Siapa???
<>
dialah
<>
Datuk Najib ke??
<>
Mentang2 tengah PRU13! Tak kuasa nak layan politik...
<>
Abestu??
<>
Tekalah siapa??...
Mestilah idola aku nie sejawatan.... seangkatan denganku!!...
<>
Apai ke?...
<>
Memang kau bijak!... semua kenal dia kan?..
Yup... APAI lah idola aku....
Yeah!!... dulu aku buta.... Mungkin rasa ego yang tinggi.... Mentang2 kenal lama dari belajar dulu... Dari rakan gaduh jadik kawan baik.... Dari kawan baik jadik boypren..... Dari boypren jadi tunang... Dari tunang jadi suami aku.... woisshhhhh.... tak nampak ke Apai tu memang macam tu dari AWAL perkenalanku?.... Takkan dia berubah kalau itu minatnya dari dulu.... Takkan dia berubah jika itu bakatnya dari dulu..... Urrmmm... Aku jer yang 'kadang2' kurang faham dengan dia.... atau aku nie degil semacam jer dengan dia... he he heeee....
Ingat lagi masa bujang2 dulu.... antara pilihan A, B atau C kenapa aku pilih dia?... Antara sebab2nya:
1) Baik
2) Penyayang dan Romantik
3) Sangat2 Bertanggungjawab
4) Menghormati
5) Jujur dan Ikhlas
Iye banyak lagi ciri2 positif yang ada pada dia, sehinggakan aku tawakal menerima dia sebagai suami...... Ciri2 positif yang ada pada dia lebih banyak berbanding orang lain pada penglihatan aku... Hah, dah tu... kenapa kalau dari awal aku kenal aku masih tak faham dengan dia?... Kenapa?
Yup!... dari kenalan sebagai kawan sekelas... sehinggalah bertapa akrabnya aku dengan dia... sampaikan aku jadi postwomen dia dengan ehem ehem... sampailah aku tak suka sebab dia berlagak... sebab dia ego... sampaikan aku pernah gelar dia 'berlagak' dengan kawan2 aku... akhirnya, tak suka itu menjadi suka..... seterusnya bertukar sayang.... urrmmm semua ini ketentuan dariNya... tidak pernah aku minta malahan bersyukur dipertemukan dengan dia yang punya ciri2 suami yang aku impikan selama ini.....
Dari seorang kawan baik... meluahkan segala masalah..... menceritakan pengalaman lalu... hampir tiada rahsia antara kami berdua.... yeah... dia seorang pelajar biasa... menjadi tokoh pelajar... akhirnya bersekolah asrama.... daripada pengawas biasa.... menjadi ketua pengawas sekolah.... pengerusi bahasa melayu.... masuk pantun kesana kemari... sehingga peringkat Negeri Johor... kemudian dilantik juga menjadi ketua asrama pelajar. Huh... macam2lah lagi yang nak dicerita.... bakat dari sekolah rendah... masuk kuiz sains... kuiz matematik.... kem sana kem sini dan rupanya2 kawan2 yang aktif disekolah aku dulu, ramai yang telah beliau kenali dahulu.... seperti suhaila, fandi, miss, fadlee, kicek dan ramai lagi. Urrmmm.... itulah bakat dia dari kecil... hingga remaja.... hingga dewasa dan hingga kini tak pernah berubah!....
Dari ITTHO dulu.... aku mulai kenal dia sebab rakan sekelas.... Tiada langsung minat kat dia... huh!.. (Tapi sekarang tidak lagi.... jauh sangat2 minat okey!). Memang dia suka bantu pensyarah sukarela.... suka angkat barang pensyarah... suka padam whiteboard... suka angkat tangan... suka duduk depan.... suka amik hati pensyarah... semua pensyarah kenal@suka kat dia.... suka tonjol diri... (tu yang kami gelar berlagak tu... Sowy ye..). Urmmmm.... itulah dia yang ku kenali dari dulu... dan kini?....
Tetap tidak berubah.... Suka membantu semua orang..... Suka menonjolkan diri.... Sangat2 peramah sampaikan semua orang dia boleh tegur.... Semua orang dia boleh masuk.... Rajin bekerja.... Sangat2 memahami orang2 lain.... Profesional @ tak der ler nak marah2 orang tak tentu pasal walaupun sebagai ketua!.... yang penting bagi aku dia nie memang sifat kepimpinan yang sangat2 tinggi!.... Aku suka!!!..... Sifat sabar yang ada membuatkan semua orang sangat2 menyenangi hati beliau..... Sifat ikhlas membantu membantu membuatkan kadang2 aku yang fikir beliau dibuli (sowy lagi okey!...). Tapi, beliau tidak pernah merungut.... beliau ikhlas membantu.... mungkin sifat ini telah sebati dalam diri beliau... sebab tu beliau sangat ringan tulang membantu semua orang walaupun tanpa diminta... Very2 proud of you okey!....
Sampailah ketika aku nak ke Batu Pahat.... Beliau telah membuka pintu hati ini yang kadang2 tutup bukak..... beliau telah mencelikkan mata nie yang selalu mengantuk..... so, bukak mata macam tak bukak...... Urrmmm apapun terima kasih Apai sebab menyedarkan aku.... terima kasih sayang kerana mengambil berat akan diriku!!... Engkaulah idolaku.....
Antara keratan akhbar dalam aktiviti beliau |
Iye... beliau sangat2 hebat..... dari gred sokongan rela membantu menaikkan nama PIS ke mata dunia.... Dari program peringkat Politeknik, Peringkat Kebangsaan, Peringkat Malaysia mahupun Antarabangsa.... sekarang beliau main antarabangsa jerk.... hu hu huuu (jelezzzz nie). Siapa kalau bukan Apai?..... Dari seorang pensyarah biasa.... dari gred sokongan DH29.... boleh memangku jawatan Pegawai Pengurusan???.... Dari pensyarah biasa pernah memangku Pegawai Kaunseling...... Pegawai Perhubungan Awam .... dan kini Pegawai Sukan..... Bakat kepimpinan yang beliau ada, maka kepercayaan telah diberikan untuk memegang jawatan ini. Cemerlang dengan jawatan pemangkuan tersebut?... Oppssss course!!..... Walaupun semua itu bukan bidang beliau tetapi...... beliaulah yang menaikkan nama Politeknik! ketika bergelar Pegawai kaunseling... sekarang ada masuk paper lagi tak tentang kaunseling Politeknik?...... Kalau dulu hampir setiap bulan ada jer cerita tentang kem sana kem sini... aktiviti sana... sini... motivasi sana... sini.... huh!... Kerjaya sebagai PRO..... sibuk menjalankan promosi kerjaya.... sibuk memberi ceramah kerjaya disekolah2..... berjayakah beliau?... Sudah tentu... sebab itu sehingga kini beliau diberi kepercayaan lagi untuk melaksanakan kerja tersebut walaupun telah beralih sebagai Pegawai Sukan!... (Minggu ini beliau seminggu menjalankan promosi kerjaya Politeknik di Utara). Kerjaya Pegawai Sukan pulak? Bukan bermakna beliau yang perlu bersukan.... tetapi bagaimana komplek sukan PIS sekarang nie?. Bagaimana pengurusan kompleks sukan?... Ceria atau tidak?... Siapa yang memenangi 5s terbaik?.... dan siapa yang akan ke Australia minggu depan demi pembangunan sukan? hah... tengok sendirilah bakat yang beliau ada.... Bukan nak memuji suami... tetapi aku ingin memuji idola yang bernama APAI..... iye.... APAI yang hakikatnya pensyarah biasa... boleh melaksanakan pelbagai kerja... pelbagai pengalaman dalam kerja... bertapa untungnya bakat yang beliau ada... rezeki yang beliau ada.... Alhamdulillah...... Mungkin ada yang nak termuntah dengan statement aku nie.... sebab dia suami aku... tapi kalau dia bukan suami aku mungkin ramai yang bersetuju dengan statement ini kan?.... Tak perlah.... ini bukan cerita suami.... tetapi bercerita tentang Idola okey!... di ulang... IDOLA...... Aku ingin menjadi sepertinya... enjoy..... walaupun kerja banyak tak merungut2 macam aku... Tak stress macam aku...... tak kelam kabut macam aku..... seronoknya kalau aku ada sifat seperti beliau..... Yeahhhhhh!!... aku mesti happy dengan kerja..... mesti happy macam beliau.... mesti ikhlas untuk menaikkan nama PIS..... mesti ikhlas membantu anak bangsa..... aku tak nak mengeluh lagi.... aku ingin semangat baru!!!... Dia pensyarah... aku juga pensyarah.... sama2 pensyarah.... Kenapa dia mampu buat.... kenapa dia boleh aku tidak boleh!... Aku mesti semangat!.... Semangat bekerja..... Semangat demi agama, bangsa dan negara.....
Aku lihat engkau sebutir permata.... Walau dicampak kemana pun engkau tetap bersinar..... Dan permata itu aku pinjam.... Semoga Allah kekalkan permata itu sehingga Akhir Hayatku.... Aminnnn.....
Kenangan Program Kerjaya Aku Yang Dulu-Dulu... boleh klik sini...
2 comments:
Tak pelik kalau 10-15 tahun lagi En Apai menjadi pengarah di mana2 institusi. bakat kepimpinan beliau cukup terserlah.
yupp.... setuju... sebab tu aku juga yang kena celik mata sedar diri sendiri.... sentiasa bersyukur dan terus bersyukur atas segala anugerah dariNya....
Post a Comment