Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Monday, December 7, 2009

ErTi sEbuAh PeNghArGaAn

Untuk menghargai seseorang terlalu banyak cara yang boleh kita gunakan samada kita mahu memberi sebuah senyuman, ucapan terima kasih, pelukan, ciuman atau pun memberi sebuah hadiah. Penghargaan kepada seseorang amat penting supaya seseorang yang menerima penghargaan itu berasa gembira, dihargai dan akan meneruskan tabiat tersebut pada masa akan datang.
Teringat aku pada suatu ketika dahulu... ketika kita masih bersekolah rendah, sekolah agama dan bersekolah menengah. Pernahkan kalian menerima penghargaan dari pihak sekolah atas kepintaran kita didalam kelas?...... Alhamdulillah, setiap sekolah aku pernah menerima kenangan (hadiah) dari pihak sekolah. Bagi sekolah agama dan sekolah kebangsaan, aku pernah menerima hadiah buku2 dari pihak sekolah kerana aku berjaya mendapat no 1,2 atau 3. Bagi Sekolah Menengah pula, hadiah tempat 1,2 dan 3 tidak mendapat hadiah walaupun aku menduduki 3 nombor terbaik tersebut. Namun, satu kejutan, sebab tidak ku sangka aku mendapat pendidikan seni terbaik keseluruhan tingkatan 2. Tidak pernah terjangkau dek fikiranku bakal menerima penghargaan itu. Sijil tersebut menjadi bukti sehingga kini. Syukur atas kehendaknya... Mungkin ibu bapaku bangga dengan kejayaanKu ketika itu......... Semua sekolah aku merasa setiap penghargaan mereka.
Walaupun sudah tamat alam persekolahan, syukur tidak terhingga berkat kesungguhan demi cita-cita aku turut berjaya mendapat penghargaan dari pihak Universiti atas kejayaanKu. Ketika di ITTHO, aku turut menerima beberapa keping Sijil Anugerah Dekan atas pointer terbaikku ketika pengajian DiplomaKu... Tidak sekadar disitu, ketika aku mengambil Ijazah aku turut menerima beberapa Sijil Anugerah Dekan dari pihak OUM.... Syukur.. Syukur.. Syukur Alhamdulillah.......
Hadiah Hari Lahir + Peperiksaan
Semoga sejarah hidupku ini menjadi pengajaran dan panduan buat anak-anakku suatu hari nanti. Bukan senang untuk mendapat sebuah penghargaan. Kita kena berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa berazam untuk mencapai sebuah cita-cita yang kita idamkan.
Kini, cukuplah ia menjadi sejarah dalam hidupKu. Apa yang aku harapkan kini giliran anak-anakku mengecapi kejayaan dan penghargaan(hadiah) yang mereka impikan. Aku tahu, anak sulungKu selalu berbangga sekiranya dia mengaji mendapat L(lancar). Kalau pada buku rekod harian mengaji dia dapat S(sederhana), muka dah lain bila balik dari sekolah. Bukan sekadar mengaji, jika dia menjadi ketua ikrar disekolah, ketua doa dikelas atau sebagainya, dia akan bercerita dengan rasa bangga. Apalagi bila mendapat keputusan peperiksaan, dia akan bangga bila buku penyata dia penuh dengan A. Maknanya, dia juga mempunyai harapan dan cita2 untuk berjaya.
Namun, belum sampai rezekinya untuk meraih hadiah dan tempat 3 terbaik di dalam kelasnya. Walaubagaimanapun, aku bersyukur kerana ada peningkatan dari umur 5 tahun hingga 6 tahun. Seterusnya, ada peningkatan dalam keputusan peperiksaan tengah dan akhir tahun. Pada keputusan yang lepas, dia dapat semua A dan 1B manakala pada peperiksaan akhir dia mendapat semua A. Tahniah Afiq!.... Nombor kedudukan didalam kelas turut menurun kepada kedudukan yang lebih baik. Mama bangga dengan kejayaanMu....... Mama harap, masa akan datang ia akan terus semakin cemerlang dan menjadi kebanggaan Mama, cikgu dan sekolah suatu masa nanti......
Bagiku, penghargaan dan janji perlu ditunaikan pada anak2 supaya mereka akan lebih berusaha pada masa akan datang. Hadiah basikal ini Mama belikan atas kejayaanMu disekolah. Mama berharap Afiq akan lebih rajin dan berusaha untuk lebih berjaya dan cemerlang.

Errmmmm.... hadiah kena dibahagi adil. Oleh kerana abang dapat hadiah, adik pun mama bagi hadiah sebab adik rajin tolong mama masak kat dapur kannnnn?..... So, mama juga harap Adik Azim menjadi insan yang bijaksana suatu hari nanti.........

1 comment:

Nida n' Hanafi said...

Cantiknya basikal Afiq dan Azim.. pasni bolehlah bawak Mak Long naik beskal gi jalan2 Kota Masai ek

Jom tengok gambo2.........