Seminggu sudah berlalu..... Pada Jumaat lepas Pak Anjang Ariffin dari Batam datang ke rumah kami untuk berubat. 3 hari dirawat di hospital batam, kemudian ke JB untuk medical check-up di KPJ Specialist Johor. Cik suami yang bawa mereka pada Jumaat yang lepas. Mereka datang berlima bersama anak2.... kemudian malam sabtu tu kami bawa mereka makan malam dan jalan2 rumah mak.... mereka memang keletihan sebab baru sahaja keluar dari Hospital Batam. Esoknya aku bangun jam 6pg sebab hari ini mereka ada appoinment doktor pakar jantung pulak. Sebab hasil result semalam.... paru2... perut dll semua ok kecuali jantung nampak ada masalah. Sekali bangun dari tidur kami diberitahu Pak Anjang sakit... tengok keadaannya memang nampak sakit. Apalagi bila mak anjang tunjukkan keputusan pemeriksaan semalam. Risau pulak kalau ada masalah jantung. Pak anjang dah berpeluh2 menahan sakit. Aku just beli sarapan nasi lemak untuk mereka.... dengan agak tergesa2 mereka sekeluarga terus ke KPJ untuk check-up kali ke-2 refer pakar jantung. Aku just menjaga anak2 dan suami menguruskan mereka. Kesian tengok dan aku hanya mampu berdoa semoga dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik buat Pak Anjang. Sekali jek, keadaan Pak Anjang tidak mengizinkan untuk pulang... beliau ditahan diwad icu... terkejut aku apa lagi anak2 dan isteri beliau.... sangat2 sedih sebab semalam masa kami makan malam macam biasa je... nampak sihat aje... kalau Allah nak berikan sakit.... Allahukbar... kita kena tabah, sabar dan menerima dugaannya....
Kemudian, rawatan demi rawatan akhirnya Pak Anjang terpaksa di operate pada isnin lepas. Terdapat 2 kesan tersumbat pada saluran jantung. Kes 1 masih boleh diberikan ubat tetapi kes ke 2 terpaksa di operate... Kesiannya... dugaan untuk mereka sebab memang mereka sendiri tidak menjangkakan keadaan menjadi sebegini. Selepas dioperate, keadaan Pak Anjang baik.. boleh berbual, duduk dsb.... tetapi selepas margrib 2~3jam kemudian... beliau terkena minor angin ahmar... Allahuakbar... dugaan lagi buat mereka. keluarga di Batam telah dihubungi... mana saudara terdekat.. adik beradik dan anak2 datang ke Johor. Pada hari Jumaat hingga Isnin rumah kamilah persinggahan mereka.... cik suami akan ambil mereka lewat malam dan awal pagi ke KPJ pula.....seminggu juga mereka berkampung di KPJ. Tentunya penat dan letih... dugaan untuk mereka... Semoga Pak Anjang Ariffin semakin baik dan sihat seperti sediakala... Amin...
|
Duduk Sofa... Mak Anjang dan Mak Long dari Batam... singgah rumah mak.. |
|
Pak Long dan anak2... Bergambar sebelum ke KPJ di rumah mak Jln Kuini. |
************** Azim daftar sekolah ************
Sabtu lepas baru nie pendaftaran Azim ke darjah 1... besar dah anak mama... masuk sekolah rendah dah.... Azim juga kami daftarkan di SKCB... Semoga beroleh kejayaan walau dimana jua anak mama berada.... Amin... Actually, Sabtu lepas adalah ujian penempatan untuk darjah 1.... baru nak tentukan kelas.... kesian anak mama sorang dari Tadika At-Taufiq.... belum ada kawan yang dikenali... Tapi, mama percaya Azim boleh dicampak dimana jua.... azim akan tetap bersinar..... sementara anak2 exam, ibu bapa diberikan taklimat tentang KSSR dsb... sehingga 11.30pagi... Azim keluar terus kami balik sebab nak antar Pak Anjang keluar hospital hari ini.......
********************* KPJ Johor Ke Kompleks Kastam Stulang Laut **************
|
Di Lobi Hospital KPJ Johor |
|
Sementara menunggu Pak anjang sekeluarga bersiap2... |
|
Kita Serumpun..... InshaAllah semoga persaudaraan kita kekal selamanya... |
|
Semoga bertemu lagi hendaknya...
|
************************** ZOO Johor ****************************
Selepas hantar keluarga Pak Anjang di Kompleks Kastam Stulang laut, kami ke Zoo.... Saje-saje melayan anak2 disana..... Penat jugak berjalan... huh... mana tak kenderaan berat.... ngee ngeeee......
|
gambar pilihan... caca yang ambil... unik kannn kami.... |
|
Seramlah aku langkah keselamatan di Zoo Johor Nie.... |
|
See... jaring tu muat saiz kanak2 taw... patutnya ditinggikan... papa2.... |
|
Mana muka aku.... hu huu huuuu...... |
Sampai rumah pukul 6ptg..... turunkan anak2 dan sepupu dia orang nie.... susah dan gamat jadinya nanti kalau nak shopping bawak semua.... aku, cik suami dan caca terus ke Kip Mart beli barang2 untuk majlis esok.... Balik dari kip mart dalam pukul 8++ berapa banyak miscall daaa... hset tinggal kat keta.... rupa2nya mak aku datang... yeeeeaaaa..... seronoknye....
No comments:
Post a Comment