Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Monday, January 13, 2014

Selamat bersekolah Azim!!!

Ketika sesi penentuan kelas Darjah 1... Ibu bapa diberi taklimat
Ini budak wajib masuk entri
Beratur mengikut kelas sementara yang diberi....
Di sinilah kami memberi kepercayaan kepada guru2 untuk mendidik anak2 kami... InsyaAllah, semoga anak2 kami berjaya walau dimana jua mereka berada. Kini giliran Azim menjengah ke Sekolah Kebangsaan. Terasa, sekejap je masa berlalu. Bulan November-Disember lepas memang terlalu banyak entri dan gambar tetapi banyak juga yang hilang dan memori disebalik gambar pun hampir2 lupus... hu huu huuuu.....

Semasa Azim sedang menjalani ujian menentukan kelas pada November lepas, sungguh2 hati aku amat2 berdebar2 dan amat2 berdoa semoga dia ditempatkan di kelas no1. Secara pribadi, aku rasakan kelas no1 dan no2 nie diberi kasih sayang yang lebih berbanding kelas2 yang lain. Itu sekadar pendapat aku sahaja, dan memang sebagai seorang ibu, memang aku mengharapkan yang terbaik dari anak2. Tetapi, jika ditakdirkan doa2ku tidak diterima... aku harus redha atas ketentuan illahi. Sementara Azim menjalani ujian, kami ibu bapa diberi taklimat KSSR gitu ler.... sehingga jam 12 jugak baru habis sesi. Perrrgh boleh tahan jugak.... kalau aku duduk rumah dah siap kemas agaknyakan.... urmmm....

Kemudian, pada 30 Disember 2013 diadakan sesi perjumpaan dengan guru kelas. Kalau masa Afiq dulu orientasi... tapi ini bukan orientasi, sesi amik borang dan buku teks sahaja.... then balik.... aku dah siap2kan dengan uniform sekolah. Kalau tahu macam nie, tak payah pakai uniforn pun x per kot... he he heeee..... Tengoklah aku disenarai nama yang tertampal.... Alhamdulillah, Azim dapat kelas 1 Arif.... Kalau kat sini dia ikut abjad... senang nak tahu dia kelas no berapa iaitu Arif, Bestari, Cerdik, Dedikasi, Ehsan kot... F tak hingat aku!!... gitu ler... sekarang budak makin tak ramai kat SKCB nie... ada 6 kelas jek....

Syasya pun tak sabar nak sekolah KATANYA!!...
Kemudian, pada 1 Januari 2014 bermulalah sesi persekolahan sebenar. Bermakna Azim sudah besar.... sudah kena belajar betul2.... dulu tadika aku x kisah sangat... tapi bila dah masuk sekolah kebangsaan, aku memang kisah... maka dengan sebab itulah aku risau kalau Azim tidak berada dikelas terbaik.... Sekolah agama memang aku mengharapkan dia masuk pukul 7.15pagi supaya senang hantar Afiq dan Azim serentak terus ke sekolah. Biarlah kami yang menghantar sendiri mereka ke sekolah... puas hati...  Alhamdulillah, azim memang dapat kelas 7.15pagi.

Di sekolah agama...
Dengan Mama pulak...
Balik sekolah agama pukul 8.45 pagi... hari pertama aku ajar Azim jalan kaki balik ke Taska.... tak jauh pun cuma naik bukit sikit jek.... Aku pun baru nak deal dengan taska sini... entah boleh masuk ke tidak.... Aku teman Azim jalan kaki dan papa bawak kereta jumpa kat taska... Maka bertemulah kami dengan penjaga taska sana. Konon2 nak masukkan Afiq, Azim dan Aleesya..... Dengan bayaran yang agak murah.... kami bersetuju mereka tinggal disini. Walaupun taska nie tidak secantik taska2 yang lain, aku tidak memandang itu semua... asalkan bersih dan yang penting anak2 kami dijaga dengan baik..... Maka, kami pun bayarlah untuk 3 kepala nie....


Tauke taska nie merupakan cikgu sekolah. Tetapi bukan di SKCB, dia dah pindah. Yang menjaga taska nie akak dia... agak berusia dalam 45++. Tapi masih kuat dan peramah.... maka, selepas menghantar beg, baju semua kami pun nak balik. Boleh pulak si Syasya tak nak duduk taska nie!!.. Sakit hati!!.. Pujuk punya pujuk tetap tak nak. Dia kata nak duduk taska Poli pulak... maka, bawalah aku ke taska Poli pulak... sampai sini lagi crowded... ada yang menangis... rumah pun agak kecil... budak2 ramai... Si Syasya pun sibuk menangis walhal aku nie dah bagi susu semua kat taska Poli.... Kemudian pujuk lagi kami sebab dia dah nangis.... bawak keluar naik kereta dan bincang balik dengan Syasya... Syasya nak taska abang... taska abang!!!... grrrrr.... patah balik taska abang2 dia... Diam... main dengan Azim sebab Afiq gi Sekolah kebangsaan.... kemudian, pukul 12.00 aku ke taska nak jenguk Azim. Amik barang kat rumah kejap sekali sampai taska dah pukul 12.30!!.. Azim dah ke sekolah sendiri... Aduiii... lupa nak pesan suruh dia tunggu. Masa aku sampai taska... Azim dah ke Sekolah Kebangsaan manakala Syasya pulak... sedu sedan menangis2 kat luar taska.... Dia nampak aku terus lari dapatkan aku dan terus ke Sekolah Kebangsaan tengokkan Azim dulu.... iyela kan kelas pun dia tak tahu kat mana lagi.... urrmmm.... Kemudian, afiq pulak balik taska... Si Syasya menangis nak abang2... aduh pening kepala aku nie..... pujuk2 sampailah dia tertidur.. penat nangis nampaknya.....  dapatlah afiq ke sekolah agama dengan kawan2... aku pun follow dan balik opis... legaaa.....
Ajar Azim gantung baju...
Dihari pertama.... sesi memujuk
Sampailah aku balik keje pukul 5 tengok2 Syasya dah mandi... sejuk hati nampak dia x nangis... tengah main2 dengan kawan2 dia... Actually, taska nie hanya anak2 cikgu sepenuhnya 100%. Aku jek tak malu menempel menumpangkan anak disini. Bukan apa.. tahun lepas setahun aku keje ulang alik amik Afiq tengahari... then bawak makan kedai... tukar baju then hantar sekolah agama... memang kos makan toksah cakaplah... minyak keta lagi... penat lagi... time rehat aku hanya ke hulu ke hilir... apalagi kalau ada kelas... ada mesyuarat atau berkursus.. memang kalut..... Sudahnya kami tak nak berkejar2 gitu lagi. Oleh kerana anak2 dah boleh bawak diri, maka taska terdekatlah yang menjadi keutamaan... sebelah pagar sekolah jek... jiran sebelah gitu.....

Hari kedua kami membuat perubahan.... rupanya kawan2 Azim semalam naik van ke taska... maka, aku pun sesi mencari van dihari kedua nie.... setlle. Sebab katanya kalau hujan2 kesian bebudak... betul jugakkan.... Tapi Afiq tidak ler naik van... dia jalan kaki jek sebab dah beso... suruh naik van atau kereta sendiri pun tak nak sebab kawan2 ramai.... suka jalan kaki ramai2... urrmmm... seronok tengok bila dia dah ramai kawan... lega!!!.... cuba si gedik comel Syasya je buat hal hari ini..... langsung tak nak ke taska... sudahnya tengahari lepas Azim ke Sekolah Kebangsaan... Afiq balik taska aku datang memujuk.... dia nak ada abang!!!.. macam mana nie.... sampai tak nak mandi segala pada hari ke2 ini... sudahnya.. aku yang berkampung disini... mandikan Syasya semua... then sampailah jam 2.... pujuk tido x nak... Cik suami lak ada meeting kul 2.... kami bawak 2 kereta ke sini... last2.. dia geram Syasya menangis nak ikut tinggalkan aku dengan Syasya macam tu jek... sakit hati taw!!... last2... dengan baju buruk nie.... konon2 pakai baju tido terus sebab mandi dah dekat pukul 2.... aku angkut bawak opis!!!... tebalkan muka jeklah.. aku pun ada discussion dengan student projek.... hadoiiilah hai..... memang dugaan betul Syasya nie...

Baru nak isi borang
sampai baring2 kat taska macam rumah sendiri dah... grrr!
Balik tu kami berbincang balik... pujuk Syasya.. tanya nak duduk mana... Last2 dia janji x nanges lagi tapi nak duduk rumah mak (kak ngah @ pengasuh lama).  Akhirnya, minggu depannya kami hantar Syasya kat Nusa Damai balik.... dan alhamdulillah... semua urusan sekolah anak2 settle..... Ok, itu jek cerita kami tentang persekolahan anak2 tahun ini... bye....

No comments:

Jom tengok gambo2.........