sayang, mama tak marah tapi abang kena tunjukkan kesungguhan abang dalam pelajaran yea sayang... mmmm.. ustazah pun ada cakap... abang kena lebih serius dan jangan banyak bermain didalan kelas.... dengar tuh!......Gambar2 nie adalah gambar atas gambar.. gambar kat sekolah ditampal, so kami ambil semula gambar nie......Emmm, gambar Afiq tengah periksa..... gambar potong kek...emmm, bagus sekolah nie... Membimbing sosialisasi anakku menjadi insan yang berguna...Sekarang pun Afiq dah banyak berubah.. lebih berani, pandai membaca, pandai solat, mengaji dsb... Tahniah Tadika At-Taufiq... InsyaAllah Azim juga akan ku hantar disini...

Tuesday, June 16, 2009

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN

PERMAINAN DI JUSCO PERMAS JAYA



PAMERAN DI JUBLI INTAN MERSING




MAJLIS PERKAHWINAN MY X-CLASSMATE SEKOLAH MENENGAH SEMENCHU

MAJLIS PERTUNANGAN SEPUPU - AIN



KETENANGAN DI TELUK SENGAT




Jom tengok gambo2.........