Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Friday, March 2, 2012

Rezeki (II)

Ingat tak pada entri Rezeki dari Allah yang lalu?..... hah, siap ada komen mengomen, balas membalas bukan sekadar diblog juga di facebook... tapi, kami 'bukan' bergaduh cuma memberi pernyataan yang sebenar...... Mereka yang komen atau apa ke adalah kawan baik atau mereka yang berada paling dekat denganku!... bukanlah ingin menyakitkan hati tetapi sekadar share info dan memberi teguran jika ada kesilapan!... we are best friend forever!...

Selain itu, tak sangka juga adik ipar aku yang menjadi idola aku juga membalas komen buat pertama kalinya dalam blog aku... ingatkan Ejai tak baca blog kak As... rupanya dia salah seorang silent reader blog aku. he heeee heee... TQVM kerana sudi jengok blog kak As yang tak seberapa cantik nie.... dan pada Edot juga, aku tahu ko salah seorang silent reader blog aku.. kalau tak, tak kan ko buat pernyataan tu kan kat FB.. he heeeee.... love u!.. dan aku percaya ada lagi silent reader wallahu'alam ye ke tidak... Ustazah tadika anakku. Sebab, masa baru balik dari Semarang tempohari dia bertanya padaku... dah update blog?... dengan spontan aku jawab belum sebab penat... tetapi dalam hati terfikir, aik?.. dia tahu ke aku ada blog?. Dia baca ke blog aku?. Apapun jika Ustazah juga salah seorang reader blog ini, Alhamdulillah. Dipersilakan.... jemput masuk ke blog saya.... sudi2kan membaca cerita yang tak seberapanya ini... Terima kasih buat semua kerana sudi membaca blog saya... teruskan membaca. Jika ada kesilapan atau teguran boleh membuat komen disini. Saya menerima dengan hati terbuka. InsyaAllah.

Rumah Parent dikampung...
Berbalik pada tajuk itu, salah satu juga adalah kerana my parent sedang dalam proses menurunkan rumah.  Rumah lama dimakan anai2, maka mereka menurunkan kepada rumah batu... bahagian depan baru nie nak bertukar, sebelum ini adalah rumah asal peneroka dulu2... lamakan?... baru nie mereka nak tukar. Itupun sebab dimakan anai2... penuh lubang2 dan pecah2....  Masa entri dulu tu dibuat juga terfikir apakah sumbangan aku pada mereka?.. Cik bunga dah membelikan kereta buat memudahkan parentnya bergerak ke hospital. Ejai dalam proses menghadiahkan pakej Umrah buat bonda tersayang.... dan aku?... itu yang aku tetiba teringat my parent tentu dalam kesusahan. Memerlukan duit yang banyak untuk repair rumah.... Apakah sumbangan dariku?...  Mudah2an ada rezekinya... InsyaAllah, kalau rumah my parent dah siap nanti, dan aku ada rezeki aku akan belikanlah sikit2 keperluan rumah untuk mereka. Maklumlah rumah barukan... mesti nak cat ke, kipas ke, lampu ke, robok ke, TV ke... tengoklah nanti apa yang dia perlukan akan aku tunaikan. Mudah2an..... Mudah2an ia dapat membantu mengurangkan beban mereka... AMIN. Sudah tentu kita akan berasa banggakan bila dapat membantu ibu bapa kita.... Macam tempohari juga, sekurang2nya bila bawa bonda mertua bercuti2 dan melihat dia gembira hati ini cukup lapang!.. gembira melihat dirinya happy.....  Alhamdulillah.... ini semua rezeki dariNya... Mudah2an Allah kekal berterusan melimpahruahkan rezeki kita semua... AMIN.....


2 comments:

Anonymous said...

bagus as.. moga usaha ko tuk menbantu parents ko diberkati Allah.. sedikit kita kluarkan rezeki yg kita ada berlipat kali ganda rezeki yg masuk

Asmida said...

TQ.. mudahan kita semua dapat membantu ibu bapa kita sedaya yang boleh... AMIN...

Jom tengok gambo2.........