Kami di Beijing Lu |
Beijing Lu - Bahasa cina Lu membawa maksud jalan. Maka, Jalan Beijing ler destinasi kami di malam kedua kami di Guangzhou, China. Makan malam kami adalah sate kambing tadi 110 cucuk beb untuk 5 orang!.. Sate tu bukan macam kat M'sia... saiz dia lebih besar sidikit dari saiz sate di Malaysia. Inilah keistimewaan China bagi aku!!..... Rugi kalau tak rasa... sedap sangat2... Rasa macam BBQ dengan rempah hot and spicy sangat2 kagum dengan rasa pedas yang AMAT SEDAP!.. Aduh dah kena minyak senyoyong ke aku nie... hu hu huuuu... Kalaulah ada kat M'sia dah lama aku ngulang!!.... Rempah dia rasa tak de kat M'sia, lain dari yang lain!!.... Lepas menyimpan barang yang dah tak larat nak bawak... mana taknya, beli kain, beli pinggan mangkuk... dahlah berkotak.. berat pulak tue.... malam tu kami ke Beijing Lu....
Inilah suasana Beijing Lu. Sangat besar dan luas. Oleh kerana pergi jam 8, naik teksi dah jam 8.30++ maka kami pergi ke lot 254 sahaja. Owh... rupa2nya didalam sebuah kedai ada kedai2 lagi didalamnya... pelik tapi benar.... design luar biasa... kalau tak tahu memang tak sampai!... TQ adik Rabiatul bagi maklumat yang lengkap dan mudah untuk kami cari.....
sangat2 ramai orang di Beijing Lu |
Sukatilah aku nak posing cam mana... bukan dia orang kenal aku pun... kih kih kih.... |
Inilah dia kat Lot 254, Beijing Lu |
Actually (pendapat pribadi aku jerlah okey.... ), ramai yang masih berahsia tentang Guangzhou. Bukan senang nak cari maklumat sebelum kesana!... Sesiapa yang dah ke sana baru tahu rahsia disebalik bisness dan kualiti barang yang ada di Malaysia. Susah nak describe kat sini... kang timbul isu pulak... cukuplah aku katakan benar dakwaan mana2 media "Guangzhou, syurga membeli belah". Tanpa adik2 translator nie, kompom aku kena tipu.... dan kompom aku tak jumpa barang2 yang berkualiti tetapi murah!!!..... itupun, ada yang mereka beritahu dan ada yang masih berahsia.... Termasuk buku yang aku beli tue... sebab tue dia berjual buku tu, kalau tak sediakan RM takkan dapat info tentang Guangzhou okey!!!.... Mengapa aku berkata begitu?.. Aku terjumpa tauke seluar jeans dan Tauke butik handbag di hotel yang sama. Barang dia?... berkotak2... separuh dari ruang lobi barang dia sahaja!.... itupun terkantoi banyak no kami menyoal!!... Rupa2nya butik2 original di Malaysia nie dia amik dari China juga.... label tulis made in Paris, Made in Italy dsb.... rupa2nya Made in China!!... Kualiti yang sama.... kilang sahaja yang berbeza... kat Gunagzhou pun, kalau yang berkualiti nie tak kan jual open... Nasib baik ada yang bawa kami masuk bangunan, turun naik lift, masuk grill... ada password door dia... tiada ramai orang, sepi... akhirnya kami sampai di 1 rumah... ting tong ^&$@#$@$.... greeek... pintu dibuka dan selak langsir barulah nampak............ Waaaaah................ rahsia pusat leather oleh Bisnessman @ Tauke butik di Malaysia. Itu pun translator kami juga pecah rahsia, abang (tauke butik) hotel kami tue semalam ambil disini.... hah! kan dah kantoi... memang made in Paris gitu..... Hah itu rahsia dah terpecah... Andai ada tauke butik terbaca blog aku nie dan rasa ia sensitif maafkan aku..... dan aku percaya tak semua butik ambil di China... ada juga ambil dari Paris betul2kan.... :( - Takut gak aku kang timbul isu di blog kesayangan aku nie.... he hehe heeee.....
Oklah, berbalik cerita Beijing Lu.... cerita pasal leather, masa kami ke Beijing Lu kami belum beli apa2 leather pun ok!!!... Esok baru kami nak pergi. Tapi excited, dah tercerita dulu tentang leather!..... Padahal kejadian diatas berlaku pada hari esok.. ngeh ngeh ngeh....
Ok, kat sinilah rupa2nya orang cerita orang cina nie agak kasar sedikit... Jangan main2 pilih2 pegang2 tawar2 dan blah.. mampus ko kena maki hamun!!... Peringatan itu kami dah set dalam otak kami sebelum kami pergi lagi.... kalau tak nak, jangan main tawar2.... dan Alhamdulillah, semua ok... dan tak der kena marah2.... Cuma, agar kasar sikit layanan mereka disini. Memula cik hubby beli dompet dan tali pinggang dia kat sini. Oklah... tak tahu harga lagikan... lagipun cik hubby nie pemurah... main balon jerk.. padahal Rabiatul dah pesan.. Kalau harga 400 yuen boleh mintak sampai 80 yuen... maklumlah, orang baik hati.... cik hubby main beli jerlah yang dia suka.... (psst : bagi aku agak mahal juga... ) sebab tak berani minta harga giler2kan... Aku tak membeli apa2 disini. Selain dompet dan tali pinggang cik hubby beli beg laptop macam kat gambar tue... Si Ida pulak beli tali pinggang dan beg dompet kat kedai nie... pastu susah nak deal murah kat sini. Aku tak beli pape.... anak2 dapat lagi... belilah mainan kat sini... sebab dah meraung2kan... sabar jer aku nie....
Shopping habes mereka nie... he hheeee heeee.... |
Aku bawak duit taklah banyak mana... tu yang berbudget2.... aku target nak beli baju anak2.... mainan ipad menan untuk Aleesya.... tu yang simpan untuk shopping esok!!!..... Al-Quran digital pun tak dapat lagi nie... bawa duit orang lagi aku risau.. kang terguna lagi susah.... (Akak aku 2 orang kirim Al-Quran digital)... budget RM200... urrmmm, tu yang berhati2 tue nak shopping.... Oklah, lepas je tengok jam dah pukul 10mlm kami pun berambus dari sini. Sebab, dengarnya sampai pukul 10 jer kedai2 nie bukak.... Then, kami carilah teksi nak balik... betul kata adik yang kami jumpa kat hotel tadi, Beijing Lu nie dah malam susah nak cari teksi... Akhirnya... Van sapu yang harganya tripple dari harga teksi terpaksa kami naik.... dah penatkan... tahunya balik nak tidooooooo............ Oklah, hajat dihati nie tak dapat lagi nie... Al-Quran digital dan ole2 untuk aleesya, keluarga dan teman2 dan tak lupa anak didikku juga minta ole2 sebelum pergi... kalau jumpa aku beli dan kalau tak jumpa... i'm very2 sorry.............
Oklah... to be continued for tomorrow.... Good Night!......