Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Thursday, January 19, 2012

Intro tentang China


Dari En Gugel : Map China
Entahlah.... tetiba jer plan nak ke China. Padahal sebelum nie aku memang dah tutup plan nak ke China sebab takut nak kesana apa lagi bila bawak anak2... Macam2 cerita kat Muka Buku tue.. naik ngeri rasa nak jejakkan kaki ke sana.... Tapi, kesian sangat kat Afiq. Sejak dia kena tinggal dari New Zealand dulu, tak sampai hati nak buka cerita tentang itu ke sana. Tetapi, tak lari dari cerita dan pengalaman yang amat seronok ke sana. Tak sengaja keluar dari mulut. Kadang2 bila buka aircond kat bilik, tetiba Afiq cakap... Kat New Zealand sejuknya macam nie ke Papa?...  Nanti jalan2 mak bapak pulak tercerita... kat New Zealand tak de pun nak jumpa sampah... tetiba ada suara menyampuk dari belakang... bersih sangat ke Papa kat New Zealand tu.... Nanti Afiq ada duit Afiq nak pergi rumah mak long eh Papa.... Amboi2.... ingat mak long tu duduk lama ke kat sana?... InsyaAllah tahun nie dah balik dah mak long tu.... dah tak der sapa2 kat New Zealand.... Tapi yang paling sedih, setiap kali buka air cond.. itu ayat yang keluar dari mulut Afiq... seolah2 ada tanda penyesalan yang amat sebab dia bersetuju untuk tinggal sebab bersekolah....

Ada juga planning nak suruh Papa dan Afiq je yang ke New Zealand sebelum mak longnya pulang ke Malaysia... sementara mereka ada di sana.... Tapi, terdapat 3 kekangan yang akhirnya kami membatalkan niat nak ke sana. Pertama adalah kerana tambang yang amat mahal dan kos yang tak mampu untuk kami tampung. Kedua, sebab airasia WAJIB melalui Christchurch.... ditambah pulak Christchurh baru2 nie mengalami gempa bumi yang agak kuat... Maka, pengalaman lalu membuatkan hatiku berat nak melepaskan insan tersayang untuk kesana melalui Chrischurch... Kalau ada tambang murah direct to Auckland tak pe.... Ketiga, fikir punya fikir... dari papa mengulang tempat yang sama, baik cuba mencari pengalaman ditempat baru..... 

Itu sebab yang beria2 mencari percutian negara 4 musim yang menjimatkan!.. Akhirnya China tempat yang kami pilih. Apapun semoga Allah permudahkan urusan kami dan selamatkan kami sepanjang percutian kami ke China bulan Mac nanti. InsyaAllah, Afiq akan merasa sedikit musim sejuk dihujung2...... sebab sekarang tengah musim Winter disana. Rakanku Rizal dan nuraini dari JKE baru jer balik dari Guangzhou dan Tianjin...... Perrrghh, sejuk bangat sampai balik bawak virus selesema... he heheeeeee..... So, kalau dah hujung2 tu oklah kan.... bawak kanak2 apa lagi... kalau dah sakit kat sana susah pulak nak berjalan2....

 
Panduan untuk aku... Subway adalah transportation utama kat China





Weather di Guangzhou

Sedikit info tentang Guangzhou:
1) Syurga membeli belah  - Apa yang aku nak shopping sangat kat sini ek?... urrrmmmm.... katanya kalau beli kat sana jual sini boleh sampai 80% nilainya?.... best tu?... Nak beli TV ke?... ha ha haaa... handphone baru jer tukar.... apa? Kamera?.... wah best jugak idea tue....
2) Nama lamanya adalah Canton. Ia merupakan bandar ke 3 terbesar di negara China... besarlah tue ek Guangzhou nie.....
3) Populasi rakyat di Guangzhou adalah 3 juta!... ramai tu....

Pengalaman dari kawan opis yang baru balik dari Guangzhou adalah... memang best giler shopping kat sana. Dia banyak beli barangan elektrik... Nak beli sutera tapi dia kata kualiti sutera di Malaysia lebih baik.... tak tahu lah ek... Dia banyak gak beli hand bag dan kasut tapi... banyak juga sedekah kat orang lain sebab ter'beli dari kulit ba alif ba ya..... So, nasihat dari dia... kena berhati2 ketika membeli... jangan sampai tersalah beli sebab banyak sangat dari kulit jenis 'tuut'.....

oklah.... itu jer info setakat nie... Eh, kenapa ek aku sibuk benar cari info tentang China?.. Kan percutian yang paling hampir adalah Indonesia @ Semarang?... Kalau Indonesia aku tak risau sebab bahasa dia hampir sama dengan bahasa kita... tapi katanya kalau di China mereka juga tidak faham menggunakan bahasa inggeris... hah tu yang risau tu.... tourist guide pun aku tak booking lagi...  tu yang sibuk masih dalam survey lagi...... Bak kata mereka yang kesana, kalau tak reti cakap cina memang macam ayam dan itik ler gamaknya..... adussss!... kami nie tak reti berbahasa cina.. tengoklah... sebab ada yang offer pinjamkan kamuslah... macam2 pendapat dari mereka yang pernah ke sana.... mereka kata lebih baik tak payah guna tourist guide... dahlah bayar mahal.. tempat terhad... hampeh... jalan sendiri pun okey kat sana... entahlah.. tu yang masih survey tu sebab aku nie bawak handbag bujang 2 orang tu.... he heheeeeee.....


No comments:

Jom tengok gambo2.........