Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Monday, July 15, 2013

Rehat sekejap

Berehat sebentar dengan kit kat.....

Lama rasa tak berkursus luar..... jarang meninggalkan anak2 dengan cik suami... lama benar rasanya... entah boleh ke tidak?. Pasal makan aku tak kisah... sebab senang jer bazar ramadhan melambak ada... pilih jer mana nak.... ( terpaksalah pecah azam semangat tak mahu ke bazar ). But not me okey! Aku masih belum shopping ke bazar... ari tu pun singgah jap semata2 beli belangkas then nampak kuih lopes terus balik.... tetap tiap2 hari memasak!.. tetapi, nampaknya 4 hari aku terpaksa berehat dari menyiapkan makan minum anak2 dan suami..... urrmmmm.... apakan daya....
 
Apa yang aku risau sangat2 adalah... sedar ke cik suami kalau Aleesya berjaga tengah malam nak menyusu....... rasanya belum pernah Aleesya ditinggalkan bersama cik suami.... 3 tahun lebih!... iye... Aleesya sudah 3 tahun lebih dan belum pernah kena tinggal dengan papa... Mak aku dah risau suruh tinggal dengan kak ngah aku... cian lah pulak akak aku... tak perlah.... ini tanggungjawab kami.... Aleesya pun dah besar... mudah2an Aleesya sihat dan tidak menyusu sangat waktu malam (tido)... dan jika dia mahu susu, mintak2 papa sedar....
 
Kemana akan ku pergi?... Hotel Residence Uniten, Bangi!!!.... Aku yang dengan penuh rela hati ingin kursus CPCM ini.... aku fikir sementara aku dan cik suami free....  biarlah aku ke sana walaupun bulan puasa..... Actually, sejak gred 42 dari tahun 2011 menunggu kursus CPCM tak muncul tiba.... baik aku penuhi peluang ini menggantikan rakan kerja yang tidak dapat ke sana sebab ada baby kecil.... Alhamdulillah.... Apalagi terasa apabila rakan baik Pn. Baiti akan kesana..... ada geng dan cik suami yang telah cukup syarat kenaikan pangkat .... lebih baik aku manfaatkan peluang yang memang sukar dapat ini...... sebab antara syarat kenaikan pangkat mesti telah menghadiri kursus PPK dan CPCM!...  Biarlah berkorban sedikit asalkan dapat manisnya suatu masa nanti.... mudah2an.... Okey, jumpa lagi nanti... bye.....
 
Gambar dari laman web telah dinyatakan...  dan dari En google

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan 2013


 Alhamdulillah....
Bertemu lagi Ramadhan 2013....
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
Mohon Ampun dan maaf atas khilaf diri
semoga ibadah kita diterima Allah Taala


Tanamkan azam dan semangat yang kuat
Semangat untuk beribadah sebanyaknya pada Allah Taala
Semangat untuk menyediakan menu berbuka dan sahur 
kepada suami dan anak2
Dengan kudrat dan air tangan sendiri
Semangat untuk membaca Al-Quran
Sekurang2nya sekali dalam sehari
Semangat Untuk Solat Terawikh
Kerana anak2 sudah membesar
Anak2 boleh ikut sama
Tunjukkan tauladan yang baik pada mereka
Ya Allah, Ampunilah dosa2 ku Ya Allah,
Ampunilah dosa ibubapaku, suamiku, anak2ku,
ahli keluargaku, semua mulimin dan muslimat
Tunjukkanlah kami kejalan kebenaranMu Ya Allah
Bersihkanlah jiwa dan hati kami Ya Allah
Berikanlah kami rezekiMu yang melimpahruah
Panjangkanlah umur kami
agar dapat kami laksanakan ibadah ini
AMIN, Ya Rabbal alamin....


** Semua gambar nukilan dari en.google....

Thursday, July 4, 2013

Alhamdulillah


Keputusan Berada Di Dalam Sampul Ini.....
Tajuk pun Alhamdulillah.... Maka, sah2 dah tahu keputusan didalamnya kan kan kannnnn........ Hasil pemeriksaan Pap Smear yang telah aku lakukan minggu lepas adalah tiada sebarang tanda2 masalah pangkal rahim..... 

Okey, sekadar nak berkongsi ilmu dan info daripada join program MAKNA di HSI dan nasihat daripada Doktor tempat aku membuat pemeriksaan pap smear tersebut. Nasihat dan info yang sama..... maka ilmu yang boleh digunapakai  bahawa kesedaran manusia ini kurang tentang kesihatan... yupssss... may be aku termasuk golongan itu... tahu tetapi still tidak menerapkan gaya hidup sihat. Selagi kita tak sakit selagi itu kita tidak membuat medical check-up!!.... dush... dush... kena sebijik kat batang hidung aku nie......

Doktor memuji atas kesedaran aku melakukan ujian tersebut. Beliau memaklumkan ramai pesakit apabila sudah ada tanda2 sakit, barulah tampil ke klinik/hospital untuk membuat pemeriksaan!.... he he heeeee... terkena lagi kat aku.... tapi, tak ler 100% sebab aku nie tetiba jer period tu menggong... lebih panjang dan lebih merisaukan dah nak puasa nie.... tak der ler tanda2 sakit pangkal rahim... may be tentang period tu ada ler sikit2 tersangkut! kih kih kihhhh.....

Dan lagi, dari pemerhatian aku dan cerita dari pegawai HSI sendiri, ada yang dah kena pun.... masih tidak mahu meneruskan rawatan kononya mereka dah tiada harapan dsb. Dan yang penting kita WAJIB tahu bahawa sel kanser ini tidak akan menunjukkan tanda2 pada pesakit jika pesakit berada di tahap 1 atau 2!!! sekali lagi doktor ditempat aku membuat ujian ini juga menjelaskan perkara yang sama!!!..... Biasanya apabila sel kanser telah merebak dan banyak, sudah ada menunjukkan tanda2 penyakit, biasanya pesakit tersebut sudah berada di tahap 3 atau 4!!!.... betul.... hasil temubual aku dengan pesakit2 HSI tempohari pun menyatakan perkara yang sama.....  kebanyakkan mereka berada ditahap 3 atau 4..... dan kebanyakkan adalah kaum cina/india.... adakah melayu tidak ada yang kena????... Seperti yang dimaklumkan kebanyakkan mereka sudah putus harapan, tiada semangat untuk meneruskan rawatan.... mungkin juga disebabkan kos rawatan?.... wallahualam.... itu yang membuatkan aku benar2 takut!.. serius takut bila dengar pengalaman2 mereka. Ada akak nie kanser usus, dia menceritakan tentang sebab2 yang mungkin menyebabkan kanser. Antaranya adalah snek2 atau jajan2..... kedua ikan masin @ makanan yang diawet.... ketiga segala makanan yang mempunyai expired date seperti sardin, maknan dalam tin dsb. Yang lebih baik adalah makanan yang mengandungi sayuran hijau..... itu boleh mencegah kanser... bukan mengubati ye.... dan ingatlah mencegah lebih baik dari mengubati!.... ceh.... memang tidak dinafikan aku sendiri tidak mengamalkan gaya hidup sihat..... aku tahu.... tetapi ilmu yang aku terima aku just nak kongsi bersama.... okey........

Lebih kurang gini ler gaya keputusan pap smear tu.... kita tengok bahagian interpretation okey!.... Maksudnya tiada tanda2 masalah pangkal rahim.....Kalau Malignancy katanya tentang pangkal rahim... Kalau No tu maksudnya memang tiada menunjukkan tanda2 tersebut... then Dysplasta tu pulak adalah sel2 dalam rahim tu.... kadang2 ada yang tiada malignancy tetapi ada dysplasta.... dysplasta nie kiranya macam ada tanda2 kelainan pada sel tersebut.... contohnya membengkak ke.... hah gitu ler. Bila ada kena buat lagi ujian demi ujian untuk mengesahkan...... okey, aku nie bukan doktor. Jika ada tersilap info aku mohon ampun san maaf.... boleh ditegur agar tidak akan lebih ramai lagi yang salah tafsir. Tetapi, ini adalah ilmu yang aku terima daripada join beberapa program MAKNA, pegawai HSI, pesakit HSI dan Doktor tempat aku menjalani ujian..... okey, jumpa lagi.... babai......


kuih....kuih.....1 biji 1 hinggit....

Sila abaikan loyang dan piok aku tu ye.....  memang teruk betul aku nie.... tapi kalau licin bersih jer tu pulak maknanya tak pernah guna ler.... So, ini sebab dah terlebih guna ler jadi cenggini.... sental pakai berus piok naik lunyai pun tak hilang2..... urat tangan aku yang hilang ade ler...... hu huu huuuu.....

Actually, aku buat cream puff nie masa keje kawin anak sedara aku..... Aku buat 4 adunan!... memula trial buat 1 adunan untuk anak2 aku. Cik suami tak der.... bayangkan 1 adunan boleh licin 3 beradik tu punye keje!....  Memang dia orang suka... memula buat nie tepung dia kurang soft.... maka aku softkan sikit masa kali ke-2 tetapi boleh pulak ter'masin!!!!.... tapi ramai yang kata sedap... tak masin... semua tak caye aku yang buat!... hu hu huuu... yahuuuu..... sedap ler tu......

Esoknya, aku buat 3 adunan.... aku dah budget bebudak nie kang nak lagi... adik2 belah MIL pun nak rasa lagi... sebab masuk dalam whatup kan... so, memang tak sampai hati kalau bab makan2 nie.... hantarkan jugak sedikit ke sana.... dan 2 bekas penuh ke rumah kak long aku...... Jom tengok dapurku yang cantik itu.....

Sebelum dibakar.....
Setelah dibakar dan disejukkan untuk dipotong masukkan cream custard.....
Cream custard yang telah siap dimasak.....
Tadaaa..... inilah hasil cream puff aku.... sedaaapppp!!!.....

Dan semalam, bertambah lagi satu jantung pisang tumbuh...... maka akan berbuah ler tak lama lagi pokok pisang itu dan menjumlahkan kini yang ada sebanyak 5 tandan pisang sedang berbuah di rumah aku..... kalau jual nie mesti laku.... tapi masalahnya tak ler semua serentak..... berperingkat2... dan yang paling aku risau bukan masalah jual atau makan atau bagi jiran2 atau adik beradik!!... yang aku risau normalnya pisang ini akan hilang di curi orang!!!!..... itu normal okey!!!..... dah puas aku jenguk hari2.... konon2 biarlah masak atas pokok sedap sikit pisang tu... tetapi normalnya..... bukanlah rezeki aku..... TETAPI aku tetap berdoa semoga buah2 kali ini menjadi rezeki kami... rezeki jiran2 dan keluarga kami..... Mudah2an...... sedapnya goreng pisang.... sedapnya muffin pisang..... sedapnya jemput2 pisang.... nyummy2.....

Semoga menjadi rezeki kami sekeluarga..... AMIN

Wednesday, July 3, 2013

Luaskan Kuasamu.....

Minggu ini cik suami hampir 10 hari juga ke Pahang membawa skuad Hoki PIS..... dan berakhir genap2 pada hari ulang tahunku..... Makanya, tinggallah aku bersama anak2 tersayang, ke hulu kehilir menghantar sekolah Kota Masai, Cahaya Baru dan ke Nusa Damai. Tiga destinasi yang berbeza.... pasti memenatkan aku.... tetapi ini semua aku tidak anggap bebanan malahan satu tanggungjawab untukku. Untuk memulakan keadaan ini suatu masa dahulu memang sukar, tetapi alah bisa tegal biasa..... sampailah aku ke shopping barang dapur bersama anak2.... Syukur ada anak2 yang menjadi peneman setia saat ketiadaan suami. Tetapi, terus terangku nyatakan costing sewaktu ketiadaan suami amat2 terasa..... dengan minyak kereta, duit dapur, duit sekolah, apalagi aku selalu makan kedai bila cik suami tiada..... Haaa.... rasakan.... kalau tidak, ada banker yang bayarkan semua bil!!!... may be ini juga satu pengajaran untukku supaya tahu erti bersyukur, pengorbanan seorang suami demi menyara anak2 dan isteri. 

Skuad Hoki PIS cik suami....
Okeylah, berbalik pada tajuk entri hari ini.... pada Sabtu lepas anak bujangku bersungguh2 nak ikut Pak Teh dan Mak Lang dia ke Stadium Bukit Jalil..... aduh nak... bukan mama tak bagi... tapi mama sendiri tak ada pengalaman itu malahan mama rasa risau sebab abang long masih kecil... apalagi mama dan papa tiada!!!.... tetapi, hati seorang ibu nie.... kalau anak dah menangis2 memang tak sampai hati.... Akhirnya, inilah rezeki Afiq.... Papa izinkan dan alhamdulillah satu pengalaman yang amat2 meng'happy'kan Afiq!!!...... Akhirnya Afiq bertolak ke Stadium pada pukul 10.00pagi...... 

Bujang2 Hoki PIS sedang menonton Final Bola Sepak JDT...
Actually, asalnya aku kena hantar Deli dan Nini naik bas untuk ke Stadium. Masa amik dia orang kat umah MIL, mula dah start babak2 menangis, meraung, mengamuk dan seangkatan dengannya. Kemudian, terpaksa singgah rumah aku kejap dan masa itu boleh si Afiq nie capai baju JDT kat ampai!!!.... kemudian, hantarlah aku mereka ke bas. Sampai kat bas menarik2 tangan aku, merajuk2 nak ikut juga Deli dan Nini.... dan akhirnya kami mengalah. Lepaskan dia pergi.... naseb ler kamu dah mandi Afiq!!... naseb ler kamu pakai seluar jeans Afiq tapi baju kamu agak buruk sikit!.... Bantai ler dia ikut tang tu jugak ke Stadium..... hu huu huuuu... memang kebetulan!. Paling tak sangka boleh pulak dia capai baju JDT kat ampai tu.... kalau fikir2.... isshhhh... kelakarlah semua nie berlaku sekelip mata!!... 

Okey... jom layan gambar2 whatup dari mereka......

Haziq ( anak saudara ) ikut team JDT 26 bas katanya!!...
Yeeeeah dah sampai Stadium...
MEMANG REZEKI kamu betullah Afiq!!!....
Kau ada????....
Luaskan Kuasamu Johor.... ale.. ale... ale....
Balik memang suka sangat dia dapat ke sana... Mama pun happy.....

 Alhamdulillah.....

Weekend

 ABANG LONG

Memula nak cerita kisah abang long.... atau Afiq..... Actually pada 23.6.2013 lepas merupakan hari penyampaian hadiah untuk sekolah agama pulak. Pada Jumaat tu kan sepatutnya hari mengambil keputusan peperiksaan sekolah agama dan kebangsaan. Tetapi, disebabkan jerebu semakin kritikal sekolah kebangsaan ditutup tetapi sekolah agama masih diteruskan hari terbuka ibu bapa. Seperti yang telah diceritakan dalam entri sebelum ini bahawa cik suami telah mengambil result Afiq dan keputusan amat membanggakan. Semoga Afiq kekal dan terus maju demi masa depan. Tetapi, itu sekolah agama.... kalau sekolah kebangsaan.... urrmmmm.... ikut mood dia turun naik bagus dan kurang bagus..... Kemudian, masa papa tak ada Jumaat, 28.6.2013 Mama telah ke sekolah mengambil keputusan Afiq pula... kalau tahun lepas bolehlah kekal no1 sebab dia duduk di kelas ke-2. Tahun ini.... berada dikelas pertama 4 Arif..... Mama dah cakap mesti skor A dan cuba dapat top 5!!... tetapi, keputusan beliau jauh di no 12.... dengan hanya mendapat 2A dan 3B.... Apapun keputusan yang Afiq dapat mama bersyukur.... Mama tahu Afiq telah berusaha walaupun dalam keadaan terpaksa..... Mama nie kuku besi sikit!!!.... Tapi, kalau mood 'M' dia datang..... kuku emas ke... besi ke.... logam ke.... tetap dia x buat!!!.... Apapun mama ucapkan tahniah atas kejayaan Afiq..... Afiq memang lemah dalam Bahasa Inggeris dan Sains..... tapi terkucil juga BM Pemahaman dapat B..... Afiq kena lebih rajin berusaha.... Afiq mesti semangat belajar.... jangan malas2... jangan main games aje okey!!!....... Cikgu pulak komen Afiq nie manja..... suka mengadu.... dengan nada yang manja... tak boleh kena usik... lorrr.... apa2 aje lah awak nie Afiq!!... tetapi kat rumah memang dia nie agak manja sikit tetapi garang pun boleh tahan... asyik marah kat adik2 je.... hu hu huuuuu....

Okeylah, kita sambung balik cerita tentang gambar2 yang telah diambil. Asalnya Jumaat yang sekolah dicutikan sebab jerebu tue... bolehlah pulak tetiba kami plan melarikan diri ke Pahang.... melarikan diri ler sangat!!!..... Tambahan pulak masa tu Kak Long suamiku telah ada tanda2 untuk bersalin. Maka, family aku, MIL dan Asniwati serta Mak Lang ikut ke Pahang pada petang Jumaat tue..... dalam pukul 6 kami bertolak mengikut jalan Mersing...... Sampai Pahang dalam pukul 12 malam jugak..... Kemudian, Pagi Sabtu tu kak long pun bersalin dapat baby girl yang comel..... dan pagi tu kami tidak kemana2 sebab penat jugak kan.... dan lepas makan tengahari dalam pukul 2 kami ke Hospital melawat kak long. Kat HTAA waktu melawat weekend sangat panjang dari pukul 12 tengahari hingga 7 malam kalau tak silap. Tak macam kat Johor, ada masa tengahari dan petang. Then, kami berada di Hospital tu sampai pukul 4.00 petang juga..... Lepas tu kami ke Beserah tempat biasa kami mencari ikan bilis, ikan masin tengiri dan sotong kering. Lepas tu kami ke Tanjung Lumpur untuk mencari sata... konon nak Cherating, tapi masa tidak mengizinkan dan aku pulak kena balik malam nie sebab esok Majlis Penyampaian Hadiah Afiq dan Hari terbuka sekolah Azim.... urrrmmmm... memang penatzzz....... Tetapi sebelum ke Tanjung Lumpur kami bawa anak2 ke Taman teruntum..... ada mini zoo.... anak2 memang suka kalau ke sini.... oke jom layan gambar2.....
Mintak2 dapat ler sorang lagi baby cengini....  he heheeee....
Taman Teruntum bersama sepupu sepapat.....
Pak teh yang jaga anak2 saudara dia nie.. hi hi hiiii....
Pegang Ular besar.... eeeeeee eeeee eeeee..........
Beratur menunggu sata di Tg Lumpur....
Oleh kerana kepanatan, balik dari Tanjung Lumpur dah margrib..... Afiq pulak menangis2 tak mahu balik... maklum ler dah jumpa sepupu2 dia.... dia kata tak apa.... tak amik hadiah pun tak apa nanti cikgu bagi kat sekolah... pulak dah... dulu kemain asyik nak ingatkan suruh datang.... urrrmmmm.... dan akhirnya kami pun mengambil keputusan balik pukul 3 pagi esok.... budget sampai pukul 8 pagi.... huh... semua untuk anak2.... dan apabila tak jadi balik, anak2 dan sepupu semua ikut mok de dia ke Tlk Chempedak..... aku dan cik suami pulak tetiba boleh keluar jalan2 dan ter' pergi Tanjung Lumpur semula nak makan ikan bakar. Yuppsss kat Kedai Ana Ikan Bakai Petai tue ler..... hu huu huuuuu....... Balik dari makan pun dah pukul 11.00 malam.... esok pukul 3 kena bangun nie..... 

seperti dalam entri sebelum ini..... :)

Esoknya pukul 3 pagi aku dah bangun..... kejutkan sik suami suruh mandi2 supaya segar sikit badan tu nak drive jauh nie.... aku kemas2 beg mandi2 dan hampir pukul 4 juga baru gerak.... dan cik suami yang bawak.... aku duduk seat belakang menemani aleesya yang tido tersenguk2 mata nie... nak lelap memang tak boleh.... layankan cik suami dengan mak lang supaya tak ngantuk.... naik pening gak kepala nie menahan ngantuk.... cik suami bawak sampai Tenggaroh then aku continue sampailah rumah... Alhamdulillah kami selamat sampai dalam pukul 7.45pagi.... aku siap2 gosook baju... mandi lagi.... dan akhirnya pukul 9.00pg jugak kami ke sekolah.... Ingatkan dah lambat... rupa2nya masih dalam permulaan mesyuarat agong... tengah pemilihan AJK.... sekali lagi naseb lorr cik suami dilantik jadi penyimpan kira2 pulak.... orang2 yang sama jugak AJK PIBG sekolah kebangsaan.... dan punya dengki cik suami lantik aku pulak jadi AJK apa ngek... penjaga aset.. hah gitu ler.... urrmmmm..... what to do... terima jer lah..... Okeylah jom layan gambar2 nie....

 
Tak ramai mana pun masa kami sampai nie....
AJK PIBG Sekolah Agama pulak... ngeeeee.....
See.... inilah anak2 kami tak reti diam..... ada je kerja dia!!!....
Dengan bangganya anak mama nak terima hadiah!....
Tahniah Afiq sayang.... tingkatkan lagi peratus markah kamu ye!!!...
Inilah pengerusi baru yang melantik cik suami jadi AJK... he heee heee...
Siap posing lama tu sebab nampak papa nak amik gambar...
Tahniah Afiq.... Tempat Pertama....
Songkok tu macam mana Afiq????
Dah jom balik....
Sebelum majlis tamat kami terpaksa beredar sebab masa dah pukul 11.15pagi... Masa untuk mengambil report card Azim sehingga pukul 12.00 tenghari.... cecepat kami ke sekolah Azim pulak kat Jalan Jambu....  sampai2 kami rupanya2 orang yang terakhir dan terpaksalah menunggu turn kerana masih ada lagi dalam 6~7 orang lagi.... Azim pulak tiada keputusan A, B dan sebangainya.... dia hanya ada 3 kategori telah menguasai, sedang menguasai dan belum menguasai.... So, kita hanya dapat tahu tahap Azim sahaja dan kemampuan dia... he hee heeee.......

Lama gak menunggu....
Menunggu turn.... he hehee heee....
Masa amik report card sekolah kebangsaan pulak....

ABANG NGAH

Nie pulak weekend pada 29.6.2013..... kalau weekend nie memang ada jer planning kami... tak de nye duduk rumah diam2.... dapat duduk diam kemas rumah tu mau 2 bulan sekali... ki kii kiiii...... Okey yang nie pulak cerita Azim atau Abang Ngah.... Lawatan ke Zoo Johor..... Masa nie papa tak de... aku yang hantar..... genap2 7.30pagi sampai sekolah!!... terkejar2.... sekali tunggu orang... bacaan doa dsb gitu gini pukul 8.00 juga bas bergerak... punya suka tengok bebudak nie nak naik bas.... hi hihii hiii.... jom tengok gambar.....

terpaksa parking jauh sebab dah ramai ibu bapa yang hantar....
Azim tetap di depan.... hi hi hiiii... bagus2...
Memasing excited nak gi Zoo dan naik bas...
Beratur naik bas....
Abang Long tetap bersongkok walau kemana pun.... :)
Okey... itu jer cerita kali ini.... bagi aku.... Aku amat2 menyokong program seperti ini.... memang amat bagus untuk kanak2.... sambil belajar. Apalagi mengajar dan menerapkan anak2 supaya menderma di Masjid. Lepas lawatan di Zoo mereka di bawa lawatan ke Masjid Sultan Abu Bakar..... kemudian, di beri oleh ustazah duit kepada anak didik mereka supaya menderma.... memang amat bagus...... Semoga program ini dapat diteruskan untuk masa2 akan datang. Sekian.... Terima kasih....


 


Tuesday, July 2, 2013

1st JuLy iS mY biRtHdaY !!!!......

Semalam 1 Julai 2013.... berganjak lagi usiaku..... Syukur alhamdulillah diberi kenikmatan kehidupan bersama insan2 tersayang...... Actually, sambutan birthday girl tidaklah sehebat mana coz bukanlah sambutan 6 years.... Ini untuk mama punya birhday okey... so, seperti biasa kami just makan2 sefamily... itu jer bagi mengeratkan ikatan kasih sayang antara kami sekeluarga....

First, kami sambut seminggu sebelum birthday.... actually masa nie kami di Pahang.... Kononnya masa birthday nanti papa tak ada outstation.... So, kami sambut hanya berdua... dating berdua.... dinner berdua coz masa nie anak2 nak ikut mok de dia gi Teluk Chempedak. So, mama hanya bawak Sya Sya je... itu pun  belum sampai kedai dah melantak tido tak sedo apa dah!......

Order ikan dan sotong.... Lama dah mengidam nak makan sini!!...
Dulu pergi tutup... Alhamdulillah kali ini buka.....
Hanya kami berdua....
Hanya Siakap Bakar dan Sotong Goreng Tepung!!
Nampak sedapkan.......
Dan ini adalah main course dia.... Ikan Bakar Petai...
Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang

Akhirnya, dapat juga aku makan ikan bakar petai nie... ari tu pergi tutup ler pulak.... kali nie pergi planning last minute, tetiba tersinggah then kedai pun buka. So, apalagi... singgah ler kami di sini.... Orang???... mak oiii memang ramai gilerssss macam kedai parameswara kat medan ikan bakar, Umbai, Melaka tu.... beratur panjang beb!!.... Kerusi silih berganti.... urrmmmm... untungnya kedai nie...... Tunggu pun tak ler lama sangat... may be pekerja dia ramai kot.... Oleh kerana perut kami agak2 kenyang, tetapi nak juga makan ikan bakar petai nie.... maka, kami hanya order makan sedikit sahaja. Itupun, tak terhabes!!.... bercinta nak habeskan order kami tu.... kalaulah Afiq ada.... pasti boleh membantu masalah kami.... hu huu huuuu.... Cerita tentang rasa???... Bagi aku ler... aku lagi suka siakap 3 rasa... coz kami pilih siakap.... Siakap bakar nie okey jugak... sotong goreng tepung dia agak tawar sedikit tapi okey jugak... Kalau kami ke Kuantan nak ler jugak mengulang ditempat ini sebab dia ada rasa keunikan dia tersendiri yang belum aku temui ditempat lain.... he hehee heeee...... so, aku bagi 4 bintang.......

Kemudian,  ada member i tue.... tunjuk gambar nie kat FB dia.... mai oiii... terliuq i taw!!.... Then, esoknya tanpa suami aku ke Bukit Dahlia cari kek nie. Katanya, Chocolate Cheese Cake.... urrmmm, sekali sampai tutup ler pulak... masa tu Afiqlah jadi peneman mengidam aku nie.... urrmmm... sedapnye......

Masih teringin..... nyummny2...
Actually, aku nie memang peminat kek yang moist2 nie.... mudah sangat terliuq..... apa lagi kalau nama cheese.... aduh!.... memang sedaya upaya nak dapatkan!!!!.... Semalam, dihari ulangtahun aku, cik suami pulang ke rumah.... yeeah..... dia balik!... ada disisi pada hari istimewa ini.... Alhamdulillah. Tengahari tu aku ajak makan kek, dia diam jer.... oleh kerana kelas penuh aku diamkan jer lah sebab memang agak terkejar2 kalau nak ke sana..... Balik dari kerja, cik suami buat suprise!!!...... rupa2nya dia dah beli kek then simpan dalam peti ais..... si sya sya pulak..... "Mama, kek beday tuyu mama ada dalam peti cejuk!... mama nak tak?". He he heee... pandai papa buat suprise kat mama ye..... dan Azim pulak... "Mama, papa dah booking makan kat Dek Non dengan Tok Mak...". Apa?... patut ler papa diam2 jer besday mama kali nie... biasanya dia tanya nak makan mana....  hu hu huuuu huuuu.....

Inilah kek yang papa rahsiakan.... ngeeee.....
Kat Dek Non tu gelap.... x boleh capture gambar!....  so sad :(
1001 percubaan tetap tak berjaya.... mama dalam gelap..... huh!
Dan akhirnya, sebab dah kenyang makan... kek nie kami bawak balik!
Yupsss.... Chocolate Indulgance juga feberet kami sekeluarga... tak pernah muak... selain kek nie... aku pun suka macadamia dan butterscooth.... memang terbaek!!!.... Bulan 4 order durian cake.... agak kureng sket masa birthday papa, bulan 5 birthday Jaja (adik ipar) macadamia then bulan 6 birthday anak saudara Mizah Butterscooth....... Tapi, bebenonya aku dah kepingin nak order sotong goreng tepung... nak oreo cheese cake..... tapi papa dah plan.... Oleh kerana kami ramai, so, kemampuan kami buat masa nie hanya di Dek Non dan yang sesuai adalah Chocolate Indungance.... Kalau cheese cake family aku jer bolehlah..... sebab kecik kan.... apapun aku bersyukur atas nikmat yang diberikan ini. Terima kasih papa belikan mama kek suprise dan suprise belanja mama..... Semoga rezeki papa bertambah dan melimpahruah hendaknya... Amin....

Dan semalam jugak ada my best friend bertanya.....  Dah jadik lom As???... he heee heee.... Sesiapa yang follow cerita aku nie akan tahu ler apa yang jadi tu?... kah kah kah...... Actually, memang masa tu kami 'tiada sekatan' dan percubaan telah dilakukan. Rasanya memang kebetulan genap sebulan percubaan itu dan keputusannya adalah gagal!!.... Aku tak ler mengharap sangat sebab kalau jadi bulan 2 tahun depan. Okeylah lagi... tapi bulan ini hingga raya terpaksa ditangguhkan sementara disebabkan aku tak mahu bulan 3 dan 4 sebab rugi wooo.... masa tu cuti Poly 3 bulan.... kelas tak de.... dan masa tu agak relak berbanding waktu biasa!..... dan memang aku nak manfaatkan cuti 3 bulan tersebut 'kalau dapat'. Doa2kanlah ye timing yang baik dan diberikan rezeki ini..... Secara kebetulanlah pulak, selepas percubaan pertama ini tak menjadi..... period aku pulak jadi tak betul!... mak aiii..... terus aku jadik takut!!!.... normal aku 7 hari.... kali ini tetap 7 hari.... stop 3 hari siap solat semua.... sambung balik 3 hari.... total 13 hari!!!.... terus aku jadi gabra dan mula search dengan en.google. Ditambah pulak aku baru jer lepas join program MAKNA di HSI.... melawat wad perempuan 6D.... macam2 jenis kanser untuk kaum perempuan..... terus takut!!... untuk makluman semua, sel kanser yang sedikit memang tidak nampak...... bila sel kanser dah banyak barulah pesakit akan sedar yang dia sedang sakit dan biasanya pesakit akan tahu bila dah tahap 3/4..... sesiapa yang tahu berada ditahap 2 itu memang patut bersyukur sebab dapat kesan awal.... hah begitu ler seba sedikit info yang aku terima selepas join program MAKNA tersebut...... perrghh.... ter'fikir negatiflah pulak aku nie..... aah sudah..... demi nak memuaskan hati, walaupun tidak ditemani suami.... dengan kecut perut dan malu yang tebal, aku gagahkan diri ke Klinik buat pap smear....  last aku buat 5 tahun lepas... Lama tak lama..... sebab malu dan takut ler aku tak buat.... tapi, sebab kali nie period aku panjang dan aku lebih takut penyakit yang datang. Maka aku kuatkan semangat cari klinik yang jarang aku pergi supaya aku tak jumpa doktor tu kembali..... ha ha haaa.... malu beb kalau jumpa doktor yang kenal. So, Jumaat lepas adalah waktu yang sesuai untuk menjalani ujian ini. Lepas buat tu, cecepat bayar bil dan bla..... keputusan adalah seminggu. Berdebar2 jugak nak menunggu keputusan pada minggu nie..... semoga keputusan adalah normal.... baik2 sahaja dan sihat hendaknya.....AMIN.... AMIN.. AMIN....

Bergambar kenangan ketika join MAKNA di HSI..... Satu Pengalaman dan Ilmu yang sangat2 berharga....

Jom tengok gambo2.........