Program Kerjaya Di SMK Senai...
Program Kerjaya Di SMK Teknik Perdagangan
Program Kerjaya Di SMK Teknik Perdagangan
Program Kerjaya Di Mersing
Program Kerjaya Di MersingIni merupakan beberapa gambar program kerjaya yang pernah aku ikut..... Aku memang minat buat menda nie... tapi, minggu lepas boleh pulak diri ini terasa bila kena tegur dengan boss "
kenapa aku aje yang keluar...." Sedih....
Sebenarnya... bukan aku sahaja terlibat kerjaya ni... ramai lagi staf yang boleh terlibat....(Unit Kaunseling dan Kerjaya...)..... Tapi, oleh kerana aku nie kaki jalan, aku lebih berminat untuk menyertai program2 seperti ini....aku pun buat muka x malu.. nak join PBKJ dan program kerjaya ini......(
kira menyerah dirilah...)
Actually, masa kerja dulu... aku bukanlah unit kaunseling&kerjaya... tapi, suamiku memang minat bidang nie..... Aku juga minat cuma tidak berpeluang.... Dulu, Masa zaman En Kamal lagi, aku sering ikut program2 yang dibuat oleh suami..... kerana minat aku ikutlah kalau melibatkan hujung minggu.... (hari kerja terpaksalah diam...). So, aku terfikir, lebih baik aku masuk unit kaunseling JKE supaya aku dapat join program2 kaunseling & kerjaya PJB..... So, jadilah aku sekarang masuk unit kaunseling disebabkan oleh minat yang mendalam di unit ini..... Bila ada peluang.. aku ikut. Itu pun aku buat x malu.... nak ikut.....
Aku tak pernah berkira dalam kerja nie sebab aku minat. Tapi, sejak KJ kata asyik aku aje yang keluar..... Aku sedih. Bukan aku aje yang keluar. Sebenarnya, program kerjaya nie x pernah putus. Kami bergilir2... kalaulah x bergilir2 tentu aku memang x de opis... kerja keluar aje... (Ni pun rasanye dalam cuti sem 2 bulan ni... aku dapat ikut 4 program je...)... Maknanye sebulan 2 kali/hari je.... Aku pun tahu, aku punye tanggungjawab diJabatan.... Ada pernah aku mengabaikan apa tugas2 lain?????... Sebagai s/u jabatan, penyelia lab, laman web, mengajar, MQA, atau apa2lah tugas yang diarahkan...pernah ke aku bangkang atau aku x buat?...... Rasanye semua yang disuruh aku buat.... Cuma, pada pandangan aku... sementara student x de nie (bulan lepas), aku dapatlah mencari lebih pengalaman untuk mengikuti program2 kerja sebab ini minat aku..... salah ke aku sumbangkan tenaga aku ketika cuti Poly ini?????......Aku juga tahu, apabila mulanya P&P nanti, aku akan "stop" dan banyak kerja lain yang lebih utama akan aku lakukan...... Anyway, walaupun aku tersinggung, aku akan cuba fikir positiflah...... Kerja tetap kerja... yang penting kita Ikhlas melakukannya....Allah sahaja yang tahu apa yang kita lakukan.... Mudah2an Allah memberkati atas segala kerja2 yang kita lakukan......