Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Monday, January 16, 2012

apa pun boleh....

Kali ini aku tak tahu nak buat tajuk apa... sebab handset aku selamat dicuci dalam mesin basuh.... Tetiba masa nak sidai kain, cik hubby yang tukang sidai kata.... Asssss...........tengok nie... handset awak dah selamat dah..... aku tak terkata apa2... nak salahkan siapa pun bukan salah orang lain!.. Aku juga yang salah....... Aku yang tak keluarkan dari kocek seluar jeans aku...   Aku nie memang, selagi hset tak berbunyi.. lagi2 weekend memang susah tengok hset.. selalu gak mak, adik ipar, kawan2 ku bising sebab tak angkat telefon!.. memang  susah... dalam hand bag lagilah, dah kurang dengar....  hu huuuuu.... So, segala gambar dan nama2 kesayangan dan kegunaan aku telah musnah.. bukan sekadar handset yang problem, dengan sim card sekali problem. Tapi, kini masalah dah selesai... dengan rela hati keluarkan duit kat ASB beli handset baru..... pergi Celcom buat Sim Card baru..... huk huk hukkkk.....

yang termampu untukku.....
Perkara kedua aku nak masuk tentang diet... DIET oh diet..... bilakah masa yang membenarkan aku berdiet.... memula pernah juga aku tahan lapar tengahari... hu hu huuu... tak boleh tahan beb lapar... pedih benar perut nie..... rasa lapar jer... buat kerja pun tak kurang semangat!.... Aku nie pulak bila dah lapar.. perut dah pedih.. apalagi bila masuk angin... mulalah sampai berhari2 perut nie buat hal... pedih... pedih yang amat... macam pedih kat ulu hati tu pun yer.... entah gastrik ke apa ke aku tak tahu... yang penting, bila perut aku masuk angin macam2 hal boleh berlaku... Makanya, aku lebih rela 'makan' dari menanggung derita.... owh.... tiada harapan untuk aku kurus lagi kah?.... uwaaah..... jika ini aku pasrah.....macam lisa surihani kata dalam Ombak rindu tue.... hu huuuuu huuuuuu......................

Semua gambar dalam entri ini adalah ikhsan dari en google....
Perkara ketiga adalah berita baik untuk aku.... Afiq banyak memberikan berita gembira sejak dia bersekolah di Cahaya Baru...... Alhamdulillah. Mungkin ini permulaan rezeki buatnya disana sejak 2 minggu bersekolah.... Syukur Alhamdulillah atas apa yang telah Allah berikan untuk Afiq juga kebahagiaan untukku. 
1) Pertama : Bermulanya sekolah 4 Jan 2012, Maka bermulalah Afiq mengaji juga ditempat baru. Dulu.... Afiq mengaji di Taska @ Tadika At-Taufiq ..... Sekarang, oleh kerana dah berpindah, Maka dia pindah mengaji juga di Jalan Kelisa 3. Aku yang hantar jumpa ustazah mengaji tu.... Minta dia ajar Afiq mengaji dan dia bersetuju..... Apa yang aku berbangga adalah.... Afiq mendapat pujian dari jiran2 aku.... Semua menuji Afiq... As... Afiq pandai mengaji ek... Ustazah puji sangat2 kat dia... Pandai mengaji siap kira harakat dan tajwid..... Bila jiran aku cakap macam tu... mulalah aku tersengih2... tapi betul ke?.. Aku nie pun jenis susah nak terus percaya cakap orang.... Balik aku pun tanya Afiq... Betul ke Ustazah puji Afiq? A'ah... Ustazah tu baik... dia sayang kat Afiq... dia selalu puji Afiq ngaji.... Mulalah kembang hidung aku yang tak mancung nie... hua ha hahaa......
2) Kedua : Minggu lepas baru aku tahu rupa2nya ustazah yang mengajar Afiq mengaji adalah orang yang sama Ustazah kelas sekolah agama Afiq... kebetulan lah pulak!.... Apa yang aku bangga adalah.... Afiq dilantik menjadi pengawas sekolah... Alhamdulillah..... Syukurlah.... Semoga Afiq semakin rajin dan semangat untuk mengaji dan ke sekolah... Amin.....


Yang aku sangat2 puji adalah dari didikan Afiq di Tadika At-Taufiq. Tadika At Taufiq banyak membantu Afiq menjadi anak yang lebih baik... nak harapkan aku memanglah susah.... Terima Kasih dan Syukur sangat2 pada Tadika At Taufiq kerana banyak membantu Afiq dalam mengaji, solat dan sahsiah sebagai umat islam. Bayangkanlah kenapa Afiq digelar sebagai Ustaz oleh ahli keluarga aku?... dan Kenapa pula Afiq diejek 'Ustaz Gemuk' oleh rakan2 sekolah Kota Masai?... Ustaz pun ustazlah.. mudah2an masin mulut orang yang mendoakannya..... Ustaz tak semestinya bekerja sebagai Ustaz kan?... Ada juga engineer bergelar ustaz.... he heheeee heee.....

Dan yang pasti aku tetap menyokong Tadika At-Taufiq.... Tetap hantar anak no2 aku kesana.... walaupun terpaksa meredah jalanan yang jauh... tapi semoga niatku untuk mendidik anak2 berjaya dengan apa yang diimpikan.... Semoga anak2ku berjaya hingga akhirnya... walaupun mereka agak nakal, tetapi mudah2an ilmu yang mereka perolehi digunakan hingga akhir hayat..... AMIN....


2 comments:

Cikgu Nana said...

Waaaah tahniah afiq....mudah2an makbul doa mama....insyaAllah....

Asmida said...

TQ Yana... Mudah2an... juga untuk Aqillah... sama2 berjuang untuk mengapai kejayaan..... Moga mereka sentiasa cemerlang..... Amin

Jom tengok gambo2.........