Wajah2 Kesayangan Ku Sejak Dilahirkan.......
Mak.... Kau terlalu istimewa.... Aku amat merindui kasih sayangMu yang suatu ketika dulu membelaiku.. menyuapkan aku...memelukku.... mengurutku.... kaulah segalanya....Dari sejak aku dilahirkan, kau memberikan aku sepenuh kasih dan sayangmu.... Kau sanggup mengorbankan apa jua milikmu untukku... Kini, Kau tetap dihatiku... Namun, kita sering berjauhan... menuju destinasi ... mengejar cita2.. menunaikan tanggungjawab masing2.... Maka, dikejauhan ini, bertandanglah rindu padaMu... terutama ketika aku sakit... susah.... dulu... Mak lah yang bersengkang mata menjagaku.......kini, aku juga seorang ibu.... Semoga aku menjadi ibu sepertiMu emak.... Terima kasih emak kerana menjagaku.... sehingga kini kasih sayangMu tidak dapat ku balas.... Semoga Allah jua yang mengetahuinya bahawa pengorbananmu tidak mampu kubalas.... jasaMu tidak mampu ku pikul..... Ya,Allah peliharalah dan lindungilah Emakku.....Abah.... suatu ketika dulu ketika aku kecil kau seorang yang amat rajin melayani kerenahku.... Membawa aku naik motor.... bergurau.... sehingga aku tertawa riang bersama kakak2..... Aku amat gembira kerana abah seorang yang suka berjenaka....Namun, sejak aku bersekolah menengah, Abah makin serius dalam mendidikku...'mungkin' aku lebih nakal... yang memaksa abah serius dalam mendidik anak2 remaja... 'maafkan As abah....' Aku tahu... pada peringkat remaja bukan senang dalam mendidik anak2.. Terima kasih Abah kerana berjaya mendidikku... menjadi insan yang tahu menjaga maruah diri dan keluarga... kalau tidak kerana didikanMu, aku mungkin hanyut dan leka dengan keseronokan remaja.... Syukurlah, aku sering ingat pada Abah, Mak, Allah dan masa depan..... Maka, dapatlah aku mengejar cita2ku yang kini hampir ke penghujungnya.....Mudah2an...... Buat mak dan abah yang anakanda sanjungi.... Jasamu tak terhitung dalam membesarkanku dalam keadaaan kesusahan..... Keringatmu dalam memberikanku pendidikan yang tinggi tidak pernah kering hingga kini.... Cukuplah... cukuplah setakat ini kau memerah keringat.... membanting tulang ke kebun.... sehingga pernah abah terlantar dihospital akibat jatuh dikebun.... cukuplah... AnakMu tidak mahu melihat kau menderita lagi... Kini, Anakanda ingin sekali melihat mak dan abah berehat.... rehat dari membesarkan anak2.... rehat dari penat lelah.... rehat agar dapat ketenangan dariNya... rehat agar merasa nikmat dunia... rehat agar merasa kebahagiaan bersama keluarga... rehat dari segala kebelenguan.... Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku ketika aku kecil... Ya Allah, peliharalah dan lindungilah mereka, berikanlah mereka kesihatan dan panjangkanlah umur mereka. Limpahruahkanlah rezeki mereka, berikanlah mereka ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan dunia dan akhirat... Amin......................
No comments:
Post a Comment