Dalam masih lagi memegang jawatankuasa persatuan kakitangan PJB, persatuan tetap menganjurkan majlis Aidilfitri peringkat PIS. Dengan nama diatas, MACAM 2013..... aku bukanlah pengarah program seperti tahun lepas (klik sini untuk raya 2012). Tahun ini, pengerusi persatuan mengambil tugas ini dan aku memegang jawatankuasa pertandingan dan aktiviti. Alhamdulillah.... legalah sikit.
Tahun ini sebanyak 5 pertandingan dianjurkan untuk setiap jabatan/unit iaitu :
a) Khemah Aidilfitri
b) Juadah Aidilfitri
c) Persembahan Aidilfitri
d) Pantun Aidilfitri & Merdeka
e) Menganyam Ketupat
Alhamdulillah, semua tugas2 tersebut dapat aku laksanakan dengan jayanya. Majlis berlangsung dengan baik. Tetamu terhormat kali ini dari pihak Jab. Pengajian Politeknik Datuk Hj Mokhlis Bin Jaafar merasmikan majlis ini bersama Tuan Pengarah PIS yang baru Datuk DR Arshad Bin Kassim. Actually, kenapa VVIP turun ke Majlis kami kali ini adalah disebabkan ada 3 majlis besar yang berlangsung....
a) Jamuan hari raya oleh Hal2 Pelajar
b) Jamuan hari raya oleh Kakitangan Staf PIS
c) Majlis menandatangani perjanjian program Ijazah Sarjana Muda di PIS
Bermula September 2013 ini, PIS telah menawarkan program event management peringkat Ijazah Sarjana Muda di PIS. Bagi yang berminat bolehlah merujuk lawan web PIS atau Politeknik KPM. Berbalik kepada program raya 2013, tema Jab Kej Elektrik kali ini berwarna merah!!... Untuk pengetahuan, inilah kali pertama aku pakai tudung merah okey..... rasa ngeri je nak pakai tudung merah..... seram sejuk rasa.... Tapi bila dah ramai2 pakai rasa konfiden tu datang dengan sendirinya.... wa ka kakaaaa.......
Bersama rakan sejabatan..... |
dapatkah anda kenalpasti penulis blog ini..... uwaaaahhhh... melebar3 sudah!... |
Khemah Jab Kej Elektrik...... Merah membara semangat waja.... la la lalaaaa..... |
VVIP Datuk Hj Mokhlis sambil diperhatikan oleh 'aku' dari jauh.... he hehee heeee..... |
Boss Jabatan aku... Tn Hj Mohamad Yusof (berkaca mata) sedondon dengan Datuk Hj Mohlis... |
Welcome to Khemah JKE..... |
cari... dimana aku???.... Sedihnya... dah 2 tahun aku tak termasuk dalam gambar sebab sibuk diperingkat induk!... :( |
x-opismate my hubby (JKM).... sedondon biru... cantik... beli kat Bandung ke?... :) |
Stew Kambing sedap gilersss... terngiang2 rasanya lagi! |
Cover perut.... cover... cover...... Muka dah hensem dah... ngeeeee... :) |
Persembahan Dikir Barat dari para pelajar |
Melihat persembahan dari meja VIP..... |
Dalam 5 pertandingan tersebut, JKE menang 4 pertandingan. Tahniah walaupun bukan ditempat pertama.... rasa bangga dengan kalian. Walaupun aku jawatankuasa pertandingan, aku tidak boleh bias dengan jabatan sendiri. Kalah menang adat pertandingan.... sekadar suka2.... Demi mengelakkan dari bias, aku telah melantik juri dari pihak lain iaitu :
a) Pertandingan Khemah Aidilfitri - Dari Razz Cleaning PIS ( JKE No.3 )
b) Pertandingan Juadah Aidilfitri - Dari pihak Kantin2 PIS ( JKE tak menang )
c) Pertandingan Persembahan - Combined Guard &Cleaner ( JKE No.3 )
d) Pertandingan Pantun - Charles Library ( JKE No.3 )
e) Pertandingan Anyam Ketupat - Student Event Manangement (AJK aku 7 orang ) (JKE No.2)
Kali ini, kalau dijumlahkan JKM paling banyak menang..... Maybe, tempat ke 2 JKE.... rasanya sama macam tahun lepas juga..... urrmmm..... Sejak jadi AJK peringkat induk nie, aku rugi banyak tak dapat join bersama jabatan sebab banyak hal nak diuruskan peringkat induk..... sedey...... Gambar peringkat jabatan pun banyak miss (aku kan suka bergambar.... he heeee heee...). Pertandingan pun aku tak dapat join, kalau aku join nanti ada yang tak puas hati pulak karang.... hu hu huuuu huuu..... tak perlah.... aku percaya, tahun depan bukan aku lagi yang akan handle majlis ini...... Lantikan jawatankuasa 2 tahun sekali.... apabila telah bertemu 2 hari raya, maka hari raya tahun depan tentulah insan bertuah yang lain akan incharge pulak... yahoooooo............ seronoknya rasa...... Oklah, itu aje cerita tentang raya di Opis aku...... Belah Mertua sudah... opis pun sudah.... Cerita tentang raya belah aku je belum lagi..... Ok babai.... Jumpa lagi!!... Tata...
No comments:
Post a Comment