Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Monday, October 22, 2012

Bebelan aku....

Haiiiiii................ lamanya rasa tak apdet blog nie... pastu bukak2 sama aje tajuknya.... (Takkanlah boleh berubah ngek kalau tak di updet). Urmmmm... malas nak tulis lagi alasan dan sebab musababnya kerana bagi aku itu sudah normal kini dimana aku tak berkesempatan untuk updet hari2.... Kalau aku updet hari2, aku tahu sure ada yang akan berkata "Aik?... As nie dah tak der keje agaknya.... sempat lagi nak update bagai...". Namun, kita jangan semudah itu nak melabel seseorang. Kita tak tahu tahap kesibukan... tahap dia melakukan kerja.... Maksudnya kita tak tahu bagaimana dia membahagikan masa untuk blog, untuk class, untuk tanda paper, untuk makan dsb.... Memang semua manusia akan dapat masa yang sama iaitu 24jam sehari.. tiada yang dapat kurang atau lebih pun walau sesaaat!!!... tetapi kita kena bijak bagaimana hendak mengurus masa. Ada manusia lain pulak, sibuk gak kerja, tapi ada masa untuk melakukan semua perkara. Dan ada satu lagi manusia nie tak sibuk pun kerja dan kerja2 lain semua dijadikan alasan untuk tak mahu buat kerja. Malassss namanya...  So.... Janganlah kita mudah untuk melabel seseorang yang kita tak tahu hakikat disebaliknya. Ok, itu sedikit motivasi untuk entri kali ini... cewahhh.... (macam lah aku nie termotivasi ngek... roti basi ada lah...ha ha haaammmpassss).


Oklah... oleh kerana kali ini aku saje2 nak update blog dan tiada berita terpenting... So, baca jer lah bebelan aku hari ini....  Actually, hari ini aku dapat menda nie dan hari nie jugak kena siapkan!.. Padahal masih ada 2 bulan lagi untuk capai akhir tahun... urmmm..... Ada sedih dan gembira dengan menda ini.... Sedih dululah.... sebab masih lagi menggunakan borang kuningggggg.......... sangat2 sedih sebab banyak kesan2 disebaliknya!!.... Hal ini berlaku disebabkan aku masih lagi dengan gred memangku!!........ Kesannya... LNPT aku masih dalam gred lama... so, amat2 sukar untuk aku memohon sambung belajar.... mohon kenaikan pangkat dan sebagainya... so, aku memang akn rugi masa.... masa... masa................ owhhhhh.... apalah nasib batch kami niengek... selalu lambat hal2 begini. Dulu2 pun sama.... dapat gaji pertama pun sampai lebih 5 bulan bekerja... dah tu salah kira gaji pulak tu... urmmm dugaan... dugaan..... bilalah aku nak dapat pengesahan jawatan gred baru nie yek..... dah hampir 5 tahun aku tamat belajar..... sampai hari ini masih lagi dalam kumpulan sokongan.... sob sob sob...... uwaaaaahhhhhhhhhhhhhh...................... Okeylah.... dah puas dah sedih nak gembira pulak..... Gembira sebab SKT aku penuh dengan sumbangan2 dan aktiviti2 luar.... iye.... ini ler hasil dari kesibukan aku selama ini. Maka, dengan penuh bangga aku masukkan semua kerja2 yang aku dah buat... Akibatnya.... habis ruangan semua tak mencukupi dan aku punya SKT paling tebal kali ini.... ah!... aku tahu ada yang kutuk... teballah... banyak2 nak buat apalah.... aku apa pedulik!!... penat2 aku buat keja selama nie kalau tak dipaparkan nak buat apa...... Kalau disorokkan????...  lagi tak guna.... biarlah orang nak kata apapun... itu hak  mereka untuk berkata apa2 pun...  menda nie pun aku tak susahkan sesapa pun. Aku yang buat... aku punya pasallah.... Aku tak kisah....janji aku puas hati dengan semua kerja2 aku!!!.... okey....... Ini jerlah bebelan aku kali ini.... Semoga dengan kerja2 yang aku buat ini dibalas dengan ganjaran yang sebaik2nya..... Mudah2an... AMIN.

Friday, October 12, 2012

rezeki...


Maklumat lanjut klik laman web PIS @ sini

 Program Pertandingan MyINOVASI 2012 peringkat zon selatan telah diadakan pada 1 dan 2 Oktober 2012 bertempat di Dewan Serbaguna, Politeknik Ibrahim Sultan. Ianya telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Ibrahim Sultan iaitu Tn. Hj. Sahul Hamed Bin Abdul Wahab. Program Pertandingan MyINOVASI 2012 ini adalah anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Institute Sultan Iskandar sebagai sekretariat. Pertandingan ini adalah satu program panji mercu Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk memupuk budaya inovasi dan kreativiti demi manfaat kepada masyarakat. Pertandingan ini juga terbuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) iaitu universiti, kolej universiti, politeknik dan kolej komuniti.

Antara pemenang yang menerima geran sebanyak RM 5K setiap tajuk inovasi
  Pertandingan MyINOVASI 2012 telah dibahagikan kepada 2 tahap iaitu tahap 1 dan 2. Tahap 1 bermaksud terbuka kepada pelajar IPT yang berada pada peringkat sijil dan diploma. Manakala tahap 2 pula terbuka kepada pelajar IPT yang berada pada peringkat diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda. Ianya telah berlangsung serentak di setiap zon seluruh Negara iaitu zon Sabah dan Sarawak, timur, sentral, utara dan selatan. Untuk pertandingan yang berpusat di zon selatan iaitu di Politeknik Ibrahim Sultan, seramai 59 kumpulan telah terpilih untuk pameran poster di peringkat zon. Setiap kumpulan akan mempamerkan idea dan konsep inovasi masingmasing melalui persembahan poster bersaiz A2. Sesi perjurian paparan poster telah berlangsung pada hari pertama di mana 3 orang juri yang telah di lantik oleh ISI akan menilai poster inovasi setiap kumpulan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Sesi perjurian diteruskan pada hari kedua di mana sebanyak 25 kumpulan terpilih untuk melakukan persembahan poster.

Pemilihan pemenang di pilih oleh 3 orang juri mengikut kriteria yang telah ditetapkan danpengumuman di buat pada sebelah petang hari kedua. Seramai 21 kumpulan telah dipilih dari tahap 1 dan 4 kumpulan dari tahap 2. Sebanyak 17 kumpulan telah di menangi oleh Politeknik Ibrahim Sultan, 2 dari Politeknik Merlimau Melaka dan 2 dari Politeknik Port Dickson untuk tahap 1. Manakala sebanyak 3 kumpulan telah di menangi oleh Universiti Teknologi Malaysiadan 1 dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka untuk tahap 2. Para pemenang yang telahterpilih mendapat hadiah geran berbentuk cek yang bernilai RM5000.00. Hadiah geran tersebutadalah untuk digunakan dalam menghasilkan produk inovasi hasil dari idea dan konsep yangtelah dibentangkan di dalam poster untuk dipersembahkan untuk peringkat kebangsaan.
Hadiah geran berbentuk cek tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Johor Bahru iaitu Tn Hj Amran Bin Abdul Rahman sambil di iringi Pengarah PIS, Tn Hj Azizi Bin Lin. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Johor Bahru selaku VVIP iaitu Tn. Hj. Amran Bin Abdul Rahman. Dengan penyerahan hadiah geran tersebut, maka tamatlah Pertandingan MyINOVASI 2012 untuk zon selatan. 
Tahniah buat semua pemenang-pemenang Innovasi. Semoga pada pertandingan akan datang ( Nov 2012 di KLCC ) akan membuahkan kejayaan yang gemilang buat PIS. Kenapa anak didik aku tak masuk sini???????...... Memang terasa sedih..... sebab memang dah hantar poster dan dah dapat no ID pun. Jabatan Elektrik di handle oleh seorang ketua dan beliau akan mendaftarkan semua pesrta dari JKE. Tetapi sayang 1000x sayang, ada masalah/konflik dengan no ID yang didaftarkan. No tersebut tak boleh didaftarkan 2x dsb. Maka akhirnya semua peserta dari JKE tak dapat masuk MY Innovasi. Sangat-sangat sedih. Tetapi NASIB BAIK ada 1 kumpulan nie berdaftar sendiri direct melalui web. So, adalah juga wakil dari JKE.... urrmmmmm.....
Dari pihak warga PIS pula saya berasa amat2 bangga dengan kejayaan ini. Memang sebelum pertandingan bermula, kami sedaya upaya mensasarkan jumlah penyertaan terbanyak IPT. Tapi bila dah tolak penyertaan JKE maka, dah kurang ler sikit namun tetap yang terbanyak. Alhamdulillah, berasa sangat2 bangga kerana PIS menghantar jumlah penyertaan paling ramai iaitu 17 peserta jika nak dibandingkan PSA 16 peserta, PMM 2 peserta dan PPD 2 peserta dan Politeknik yang lain2 hanya bawah dari 10 peserta.... Alhamdulillah.... Memang, bila dah nama primier ini ler kerja2 kami untuk sedaya upaya meletakkan PIS berada di tempat yang teratas. Tahniah kerana desas desus memperkatakan sambutan paling hebat adalah di Zon Selatan iaitu paling tepat di PIS. Kemeriahan dan sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Pujian demi pujian diterima.  Alhadmlulillah juga dalam perjumpaan bulanan pagi tahu memberitahu bahawa PIS adalah kedudukan politeknik yang teratas dari keseluruhan Politeknik KPTM dari pelbagai aspek. Aku tahu PIS memang terkenal dengan aktiviti2 yg pelbagai yang sentiasa cuba dikenali semua pihak dimata dunia. Sebab tu minggu lepas cik hubby ke Batam, dan lepas nie ke Singapura dan Brunei pulak untuk memperkenalkan PIS amnya dan khususnya ingin membuat perlawanan bola sepak. Mudah2an segala urusan cik hubby dipermudahkan dan segala yang dirancang berjaya dengan cemerlang. Oklah.... saje jer nak cerita tentang tempat kerja aku... Aku ni ikan bilis ker dalam PIS... Tapi bila PIS berjaya... aku tumpang gembira.... Alhamdulillah.......
Senarai nama Pemenang dari PIS... Tahniah.. Tahniah.. Tahniah....

Wednesday, October 10, 2012

Alhamdulillah

Petang yang indah... Alhamdulillah... mood hari ini baik dan anak2 juga baik.... Syukur Alhamdulillah.  Hari ini anak2 bangun awal dari mama dia... bangun seawal jam 5.30pagi dan terus mengadap game. Bagi aku, anak2 nak mengadap game tu ngadap ler dengan syarat jangan bising... jangan gaduh2 cukuplah mood aku akan baik. Syukur mereka tidak buat bising dan pukul 6.30 pagi mereka patuh arahan mama supaya tutup PS2 dan bersiap nak ke sekolah. Abang long siap tolong mama salinkan pampers Aleesya dan buat susu Aleesya... Alhamdulillah juga mama sempat siapkan sarapan pagi untuk hari ini untuk anak2.... Syukur tak terhingga.... Cuma aku masih tak juga sampai ofis awal seperti yang diharapkan...  itu aku tak kisah asalkan jangan punch card aku kaler merah udah ler..... hi hii hiiii.....

Ok... seperti biasa aku sebagai super women tanpa suami akan tetap menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Iye... minggu lepas aku ada masukkan entri negatif "hanya untukku" (klik sini kalau nak baca). Masa tengah buat entri tu memang aku lepaskan geram aku distu.... dah nama pun untuk aku... so, tiada kaitan dengan orang lain langsung ye... jangan nak ngengada perasan sendiri.... Memang sedih masa tu sampaikan aku juga menceritakan masalah aku pada somebody yang aku percayai sampai nangis2.... siapa itu rahsia... may be mak aku, akak aku, mertua aku atau kawan aku... itu rahsia.... memang masa tu aku stress sangat2 dan seperti yang aku cakap aku memerlukan bimbingan dan motivasi untuk memberikan aku kekuatan. Alhamdulillah, kini kekuatan itu semakin bertapak dalam jiwa ini.... kenapa?
 
Somebody nie memberi nasihat, panduan dan kata2 yang sangat berguna untuk aku. Cadangan dari beliau supaya aku berdoa, bersabar, dan yang pasti ada satu ceramah terbaik yang boleh dikongsi bersama. Aku download ceramah tersebut dari beliau iaitu dari radio ikim yang disampaikan oleh Prof Dr Muhaya. Memang best terutama untuk kaum2 ibu seperti aku.... hah dari ceramah2 itulah membuatkan hati aku tersentuh... betapa lemahnya aku..... Maka, aku ingin berubah..... ingin menjadi ibu yang penyayang, ibu yang berjaya mendidik anak2, ibu yang tetap menjaga amanah Allah ini sebaik mungkin.

Okeylah... bak kata pepatah sampaikanlah ilmu yang kita ada itu walaupun hanya satu ayat!.. aku nak cuba share sebab kalau boleh aku share yang aku upload tu tapi tak boleh... So aku pulak ler yang menyampaikan dengan kaedah membaca pulak... tapi membaca tak sama mendengar.. mendengar dengan nada akan mudah tersentuh hati berbanding dengan membaca... oklah malas nak bebel panjang2 aku nak share sikit2 info yang boleh dikongsi dan aku nak terapkan dalam diri aku... mudah2an.

Sekiranya kita mempunyai anak yang nakal, janganlah kita marah2 mereka. Semakin kita marah mereka semakin keras hati mereka. Bukan mereka semakin mendengar kata seperti yang aku buat sebelum ini..... Memang, memanggggg kena bersabar yang amat dalam proses ini sebab aku dah cuba buat!... memang memerlukan kesabaran.... Contohnya anak malas nak tolong ibu... janganlah mengarahkan mereka seperti boss..... janganlah meninggi suara jika mereka tak mahu malahan sentiasaaaaaa berlembut.... sentiasa memuji anak tersebut... TIAP-TIAP hari ye... dengan sabar dengan ikhlas dengan lembut puji anak kita. Contohnya: Afiq.... Afiq rajinlah mama tengok sekarang nie.... Afiq mesti dapat banyak pahala apalagi kalau tolong mama. Boleh tak Afiq tolong mama buatkan susu Aleesya?.... hah! gitu ler gamaknya kekdah yang betul mendidik anak2 bukan nak arah2 dan bukan nak marah2.... dan aku dah cuba memang betul pun... bila anak2 nie dupuji nie akan lain aura dia... makin berebut2 nak buat susu Aleesya pulak... he hee heeee.... tu ler... aku nie kan kurang sabo.. apalagi kalau dipanggil tak mahu dengar. Memang aku marah... tapi sekarang aku cuba buang marah aku tu jauh2... Aku nak jadi ibu dan isteri yang baik. Dulu aku fed up dengan kerja si dia.. kini aku cuba berfikiran positif. Allah masih memberikan aku kudarat seperti insan lain. Jika orang lain mampu menghadapinya why not me?.. Maka, aku akan cuba positifkan fikiran aku, yang penting bersabar terutama bila ketiadaan suami...... Buat mana yang termampu dengan hati yang ikhlas kerana Allah. InsyaAllah mudah2an aku tabah mengharungi liku2 hidup ini dan dipermudahkan semua urusan.
 
Saya rindu awak.....
Kelmarin cik suami baru je balik dari Batam dan Semalam pulak meneruskan perjuangan ke Bandung pulak. Kalau ler 2 tempat tu aku belum pernah pergi sah-sah aku nak ikut jugak tetapi oleh kerana aku dah pergi, so bye-bye jer lah buat cik suami. Semoga perjalanan mereka selamat dan dipermudahkan yang maha esa. Mereka akan ke Bandung sehingga Ahad ini..... tentu sekali aku akan merindui sebab tak boleh calling lama2.... hu huu huuuu....

Dugaan minggu lepas, mudah2kan telah berakhir. Boleh pulak si Azim ter'jumpa benda2 pelik di rumah. Dan 2 hari lepas dia masih berkata "Mama, orang tu datang lagi mama...". Ya Allah, lindungilah keluarga kami Ya Allah... jauhilah ahli keluarga kami dari gangguan syaitan. Memang tidak dinafikan perasaan takut tu memang ada.... cik suami pun rupa2nya ada ter'jumpa menda tu kat jalan minggu lepas.... Menda tu masuk balai polis katanya.... urrmmm.. menakutkan.... sampaikan aku nak naik atas pun takut... semua kena teman... anak2 aku ler jadik mangsa peneman aku... hi hii hiiii... tapi hari nie, nampaknya hati aku dah ok... rasa takut dah kurang  tapi malam tadi masih takut sampai master chef dan adam hawa aku skip.... yang penting dah record.....  tapi pagi tadi anak2 happy... aku turut happy... bila anak2 takut aku pun takut... ho ho hoooo.... teruk betul aku nie ngek.... Mudah2an semangat yang kini ada semakin kuat... semakin kukuh supaya aku kuat, aku tabah dan berjaya mencapai impian menjadi ibu yang terbaik untuk anak2 aku... Mudah2an... AMIN....



Monday, October 8, 2012

Tahniah... Tahniah... dan Tahniah.....

Tajuk kali ini adah berkaitan Tahniah.... Tahniah kerana sukan... sukan.... dan sukan.... dari papa yang bizi dengan sukan.... sampailah ke anak2 bizi dengan sukan... ngeh ngeh ngeh........ Bukan hanya family kami je yang bizi dengan sukan... sekolah rendah mana2 pun bizi dengan pemilihan atlet sukan kan kan kann kannnnn...................

Pertama : nak cerita x-school anak aku, Afiq... Hah tengok.... ada sekolah korang rumah merah jambu?... Biasanya yang ada rumah merah, biru, kuning dan hijau.... tapi tidak disekolah Kota Masai.... ada rumah pink, marron dan tak silap aku ada 8 rumah semuanya... banyak kannnn?... Ngko ada?......
Latihan rumah giat dijalankan di sekolah kebangsaan
Rumah Pink!!... Ngako ada?????....
Cerita pasal rumah pasukan... actually Afiq kan dah beli baju rumah merah tahun nie di sekolah Kota Masai... tup tup pindah last minit awal tahun ari tue.... So, aku cakap kat pejabat bahawa Afiq rumah merah... boleh diteruskan katanya rumah merah... Sekali dah 2 minggu latihan rumah bulan nie... pada minggu ke 3 dia ditukarkan rumah hijau.... meraung2 tak nak sekolah sebab tak de baju hijau....  dan dia malu nak masuk rumah hijau.. takut.... last2... jumpa cikgu, tanya hal yang sebenarnya.... cikgu kata tak per pasal baju tu... dia suruh masuk jer rumah hijau sebab memang banyak rombakkan... urmmm.....


Kedua : Nak cerita pasal sukan sekolah Azim pulak!.  Ahad lepas merupakan hari sukan tadika At-Taufiq.... urmmm, punya excited nak bersukan budak nie sejak 2 minggu lepas lagi... menghitung hari untuk hari sukan... tup tup Jumaat lepas dia terpaksa tak sakolah sebab food poisoning... cian dia... muntah2 teruk tu yang tak tahan tue.... lembik jer... sampailah hari Sabtu.. Aku cakap "Esok Azim tak payah sukanlah.. macam mana nak lari dah sakit cengini?.. " jawapan dia tetap nak bersukan...  Semangat taw.... suka tengok dia bersemangat hal2 sekolah nie!.... Sampailah masa ditunggu2 hari Ahad.... Alhamdulillah, dia nampak ok hari nie... tambahan pulak nak bersukan memang saat2 yang dinanti2kan... sakit pun terus jadi sihat!.... Mudah2an tetap sihat.... Tetapi semalaman malam tadi Afiq pulak muntah2 dan berak2... Maka, semasa hari sukan berlangsung Afiq memang dah collapse abesss dah... sampai nak pengsan2 tak tahan.... cian sangat2... aku terpaksa menunggu sukaneka habes baru bawa Afiq ke Klinik...... Naseb baik cik hubby ada masa nie... dapatlah dia membantu aku dan anak2 yang tak sihat....

Aktiviti pertama.... senamrobik + nyanyian lagu intifada.... dan pom pom....
Rupanya Azim jadi pemegang pom pom... see see.....

patut ler dia semangat bersukan!!!..... sayang Azim!.... comellah sangat bebudak nie menari...
Tak sangka dia jadi pemegang pom pom kat depan.... rasa bangga dengan semangat dan kepercayaan ustazah  memberi peluang kepadanya.... Terima kasih ustazah.... bukan senang ye nak handle anak2 kecil untuk menari... apalagi anak aku tu memang kreatif... sesuka hati nak datang pukul berapa ke sekolah dan sesuka hati nak pakai kasut ke selipar ke sekolah.... dan sesuka hati dia juga nak sekolah atau tidak.... Terima kasih banyak2 buat semua ustazah Tadika At-Taufiq atas kepercayaan ini... saya selaku ibu sangat2 terharu..... terharu sangat2..... Selepas acara nyayian, mereka berbaris....(mcm dulu2 tu perbarisan). Comel jer ada sorang tu jadi ketua komanden.... yang lain ikut kiri kanan depan belakang tabik hormat dsb.. aduh... Ustazah.... tabik betul kat teaher2 sebab boleh guide anak2 sebegini... semua cantik dan tersusun... aku percaya, bukan sehari dua punya latihan dan bukan mudah nak handle anak2 kecil.... memerlukan kesabaran yang tinggi... Semoga Allah jua yang membalas jasa2 ustazah semua.... Selepas perbarisan acara keluar padang diiringi muzik..."inilah barisan kita... yang ikhlas berjuang.......". Punya semangat bebudak nie... seronok sangat2..... Kemudian, acara sukaneka dimulakan... Setiap pelajar hanya masuk 1 acara sahaja... dalam 1 acara tu ada 9 orang pelajar akan bersaing.... Azim masuk pertandingan makan pisang.... yeeeahhh.... senang jer tu... tapi masalahnya Azim tak kuat makan... macam mana nie?... Azim kata "Tak per mama... kalau kalah pun ustazah kata dapat hadiah....". Azim yang bagi semangat kat aku pulak... he eh eheeeee......


On your mark..... Get Set...... Goooooooooooo.........
Azim paling tepi... senang aku nak bagi semangat kat dia.... hi hi hiii....
Tapi... dia dah makan semua pisang tu bukan dia nak lari.... dia tunggu betul2 habes kat tekak baru dia lari... Owhhhh anakku... mesti ustazah dah pesankan... tu yang dia ingat pesanan ustazah supaya tak lari sambil ada pisang dalam mulut... mak bapak dia pulak ajar yang salah... ho ho ho hooooo.... tak perlah.... suka suki untuk anak2.... walaupun dia mengikut tertib dan arahan..... Azim still the winner walaupun hanya dapat no 3.... yahoo...... tahniah Azim....... Anak mama memang bijak...... Kalau azim terus lari tadi mesti dapat no 2 atau 1.... nak jugak mama dia nie... ha ha haaaaa...... habis jer acara anak ada 1 acara nie untuk ibu bapa... cik suamiku..... owhhh sayang..... dia memang.... nak jugak masuk... so, aku sebagai isteri terpaksa ler masuk... tak kan nak benarkan orang lain jadi isteri dia pulakkan?... Nak kena hempuk dengan aku try ler..... ewah... macam ler aku nie kuat sangat  kan.... acara ini berpasangan mesti suami isteri.... senang jer.... aku lari cari kasut suami yang telah dikumpulkan.... dan pasang tali kasutnya dan pakaikan kat suami.. pastu cik suami kena lari amik belon tu dan tiup sampai pecah.. then patah balik semula dengan berlari dalam guni... kah kah kah.. siap jatuh2 lagi ramai kaum2 bapa termasuk suamiku.. owhhhh.. bukan senang rupanya lari dalam guni nie ngek... hi hi hiii....

Akhirnya sampailah acara kemuncak iaitu penyampaian hadiah..... yeaah... aku antara family yang setia menanti sebab aku juga dapat hadiah.... dapat no 2 taw acara ibu bapa... hadiah hamper paling besar taw.... anak2 hadiah kecik jer... he he heeeee..... jom layan gambar2 lagi.....

Acara penyampaian hadiah.... hamper merah tu ler yang aku dapat... hi hii hiiii...
Hadiah acara makan pisang... yeaaahhhhh....
pergh... jalan dengan bangganya.. hu hu huuuuu....
Tahniah Azim.....
Anak2 mama semua mesti jadi the best okey!!!....
Tahniah papa.....
Abang long dah tak larat.... kesian sangat dan hari ini terpaksa cuti sekolah....

Lepas acara tu kami cecepat bersalaman dan terus ke klinik..... Azim dan Afiq check up sama2. Food poisoning..... makan apa yang silap aku pun tak tahu... hu huu huuu... moga anak2 mama cecepat sihat ye sayang..... dan Terima Kasih tak terhingga buat semua Ustazah Tadika At taufiq sebab dapat menjayakan majlis ini dengan cemerlang.. Tahniah... Tahniah... Tahniah.......

Wednesday, October 3, 2012

Hanya diari untukku....

Bilalah Si dia akan datang ke sini.... dan bilalah si dia nak keluar dari soo kan?..... Oooooo aku dah fed up!!.... Sangat2 fed up dengan life style aku sekarang!!..... Aku rasa bukanlah ini masa yang sesuai untuk mengubah corak hidup kami sekarang.... belum masanya.... ho ho hooooo....

Tapi, semua terpaksa..... terpaksa merelakan.... si dia memang dah terpaksa menurut perintah.... Demi berkhidmat untuk negara... tapi, siapakah yang memahami masalah aku???....  keluarga aku?... anak2 aku?.... lemahkah aku?....kenapa aku selemah ini?....  ujian yang terlalu kecil begini sampai membuatkan aku stress!.... aduhhhh........... 

Memang perkara nie terlalu kecil dimata orang lain... tetapi bukan aku.... Setiap orang berbeza sikap dan perangainya.... 

Aku memang tak boleh tengok rumah atau kereta sepah2.... Rumah aku sekarang??.... tok sah cakap dah!!... makin kritikal gamaknya!.... Bukan rumah jer... dengan kereta2 sekali dah tak serupa nama.... dan ini menyebabkan dalam kereta aku dah jadi pusat pembiakkan lee pus yang tidak diundang... owhhhh.... memang stress sebab bila masa aku nak basuh kereta?... Makan tenghari kedai pun terkejar2....makan2 cecepat balik... mengejar kelas... cik suami tok sah cakap ler kalau dia ada pun... duduk depan aku tapi tangan sentiasa bertelefon.... memang sangat2 boring!.... nak mengadu cerita pun kadang2 tiada masa...... nak suruh aku  mengemas rumah?... bila?... balik amik anak2 dah pukul 6.30 petang.... itu pun dapur aku dah jarang gunakan.... margrib siap2.... tunggu Afiq balik mengaji.....dan ada masa lepas isyak tu ler masa untuk aku baring2 sambil tengok TV.... masa tu ler time aku nak lepaskan stress aku nie.... memang sangat2 penat apalagi bila anak2 tak reti diam..... Yang mereka tahu... main2... sepah2kan... teraburkan.... pastu bergusti.... pastu nangis..... main lagi..... jerit2..... gaduh2.... nangis lagi..... Masa nie tengok TV pun tak guna sebab sound speaker dia orang lagi kuat dari TV aku...... Aku nak marah pun, sound speaker aku dah tak mampu nak lawan dia orang menyebabkan tekak aku sakit..... hati aku sakit... dan kadang2 sampai satu tahap.... aku lantakkan jer dia orang nak gaduh ke... menjerit ke...tonggang terbalik ke..... malas dah nak tegur.... Aku cakap pun, kompom dia orang akan buat lagi!!!.... Bayangkanlah... tengok rumah kereta dah macam tu aku pening.... pastu layankan kerenah anak2 pun pening.... last2 aku yang stress...... Siapa yang tahu aku stress?... Cik suami?... lelaki??... ada kisah kerumah bersepah ke.... apa ke?.... anak2 terjerit?.... ada hirau ke..... alasan dia.. biasalah tu budak2... buat apa nak stress.... tu ler aku cakap orang lain2.... aku lain... orang lain..lain.... aduhhhh...... memang aku tak suka dengan keadaan begini..... Kalau cik suami tu kerja jauh2 offshore ke apa ke.... balik2 dapat duit berguni2 tue memang hati aku berbunga2.... merelakan dia bekerja jauh dari kami bila dapat hasil yang lumayan!!.... ini....jawapannya... "Sabar... ada hikmah semua yang berlaku.... semua nie belajar... kalau tak kita tak akan tahu....bla bla bla....". Apa hikmahnya?.... yang pasti...

1. Aku yang kena bersabar.... kalau aku bersabar pun tapi stress memanjang bukan ker makin datang penyakit?.... Umur dah makin meningkat.... darah tinggi dan sakit jantung memang suka orang macam nie.... aduhhhhhh!....

2. Semua kerja2 opis... kerja2 rumah sampai ke kereta aku yang kena handle sekarang?.. Apa cerita nie?.....Bila masa aku nak jadi bibik nak mengemas rumah?... Kalau orang dalam rumah tu pandai maintain lain ler.... ini tak... puas aku kemas time weekend..... kejap jer....tak sampai hari Isnin dah mula dah... apalagi bila dah bertemu hari Jumaat..... owwwhhhh... bukan rumah lagi namanya!!!.....

3. Masa bersama anak untuk study memang out of servisssssss!!!!..... Balik kerja dah penat.... anak2 balik sekolah sibuk siap2 nak mengaji..... Balik mengaji mama dia dah tak boleh bukak mata.... Kerja kat opis sekarang tak sama dulu2..... Time sedikit yang ada tu aku hanya mampu basuh baju dan setllekan pinggan yang digunakan... Kerja2 lain tak sempat nak capai... itupun baru aku nak baring....."Mama.. nak susu"... Amik susu yang kadang2 kat atas/bawah.... berlari naik/turun tangga.... baru nak baring..."Mama!!!!!!!. tengok abang nie.... uwaaaaaaaaah"..... dah melalak..... terjerit sana..... terjerit sini... entahlah.... Family aku sahajakah sebegini?.... Aku tengok jiran2 senyap jer.... anak2 aku?.... mak oiiii.....mau pengsan dibuatnya... selagi tak nangis... selagi tak marah... selagi tak jerit... memang tak sah..... Mak abah dan family aku memang dah tahu anak2 aku.... mak selalu pesan.... doa.... kadang2 mak salinkan doa2 yang mak tengok ceramah dari TV untuk aku.... mak memang memahami..... mak tahu keadaan aku.... tahu perasaan aku menghandle anak2... Lagi pulak keadaan family aku dan cik suami berbeza.... 

Dari kecil aku dibesarkan hanya ada 5 adik beradik perempuan... dah nama perempuankan... ala2 skema... diam... malu.... gitu ler keadaaanya.... Tak der huh hah huh hah bising2 jerit2...... Kami dulu2 memang takut nak lawan cakap mak dan abah..... tak der nak memberontak.... Bila mak dan abah tak bagi aku diam.... memberontak memang ada tapi dalam hati.... masuk bilik merajuk.... nangis..... tak der jerit2 bising2 marah2 macam yang berlaku pada anak2 aku.... owh..... tewaskah aku dalam mendidik anak2?..... urrrmmmm....

Cik suami yang ku kenali memang ramai adik beradik... 10 orang bukan kuantiti yang sedikit.... Arwah abah memang garang dan mak memang tegas dalam membuat sesuatu keputusan.... tetapi family cik suami enjoy, happenning tak seperti family belah aku.... jauh sekali....

So, cik suami dan aku memang pendekatan yang berbeza untuk mendidik anak2..... Selalu pendapat aku untuk mendisplinkan anak2 disalah ertikan. Selalu tindakan aku dipersalahkan sebab terlalu garang dengan anak2..... kenapa aku garang?. Pernahkah mereka terfikir?... Semua demi anak2 yang dikasihi..... semua demi masa depan mereka.... tiada niat langsung untuk membenci mereka.... Takkanlah aku yang mengandungkan... aku yang menempuh sakit diambag sakaratulmaut ketika ingin melahirkan mereka.... aku tak menyayangi mereka?.... sudah tentulah mama sayang anak2 mama......... mama ingin melihat anak2 mama berjaya.... ingin melihat anak2 hebat.... tetapi... aku faham... anak2 lebih menyayangi cik suami lebih dari aku sebab cik suami membiarkan dan membenarkan semua kehendak mereka......  Nak apa semua dapat....  Kalau aku.... kena tolong mama... kena bising dengan mama kalau tak mandi.... kena marah mama kalau bersepah... kena bebel dengan mama kalau tak belajar..... owhhhh.... aku memang sangat2 sedih dengan keadaan aku sekarang..... terlalu penat... tiap-tiap hari nak marah memang penatzz..... urmmm....aku rasa aku memang kurang dan amat2 memerlukan bimbingan sebagai ibu bapa yang berjaya... salah ker didikan aku?... Selalu juga aku terasa kecil hati dengan anak2..... kecil hati sebab mereka akan jawab "sayang kat papa". Kalau fikir serius memang sedih tapi jika memikirkan masa depan aku redha.... semoga suatu hari nanti mereka akan faham dan tahu kenapa mama bertegas dalam didikan anak2....

Penat dah menaip... puas dah aku lepaskan lelah dan penat aku.... Semoga aku kuat!... Aku perlukan motivasi yang kuat kini...... Motivasi supaya aku tabah dalam mendidik anak2.... tabah menguruskan anak2 tanpa suami..... Kuat menghadapi semua cabaran kerja..... Semoga aku menjadi insan yang berjaya... mudah2an....

** Bilalah Pegawai Sukan Sebenar nak datang yerk?.. dengar2 tak lama lagi... bilakah masanya.... Bilakah cik suami akan bekerja semula di jabatan?... Bilakah masanya yang aku boleh balik pukul 5.15?.... Bilakah masanya Azim boleh diambil sebelum jam 6?.... Kesian anak2.....  Azim selalu jadi antara orang yang terakhir ditaska.... kesian kat aku penat menunggu kat parking kereta yang kadang2 sampai sejam dibawah.... ada sekali  masa tu dah nak jalan kaki balik rumah..... masa tu bateri handset habis.... opis dah kunci.... cari kat JKM tiada kereta.... suami dah tinggalkan aku ke?... bayangkan hampir pukul 7mlm tak balik2... dah nak margrib dah masa tu.... memang sedih!..... Nak duduk opis sensorang aku nie penakut...... Bila sensorang kat opis mulalah fikiran negatif dan cerita2 negatif berlegar2 kat kepala otak nie.... ntah apa2 jer aku nie..... Urrmmm... Semoga semua ini cepat2 berlaluu................. aku inginkan keadaan seperti sebelum ini.... Bukan ini masa yang sesuai untuk mengubah life style kami..... Anak2 memerlukan ibu bapa.... aku sayang keluarga aku.......... sayang sangat2..... Semoga family kami kekal bahagia selama2nya.... AMIN...

Jom tengok gambo2.........