Salam Kemerdekaan pada 31 Ogos 2012 yang lalu.... Alhamdulillah kita sebagai rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman. Apalagi semua kemudahan semakin hari semakin banyak telah diberikan kepada kita sebagai rakyatnya. Syukur ku panjatkan padaMu illahi atas rahmat yang diberikan kepada kami semua. Kekalkanlah kemakmuran negara kami Ya Allah.... Hidupkanlah kami dalam keadaan aman sentosa dan bahagia.... AMIN...
Kalau kita lihat, apalagi bagi mereka yang telah menziarahi negara2 lain.... contohnya pengalaman kami / cik suami ke Thailand, Cambodia, China, New Zealand mahupun Indonesia...... Walaupun negara2 ini sudah mencapai kemedekaannya, ianya tidak sama dengan MALAYSIA yang mempunyai pelbagai keistimewaan yang tersendiri. Tentu akan tersentuh hati dan jauh disudut hati memanjatkan kesyukuran pada Illahi. Tak nak memperincikan setiap negara ataupun memperkecilkan setiap negara... tetapi cukuplah kunyatakan bahawa AKU AMAT BERSYUKUR MENJADI WARGA MALAYSIA. Alhamdulillah..................
************************************************************************************************************************
Cuti 3 hari membuatkan pelbagai planning dari pihak aku, cik suami, mertua mahupun parentku sendiri...... Macam2 difikirkan. Mana satu yang perlu kami dahului..... Memang tiada penetapan perancangan sehinggalah hari Khamis malam Jumaat baru ada jawapan yang pasti. Kenapa?....
Punca utamanya adalah CITRA merahku masih berada diwad..... bagaimana harus kami teruskan perjalanan yang jauh tanpanya???... VIVA comelku menghadkan pergerakkan kami sekeluarga. Cik suami mengajak ke Pahang... Tentulah aku nak ke sana... lama betul tak ke Pahang.... aku memang suka jalan2 area sana.... Nakkkkk sangatttt ke sana... tapi apakan daya...
i - Kereta masih di wad.
ii- Kos membaiki kereta mencecah RM2K seperti yang diceritakan sebelum ini... tambahan musim perayaan ini, banyak yang perlu dikorbankan..... RM, tenaga, masa dan macam2 lagilah....
iii- Kos nak ke Pahang lagi?.. jajan anak2 lagi... makan minum lagi....
Akhirnya, Planning nak ke Pahang ter'paksa dibatalkan.
Planning kedua adalah dari aku. Mak dan Abah ajak balik Muar. Actually, aku pun mood malas nak beraya di Muar minggu nie.. aku konon2 nak ke Muar dalam minggu depan... macam penat raya tak hilang lagi. (Tapi ke Pahang nak pulak ngek?... sebab ke Pahang bukan beraya.. berjalan.... he he heee). Tapi mak dan abah nak jugak balik minggu nie. Dia kata kalau anak2 tak nak pergi biar abah drive ke Muar dengan mak... Abah nak drive?????... lagilah aku tak keruan dibuatnya.... Abah tak sesuai lagi nak bawak jauh2.... setakat jalan2 biasa Pasir Gudang - Kota Tinggi tu tak kisahlah.... Akhirnya,
i- Teman mak dan abah beraya di Muar.
ii- Naik kereta abah jer sebab kereta aku tak sihat/tak muat.
iii- Satu rumah pun aku belum beraya disebelah parent aku...
iv - Ahad cik suami harus ke KL drive seorang diri.... (Kalau ke Pahang lagi penat kannnn....)
Maka, lebih adil dan patut aku ikut mak abah beraya dikampung. Tu ler sedikit kelemahan belah aku nie... jauh sangat rumah sedara mara semua.... bila beraya TENTU penatzzzz....
dan kini terasa ler sangat2 penatnya diriku ini........ apalagi sekarang ini aku berada dalam keadaan kurang sihat (batuk dan selesema). Rasa nak amik MC relaks kat rumah jer... apakan daya.... hari nie ada kelas (malas nak tangguh kelas) dan petang nie ada meeting kelab....(tentu pasal majlis raya dan meeting lepas dah beritahu yang aku jadi pengarah programnya... ho ho hooooo).
Tak sabar rasanya nak tunggu hunjung minggu nie... nak relaks kat rumah.... Alhamdulillah, saudara mara terdekat adik beradik semua dah beraya dirumah dan aku juga dah kerumah mereka. Yang tinggal hanya rakan2 @ saudara mara yang tak wajib dimusim perayaan ini. So, lega rasa.... Apapun, aku rasa tahun nie aku tak buat open house.... walaupun aku tak buat open house, pintu rumah aku sentiasa terbuka buat semua kenalan apalagi saudara mara untuk bertandang kerumah... Jemput ler datang ke teratak burukku itu seadanya...... Budget dan masa tidak mengizinkan aku buat open house tahun ini... Maafkan kami sekeluarga sekali lagi... Sekian.
No comments:
Post a Comment