Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Wednesday, September 25, 2013

Hari Pertama Di Kuching, Sarawak

Assalammualaikum.... Sebelum jari terus menekan keyboard.... sejuta kemaafan ko pohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran kata2 dan ketidak sedapan penggunaan kata2 yang mungkin ada menyinggung perasaan rakan2 sekalian. Jujurnya tujuan aku menulis blog ini bukan untuk menunjuk2..... Sekadar kenang2an buat insan2 yang aku sayang tatkala aku tiada lagi di dunia ini..... Sekadar ingin berkongsi ilmu dengan kalian semua. Tidak lebih dari itu..... Jika ada yang terguris hati, ko pohon seribu kemaafan.... mungkin ia tanpa aku sedari. Jujurnya, aku tak kisah atas komen2 kalian.... paling ramai yang meninggalkan jejak cerita tentang aku ke Guangzhou.... sangat2 ramai yang inginkan email adik Rabiatul.... Sehingga kini....jika masih ada yang inginkan, jika ada kelapangan saya cuba membantu. InshaAllah... Ini email dia : nurrabiatulothman@yahoo.com. Dan lagi paling tidak sedap ada yang komen dengan menggunakan kata yang kurang sedap didengar... dalam shoutbox aku.... namun, aku sedar itu hak kalian untuk menulis komen... memang sangat2 dialu2kan... tetapi bukan untuk dihina.... apalagi tanpa memperkenalkan diri. Jika nak komen, atau memberi cadangan amat2 dialukan.... Tetapi silalah perkenalkan diri anda.... saya sangat tersentuh!.... Tapi itu semalam punya cerita.... Hati saya tetap gembira.... perkara sekecil itu tak usah difikirkan..... banyak lagi perkara lain yang lebih penting dalam hidup ini....... 

Orait.... berbalik cerita tentang aku ke Kuching..... Actually, tiket aku ke Kuching ini telah dibeli setahun yang lepas. Tiket masa nie berharga dalam RM90.00 seorang pergi dan balik... murahkan???.. dan sekarang, aku rasa aku dah tak jumpa lagi tiket2 semurah dahulu Airasia..... Konon2 nak beli jugak tapi semua dah mahal.... tiket murah tapi fuel and airport tax berganda2.... So, aku masih tiada tempahan lagi untuk tahun depan.... no planning.... kalau ada roger2lah aku... nak gak jalan2 lagi kalau ada tiket murah.... he hee heeee.....

Oklah, perjalanan aku dimulakan dengan kedinginan pagi Jumaat yang penuh barakah. Flight ke Kuching dijangkakan pada pukul 7.55pagi. Kami bertolak dari rumah pukul 6.00 pagi dan sampai di Senai pukul 7.00 pagi. Entah macam mana, kali ini kami memang dah buat web check in tapi tak print bar code. So, agak lecehlah jugak proses kami nie.... apalagi rupanya en.suami tak beli kg untuk beg..... So, terpaksalah beli untuk 1 beg baju kami dengan harga RM70.00 dengan berat rasanya dalam 10kg jer.... Mahal gilerssss.... so, bagi yang nak travel may be ini boleh dijadikan pengajaran okey!. ( Tujuan aku cerita nie bukan nak membuka pekung didada mahupun mengalu2kan untuk dihina tetapi ingin berkongsi ilmu dengan harapan rakan2 lain tidaklah jadi kes seperti yang aku alami okey! ). Maka, belilah kg beg awal2..... Actually, trip ke Kuching kali ini agak kurang lancar sedikit sebab cik suami tiada 2 minggu bersama kami.... perancangan agak susah nak dibincangkan.... apalagi cik suami malam tadi baru sampai rumah dan pagi2 terus ke Kuching pulak.... urrmm.....

Apapun, Alhamdulillah semuanya okey.... dalam pukul 7.30 kami dah masuk flight..... dan....."Kita akan berlepas sebentar lagi... sila duduk ditempat duduk masing2 seperti yang tertera pada tiket.... bla bla bla...". Aik???.. dalam 7.35pagi dah nak berlepas?.... Pelik betullah... naseb kami sampai tepat pada masanya.... tetiba teringat kes dulu2 kami ke Sabah dengan Mak dan Abah aku.... siap berlari2 kejar flight.... Macamnya dah 2x flight terbang lebih awal. So, berhati2lah juga untuk rakan2 yang lain agar ianya juga boleh dijadikan pengajaran. Sampailah awal ke Airport.... hu huuu huuuu.....


Kami sampai setengah jam lebih awal dari yang dijanjikan......
Oleh kerana sampai awal dalam pukul 9.00 maka kami terus contact En.Zul driver van kami.... Manalah tahu dia boleh awalkan juga untuk jemput kami. Dalam jam 10.00pagi En.Zul sampai dan terus bawa kami ke homestay. Kami letakkan barang, kemas2kan diri... siap2kan anak2 dan jam 11.00 kami pun keluar menuju ke Muzium Sarawak. Sampai Muzium dalam 11.30pg En Zul meninggalkan kami disini sehingga jam 1.00tgh (usai solat Jumaat). Dalam muzium nie ada Petrosains tapi sayang waktu kami sampai adalah waktu rehat mereka.... So, tak dapatlah masuk petrosains nie.... Dalam tu ada Dinasour... asyik berbunyi2 jerk.... Aleesya dah takut.... asyik berpimpin jek bila dengar bunyi dinasour..... Dalam Muzium nie best jugak.... Sejarah Sarawak ada disini.... Sementara menunggu En.Zul sampai mak dan maklang memang shopping sakan kat kedai sourvinir diaorang... senyum jeklah tauke kedai tu.... air pun dah berbotol2 bebudak nie berulang alik.... gi cafe dia beli 2 ketul sandwich RM20.00 tau.... memang mahal... tapi rasa sedap macam rasa subway.... he hee heeee......

Kami di Muzium Sarawak
Naseblah kami sempat abes round satu muzium tu.... walaupun berpimpin tangan dengan Aleesya gara2 bunyi sound dinasor tu...  Sampai pintu keluar tu terus dia meraung2 nak balik... nak balik... takut gilers dengan bunyi2an dinasour.... yang bujang2 pulak merengek2 nak masuk2... nak masuk.... haissssh lah hai... sorang nak masuk sorang nak keluar!.... grrrrrr..... Dinasour tu pulak kalau nak masuk jam 2.30ptg.... Sekarang baru pukul 1.00tgh. So, tak dapatlah bujang2 nie masuk.... Tiket masuk tu RM10 seorang kalau tak silap..... Bila dah ada yang mengigil lutut, terpaksalah kami dok kat luar yang panas..... tu yang berulang alik beli air je tu..... hu huuu huuuu......

Diluar Muzium bersama budak merajuk di tengah cahaya matahari.....
Duduklah kat luar menunggu van sampai....
Selepas van sampai kami gerak ke kedai makan. Kami makan ayam penyet tengahari nie.... Owh ye... lupa nak btahu.... trip kami adalah seramai 11 orang terdiri dari family aku, mak dan mak lang cik suami.... Kami sewa van yang muat 13 orang tu siap dengan driver En.Zul dengan harga RM750.00 untuk trip 3 hari..... Oklah kan siap driver dan minyak sekali. Kalau kami yang bawak entah2 dengan sesat lagi.... rugi minyak... rugi masa... kan kan kannnn.....

Paling best, En Zul memang baik..... sangat2 baik dan boleh dirunding. Kami jalan2 pun dia tetap dengan senyuman yang buatkan kami holiday dengan hati yang senang!.... Dia pun jenis tak kisah.... menunggu kami ke... kami menunggu ke.... nak kemana ke.... semua dia layan.... memang sporting gilers dan yang paling best setiap tempat yang kami lalu.... dia tunjukkan... inilah rumah ketua menteri sarawak.... ini rumah menantu dia.... ini majlis perbandaran sarawak.. bla bla bla..... banyak info yang kami dapat dari dia.... sangat2 baik.....
Sibuk dengan jersy dia aje... hijau tak boleh tinggal....
Kami bershopping sakan... bayangkan 1 kedai nie je sasaran kami 4 family.... senyum jer tauke kedai tu....
Selepas makan ayam penyet yang memang sedap gilersss, dalam pukul 3 kami sampai Waterfront City. Masa nie ler... kami anak beranak semua shopping belikan mak, abah, family yang tinggal..... sekadar buah tangan yang tak seberapa..... Janji sampai jam 5ptg... sekarang masih jam 4, maka cik suami ajak naik boat..... Dewasa RM20 seorang... so, kami naik ler boat anak beranak dengan sepupu Nabila. Rupa2nya masa nie air tengah proses dilepaskan?... untuk cuci sekitar sungai dan airnya berarus.... kata pemandu boat tu, kalau tak airnya tenang je..... Oleh kerana air berarus, maka kami kena pakai safety jacket... aduh... tetiba kecut perut aku nie... hu huuu huuuu......

Kami naik boat di Waterfront City, Kuching
Debaran mulai terasa....
Pakai Safety jacket untuk keselamatan
Round naik boat dalam 1 setengah jam kami pun balik..... semua yang lain dah tunggu kami kat van..... kata dia orang lama gilerssss menunggu. Dah ler cuaca panas, menunggu pulak... tengok jam dah 5.30.... patutlah lama.... kita yang naik boat nie tak terasa..... hi hi hiiii.... tapi kan.... aku tak nak kasi anak2 aku naik boat lagi!!!.... bapak dia pulak boleh diam jer.... terjerit2 aku dalam boat tue sebab si azim dan aleesya kejap depan.... kejap belakang... berjalan2 atas boat yang 'open' hokey!!!!.... Giler kentang kalau tetiba boat bergoyang dan budak terjatuh!!!.... selisih na'uzubillah jauhkan ler..... Apalah orang lelaki nie jarang fikir yang negatif.... Aku nie mau sakit jantung terkejut2 je bila bebudak nie berjalan2.... aduhailah hai..... Papa... lain kali mama x nak naik 'open' boat lagi.... tungu anak2 semua dah besar paling tidak macam Afiq baru boleh hokey... entah2 kalau badan Afiq tu kecik dia pun dah join adik2 dia.... ini badan besar... may be dia sendiri pun takut.... huh!.... Okeylah... itu jer cerita hari ini.... lepas tu kami terus balik homestay... malam tu kami masak tom yam dan telur dadar je..... cik suami ada gak beli ikan gerut?.. ke hape ntah dengan udang bapak besar... dia geram sangat tengok masa gi pasar tadi... so, itu buat lauk esoklah pulak ye.... Ok, itu jer cerita dari kami untuk hari ini..... bubbye....

No comments:

Jom tengok gambo2.........