Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Tuesday, August 9, 2011

Korek Hidung.....

Mama : Afiq!!!... amboi2... syoknya korek hidung... bulan puasa mana boleh korek hidung... batal puasa taw!!!.....

Afiq : Mana ada batal puasa Mama!.... Ustazah cakap tak batal pun!!!... Tak caya tanya ustazah abang kat sekolah!....

Mama : Abes tu?... Masukkan sesuatu dalam rongga kan batal!... Korek telinga batal tak Afiq?...... ( dalam hati dah rasa geram tak nak dengar kata mama dia nie )

Afiq : Makruh jer lah Mama!... tak batal pun!... ( dengan nada macam dia tu betul sangat2!... )

Mama : Kalau tak percaya tanya papa!.. ( Mama dia pun sama tak puas hati.. nak jugak menang!!... )

Sudahnya tanya Papa... Papa dia kata tak batal!!.. Aku masih jugak tak puas hati... so, aku cari jawapan diinternet... Jom kita tengok!....

korek+idung Siapa cakap korek hidung batal puasa?

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum. Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ juga tidak membatalkan puasa, tetapi janganlah berlebihan. Dalam hadis Laqit bin Shabirah:

Sumber : Al-Ahkam.Net

Mungkin ramai yang masih keliru dengan perkara ini. Sebab korek hidung sama la macam memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. maka hukumnya batal puasa. Tapi apa yang sebenarnya adalah tidak batal puasa anda itu.

sebab? sekiranya kita korek dengan jari kita ni dengan niat atau hajat sebab hidung gatal atau sebagainya, ianya tidak membatalkan puasa tetapi dengan syarat korek tidak sampai ke batin hidung. Maksud batin hidung ialah bermula daripada tempat yang keras diatas hidung.

Zahir lubang hidung ialah kawasan yang kita nampak bila tengok pada cermin. contoh jika taik idung tu ternampak, takkan la anda nak biarkan je.. so korek je la. tak batal de puasa tu. Tetapi diingatkan bahawa korek hidung tanpa sebab, maka hukumnya makruh. Wallahu'alam....

P/S: Lepas baca info ni jangan la pulak nak menunjuk2 korek hidung dibulan puasa ni ok!

http://infozi.com/blog/2010/08/siapa-cakap-korek-hidung-batal-puasa/


baca lagi!!....

Hai... Korek Hidung Pun Tak Boleh ke?
Teringat masa belajar dulu-dulu masa kat sekolah rendah dulu. Kami diajar, salah satu perkara yg membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Antara contoh yg diberikan adalah korek hidung dan korek telinga.
Masa time kecik2 tu, punyalah tahan... kalau telinga gatal ke hidung nak bersin ke... memang tak berani lah kitorang nak memandai korek hidung or telinga tu. Nak jaga puasa la katakan...
Tapi, skrg aku dah besar... dah paham la sikit2 bab agama ni... yang mana sumber utama dalam agama tu ada dua iaitu al-qur’an dan as-sunnah (al-hadis). Dan kini aku pun dah tau... rupa-rupanya, korek hidung dan korek telinga tu tak langsung pun membatalkan puasa kita... jeng... jeng... jeng...
Kenapa ek? Sudah jelas lagi bersuluh... ada dalam satu hadis tu sendiri menerangkan bahawa kita boleh memasukkan air ke dalam hidung ketika wudhu’ (bahkan memasukkan air ke dalam hidung/telinga (cuping) tu adalah salah satu tuntutan dalam berwudhu’) walaupun time tgh puasa.
Ok... ni lah hadis nya...
...berlebih-lebihlah dalam memasukkan air ke dalam hidung (memasukkan secara sepenuhnya) kecuali ketika berpuasa. (Hadis Riwayat Abud Daud, no. 2366, at-Tirmidzi, no. 788, an-Nasa’e, no. 87)
Ini membawa maksud bahawa memasukkan air ke dalam hidung ketika berpuasa adalah dibolehkan - hanya cuma, janganlah berlebih-lebihan iaitu cukup sekadar membersihkan kotoran.
Adapun perkara2 yg lain yg membatalkan puasa adalah:
1 - Makan dan minu dengan sengaja/dalam keadaan sedar.
2 – Muntah dengan sengaja.
3 – Haid dan nifas
4 – Jima’.
5 – Suntikan yang berbentuk makanan.
6 – Mengeluarkan air mani dengan sengaja.
Perkara2 yang dibolehkan meneruskan puasa:
1 – Masih dalam keadaan junub ketika waktu subuh.
2 – Bersiwak/menggosok gigi.
3 – Berkumur-kumur.
4 – Bermesra dan mencium isteri.
5 – Mengeluarkan darah atau suntikan yg bukan berupa makanan.
6 – Berbekam.
7 – Merasa makanan/masakan (dengan syarat tidak melepasi kerongkong).
8 – Memakai celak, menitiskan air atau ubat ke dalam/bahagian mata.
9 – Mencurahkan air ke atas kepala/mandi.
Perkara-perkara yg mengurangkan pahala puasa:
1 - Berkata-kata akan hal yang sia-sia
2 – Berkata dengan mengatakan sesuatu yang dusta.
**... saya tidak menyatakan hadis atau ayat qur’an (bg kesimpulan2 di atas) adalah bagi menjimatkan ruang dan meringkaskan artikel. Jika anda bertujuan mendapatkan/merujuk hadis-hadis yg berkaitan, sila reply kepada saya.
Terima kasih.

Sumber : http://an-nawawi.blogspot.com


No comments:

Jom tengok gambo2.........