Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Friday, April 27, 2012

Searching.............

Gambar diambil dari sini
Bukanlah aku nak mendaki Gunung Kinabalu..... rasanya takkan mendaki dan tak pernah pun mendaki... Apalagi ini adalah kali pertama menjejakkan kaki ke negeri Sabah..... Apabila sampainya kaki ini di negeri Sabah, maka lengkaplah sudah round 1 Malaysiaku....May be ada yang terkata, Malaysia lom abes round dah gi obesea...  Hah!... korang nak kutuk pun kutuklah, bukan aku dapat pape pun... korang makin dapat dosee ada ler.... Aku tak kisah punnnn..... suka hati aku ler aku nak jalan mana dulu kan..... Apapun harap2 tak der ler yang kata macam tu...  he hee heeee.....

Actually, masih dalam pencarian maklumat2 dan segala informasi tentang Kota Kinabalu. Apa yang aku dah settlekan (proses membooking) adalah :
1) Sewa kereta - Amik Avanza dengan En. Ariq
2) Strawberry Garden Resort, Kundasang - 1 malam
3) MZ Homestay Kota Kinabalu - 2 malam

Harap2 semua urusan dipermudahkan yang maha esa.... masih dalam proses untuk buat itinerary cuti-cuti Sabah.  Mind set dah ada cuma belum dikemaskini dan disahkan oleh cik hubby lagi..... bila tu aku nak terbang ke Sabah?... Asalnya pada Jun 2012... tetapi atas urusan dan kesesuaian masa aku tukar tiket pada 25 Mei 2012 (Jumaat) .... Maka, aku akan mencutikan sekolah anak2ku lebih awal dari cuti sekolah yang sepatutnya...... teruk2.....

Oklah... kalau ada info or nak sharing cerita, anybody can comment here.... sebab masih memerlukan banyak info dan cadangan tentang cuti-cuti Sabah.....

Wednesday, April 25, 2012

Resepi Oreo Cheese cake

Oreo Cheese Cake.... first time wat masa birthday cik hubby ari tue..... Actually cake nie memang feberet kami anak beranak... cumanya, kalaulah cake nie boleh diet kompom aku boleh buat selalu..... Oleh kerana kek nie menjadi masa buat hari tu, maka aku nak abadikan biar aku ingat dengan resepi2 dan cara2 dia.... he heheee heee.......... jom tengok resepi dia....

OREO CHEESECAKE - RESEPI  ( Klik sini untuk lihat sumber asal )
Sumber: Citarasawan (Kak Wan)

Bahan Dasar:- (akak guna loyang bulat 8 inci)
  • 200gm biskut oreo - di buang krimnya (*akak guna 300 gm)
  • 50gm mentega cair (*akak guna 75 gm)
Bahan Filing:-
  • 750 gm keju krim (*akak guna 500 gm Philladelphia Cheese)
  • 130 gm gula kaster (*akak letak 110 gm je)
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 3 biji telur (*akak letak 2 biji telor je)
  • 200ml whipping krim (*akak letak 150 ml)
  • 1 tbsp. lemon juice
  • 15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya (*akak letak 20 keping)
#Acuan springform 4.5" @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake)
atau acuan 8" menghasilkan satu biji.

Cara-cara:-
  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat (*for mini pan). Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Ambil 1 cawan penuh krim keju (*untuk mini cheesecake) dan tuangkan kesemuanya (*untuk loyang besar) ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka. (*anak dara akak rajin nak drizzle atas ciskek tuh..hehe, suka2 dia jek)


Kisar halus biskut oreo yang telah dibuang cream
Putar cream cheese dengan gula
ini versi yang dah siap putar....  Len kali aku nak tambah biskut oreo kisar dalam adunan....
Masukkan dalam loyang dan sedia untuk di bakar....
Bakar guna steam bath.......
versi yang dah siap bakar.... merekah... nape yerk?
Kek aku :
** Kurang biskut oreo kisar dalam adunan. Maka, rasanya dah jadi macam plain cheese cake jerk...
** Merekah... aku rasa sebab aku guna api atas bawah kuat!!.. Memula aku dah masak guna api bawah... then suhu ikut kat resepi tu. Sekali jerk dah 1 jam pun tak masak2... Masak lagi... tambah 1 jam lagi.... masih sama... (Oven aku kot problem???). Last2 aku kuatkan api atas bawah malas nak set time lama... tu yang macam kena paksa masak kot?.. haha hahaaa haa......
** Yang Pasti... Kek nie menjadi... dan sedap.....hi hii hiiiii..............

deco tak cantik sebab masih tak reti buat cream cake!... uwaaah......
deco lagi cantik... tapi still sama....
view dari tepi..... masih seksi nampak body cake... ha hahaa haaa.....

Tuesday, April 24, 2012

Suprise on 18 April 2012

 Selamat hari jadiiiiiiiiiiii.......2x
Selaaamat Hari Jadi Papa...........
Selamat Hari Jadi!!!.....

Suprise besday untuk cik hubby tercinta pada 18 April 2012 yang lalu......... bebenonya puas aku fikir nak buat apa, nak bagi apa.... aduh pening... pening.... Ingatkan nak bagi bunga wat macam dia suprisekan aku dulu.......... Klik sini kalau nak tahu lebih lanjut.... tapi fikir2 laki aku tak suka bunga.. kang membazir jer aku beli bunga..... lagi pun bunga2 nie biasanya lelaki bagi pompuan... urrmmm... last2 teringat hajat cik hubby nak wat makan2 family. Yerlah, sejak menjak nie kuarga kami makin sibuk menguruskan family memasing... so, antara aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan keluarga ialah makan-makan............ Jom tengok apa aku buat masa besday cik hubby.....
Nie kad besday dari Abang Long.... Aku bagi kertas suruh dia buat kad......
Dia buat kat sekolah... sebab x sempat nak ajar kat umah....
Maka, pada hari rabu tue aku bagi gam dan kertas kaler biar dia buat kad hari  jadi... kan dia dah belajar kat sekolah.... Sekali balik sekolah demamlah pulak!... cian abang long.... dengan lemah balik sekolah dia cakap kad papa dalam beg sekolah abang.... sedihnya rasa.... masih ingat kad untuk papa dia walaupun dalam keadaan demam dan lemah..... Mama sangat2 terharu juga sebab sakit2 masih ingat pesan mama dan demi hari jadi papa abang long sanggup berkorban masa buat kad disekolah... sayang abang long!!!....
Nie pulak gigih mama buat sampai pukul 2 pagi taw... Oreo Cheese Cake.....
Zoom dari tepi pulak... oreo dah luruh dek cream yang mencair... ha hahaa haaa.....
Masa hari Rabu tu, puas aku fikir macam mana nak booking kat kedai makan nie... kan biasanya aku sama2 cik hubby amik Azim dan kemana jua...... then, terpaksalah aku bohong sunat hari tu cakap aku nak pulang jubah konvo.... maka, aku hantar cik hubby balik rumah dan zaaasssss terus amik Azim dan ke dek non... Maka, tempahlah aku untuk 7 set makan jam 8.30 malam nanti. Then, balik ler aku kat rumah... deco kek aku dan lepas margrib suruh cik hubby beli sate. Konon2 nak ajak makan kat rumah mak. Lepas isyak jer, aku pun keluar dan tetiba.... tut tut tut...... "As, dek non kat mana nie?.. kak long dah kat jalan pulasan nie".. Alamak!... dah nak kantoi dah... cik hubby tanya siapa tue?... kenapa... alamak!... puas aku kelentong sana sini biar tak kantoi.....

Akhirnya sampailah ke dek non... konon2 aku nak celebrate dengan family aku jer... tetiba mak, akak semua ada... dah cik hubby terpingga2.. nape nie?... ada apa... akhirnya masuk ler kami ke dek non.... cik hubby cakap kat anak2... "Jangan duduk sana... sana dah ada orang tempah!....". Dah terpaksa juga aku tarik tangan cik hubby.... Maaf banyak2... suprise!!...... Nie As yang booking masa amik Azim petang tadi...... Senyum lebar dia dengan suprise aku kali nie.. he hehee heeee.... ini jer yang mampu aku buat untuk besday tahun nie... Hadiah aku tangguh gaji sebab duit tak cukup... kalau setakat nak hadiah kasut ke, kemeja ke... boleh aku bagi on time... bila cakap pandai pulak demand..... hu hu hu huuu..... so, kenalah tunggu gaji okey!.....

Makmertua aku dan mak mertua Ejai....
cian Afiq dah melepek demam.....
Jemput makan ye semua... kalau tak sedap komen kat tukang kedai!...
Tambah lagi Ejai.. tambah.....
Besday man.... Lupa nak snap gambar cheese cake aku bila dah potong!...
Ini ler order aku malam tue.....
Mulakan dengan bsmillah.....
Semoga doa2 kita dimakbulkan yang maha esa... AMIN...
Jemput makan semua.....
Liciiinnnnnnnnnnnnnnnn..........
Apapun terima kasih tak terhingga buat adik beradik belah cik hubby dan belah saya datang makan2. Apalgi buat family ejai dari Pengerang jauh datang dan Kak Long dari Bandar Mas, Anak2 saudaraku dari Skudai... Terima kasih tak terhingga... Moga jalinan ukhwah antara kita semua berkekalan ke akhir hayat...... Buat Papa... ini yang mampu aku buat..... Esok gaji cecepat minta hadiah.... kalau lambat kena tunggu gaji depan lagi... kalau tak tunggu lagi dan lagi..... hi hiii hiiii.... apapun happy besday buat Fairullah tersayang... Semoga ikatan perkahwinan kita berkekalan ke syurga........... Semoga papa dipanjangkan usia, dilimpahruahkan rezeki dan sentiasa dilindungi yang maha esa..... AMIN....

Wednesday, April 18, 2012

Buat kekanda tercinta.....

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAAAY TOO YOUUUU
HAPPY BIRTHDAY TOOO YOUUUUUUUUUUUUU........

SELAMAT HARI LAHIR BUAT KEKANDA FAIRULLAH.........

  Terima kasih sayang,
Kau hulur tanganMu saat diriku memerlukanMu,
Kau membelaiku saat aku memerlukan kasihMu,
Kau dakap diriku saat aku dilanda keresahan,
Kau pimpin tanganku saat aku tiada menemui jalanan.....

Sayang,
10 tahun kita bersama, membina mahligai indah,
Suka duka bersama, sabar dan tabah menghadapi dugaan,
Melayani kerenah diriku dan anak2,

Sayang,
Genap hari ini usiamu bertambah lagi,
Semoga diriMu sihat dan sentiasa dirahmati,
Ya Allah, doa ku pohon semoga diriMu sentiasa dilindungi,
Mencapai impian dan cita2 yang selama ini dihajati.....

Sayang,
 Akhir kata dari ku,
Maaf kopohon andai hari lahir kali ini tiada istimewa dariku,
ini yang termampu buatMu,
Ucapan hari Lahir buatMu, Fairullah kesayanganKU.....
Muaaah... Muaaah... Muaaah.....

Friday, April 13, 2012

hApPy bIrThDaY sYaSyA.......




11 April 2010 yang lalu.......... 
masih teringat2 lagi kenangan indah itu,
Puteri impian sentiasa ditunggu,
Anugerah Allah yang satu......

2 tahun telah berlalu,
terasa sekejap masa berlalu,
anak yang bijak idaman kalbu,
semoga dimakbulkan doa hambamu.......

Aleesya comel membahagiakan kami,
Anak yang manja dan bongsu kini,
Kuat semangat dan lembut hati,
Semoga sihat dan dirahmati Illahi.....


ha ha haaa.... Nak masukkan gambar nie pun malu sebeno2nya sebab tak cantik... hu huuu huuuuu.... Kek nie aku buat sendiri sempena besday Aleesya semalam merangkap cuti umum pertabalan yang dipertuan agung..... urrmmm nampaknya dalam tempoh 5 tahun nie, besday Aleesya akan cutilah yerk.... best3.....

Actually kek nie aku buat segera yer.... coz balik rumah dari merayap dah nak masuk margrib... balik2 terus godak dan bakar. Dalam kul 8.30 siap cepat2 sebab takut Aleesya dan abang2nya dah tidur.... esokkan sekolah... siang dah penat merayap!... (aii.. merayap manalah tue kan?). Okey, ada masa aku akan masukan dalam entri lain sebab gambar ada dalam hset aku.. lom copy gambar lagi!.....
Happy Besday sayang mama................. Mama loveee u!.....
Semoga jadi anak yang solehah, lembut hati....
Anak yang bijak pandai, cemerlang dunia akhirat.. AMIN...
Syukur kupanjatkan padaMu Illahi, kerana dipanjangkan usiaku dan anak2ku... dapatlah aku melihat mereka membesar didepan mataku..... Alhamdulillah. Rasa macam baru semalam jer aku bersalinkan Aleesya... tup tup dah 2 tahun rupanya... dengan hadirnya puteri kesayangan mama nie, maka lengkaplah sudah ahli keluargaku... impian sudah tercapai.... doa telah dimakbulkan... Alhamdulillah...  Akhirkata... Selamat Hari Lahir Aleesya yang ke 2 tahun.... Moga cemerlang dan gemilang menjadi anak yang solehah... AMIN...

Thursday, April 12, 2012

Seriau bila dengar berita semalam!!..

Maklumat lanjut sila layari akhbar2 dan media massa....
Semalam cuti sempena pertabalan yang dipertuan agung.... Aku dan family ada personal aktivity yang akan aku ceritakan dalam entri yang berikutnya..... sepanjang hari tiada dirumah dan Margrib baru kami ada dirumah dan balik2 aku bizi menyiapkan adunan kek untuk Aleesya. Sementara menunggu kek masak, aku mendengar berita TV3.... hah!!.. gempa?... Amaran Tsunami?.. Ya Allah... terus berdiri bulu2 roma aku yang tak berapa panjang nie... rasa ngeri bila teringat pengalaman yang kami lalui saat gempa bumi berlaku di Christchuch, New Zealand tahun 2011 yang lalu.... urrmmmm.... terus mengeletar lutut apalagi bila dengar amaran tsunami!!.....

Aku sedar dan aku tahu bukan aku seorang yang merasai pengalaman itu.... Apalagi ahli keluarga yang telah kehilangan sanak saudara akibat tsunami pada 2004 yang lalu... tentu lagi seriau bila gempa bumi melanda lagi dengan amaran tsunami.... Hanya Tuhan yang tahu perasaan mereka. Sedangkan aku baru diuji sedemikian, masih seriau dihati..... apalagi mereka yang telah kehilangan insan tersayang... lagilah..... Sebenarnya Allah ingin mengingatkan kita... mudah2an kita semua insaf apa lagi aku yang sering alpa...... 

Sedangkan gempa yang aku alami dulu 6.++ skala ritcher pun aku dah rasa nyawa bagai nak dicabut.... apalagi semalam 8.7 skala ritcher!... lagilah.... dulu aku sendiri berada dipusat gempa dengan kedalaman yang hanya 10++km sahaja dan kini 33km dari pusat bumi....  urrmm... bayangkanlah..... Hanya Tuhan yang maha mengetahui..... Syukurlah kita berada dibumi Malaysia.... rasa selamat dan aman..insyaAllah..... 

Tapikan.. bila dengar berita cengini, risaunya hati ini bila mengenangkan cik hubby with their family akan ke Medan bulan Disember nie nanti.... Anak2 bujang aku 2 orang akan join mereka... Risaunya aku akan keselamatan mereka...... (Agaknya macam nie ler mak aku rasa bila aku ke Obeseeea. Risaunya dia... banyak suruh berdoa....) Urrmmm... dan sekarang aku pula yang lalui..... Cik hubby dan anak2.... apa2pun mudah2an semuanya selamat.... 4 hari ditinggalkan bagai 4 tahun rasanya..... (Tapi kalau ke negara yang kurang risiko aku tak risau sangat... tapi kepulauan Sumetera tu agak risau sedikit... tu yang aku tak ikut pun tak apa.. aku juga jenis penakut...).  Terukkan aku nie... penakut macam mak aku... fikiran macam orang kampung.... (Ah lantaklah orang nak kata apa, memang aku penakut sebeno2nya... Jadi berani bila ada cik hubby yang berani.... hi hi hii hii ). Apapun, Semoga Allah melindungi dan selamatkan kita semua dari bencana... Mudah2an..... AMIN.

Kenangan lalu ......  kenangan terindah kami di bumi NZ....

Friday, April 6, 2012

Hari Jadi Mak yang lepas....

Majlis Penjenamaan Semula Politeknik Ibrahim Sultan
Sabtu - 17 March 2012
Dewan Serbaguna PIS

Rakan satu opis
menunggu ketibaan VVIP....

di iringi oleh penari dari warga PIS
Y.A.B Datuk Khalid Bin Nordin ( Menteri pengajian Tinggi malaysia )
Majlis Penjenamaan Semula PIS
Masa minggu nie sangat2 sibuk dengan planning dah diatur dengan family... tup tup kena kerja Sabtu dan Ahad.... (Sabtu dan Ahad ye...) Maknanya tiada istilah cuti untuk minggu nie.... Sabtu Ahad tu sampai tengah malam ye.... diulangi... tengah malam!.. sangat2 sibuk.... inilah kerja rutinku kini, tiada masa nak relak2 macam dulu....... sekarang lebih kepada stress!!.... Tapi, aku tak nak streeskan lagi diri aku.... aku nak stress itu bertukar happy!.... Badan dan mindaku dah rutin keje 'penuh' setiap hari...  Lama dah keje cengini... balik keluar opis rutinnya pukul 5.45 petang... ambil anak2 sampai rumah pukul 6.30 petang..... penatzzz.......

Actually, bermula semalam... unit aku (kaunseling & kerjaya) telah membuat program di Tiram Indah Village. Malam tadi hingga lewat tengah malam aku angkut suami dan anak2 kesana. Pukul 12 malam baru kami balik!.... Pagi2 dah kena ke Politeknik bagi Majlis ini.... dan habis majlis ini aku berkejar lagi ke Tiram Indah hingga Margrib!... dan malam berkejar2 ke Bandar Mas sebab dah janji nak wat makan2 sempena hari jadi mak..... 
Cik bunga... lelaki yang duduk nie GB awak ye?.....
menandatangani MOU...
Big BOSS kami........ Menteri Pengajian Tinggi... Ketua Pengarah Politeknik... semua turun PIS
Sidang akhbar sedang sibuk ambil gambar...
Majlis Penutup... Penari dari warga PIS
See.... ini semua kami (staf)  juga kena handle.....
dengan Protokol, Video, tarian, sidang akhbar... urrrmmmm..............
termasuk pameran hasil kreativiti pelajar2 kami
Baju di sponsor... cantik tak? tapi.. mcm tunjuk bunga jerk erk... hi hi hiiiii...
For Sale
Jamuan makan.... jom!...
Balik rumah tenghari tu cecepat aku masak laksa untuk rumah kak long malam nanti. kami buat style pot luck. Aku bawak laksa dan kek... kek pun tak ambik lagi.... uisssh..... Lepas siap masak, lepas xuhur zaaassss terus ke Tiram Indah Village. Aku Angkut Aleesya jer...... nak bawak semua tak keruan jadinya nanti....

Antara aktiviti mereka disana...
cianlah anak mama... peluh2 ikut mama work.....
Mama pun main angkut jer sampai kasut dia pun tertinggal..... dah berkejo2 kan...
presentation dari pelajar2
Sementara tunggu margib, ada masa kejap aku lari keluar amik kek yang aku tempah kat SR Giant, Plentong. Pukul 6 aku keluar dalam 6.30 aku dah balik..... Memang merempit giler..... Balik tu dah tengok bebudak nie masih buat aktiviti riadah.. Maka, aku btahu yang aku nak balik dulu..... Sampai rumah dah margrib, mandi2 terus ke Bandar Mas.... huh!...lepask!... mata pun dah kelat jer nak bukak.... Mak kata dah lah As.. kalau penat balik jer lah.... (Nampak no mata aku dah layu kan... Azim belum sempat makan dan potong kek dah tidur....). Memasing pun turut penat seperti aku rasa... huh.............

Kat rumah kak Long...
sembang2 dulu...... sementara tunggu yang lain ada... ingatkan aku orang last sampai!... h uhuuu huuu
Ni cucu aku... dah ada cucu sorang... he eheee hee cucu sedara....
Selamat hari jadi mak.... As sayang kat Mak!!!....
Kek Cocholate Mint... mmmm... aku yang banyak makan....nyummy nyummy....
Selamat Hari Lahir Mak......
Jom tiup sama2....
Semoga mak panjang umur dan sihat2 selalu.... AMIN
jom makan......... banyak betul makanan!.... mmm..best3...
Sebahagian yang ada....

Jom tengok gambo2.........