Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Wednesday, January 25, 2012

Chinese New Year Programme


Selamat Pagi.... Salam Muhibbah Salam 1 Malaysia pada rakan2 blogger semua.... bagi yang telah memulakan kerja... Selamat bekerja semula dan mulakan hari ini dengan semangat!!!......  termasuk juga aku, tidak mengambil cuti sempena cuti CNY + Cuti Gantian sempena Perasmian Politeknik Ibrahim Sultan dulu..... pelajar2ku sedang seronok bercuti tapi aku BOLEH mengambil cuti tapi aku tiada program yang mendesak aku tetap bekerja. Lagi pula tahun ini banyak juga yang bakal aku ambil cuti setelah pembelian beberapa tiket dari Air Asia. Maka, cuti rehat tahunan aku kenalah pandai dibahagi2kan jangan sampai orang kata aku nie asyik cuti memanjang...   dahlah muka aku nie memang dah di cop 'Kaki Jalan'... asal ada cuti jer... dia orang pasti bertanya..."As cuti nie pergi mana?"..... hah tu ler akibat banyak no berjalan.... tak der nyer nak rehat2 kat umah saje2 kalau cuti..... he hheeee... apa nak buat kan.... bila dok rumah diam2 jer... mulalah hati tak senang.... paling tidak pun, jalan Jusco pun jadi ler..... hu huuuuuuu......

Cerita tentang CNY 2012.... Sabtu lepas projek mengemas rumah... basuh baju segala.... kerja2 nie selalu tertunggak seminggu sekali.... dahsyat kan...... Itupun 1 hari kena kemas dari pagi sampai petang baru siap.. dari membasuh, melipat, mengemop, mengelap.... kalau siap pun tak sempurna mana... asalkan mata nampak lapang hati jadi senang... jadi lah.... ha hhahahhahaaa..... Ahadnya pula pagi2 kami dah bersiap2 mengemas beg pakaian, mengemas kereta untuk ke Batu Pahat. Ada kerja kawin hari nie 2 tempat.... di Batu Pahat dan Pontian....  Selepas ke Batu Pahat kami ke Pontian pula..... Malamnya pula, masih lagi dengan kenduri kawin ada Majlis Malam berinai anak sepupu belah suami.... Majlis punyalah meriah..... bagi aku, inilah kali pertama aku jumpa Majlis Perkahwinan paling meriah dengan agenda dan menu hidangan..... perrgh, hancur sudah projek nak berdiet.... he hheeeee......

Al Kisah, Majlis Perkahwinan anak sepupuku ini dibuat pada hari Isnin.. bebetul masa CNY 2012. Malamnya dibuat malam berinai yang penuh dengan istiadat Negeri Sembilan sebab sepupuku belah suaminya itu adalah orang sana. Maka, dengan adat menjunjung pengantin, tari menari... pergh memang AMAT AMAT AMAT Meriah!!!... Makanan?.... Gilers banyak tak termakan oleh aku yang memang kaki makan..... Malam tu  dia buat stail ada stall stall yang ada roti puri.. roti jala... roti canai... nasi lemak... kuih muih.. nasi putih.. lauk?.. tak usah cakap... banyak gilers lauk.... lepas diarak menjunjung pengantin guna apa ek.. macam buluh letak kerusi atas dia pastu diangat oleh orang ramai....  ada majlis tari menari... pastu dengan alunan kompang lagi... mercun cina lagi.... pastu bunga api merdeka lagi yang berdas2.... perghhh...... Dato' dan Datin2 pun jarang  tak der buat majlis sebesar cengini.... berapa modal agaknya abes buat majlis macam nie?....

Itu cerita malam, siang?.... lagilah dahsyat.... sepupu cik hubby nie adalah tauke Restoran.. dia ada 2 buah restoran di Pontian...  Memang amat mewah dengan makanan....  seumur hidup aku inilah first time tengok Majlis kawin buat makanan banyak gilers macam nie... nasi puti dengan pelbagai lauk, nasi briani lagi, otak2, putu bamboo.. putu piring, kuih muih, cistat, char kuey, rojak, mee goreng, mee rebus, laksa semua ada... air pun mak aiiii... tak terminum tak termakan....... banyak gilers.... oklah... tak mahu cerita panjang, nak tahu detail cerita tentang Majlis ini jom klik SINI.........  aku malas nak buat entri.... korang baca jerlah kat blog hubby aku nie....... he hhehe hhheeheeee.... Jom Jom Jom... Jom kita baca baca........


Tambahan berita terkini..... jom baca paper Berita  Harian untuk maklumat lanjut.... :)

Thursday, January 19, 2012

Intro tentang China


Dari En Gugel : Map China
Entahlah.... tetiba jer plan nak ke China. Padahal sebelum nie aku memang dah tutup plan nak ke China sebab takut nak kesana apa lagi bila bawak anak2... Macam2 cerita kat Muka Buku tue.. naik ngeri rasa nak jejakkan kaki ke sana.... Tapi, kesian sangat kat Afiq. Sejak dia kena tinggal dari New Zealand dulu, tak sampai hati nak buka cerita tentang itu ke sana. Tetapi, tak lari dari cerita dan pengalaman yang amat seronok ke sana. Tak sengaja keluar dari mulut. Kadang2 bila buka aircond kat bilik, tetiba Afiq cakap... Kat New Zealand sejuknya macam nie ke Papa?...  Nanti jalan2 mak bapak pulak tercerita... kat New Zealand tak de pun nak jumpa sampah... tetiba ada suara menyampuk dari belakang... bersih sangat ke Papa kat New Zealand tu.... Nanti Afiq ada duit Afiq nak pergi rumah mak long eh Papa.... Amboi2.... ingat mak long tu duduk lama ke kat sana?... InsyaAllah tahun nie dah balik dah mak long tu.... dah tak der sapa2 kat New Zealand.... Tapi yang paling sedih, setiap kali buka air cond.. itu ayat yang keluar dari mulut Afiq... seolah2 ada tanda penyesalan yang amat sebab dia bersetuju untuk tinggal sebab bersekolah....

Ada juga planning nak suruh Papa dan Afiq je yang ke New Zealand sebelum mak longnya pulang ke Malaysia... sementara mereka ada di sana.... Tapi, terdapat 3 kekangan yang akhirnya kami membatalkan niat nak ke sana. Pertama adalah kerana tambang yang amat mahal dan kos yang tak mampu untuk kami tampung. Kedua, sebab airasia WAJIB melalui Christchurch.... ditambah pulak Christchurh baru2 nie mengalami gempa bumi yang agak kuat... Maka, pengalaman lalu membuatkan hatiku berat nak melepaskan insan tersayang untuk kesana melalui Chrischurch... Kalau ada tambang murah direct to Auckland tak pe.... Ketiga, fikir punya fikir... dari papa mengulang tempat yang sama, baik cuba mencari pengalaman ditempat baru..... 

Itu sebab yang beria2 mencari percutian negara 4 musim yang menjimatkan!.. Akhirnya China tempat yang kami pilih. Apapun semoga Allah permudahkan urusan kami dan selamatkan kami sepanjang percutian kami ke China bulan Mac nanti. InsyaAllah, Afiq akan merasa sedikit musim sejuk dihujung2...... sebab sekarang tengah musim Winter disana. Rakanku Rizal dan nuraini dari JKE baru jer balik dari Guangzhou dan Tianjin...... Perrrghh, sejuk bangat sampai balik bawak virus selesema... he heheeeeee..... So, kalau dah hujung2 tu oklah kan.... bawak kanak2 apa lagi... kalau dah sakit kat sana susah pulak nak berjalan2....

 
Panduan untuk aku... Subway adalah transportation utama kat China





Weather di Guangzhou

Sedikit info tentang Guangzhou:
1) Syurga membeli belah  - Apa yang aku nak shopping sangat kat sini ek?... urrrmmmm.... katanya kalau beli kat sana jual sini boleh sampai 80% nilainya?.... best tu?... Nak beli TV ke?... ha ha haaa... handphone baru jer tukar.... apa? Kamera?.... wah best jugak idea tue....
2) Nama lamanya adalah Canton. Ia merupakan bandar ke 3 terbesar di negara China... besarlah tue ek Guangzhou nie.....
3) Populasi rakyat di Guangzhou adalah 3 juta!... ramai tu....

Pengalaman dari kawan opis yang baru balik dari Guangzhou adalah... memang best giler shopping kat sana. Dia banyak beli barangan elektrik... Nak beli sutera tapi dia kata kualiti sutera di Malaysia lebih baik.... tak tahu lah ek... Dia banyak gak beli hand bag dan kasut tapi... banyak juga sedekah kat orang lain sebab ter'beli dari kulit ba alif ba ya..... So, nasihat dari dia... kena berhati2 ketika membeli... jangan sampai tersalah beli sebab banyak sangat dari kulit jenis 'tuut'.....

oklah.... itu jer info setakat nie... Eh, kenapa ek aku sibuk benar cari info tentang China?.. Kan percutian yang paling hampir adalah Indonesia @ Semarang?... Kalau Indonesia aku tak risau sebab bahasa dia hampir sama dengan bahasa kita... tapi katanya kalau di China mereka juga tidak faham menggunakan bahasa inggeris... hah tu yang risau tu.... tourist guide pun aku tak booking lagi...  tu yang sibuk masih dalam survey lagi...... Bak kata mereka yang kesana, kalau tak reti cakap cina memang macam ayam dan itik ler gamaknya..... adussss!... kami nie tak reti berbahasa cina.. tengoklah... sebab ada yang offer pinjamkan kamuslah... macam2 pendapat dari mereka yang pernah ke sana.... mereka kata lebih baik tak payah guna tourist guide... dahlah bayar mahal.. tempat terhad... hampeh... jalan sendiri pun okey kat sana... entahlah.. tu yang masih survey tu sebab aku nie bawak handbag bujang 2 orang tu.... he heheeeeee.....


Monday, January 16, 2012

apa pun boleh....

Kali ini aku tak tahu nak buat tajuk apa... sebab handset aku selamat dicuci dalam mesin basuh.... Tetiba masa nak sidai kain, cik hubby yang tukang sidai kata.... Asssss...........tengok nie... handset awak dah selamat dah..... aku tak terkata apa2... nak salahkan siapa pun bukan salah orang lain!.. Aku juga yang salah....... Aku yang tak keluarkan dari kocek seluar jeans aku...   Aku nie memang, selagi hset tak berbunyi.. lagi2 weekend memang susah tengok hset.. selalu gak mak, adik ipar, kawan2 ku bising sebab tak angkat telefon!.. memang  susah... dalam hand bag lagilah, dah kurang dengar....  hu huuuuu.... So, segala gambar dan nama2 kesayangan dan kegunaan aku telah musnah.. bukan sekadar handset yang problem, dengan sim card sekali problem. Tapi, kini masalah dah selesai... dengan rela hati keluarkan duit kat ASB beli handset baru..... pergi Celcom buat Sim Card baru..... huk huk hukkkk.....

yang termampu untukku.....
Perkara kedua aku nak masuk tentang diet... DIET oh diet..... bilakah masa yang membenarkan aku berdiet.... memula pernah juga aku tahan lapar tengahari... hu hu huuu... tak boleh tahan beb lapar... pedih benar perut nie..... rasa lapar jer... buat kerja pun tak kurang semangat!.... Aku nie pulak bila dah lapar.. perut dah pedih.. apalagi bila masuk angin... mulalah sampai berhari2 perut nie buat hal... pedih... pedih yang amat... macam pedih kat ulu hati tu pun yer.... entah gastrik ke apa ke aku tak tahu... yang penting, bila perut aku masuk angin macam2 hal boleh berlaku... Makanya, aku lebih rela 'makan' dari menanggung derita.... owh.... tiada harapan untuk aku kurus lagi kah?.... uwaaah..... jika ini aku pasrah.....macam lisa surihani kata dalam Ombak rindu tue.... hu huuuuu huuuuuu......................

Semua gambar dalam entri ini adalah ikhsan dari en google....
Perkara ketiga adalah berita baik untuk aku.... Afiq banyak memberikan berita gembira sejak dia bersekolah di Cahaya Baru...... Alhamdulillah. Mungkin ini permulaan rezeki buatnya disana sejak 2 minggu bersekolah.... Syukur Alhamdulillah atas apa yang telah Allah berikan untuk Afiq juga kebahagiaan untukku. 
1) Pertama : Bermulanya sekolah 4 Jan 2012, Maka bermulalah Afiq mengaji juga ditempat baru. Dulu.... Afiq mengaji di Taska @ Tadika At-Taufiq ..... Sekarang, oleh kerana dah berpindah, Maka dia pindah mengaji juga di Jalan Kelisa 3. Aku yang hantar jumpa ustazah mengaji tu.... Minta dia ajar Afiq mengaji dan dia bersetuju..... Apa yang aku berbangga adalah.... Afiq mendapat pujian dari jiran2 aku.... Semua menuji Afiq... As... Afiq pandai mengaji ek... Ustazah puji sangat2 kat dia... Pandai mengaji siap kira harakat dan tajwid..... Bila jiran aku cakap macam tu... mulalah aku tersengih2... tapi betul ke?.. Aku nie pun jenis susah nak terus percaya cakap orang.... Balik aku pun tanya Afiq... Betul ke Ustazah puji Afiq? A'ah... Ustazah tu baik... dia sayang kat Afiq... dia selalu puji Afiq ngaji.... Mulalah kembang hidung aku yang tak mancung nie... hua ha hahaa......
2) Kedua : Minggu lepas baru aku tahu rupa2nya ustazah yang mengajar Afiq mengaji adalah orang yang sama Ustazah kelas sekolah agama Afiq... kebetulan lah pulak!.... Apa yang aku bangga adalah.... Afiq dilantik menjadi pengawas sekolah... Alhamdulillah..... Syukurlah.... Semoga Afiq semakin rajin dan semangat untuk mengaji dan ke sekolah... Amin.....


Yang aku sangat2 puji adalah dari didikan Afiq di Tadika At-Taufiq. Tadika At Taufiq banyak membantu Afiq menjadi anak yang lebih baik... nak harapkan aku memanglah susah.... Terima Kasih dan Syukur sangat2 pada Tadika At Taufiq kerana banyak membantu Afiq dalam mengaji, solat dan sahsiah sebagai umat islam. Bayangkanlah kenapa Afiq digelar sebagai Ustaz oleh ahli keluarga aku?... dan Kenapa pula Afiq diejek 'Ustaz Gemuk' oleh rakan2 sekolah Kota Masai?... Ustaz pun ustazlah.. mudah2an masin mulut orang yang mendoakannya..... Ustaz tak semestinya bekerja sebagai Ustaz kan?... Ada juga engineer bergelar ustaz.... he heheeee heee.....

Dan yang pasti aku tetap menyokong Tadika At-Taufiq.... Tetap hantar anak no2 aku kesana.... walaupun terpaksa meredah jalanan yang jauh... tapi semoga niatku untuk mendidik anak2 berjaya dengan apa yang diimpikan.... Semoga anak2ku berjaya hingga akhirnya... walaupun mereka agak nakal, tetapi mudah2an ilmu yang mereka perolehi digunakan hingga akhir hayat..... AMIN....


Tuesday, January 10, 2012

TIPS MELANCONG KE CHINA:-

China merupakan negara keempat terbesar di dunia. Rakyatnya dah melebihi 1 bilion orang dan China juga sememangnya terkenal dengan sejarah dan kebudayaannya. Banyak tempat menarik anda boleh lawati di China, antara terkenal ialah Beijing ( Tembok Besar dan Istana Musim Panas), Shanghai, Hangzhou, Suzhou ( terkenal dengan kampung Air), Shenzhen, Guilin, Guangzhou, Chengdu dan Xian.

Terus terang, China merupakan antara destinasi pilihan rakyat Malaysia. Sebab utama ialah barang di sana murah dan pakejnya tidaklah semahal korea, Jepun ataupun Hong Kong.

Jadi, aku nak berkongsi beberapa tips sekiranya anda melancong ke China, berdasarkan pengalaman 5 hari saya di sana...

1. Sekiranya ada perancangan ke China, pastikan anda membuat visa terlebih dahulu. Visa sah digunakan selama sebulan dan anda mesti China dalam tempoh 3 bulan dari tarikh visa dikeluarkan. Hong Kong tak perlukan visa.

2. Bawa makanan ringan kalau nak ke sana. Bukan apa, walaupun terdapat kedai-kedai halal, tapi susah juga nak cari. Mungkin boleh bawa roti atau snek sebagai alas perut kalau berada di sana.

3. Air mineral biasanya disediakan oleh syarikat pelancongan. Dan air mineral itu juga anda harus bawa terutama ke tandas. Ini kerana tandas di China agak kotor dan tiada kepala paip. Jadi, kalau nak beristinjak, memang kena guna tisu. Tapi sebab itu bukan budaya kita, jadi bawalah air botol sekali ye.

4. Bahasa Cina / Mandarin amatlah luas digunakan disana. Semua tempat menggunakan bahasa cina. Jadi, adalah molek anda tahu sikit2 bahasa cina. Bukan apa, senang sikit terutama ketika membeli belah nanti.

5. Ketika membeli belah, beli benda yang anda mahu sahaja. Beli di kedai-kedai, bukan orang perseorangan. Amat berbahaya kerana dikhuatari mereka akan memaksa anda untuk membeli barang mereka.

6. Tawar barangan anda nak beli sehingga 70%. Sekiranya dia tak bagi, gunakan kebijaksanaan anda untuk membuat perbandingan harga. Jika boleh, survey dulu kedai-kedai lain. Kalau anda hebat menawar, percayalah tak rugi anda pergi ke sana.

7. Berhati-hati dengan barangan tiruan,. 90% produk China adalah tiruan. Jangan terus membeli, perhatikan betul-betul. Jika anda nak beli produk tiruan pun, hati-hati dan pastikan ia adalah gred B. Dapatkan harga yang betul-betul berbaloi dengan wang anda.

8. Kalau anda tak jadi beli, siap sedialah untuk dimaki oleh peniaga tersebut. Itu adalah perkara normal kerana di China agak kurang budi bahasanya..hehe.

9. Pastikan alert dengan cuaca ketika berada di sana. Kalau musim panas, fuh..memang panas. Dan kalau sejuk, pastikan anda membawa winter coat siap-siap, janganlah berlagak anda boleh tahan sejuk.

10. Gunakan pengangkutan awam seperti metro atau bas, ia lebih baik. Kalau nak teksi, siap sedialah untuk dicekik.hehe. Pastikan anda pergi berdua atau bertiga, ia lebih selamat dan kalau apa-apa berlaku, mudahlah anda nak buat keputusan. Polis di sana memang tak tahu english, tapi mereka boleh membantu...jangan risau!

Itulah 10 tips aku berikan khas untuk anda. Mana tahu ada pembaca kat sini nak berkongsi pengalaman anda pula. Harap-harap tahun ini aku dapat menjejakkan kaki ke tembok besar China atau paling tidak pun Bandar Hangzhou..bandar dalam taman...

Maklumat ini saya ambil dari sini....

Cuti-cuti Tahun 2012


Tahun 2012..... entah kenapa excited @ teruja dengan jalan2 sakan untuk tahun 2012 ke Luar Negara atau melalui air asia.... kalau macam nie, kalau dapat sponsor air asia best jugak kan..... Urmmm, macam mana boleh banyak sangat booking tahun nie aku pun tak tahu.... tengok offer booking. Agak2 berminat booking.... Planning cancel... planning cancel tu usah cakap... dah banyak kali dah... Maka, ini hasil yang tak dicancel malahan Kompom kena pergi... kalau tak pergi aku pulak yang rugi..... ho hohooooooo......


Inilah aku dan ditambah perisa dengan Cik Hubby yang kaki jalan @ kaki travel.... Padahal duit tak banyak mana.... nak beli kereta asyik tertangguh tapi bab jalan2 nie tak pulak tertangguh ek... Aduh... kadang2 pening kepala juga memikirkan kos yang bakal kami bawa buat bekalan atas percutian2 yang telah di booking. Semoga semuanya berjalan lancar..... 

Mak aku?... memang bising gak... "Ko nie kalau tak jalan tak boleh ke As... ada duit sikit jalan... ada duit sikit jalan.. bila masa nak simpan duit....". Itu antara nasihat mak aku.... selalu suruh aku simpan duit.... dan lagi katanya... "daripada ko jalan2 tempat2 macam nie... kalau mak, lebih baik mak buat umrah ke.. haji ke....." hah, itu nasihat dari orang2 yang agak berusia supaya aku tidak leka... sebab, mak aku pun dah 33 tahun kenal aku... kalau tak diingatkan... aku nie memang pun selalu lupa...  ada duit terus boros... dapat bonus.. tak sampai sebulan dah lesap entah aku pun tak perasan guna tang mana.... hehe ehheeee...... Abes?... kat mana nasihat mak aku tu aku simpan?... dalam telinga ke... dalam hati ke... entahlah ek...  aku pun tak tahu... kadang2 ada rasa bersalah bila masa duit dah kering baru ingat nasihat mak..... kan, tak nak dengar nasihat mak tanggung ler nasibnya... hu huhuuuuuuu.... Apapun, apa yang telah kami rancang semoga Allah permudahkan segala urusannya, dilimpahkan lagi rezeki dan dijauhi segala bebanan hutang......


Paling awal percutian melalui Air Asia pada bulan Februari nanti bersama keluarga Mertua.... Ke Semarang, Indonesia.












Pada bulan Mac pulak... Aku dan anak2 akan ke China.... Aleeya TERPAKSA ditinggalkan..... takut tak boleh handle...

     




 






 Bulan Jun 2012, Aku bawak My Parent pulak... tapi cuma ke Sabah sahaja......

Sebagai penutup.. cukuplah kot?... Kami berdua sahaja ke Bandung, Indonesia  pada Julai 2012.

Cita-cita dan harapan suatu masa nanti.... hati ini teringin sangat nak sampai ke Paris.... tapi aku rasa nak kesana tunggu ler anak2 aku dah kerja.... 'mungkin', masa tu baru aku mampu ke sana.... Planning dan hajat nak ke Ho Chi Minh @ Vietnam juga dah lama... tapi akhirnya ke China juga....  Planing punya planning ini sahaja yang kompom setakat ni... dah  sangat2 cukup aku rasa... cukuplah lah yer untuk cuti2 2012 nie.... Kalau cerita dengan Cik Hubby, dia On aje... dia lagi kaki jalan dari aku... sampai aku jer yang 'tak' terikut!... Kalau aku tak nak ikut... ayat yang keluar dari mulut dia... "Kalau awak tak nak ikut, abang bawak anak2 jer lah jalan".. boleh gitu?... siapa sanggup tinggal rumah sorang2 membiarkan si dia bersenang2 jalan2 makan angin sendiri... owh tidak.... tidaaak boleh!......':D



Friday, January 6, 2012

Selera Johor

Mana nak cari makan?.... Minggu lepas aku dan insan2 yang aku sayangi telah menjamu selera disini... fikir punya fikir, nak makan mana nie?.... Senibong?... ke Stulang?.. Tetiba jer secara automatik aku teringat mee rebus stulang yang telah sekian lama aku tak rasa.... tetiba datang rasa rindu nak mengulang semula mee rebus stulang. Maka, terus aku memberikan idea pada cik hubby untuk ke Larkin... ye, bersebelahan sahaja dengan bas stand larkin kita dah boleh nampak kedai nie dari jauh...... Jom tengok apa aku makan kat sini....

Ini ler tempatnya.... SELERA JOHOR...........
 
Ini order dari aku.... mee rebus special dah abees!... uwwwaaaaahhh!!!.... Mee rebus biasa pun ok lah...

ini order dari Abang Long.... Nasi Ayam Hainan....

ini juga..... Nasi Ayam Hainan....
 
ini order dari sik hubby... Nasi putih + sup apa ngek.. aku pun lupa daaa.....

ini air aku... teh o ais.... nyummy  nyummy....

ini ais fruit jelly untuk abang ngah.....
Ini ler kedainya... semua kami bantai order setiap kedai.. nak rasa menu special memasing....

Tengok... Asam Pedas Special... Sup Special.... a'aah... nak jugak.....
termasuk yang ini aku tak pernah makan.... Kacang Pool... gitu ler bunyinya.. pul pul... ejaan aku tak tahu...he he heeee

Asam pedas Ikan pari... untuk Cik hubby yang nak juga rasa....... he heheeeee
Dan, pada minggu lepas selepas selesai beratur panjang menguruskan urusan pindah Afiq di PPD Pasir Gudang, aku singgah disini untuk makan tengahari. Tetiba nampak pulak kedai Tutty Fruity nie yang sedang suam2 glamer di Opis..... Okey... nak juga try... jom tengok apa ada kat sini.....
 
Dari kedai yang aku makan.....
 
Beratur amik cup dulu yer.. nak besar ke ... kecik ke... suka ti ler...
 1) Pastu amik ler ice cream apa yang rasa korang nak.... banana ke, vanilla ke, chocolate ke, resberry ke, mango ke.... apa lah korang nak.. sikit ke banyak ke korang pulas sendiri machine tue...
2) Bila dah amik ice cream tue... amik ler bahan2 accesorry yang rasa best... buah kiwi ke.. stoberri ke... mango ke.... jelly ke.. oreo ke... chocolate chip ke... apa2 jer lah yang digemari... semua ada.... tapi tempoyak tak der yer... itu hanya untuk si tanggang SYOK aje... hu hu uhuuuuuu...
3) Bila dah amik semua, dah puas hati... korang bayarlah sendiri yer... tapi, kena timbang dulu... kira ikut gram...

ok.. ini bill untuk ice cream aku yang ciput tue...


tadaaaa...... jemput makan semua....
* Komen:
1) Aku rasa kat Selera Johor yang aku suka Mee Rebus still sama.. sedap dan nasi Ayam Hainan dia pun ok...
2) Kacang Pool tu aku rasa biasa jer.... maybe sebab aku x pernah makan kot @ x reti makan... ha hahaaaaa.....
3) Asam Pedas + Sup tu biasa jer lah... nak kata tak sedap tak jugak.. sedap sangat pun tak jugak... sebab aku rasa ada kedai lagi sedap dari sini.. Sup Pusat Bandar dan Kip mart Masai... hi hihiiii....
4) Ais Krim tue?... ha ha hahaaaaaa....... aku kureeeeng minat kot..... Aku rasa ais krim oreo Mc'd jauh lagi sedaaaap...... Oreo Mc'd tetap dihati.... hu huuuuu huuuu......


Thursday, January 5, 2012

Johor Premium Outlet

Selamat petang semua..... salam 1 Malaysia.... salam bertemu semula untuk reader yang membaca blog aku nie..... Kali nie aku nak bawak korang semua pergi ke Johor Premium Outlet yang berada di Senai.... Aku sebenarnya tak de planning nak ke sini. Memula pada Sabtu lepas aku telah ke Batu Pahat sebab ada kerja kawin Izam (Anak kepada Kak Mariani @ rumah aku tumpang masa praktikal di Sek Men Seri Medan) dulu2 masa tahun 1999.... lama kan masa berlalu...... tapi tak sedar dah berbelas tahun kami tak jumpa..... Balik tu, masa masih awal lagi dalam 4.30 petang... hari pulak Sabtu... Maka, atas ada masa yang terluang nie kami telah kesini untuk meninjau-ninjau cerita @ berita hangat yang sedang tersebar tentang JPO ini.... jom layan......

Johor Premium Outlet

Berbaju kurung lagi...... Ayunya wanita tu yer.....

Bersama insan2 yang aku sangat sayangi.....

Abang Long sangat rajin jaga adik... Mama sayang abang long!...

Chocolet Outlet

Dah abang long.. tak yang dukung sya sya... cian mama tengok....

Kan dah penaaattt....
 
Opppssss.... Kena marah dengan abang long!.. Mama amik gambar 18sx... i'm sorry....

Minimum price.....  RM200
Kedai nie je yang menarik minat aku... PONEY @ Baju anak-anakku.....
  
Jalan-jalan lagi

Kat tingkat atas pulak....

Uikkk.... napa tue sya sya....

Tempat nie menarik minat anak2 aku!.....

Di sini juga....


Mama penat kat sini... tenpat duduk semua penuh....

sini mama suke.... Food Court.....

Tapi harga.... bukan harga biasa ye.....
 
Tengoklah... beratur panjang gileeeeers.... Nak bayar parking......


Daaannnnn.... beratur panjang lagi untu keluar dari sini.... owh... Mama sangat x suka sebegini!....

Wednesday, January 4, 2012

Rekod sekolah lama.. Terima kasih buat semua Ustazah yang mengajar Afiq....

Wah............ Tajuk macam best jer kan?.. Sekolah baru Afiq..... yup... Sekolah baru untuk anak aku Afiq tetapi sekolah lama yang dah bertahun2 wujud bagi orang lain...... he hehheeee........... Sebenarnya, Afiq telah berpindah sekolah agama dan sekolah kebangsaan di Cahaya Baru... Sekolah Kampung macam zaman aku sekolah dulu jer gamaknya.. jauh berbeza dengan sekolah lama iaitu Sekolah Agama dan Sekolah Kebangsaan Kota Masai.... Suasana bandar yang sibuk.... sedikit hiruk pikuk suara kenderaan yang lalu lalang, suara anak murid yang mencecah ribuan pelajar... huh!... jauh berbeza........

Kenapa aku pindahkan sekolah Afiq tergesa2?.. Ada masalah ke?.... Owh... sudah tentulah ada masalah... kalau tak de masalah buat apa aku menyusahkan diri memindahkan sekolah untuk  Afiq?.  Tergesa2 sebab kena juga buat keputusan segera sebab sekolah akan bermula 2 minggu lagi.... bermakna, dalam masa 2 minggu lepas aku sibuk menguruskan urusan pindah sekolah anak. Keputusan atau lebih tepat kad penyata diberi pada 2 minggu sebelum naik sekolah. Maka, watu itu baru ibu bapa dapat tahu Darjah 3 dia akan masuk kelas apa dan masa pukul berapa..... bila dapat tahu yang tahun 2012 Afiq naik pukul 7.15pagi, hati nie dah mula fikir... sempat kah aku?.. bolehkah aku?... penat tak aku?...Akhirnya terpaksalah juga mengambil keputusan untuk memindahkan juga Afiq ke sekolah Cahaya Baru supaya memudahkan urusanku dalam tahun 2012 ini!.....
 

Tengah menunggu Papa uruskan di Pejabat.. ramai betul orang....


Ok.. dah tahu kenapa Afiq berpindah sekolah?
1) Sebab sekolah agama naik pukul 7.15 pagi dan tiada kelas2 lain seperti tahun2 lepas untuk darjah 3 naik pukul 8.45 dsb. Semua darjah 3 naik pukul 7.15 pagi.. tiada pilihan lain!... kalau DULU aku just hantar anak2 ke Tadika/Taska At-Taufik. Azim dan Afiq watu yang sama iaitu pukul 7.45pagi.... Azim akan bersekolah dan Afiq menunggu van untuk ke sekolah agama yang naik pukul 8.45pagi. Senang dan tiada masalah....
2) Tak sanggup menempuh jem (depan kubur kristian @ traffic light Jalan Bacang). Lebih2 lagi kalau hujan @ accident.. mau jemnya sampai ke Petronas Taman Cahaya Masai... owhhh.... tak sanggup!. Jem biasanya pada awal pagi sebab orang nak pergi kerja dan ramai banyak sangat van, kereta, motor bebudak sekolah juga nak ke Sek. Men Kota Masai yang kat Jalan Bacang tue.... tapi kalau pukul 7.30 pagi, kenderaan mulai menyusut dan biasanya tiada jem disini!.....
3) Tak mampu juga untuk bangun pagi2 buta nak menghantar Afiq ke sana.... Kalau naik 7.15 pagi, maunya aku kena bertolak pukul 6.30pagi!... owh tidaaak..... biasanya, aku pukul 6.30pagi baru nak bangun tidur dan bukannya sudah bersiap2 nak keluar rumah..... 

sebab2 lain tue biasa jer bagi aku... aku tak kisah..... soal pelajar ramai ke... sekolah sempit ke... cikgu tak ok ke.... itu persoalan no2 yang masih boleh difikirkan.. bagi aku yang penting anak aku sendiri. Kalau nak berjaya kenalah berusaha..... Tapi kalau sekolah tu cantik, selesa, pelajar tak ramai.... itu satu bonus!... Kelebihan yang memang kalau boleh aku nak juga rebut!......


Dari pintu pejabat Sekolah Agama Caha Baru

View ke Kantin Sekolah

Antara kelas yang ada.... Kasut letak diluar ye....




Ibu bapa berikrar buat aku janji menyerahkan anak ke pihak sekolah....


Afiq.. belajar rajin2 ye sayang.......

semoga Afiq lebih seronok dan semangat belajar disini....

Ibu Bapa yang nak bayar yuran

Memang tak dinafikan... memang aku juga memilih sekolah yang terbaik untuk anak2ku... walaupun persoalan no 2 tapi aku tetap mengambil berat tentang itu.... Kenapa Cahaya baru menjadi pilihan?...1)  Sebab keadaan tidak sesesak di Kota Masai @ Kopok....  2) Sebab sekolah CB merupakan sekolah terbaik daerah JB kategori luar bandar.  3) Sebab keputusan UPSR yang juga cemerlang (ada bukti anak sedaraku sendiri w/pun hanya dapat 4A) dan sekolah agama selalu memenangi apa2 pertandingan @ nasyid @tilawah dsb.

dan hari ini menunjukkan ada sedikit perbezaan keadaan sistem pembelajaran di Kota Masai dan Cahaya Baru......
1) Pelajar2 lebih senang diurus.... (sebab x ramai). Pelajar2 lebih berdisplin dan menurut perintah. Aku juga faham, kalau aku nak handle pelajar ramai @ sikit.. kompom aku pilih yang sikit.....
2) Walaupun bangunan lebih 'buruk' tetapi lebih 'bersih' dari bangunan baru sebab nampak kelas yang cantik, terjaga, tengok kat board dia pun dah nampak kan macam mana cantiknya kelas dia... Kasut pun tinggal kat luar kelas... tak ler ada cop kasut kat dinding ke.... pasir dalam kelas ke... tiada!.....
3) Anak aku senang menunggu aku @ bas @ van.... ada tempat berteduh yang luas dan selesa.... kalau kat Kota Masai aku kena tunggu dalam kereta.... bebudak nie... adalah jugak pondok kecik tapi pelajar ramai.....

Sekolah agama Kota Masai pun aku ada sedikit rasa MARAH pada mulanya.... Minggu lepas janji nak telefon kalau fail siap.... dia kata Jumaat akan cal... tunggu punya tunggu tak cal2.... pastu hari Isnin aku datang sekolah nak ambil fail Afiq.. boleh pulak pejabat TUTUP. Tak ada orang.... aku tanya bila boleh datang.. dia jawab RABU... Geram tak?... Rabu kan dah start sekolah... bila masa aku nak tahu masa sekolah dia... bila masa aku nak cari van dia.. nak duduk mana... aduuuuh!... Kalau Sekolah Agama Cahaya Baru ada cikgu yang bergilir2 jaga pada minggu terakhir cuti sekolah.... senang sikit nak berurusan... dah terpaksalah aku hari ini baru memulakan proses memindahkan Afiq Sekolah Agama, mancari van, follow dia naik van.. tanya sana.. tanya sini... huh... penat betul rasa...... Tapi, Alhamdulillah semua dah settle....

Sekarang Afiq sedang didalam kelas sekolah kebangsaan darjah 3.. tak tahu dapat kelas apa... tadi hantar, cikgu bertugas dah ambil dia... dan kata 'tak pe, saya uruskan' sebab bebudak lain dah masuk kelas masing2.... Masa uruskan pindah Isnin lepas dia tak bagi kelas terus... entahlah.. risau gak dapat kelas apa.... dapat kawan tak... seronok tak dia sekolah kebangsaan CB nie....

Apa2 pun aku sangat2 berdoa... Semoga dengan keputusan aku memindahkan Afiq ke Sekolah Cahaya Baru ini adalah keputusan yang baik dan betul. Keputusan yang memberikan jalan yang benar, jalan yang lurus dan dipermudahkan dalam segala urusan. Yang penting Afiq lebih bersemangat.... lebih seronok belajar disekolah barunya hari ini..... Walaupun sekolah ini bangunan lama.... tapi moga dengan tahun baru ini Afiq lebih rajin, lebih berusaha untuk lebih berjaya..... Mudah2an.....


Jom tengok gambo2.........