Maklumat lanjut klik laman web PIS @ sini |
Program Pertandingan MyINOVASI 2012 peringkat zon selatan telah diadakan pada 1 dan 2 Oktober 2012 bertempat di Dewan Serbaguna, Politeknik Ibrahim Sultan. Ianya telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Ibrahim Sultan iaitu Tn. Hj. Sahul Hamed Bin Abdul Wahab. Program Pertandingan MyINOVASI 2012 ini adalah anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Institute Sultan Iskandar sebagai sekretariat. Pertandingan ini adalah satu program panji mercu Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk memupuk budaya inovasi dan kreativiti demi manfaat kepada masyarakat. Pertandingan ini juga terbuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) iaitu universiti, kolej universiti, politeknik dan kolej komuniti.
Antara pemenang yang menerima geran sebanyak RM 5K setiap tajuk inovasi |
Pertandingan MyINOVASI 2012 telah
dibahagikan kepada 2 tahap iaitu tahap 1 dan 2. Tahap 1 bermaksud terbuka kepada pelajar IPT yang
berada pada peringkat sijil dan diploma. Manakala tahap 2 pula terbuka kepada pelajar IPT
yang berada pada peringkat diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda. Ianya telah
berlangsung serentak di setiap zon seluruh Negara iaitu zon Sabah dan Sarawak, timur, sentral, utara
dan selatan. Untuk pertandingan yang berpusat di zon selatan iaitu di Politeknik Ibrahim
Sultan, seramai 59 kumpulan telah terpilih untuk pameran poster di peringkat zon. Setiap kumpulan
akan mempamerkan idea dan konsep inovasi masingmasing melalui persembahan poster bersaiz A2.
Sesi perjurian paparan poster telah berlangsung pada hari pertama di mana 3
orang juri yang telah di lantik oleh ISI akan menilai poster inovasi setiap kumpulan
berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Sesi perjurian diteruskan pada hari kedua di mana
sebanyak 25 kumpulan terpilih untuk melakukan persembahan poster.
Pemilihan pemenang di pilih oleh 3 orang
juri mengikut kriteria yang telah ditetapkan danpengumuman di buat pada sebelah petang
hari kedua. Seramai 21 kumpulan telah dipilih dari tahap 1 dan 4 kumpulan dari tahap 2.
Sebanyak 17 kumpulan telah di menangi oleh Politeknik Ibrahim Sultan, 2 dari Politeknik
Merlimau Melaka dan 2 dari Politeknik Port Dickson untuk tahap 1. Manakala sebanyak 3 kumpulan
telah di menangi oleh Universiti Teknologi Malaysiadan 1 dari Universiti Teknikal Malaysia
Melaka untuk tahap 2. Para pemenang yang telahterpilih mendapat hadiah geran berbentuk
cek yang bernilai RM5000.00. Hadiah geran tersebutadalah untuk digunakan dalam menghasilkan
produk inovasi hasil dari idea dan konsep yangtelah dibentangkan di dalam poster untuk
dipersembahkan untuk peringkat kebangsaan.
Hadiah geran berbentuk cek tersebut telah
disampaikan oleh Pegawai Daerah Johor Bahru iaitu Tn Hj Amran Bin Abdul Rahman sambil di
iringi Pengarah PIS, Tn Hj Azizi Bin Lin. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah
Johor Bahru selaku VVIP iaitu Tn. Hj. Amran Bin Abdul Rahman. Dengan penyerahan hadiah geran
tersebut, maka tamatlah Pertandingan MyINOVASI 2012 untuk zon selatan.
Tahniah buat semua pemenang-pemenang Innovasi. Semoga pada pertandingan akan datang ( Nov 2012 di KLCC ) akan membuahkan kejayaan yang gemilang buat PIS. Kenapa anak didik aku tak masuk sini???????...... Memang terasa sedih..... sebab memang dah hantar poster dan dah dapat no ID pun. Jabatan Elektrik di handle oleh seorang ketua dan beliau akan mendaftarkan semua pesrta dari JKE. Tetapi sayang 1000x sayang, ada masalah/konflik dengan no ID yang didaftarkan. No tersebut tak boleh didaftarkan 2x dsb. Maka akhirnya semua peserta dari JKE tak dapat masuk MY Innovasi. Sangat-sangat sedih. Tetapi NASIB BAIK ada 1 kumpulan nie berdaftar sendiri direct melalui web. So, adalah juga wakil dari JKE.... urrmmmmm.....
Dari pihak warga PIS pula saya berasa amat2 bangga dengan kejayaan ini. Memang sebelum pertandingan bermula, kami sedaya upaya mensasarkan jumlah penyertaan terbanyak IPT. Tapi bila dah tolak penyertaan JKE maka, dah kurang ler sikit namun tetap yang terbanyak. Alhamdulillah, berasa sangat2 bangga kerana PIS menghantar jumlah penyertaan paling ramai iaitu 17 peserta jika nak dibandingkan PSA 16 peserta, PMM 2 peserta dan PPD 2 peserta dan Politeknik yang lain2 hanya bawah dari 10 peserta.... Alhamdulillah.... Memang, bila dah nama primier ini ler kerja2 kami untuk sedaya upaya meletakkan PIS berada di tempat yang teratas. Tahniah kerana desas desus memperkatakan sambutan paling hebat adalah di Zon Selatan iaitu paling tepat di PIS. Kemeriahan dan sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Pujian demi pujian diterima. Alhadmlulillah juga dalam perjumpaan bulanan pagi tahu memberitahu bahawa PIS adalah kedudukan politeknik yang teratas dari keseluruhan Politeknik KPTM dari pelbagai aspek. Aku tahu PIS memang terkenal dengan aktiviti2 yg pelbagai yang sentiasa cuba dikenali semua pihak dimata dunia. Sebab tu minggu lepas cik hubby ke Batam, dan lepas nie ke Singapura dan Brunei pulak untuk memperkenalkan PIS amnya dan khususnya ingin membuat perlawanan bola sepak. Mudah2an segala urusan cik hubby dipermudahkan dan segala yang dirancang berjaya dengan cemerlang. Oklah.... saje jer nak cerita tentang tempat kerja aku... Aku ni ikan bilis ker dalam PIS... Tapi bila PIS berjaya... aku tumpang gembira.... Alhamdulillah.......
No comments:
Post a Comment