Keputusan Berada Di Dalam Sampul Ini..... |
Tajuk pun Alhamdulillah.... Maka, sah2 dah tahu keputusan didalamnya kan kan kannnnn........ Hasil pemeriksaan Pap Smear yang telah aku lakukan minggu lepas adalah tiada sebarang tanda2 masalah pangkal rahim.....
Okey, sekadar nak berkongsi ilmu dan info daripada join program MAKNA di HSI dan nasihat daripada Doktor tempat aku membuat pemeriksaan pap smear tersebut. Nasihat dan info yang sama..... maka ilmu yang boleh digunapakai bahawa kesedaran manusia ini kurang tentang kesihatan... yupssss... may be aku termasuk golongan itu... tahu tetapi still tidak menerapkan gaya hidup sihat. Selagi kita tak sakit selagi itu kita tidak membuat medical check-up!!.... dush... dush... kena sebijik kat batang hidung aku nie......
Doktor memuji atas kesedaran aku melakukan ujian tersebut. Beliau memaklumkan ramai pesakit apabila sudah ada tanda2 sakit, barulah tampil ke klinik/hospital untuk membuat pemeriksaan!.... he he heeeee... terkena lagi kat aku.... tapi, tak ler 100% sebab aku nie tetiba jer period tu menggong... lebih panjang dan lebih merisaukan dah nak puasa nie.... tak der ler tanda2 sakit pangkal rahim... may be tentang period tu ada ler sikit2 tersangkut! kih kih kihhhh.....
Dan lagi, dari pemerhatian aku dan cerita dari pegawai HSI sendiri, ada yang dah kena pun.... masih tidak mahu meneruskan rawatan kononya mereka dah tiada harapan dsb. Dan yang penting kita WAJIB tahu bahawa sel kanser ini tidak akan menunjukkan tanda2 pada pesakit jika pesakit berada di tahap 1 atau 2!!! sekali lagi doktor ditempat aku membuat ujian ini juga menjelaskan perkara yang sama!!!..... Biasanya apabila sel kanser telah merebak dan banyak, sudah ada menunjukkan tanda2 penyakit, biasanya pesakit tersebut sudah berada di tahap 3 atau 4!!!.... betul.... hasil temubual aku dengan pesakit2 HSI tempohari pun menyatakan perkara yang sama..... kebanyakkan mereka berada ditahap 3 atau 4..... dan kebanyakkan adalah kaum cina/india.... adakah melayu tidak ada yang kena????... Seperti yang dimaklumkan kebanyakkan mereka sudah putus harapan, tiada semangat untuk meneruskan rawatan.... mungkin juga disebabkan kos rawatan?.... wallahualam.... itu yang membuatkan aku benar2 takut!.. serius takut bila dengar pengalaman2 mereka. Ada akak nie kanser usus, dia menceritakan tentang sebab2 yang mungkin menyebabkan kanser. Antaranya adalah snek2 atau jajan2..... kedua ikan masin @ makanan yang diawet.... ketiga segala makanan yang mempunyai expired date seperti sardin, maknan dalam tin dsb. Yang lebih baik adalah makanan yang mengandungi sayuran hijau..... itu boleh mencegah kanser... bukan mengubati ye.... dan ingatlah mencegah lebih baik dari mengubati!.... ceh.... memang tidak dinafikan aku sendiri tidak mengamalkan gaya hidup sihat..... aku tahu.... tetapi ilmu yang aku terima aku just nak kongsi bersama.... okey........
Lebih kurang gini ler gaya keputusan pap smear tu.... kita tengok bahagian interpretation okey!.... Maksudnya tiada tanda2 masalah pangkal rahim.....Kalau Malignancy katanya tentang pangkal rahim... Kalau No tu maksudnya memang tiada menunjukkan tanda2 tersebut... then Dysplasta tu pulak adalah sel2 dalam rahim tu.... kadang2 ada yang tiada malignancy tetapi ada dysplasta.... dysplasta nie kiranya macam ada tanda2 kelainan pada sel tersebut.... contohnya membengkak ke.... hah gitu ler. Bila ada kena buat lagi ujian demi ujian untuk mengesahkan...... okey, aku nie bukan doktor. Jika ada tersilap info aku mohon ampun san maaf.... boleh ditegur agar tidak akan lebih ramai lagi yang salah tafsir. Tetapi, ini adalah ilmu yang aku terima daripada join beberapa program MAKNA, pegawai HSI, pesakit HSI dan Doktor tempat aku menjalani ujian..... okey, jumpa lagi.... babai......
No comments:
Post a Comment