Mekah
Bila balik dari Mekah, ramai yang suka bertanya apa pengalaman kat sana?... Apa peristiwa pelik yang berlaku?... macam2 persoalan yang semoga setiap persoalan itu bukannya untuk mengaibkan seseorang tetapi untuk panduan dan pengajaran buat kita semua.... tidak kurang juga.... maksudnya ramai juga dan kebanyakkan yang telah pergi menasihatkan supaya jangan cerita yang buruk2 tetapi cerita yang baik2 disana.... apapun kedua2 nasihat kuambil.... mana yang boleh dijadikan panduan, aku suka nak berkongsi cerita dan peringatan buat diriku.....
Cerita 1
Setiap kali selepas solat fardu.... PASTI akan ada solat jenazah disana. Sepanjang aku di Madinah dan Mekah.... tak pernah 'tidak ada' solat jenazah selepas solat fardu. Maka, bagi kita yang tidak pernah atau tidak tahu solat jenazah, persiapkan ilmu semoga disana kita mudah mengikut imam untuk solat jenazah. Walaupun tidak wajib, tetapi tidak pula susah untuk mendapatkan ganjaran pahala disisi Allah Taala.... Apalagi di bumi barakah ini.... bukan nak kejar apapun kan kat sini.... semoga apabila tiba akhir hayat kita nanti, ramai juga yang akan solatkan jenazah untuk kita nanti.... wallahualam....
Sebenarnya, kadang2 dalam hati terdetik juga bertanya, dimanakah jenazah itu diletakkan ketika disembahyangkan di Masjidil Haram ini?... Ingin melihat sendiri dimanakah kedudukan imam.... dimanakah letaknya jenazah..... dan berapakan bilangannya.... dan teringin juga melihat imam Masjidil Haram... tetapi, sebagai seorang perempuan agak susah untuk mendapatkan semua ini. Apaun aku bersyukur atas apa juga anugerah yang Allah berikan. Di sini aku diberi keizinan juga melihat jenazah2 diangkat. Pertama kali melihat, aku nampak dari kejauhan beberapa jenazah (dalam 3 orang) di usung ke kenderaan dari dalam Masjidil Haram. Pada kali pertama ku lihat ini merupakan hari ke 3 atau 4 aku berada di sini. Jenazah tersebut tidak ditutup pengusungnya, dan akan terlihat jenazah dibaluti dengan kain berwarna coklat (seperti gambar), atau kain hijau atau biru dan sebagainya. Sedikit berbeza dengan kita di Malaysia..... warna putih. Kemudian, jenazah ini diangkat dengan lajunya ke kenderaan yang telah menunggu. Subhanallah..... terasa takutnya bila mengingatkan saat kematian.... bagaimana kita nanti....
Balik tu aku cerita kat suami, pengalaman melihat jenazah diusung.... tetapi aku cakap aku tak sempat nak ambil gambar.... baru nak keluar handset, sure dah hilang dari pandangan mata.... Suami kata untungnya dapat tengok... rupa2nya dia pun belum pernah melihat pengalaman ini walhal setiap kali lepas solat pasti ada solat jenazah. Dan esoknya suami tunjuk gambar nie.... gambar nie adalah dari hset cik suami..... dengan rasa syukur dapat kongsi pengalaman yang sama.... disini, apabila hati/niat tergerak insyaAllah diberi keizinan dariNya.... dan lagi... mutawif kumpulan kami tak sudah memuji dan bersyukur kerana kumpulan kami menepati masa.... malahan lebih awal menunggu.... rajin membantu.... dan ada dari ahli kumpulan kami berebut2 ingin membantu mengusung jenazah!.... Alhamdulillah.... sebab tu kami rasa sangat2 senang dengan mutawif kami. Tak pernah marah malahan sentiasa bersyukur dan memuji ahli kumpulan kami.... Bila dengar beliau berkata ada ahli kumpulan yang berebut2 nak mengusung jenazah.... terasa sangat2 insaf pada diri.... beliau sentiasa memberi galakan supaya beramal baik... saling membantu semoga di beri ganjaran pahala yang berganda. Ada juga ahli kumpulan kami yang membawa ibu saudara yang agak berusia dan bila tiba di sini mereka diuji kerana ibu saudara tersebut seringkali lupa (nyayuk). Mutawif kami sentiasa menasihatkan yang baik2 pada kami semua, terutama pada waris supaya bersabar..... jangan merungut..... kumpulkan pahala sebanyak mungkin supaya membantu mereka yang dalam kesusahan. Jika nampak makcik2 yang tak boleh jalan... pimpinlah mereka.... Apalagi aku diberi peluang untuk menjaga mak dan abah.... Aku bersyukur sangat2 kerana dapat ke Tanah Suci bersama insan2 yang amat2 aku sayangi Mak, Abah dan Suami. Memang ini niat dihati, ingin bersama mereka ke Tanah Suci dan Allah maha pengasih lagi maha mengetahui... Aku bersyukur padamu ya Allah.... Alhamdulillah......
Jenazah diusung ke van jenazah... |
Van2 jenazah menunggu di Dataran masjidil Haram....... |
No comments:
Post a Comment