Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Wednesday, October 10, 2012

Alhamdulillah

Petang yang indah... Alhamdulillah... mood hari ini baik dan anak2 juga baik.... Syukur Alhamdulillah.  Hari ini anak2 bangun awal dari mama dia... bangun seawal jam 5.30pagi dan terus mengadap game. Bagi aku, anak2 nak mengadap game tu ngadap ler dengan syarat jangan bising... jangan gaduh2 cukuplah mood aku akan baik. Syukur mereka tidak buat bising dan pukul 6.30 pagi mereka patuh arahan mama supaya tutup PS2 dan bersiap nak ke sekolah. Abang long siap tolong mama salinkan pampers Aleesya dan buat susu Aleesya... Alhamdulillah juga mama sempat siapkan sarapan pagi untuk hari ini untuk anak2.... Syukur tak terhingga.... Cuma aku masih tak juga sampai ofis awal seperti yang diharapkan...  itu aku tak kisah asalkan jangan punch card aku kaler merah udah ler..... hi hii hiiii.....

Ok... seperti biasa aku sebagai super women tanpa suami akan tetap menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Iye... minggu lepas aku ada masukkan entri negatif "hanya untukku" (klik sini kalau nak baca). Masa tengah buat entri tu memang aku lepaskan geram aku distu.... dah nama pun untuk aku... so, tiada kaitan dengan orang lain langsung ye... jangan nak ngengada perasan sendiri.... Memang sedih masa tu sampaikan aku juga menceritakan masalah aku pada somebody yang aku percayai sampai nangis2.... siapa itu rahsia... may be mak aku, akak aku, mertua aku atau kawan aku... itu rahsia.... memang masa tu aku stress sangat2 dan seperti yang aku cakap aku memerlukan bimbingan dan motivasi untuk memberikan aku kekuatan. Alhamdulillah, kini kekuatan itu semakin bertapak dalam jiwa ini.... kenapa?
 
Somebody nie memberi nasihat, panduan dan kata2 yang sangat berguna untuk aku. Cadangan dari beliau supaya aku berdoa, bersabar, dan yang pasti ada satu ceramah terbaik yang boleh dikongsi bersama. Aku download ceramah tersebut dari beliau iaitu dari radio ikim yang disampaikan oleh Prof Dr Muhaya. Memang best terutama untuk kaum2 ibu seperti aku.... hah dari ceramah2 itulah membuatkan hati aku tersentuh... betapa lemahnya aku..... Maka, aku ingin berubah..... ingin menjadi ibu yang penyayang, ibu yang berjaya mendidik anak2, ibu yang tetap menjaga amanah Allah ini sebaik mungkin.

Okeylah... bak kata pepatah sampaikanlah ilmu yang kita ada itu walaupun hanya satu ayat!.. aku nak cuba share sebab kalau boleh aku share yang aku upload tu tapi tak boleh... So aku pulak ler yang menyampaikan dengan kaedah membaca pulak... tapi membaca tak sama mendengar.. mendengar dengan nada akan mudah tersentuh hati berbanding dengan membaca... oklah malas nak bebel panjang2 aku nak share sikit2 info yang boleh dikongsi dan aku nak terapkan dalam diri aku... mudah2an.

Sekiranya kita mempunyai anak yang nakal, janganlah kita marah2 mereka. Semakin kita marah mereka semakin keras hati mereka. Bukan mereka semakin mendengar kata seperti yang aku buat sebelum ini..... Memang, memanggggg kena bersabar yang amat dalam proses ini sebab aku dah cuba buat!... memang memerlukan kesabaran.... Contohnya anak malas nak tolong ibu... janganlah mengarahkan mereka seperti boss..... janganlah meninggi suara jika mereka tak mahu malahan sentiasaaaaaa berlembut.... sentiasa memuji anak tersebut... TIAP-TIAP hari ye... dengan sabar dengan ikhlas dengan lembut puji anak kita. Contohnya: Afiq.... Afiq rajinlah mama tengok sekarang nie.... Afiq mesti dapat banyak pahala apalagi kalau tolong mama. Boleh tak Afiq tolong mama buatkan susu Aleesya?.... hah! gitu ler gamaknya kekdah yang betul mendidik anak2 bukan nak arah2 dan bukan nak marah2.... dan aku dah cuba memang betul pun... bila anak2 nie dupuji nie akan lain aura dia... makin berebut2 nak buat susu Aleesya pulak... he hee heeee.... tu ler... aku nie kan kurang sabo.. apalagi kalau dipanggil tak mahu dengar. Memang aku marah... tapi sekarang aku cuba buang marah aku tu jauh2... Aku nak jadi ibu dan isteri yang baik. Dulu aku fed up dengan kerja si dia.. kini aku cuba berfikiran positif. Allah masih memberikan aku kudarat seperti insan lain. Jika orang lain mampu menghadapinya why not me?.. Maka, aku akan cuba positifkan fikiran aku, yang penting bersabar terutama bila ketiadaan suami...... Buat mana yang termampu dengan hati yang ikhlas kerana Allah. InsyaAllah mudah2an aku tabah mengharungi liku2 hidup ini dan dipermudahkan semua urusan.
 
Saya rindu awak.....
Kelmarin cik suami baru je balik dari Batam dan Semalam pulak meneruskan perjuangan ke Bandung pulak. Kalau ler 2 tempat tu aku belum pernah pergi sah-sah aku nak ikut jugak tetapi oleh kerana aku dah pergi, so bye-bye jer lah buat cik suami. Semoga perjalanan mereka selamat dan dipermudahkan yang maha esa. Mereka akan ke Bandung sehingga Ahad ini..... tentu sekali aku akan merindui sebab tak boleh calling lama2.... hu huu huuuu....

Dugaan minggu lepas, mudah2kan telah berakhir. Boleh pulak si Azim ter'jumpa benda2 pelik di rumah. Dan 2 hari lepas dia masih berkata "Mama, orang tu datang lagi mama...". Ya Allah, lindungilah keluarga kami Ya Allah... jauhilah ahli keluarga kami dari gangguan syaitan. Memang tidak dinafikan perasaan takut tu memang ada.... cik suami pun rupa2nya ada ter'jumpa menda tu kat jalan minggu lepas.... Menda tu masuk balai polis katanya.... urrmmm.. menakutkan.... sampaikan aku nak naik atas pun takut... semua kena teman... anak2 aku ler jadik mangsa peneman aku... hi hii hiiii... tapi hari nie, nampaknya hati aku dah ok... rasa takut dah kurang  tapi malam tadi masih takut sampai master chef dan adam hawa aku skip.... yang penting dah record.....  tapi pagi tadi anak2 happy... aku turut happy... bila anak2 takut aku pun takut... ho ho hoooo.... teruk betul aku nie ngek.... Mudah2an semangat yang kini ada semakin kuat... semakin kukuh supaya aku kuat, aku tabah dan berjaya mencapai impian menjadi ibu yang terbaik untuk anak2 aku... Mudah2an... AMIN....



No comments:

Jom tengok gambo2.........