Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Wednesday, February 10, 2010

Deko2........

Rumah Pertama yang kami sayangi lagi dikasihi...... 6 thn tinggal disini...Ruang tamu yang comel.... boleh memuatkan kami sekeluarga berehat....

Minggu ini genap sebulan rumah mak diubahsuai..... pengubahsuaian ini dilakukan disebabkan beberapa perkara yang difikirkan positif dan untuk masa depan keluarga sebelah suami....InsyaAllah kami akan berpindah kerumah baru yang telah lama dibeli..... DiCasia, Taman Scientex..... excited untuk pindah????.... entahlah ek.... biasa jer kot???... sebab budget x maksimum utk renovation umah baru dan kami dah lama tinggal diKuini.. rasa dah selesa kat situ.... rasanya dah hampir 6 tahun kami tinggal diKuini..... Jiran2 pun kami dah anggap macam saudara sendiri.... apa lagi bila mak ada di sebelah... x pernah rasa kesunyian..... Bila pikir akan tinggal dirumah baru???... Macam2 yang kami fikirkan.... nak renovate rumah yang x der buat apa2 lagi... budget lagi.... jiran2 lagi.... anak sekolah jauh pulak... baby dan Azim siapa nak jaga???... entahlah macam2 difikirkan... Namun, jika keadaan memaksa kami meninggalkan rumah diKuini... aku redha... mungkin ada hikmahnya....
Kenapa nak pindah??? tentu ramai yang tertanya2 kenapa kami nak pindah rumah Casia??...... Banyak sebab musabab positif dan negatifnya mengapa kami nak berpindah disana..... Paling utama sebab suami ingin membantu ibunya...... Hubby kesian tengok mak dan adik2 yang kurang selesa bila sesekali pulang ke rumah mak... Maklumlah rumah Kuini tu hanya ada 3 bilik kecil, ruang tamu yang comel.... kalau kami sefamily cukup2lah selesa.. tapi kalau suami yang mempunyai 10 adik beradik?????... bak kata Nabil..."Lu fikirlah sendirik!...". Tambahan pula usia mak yang mungkin sekali ter'ingin rumah besar.... tambahan lagi kami ada adik 2 orang yang dah bertunang.... cucu pun makin ramai...... So, hubby minta pandangan dan izin untuk memberikan rumah Kuini pada mak untuk mak dan adik2 dapat tinggal selesa sehingga akhir hayat mak.... bincang punye bincang... pikir punya pikir akhirnya keputusan dibuat.... berbakti pada ibu bapa akan membawa kesyurga.... Mudah2an.... kami buat semua nie kerana mak yang kami sanjungi.... demi adik2 yang kami kasihi.... ada rezeki bolehlah kami berdiri lagi..... Namun, bukanlah bermakna rumah kami diKuini kami tinggalkan sebegitu sahaja... kami juga punya fikiran dan masa depan.... oleh kerana kami ada 2 buah rumah.... biarlah kami tinggal di Casia.... namun, rumah diKuini kami akan wariskan untuk anak2 kami kerana itu sajalah aset yang kami ada buat mereka suatu masa nanti... buat masa nie, biarlah kami bahagiakan mak dan keluarga sementara mereka masih ada......... Bila nak pindah???... mungkin soalan kedua... oleh kerana rumah diCasia kami pun x buat apa2... dan budget masih terkumpul2..... perancangan untuk pindah kami x pasti lagi.... paling awal pun bulan Jun ini kerana student yang menyewa dirumah kami akan tamat perjanjian sehingga Jun ini... So, x kan lah nak halau mereka pulak... lagipun, seperti yang diberitahu... boleh gak duit sewa tu kami buat renovation sikit.... Maklumlah.. gaji x besar mana pun.... apa pun kami bersyukur padaNya kerana memberi kami rezeki yang cukup untuk kami sekeluarga dan mudah2an pengorbananan kami ini semakin ditambah rezeki dariNya...... AMIN......

2 comments:

Nida n' Hanafi said...

AS.. terima kasih banyak2 kerana sudi berkorban.. Along doakan mudah2an As sekeluarga akan berjaya dan bahagia hingga k akhir hayat.. doakan kami juga tau.. :)

Asmida said...

sama2.... terima kasih juga pd k Long dan kuarga yg juga byk membantu kuarga.. semoga kita sama2 berjaya dunia akhirat....mmm... bestkan bila balik rumah mak atau adik beradik kita selesa... kita gak yg senang... selesa... Mudah2an KITA semua berjaya dan tercapai cita2 yg dihajati....

Jom tengok gambo2.........