Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Sunday, June 21, 2009

Majlis Perpisahan, Hari Bapa dan Hari Terbuka

Pada Jumaat yang lalu, Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah mengadakan majlis perpisahan buat Staf yang berjaya memohon....(melanjutkan pengajian, berpindah dan kenaikan pangkat).
Antara yang diraikan:
1.Pn.Fadzillah Md Yusuf - Berpindah dan kenaikan pangkat ke KK Tebrau
2.Pn. Siti Hajar - Berpindah ke KK Tjg Piai
3. Pn. Hanifah - Melanjutkan phd
4. Pn. Anizah - Melanjutkan phd
Pada semua rakan2, tahniahku ucapkan. Semoga permulaan hari ini akan membuahkan kejayaan yang gemilang pada masa akan datang.......
Hari ini, 21 Jun 2009 (Ahad) merupakan hari bapa... Buat ayah tersayang, Hj Suleiman Bin Hj Omar, anakanda mengucapkan Selamat Hari Bapa. Anakanda terlalu sayang pada ayahnda dan anakanda mengucapkan ribuan terima kasih kerana membesarkan anakanda dengan penuh kasih dan sayangmu.... Pengorbananmu kusanjungi, keperitan dan kesusahanmu dalam membesarkanmu demi memenuhi kehendak anak2mu yang tidak pernah mengenal erti kesusahan demi mencari rezeki yang halal.... terima kasih abah.....suatu ketika dulu, apa yang as tahu hanya minta.. minta..dan terus meminta...... maafkan as abah. as tahu as terlalu banyak menyusahkan abah. Moga Allah jua yang membalas jasa abah....'Ya Allah, kau panjangkanlah usia abahku, kau limpahilah rezeki padanya, kau berikannya kesihatan, kau kasihanilah bapaku seperti mana mereka mengasihiku ketika aku kecil... Kau rahmatilah ibubapaku, kau peliharalah mereka dan kau lindungilah mereka ya Allah......seseungguhnya engkau yang maha mengetahui bahawa aku terlalu sayangkan mereka... makbulkanlah permintaan hambamu ini ya Allah'.
Buat anakku Afiq, papa dan mama juga terlalu sayang padamu dan adik. Moga kalian menjadi anak yang soleh dan berguna kepada agama, masyarakat dan negara. Belajarlah rajin2, tiada apa yang mama harapkan melainkan kejayaan darimu sayang...... Mama sentiasa mendoakan anak2 mama agar sentiasa sihat, menjadi anak yang pintar, anak yang cerdas dan sentiasa ingat bahawa mama ingin melihat anak mama sentiasa menjadi anak yang soleh dan bijak dalam mengharungi kehidupan di bumi Allah ini.
Hari ini mama dan papa ke sekolah abang untuk berjumpa ustazah dalam membincangkan keputusan peperiksaan dan hal2 sekolah. Walaupun abang tidak mendapat apa yang mama harapkan, namun kegagalan hari ini bukan bermakna akan gagal selama-lamanya. Mama harap, Allah bukakan hati abang untuk minat belajar dan sentiasa terang hari dalam menimba ilmu. Semoga, peperiksaan akan datang akan ada peningkatan untuk abang dan seterusnya abang menjadi anak yang bijak dalam segala bidang yang abang ceburi....Tak mengapalah sayang, mama tak marah tapi abang kena tunjukkan kesungguhan abang dalam pelajaran yea sayang... mmmm.. ustazah pun ada cakap... abang kena lebih serius dan jangan banyak bermain didalan kelas.... dengar tuh!......Gambar2 nie adalah gambar atas gambar.. gambar kat sekolah ditampal, so kami ambil semula gambar nie......Emmm, gambar Afiq tengah periksa..... gambar potong kek...emmm, bagus sekolah nie... Membimbing sosialisasi anakku menjadi insan yang berguna...Sekarang pun Afiq dah banyak berubah.. lebih berani, pandai membaca, pandai solat, mengaji dsb... Tahniah Tadika At-Taufiq... InsyaAllah Azim juga akan ku hantar disini...

7 comments:

mizahazianis said...

Alhamdulillah...Afiq nampak macam Pak Imam lah... so cute.... Geram betul Mak Long tengok pipi Afiq..montel....macam pisang montel (erm...ada kaitan ke ek?).....

Mizah n Azi tak sabar nak main pondok2 ngn Afiq n Abby..

Unknown said...

Nanti bila budak2 ni semua berkumpul, bolehlah Afiq jadi Imam, Azim jadi bilal, yg lain2 jadi makmum....aminnnn....

Asmida said...

Amin..amin..amin ya rabbal a'lamin... mudah2an....Betul tu Afiq sekarang semakin melebar..'like father like son..' he he he...Dikejauhan ini, barulah kita mengenal erti rindu....nanti berkumpul mesti sume dah beso2...termasuk parentnye sekali...(bilelah kite boleh berkumpul semula..sure seronok ramai2 ada...)

Nida n' Hanafi said...

jangan lupa...Zulfan... Zulfan boleh jadi bilal..

Nida n' Hanafi said...

Bilal kedua.....gilir2 ngn Azim

Asmida said...

bagus2.... zulfan leh jadik bilal.....comel sikecik sorang lagi tu....keletah mulut dia bijak bercakap....

Unknown said...

heheheheh.. like father like son ??? lalalalalalaaa ....

Jom tengok gambo2.........