Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Tuesday, March 29, 2011

Relax.. relaxkan minda anda.....

Jangan kalut.. jangan panik.... ini keje kita hampir 11 tahun di sini!... yah!.. di sini.... Kenapa nak kelam kabut?.. aish minah ni memang.. Suka mengkalutkan diri..... dah lama keje pun .. relax lah beb!.... oleh kerana aku nak relax kan otak aku yang serabut nie... maka, inilah hasilnya... aku amik gambo2 kat sekitar meja aku keje.. dah 11 tahun aku keje inilah kali pertama aku amik gambo taw!......Gambo first adalah gambo dibahagian kanan kerusi aku... Rak disisi aku... Nie kalau tengah rajin x cengini ye tuan puan.. ini tengah dalam dilema.. kui kui kui.... (Nak siapkan markah student.. date line this week)




Ni pulak aku amik gambo dari kerusi aku sendirik!... ha ha haaaa.... makanya.. inilah pemandangan aku.... fail-fail keje.. lab report yang masih dalam proses penandaan... ( Siap ada pen merah dan calculator lagi.. senang nak kira total mark ) he he heee... atas meja kena clear sikit.. kalau tak, mau serabut kepala....


Orait.... ini juga masih di kawasan atas meja keje aku!.. tapi aku letak kat sisi.. lepas abis yang depan mata tu... target aku kat sebelah kanan nie lah.... Actually, aku sorok kat belakang sebelum nie.. tadi aku letak sebelah sebab nak kemas sikit2.. dah tu malas pulak nak letak tempat asal balik.. ha haha.... amik je lah gambo gaya gini... kwang... kwang... kwang....
Oleh kerana cover lab nie kaler oren, maka aku pun tulis kaler oren gak lah... Actually, cover lab yang bermacam2 kaler adalah untuk membezakan setiap kelas... Yang nie dah siap tanda.. dah nak pulangkan pun... Kelas nie dah nak setle dah .... tadi last kelas... nak bermaaf2an dan dan sampaikan pesanan dan amanat terakhir sebelum mereka ke final exam..... Semoga mereka berjaya dengan cemerlang!.... Amin....
*** Yang tanda lab report nie bukan aku yer... kawan aku... sebab kalau aku tanda kompom cantik & kemas jer tulisan... hihihik....




Monday, March 21, 2011

Persediaan Pertama

World Map... Hah yang kecik paling kanan (bawah) tue ler New Zealand.....
Hampir memasuki bulan April... Maksudnya, kami perlu membuat segala persiapan dan budget untuk ke Negara Kiwi tersebut.... Perasaan???..... Urrrmmmm???.... Suka memang sudah tentu.... Sebab kali kedua nak ke Luar Negara...... First time dulu ke Indonesia.... Alhamdullillah. Sampailah jugak kami ke negara itu setelah sekian lama cita2 nak melancong ke luar negara.... hihihii..... Kali ini?? huh... lagilah jauh.... memang tak sangka juga, mudah2an semuanya berjalan lancar. Dulu kami ke Indonesia tak bawak Aleesya... Kali ini kami ke New Zealand mungkin tak bawa Afiq pula.... bukan apa... dia dah darjah 2... hari sekolah pulak tu ke sana..10 hari tue, takut tertinggal pulak silibus dia... lagi pun, kos ke sana pun agak tinggi... Nak beli tiket untuk satu kepala pun hampir RM3k termasuk tiket KL-Chc dan Chc - Auc... hah kau!... Nak jalan punye pasal.... kenalah berkorban sikit kan..... Aku pergi sana bersama suami, Azim dan Aleesya termasuk juga mak mertua aku sorang... hah.. kiralah sendiri berapa kos nya... belum termasuk kos nak ke hotel, sewa kereta, petrol, makan minum, tiket2 masuk ke tempat pelancongan dan macam2 lagilah yang mungkin akan dibeli... tapi kan...orang kata nak seribu daya tak nak seribu dalih... aku rasa macam betul kata2 tue... sebab.... selama nie aku tak fikir yang aku boleh melancong ke negara luar... tapi boleh sampai gak aku ke Indonesia...he hehee..... Siap bawak parent dan anak2 lagi!.... Kali nie lagi tak sangka, ada rezeki kami akan ke New Zealand. Mula2 fikir memang boleh ke kami nie ke sana... (bukan apa, masalah kos yang agak tinggi ke negara tersebut). Tapi, bila DAH beli tiket nak tak nak kena jugak kami buat persediaan ke sana. Sebenarnya, asalnya adalah untuk memenuhi hajat mak suamiku untuk ke Negara tersebut.... (sebab anak dia yang sulung ada kat sana - ikut suami buat phd). Suami sekadar menemani mak dia. Aku nie hah!.. tak malu... nak jugak ikut.... asalnya suami memang x bagi sebab memikirkan kos dan anak2. Aku yang DEGIL... nak jugak ikut!... last2 atas perbincangan kami membuat keputusan aku & anak2 ikut tapi kena kos sendiri... Nasiblah baik aku nie ada menyimpan masa zaman bujang dulu.... (Maklum ler, dulu lom beli rumah.. keta pun pakai keta abah jer)... So, ada lah sikit duit simpanan tue... kepala otak aku nie dah pikir nak guna duit tu aje... lagi pun bila lagi aku nak sampai kan?... Nak ajak lagi sekali entah2 akak ipar aku dah balik m'sia... lagi pulak tak kan suami aku nak pergi kali ke2????.... x perlah... ada rezeki boleh kumpul lagi (Mudah2an ler).... So, budget insyaAllah ada.... Semoga Allah memberi dorongan dan perlindungan pada kami semua dan permudahkan segala urusan kami.... Amin.

Ni pulak?? New Zealand map....

Apa kaitan dengan entri kali ini??... Actually aku plan ada persediaan ke2, 3 dan seterusnya untuk ke New Zealand. Persediaan pertama dari segi budget dan emosi. Hah!.. cerita tentang emosi ni susah nak cakap. Bercampur baur... suka.. takut... duka tu tak ada lah kann..... Seperti yang aku dah cakap tadi, suka tu memanglah kompom suka... Takut tue... macam2 yang aku fikir... yang tentu pasal naik kapal terbang. Aku akan bertolak Ahad, 8.40pagi dan sampai di Christchurch jam 10.55malam... hah... kiralah berapa jam kami dalam kapal terbang tue?... aduhai macam2 aku fikir... boleh ke kapal terbang tu terbang terus selama 14 jam...? kih3... apa korang nak kata.. kata lah... aku memang penakut... suka pikir yang negatif... ha hahaaa.... (Apa pun aku percaya pada Allah Taala...) itu jerlah ayat yang mampu menyejukkan hati aku yang gerun nie... Lagi pulak, kejadian gempa berlaku di bandar Christchurch bulan lepas.. teruk tue... dah aku mula takut lagi..... daaaannnn lagi3 aku takut pulak kejadian Tsunami yang berlaku di Jepun baru2 ini.... aduh... betul2 menduga keimananku.... huh!.... Aku cuba berfikiran positif, hidup mati kita Allah yang maha mengetahui... kita tidak tahu bila dan dimana... begitu juga bencana alam.... Allah maha berkuasa.... Semoga Allah melindungi kita semua dari sebarang bencana dan kesulitan.... Amin3... ya Rabbal a'lamin...



Wednesday, March 9, 2011

Serangan JANTUNG????????

Sedang asyik aku meneroka tentang Vaksin H1N1... (Namum masih belum aku puashati dengan pembacaanku.... bukan apa, aku just nak tahu adakah aku dan keluarga perlu suntik vaksin sebelum ke New Zealand?... Apakah kesan Vaksin tersebut? atau ia lebih kelebihan atau banyak kekurangan?.... ) terbaca lah pulak artikal ini berkaitan jantung yang sememangnya sesuai dan penting kita ambil tahu. Apakah kaitan Serangan Jantung & Air Suam ?????
Minum Air Suam selepas makan akan mencegah Sakit Jantung? Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum air panas ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan. Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung
Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada.. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa.. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit. Semoga kita semua terhindar dari penyakit ini.... AMIN...
Maklumat lanjut, Layari web : http://klinikqistina.com/

Jom tengok gambo2.........