Rekod sekolah lama.. Terima kasih buat semua Ustazah yang mengajar Afiq.... |
Wah............
Tajuk macam best jer kan?.. Sekolah baru Afiq..... yup... Sekolah baru
untuk anak aku Afiq tetapi sekolah lama yang dah bertahun2 wujud bagi
orang lain...... he hehheeee........... Sebenarnya, Afiq telah berpindah
sekolah agama dan sekolah kebangsaan di Cahaya Baru... Sekolah Kampung
macam zaman aku sekolah dulu jer gamaknya.. jauh berbeza dengan sekolah
lama iaitu Sekolah Agama dan Sekolah Kebangsaan Kota Masai.... Suasana
bandar yang sibuk.... sedikit hiruk pikuk suara kenderaan yang lalu
lalang, suara anak murid yang mencecah ribuan pelajar... huh!... jauh
berbeza........
Kenapa
aku pindahkan sekolah Afiq tergesa2?.. Ada masalah ke?.... Owh... sudah
tentulah ada masalah... kalau tak de masalah buat apa aku menyusahkan
diri memindahkan sekolah untuk Afiq?. Tergesa2 sebab kena juga buat
keputusan segera sebab sekolah akan bermula 2 minggu lagi.... bermakna,
dalam masa 2 minggu lepas aku sibuk menguruskan urusan pindah sekolah
anak. Keputusan atau lebih tepat kad penyata diberi pada 2 minggu
sebelum naik sekolah. Maka, watu itu baru ibu bapa dapat tahu Darjah 3
dia akan masuk kelas apa dan masa pukul berapa..... bila dapat tahu yang
tahun 2012 Afiq naik pukul 7.15pagi, hati nie dah mula fikir... sempat
kah aku?.. bolehkah aku?... penat tak aku?...Akhirnya terpaksalah juga
mengambil keputusan untuk memindahkan juga Afiq ke sekolah Cahaya Baru
supaya memudahkan urusanku dalam tahun 2012 ini!.....
Tengah menunggu Papa uruskan di Pejabat.. ramai betul orang.... |
Ok.. dah tahu kenapa Afiq berpindah sekolah?
1)
Sebab sekolah agama naik pukul 7.15 pagi dan tiada kelas2 lain seperti
tahun2 lepas untuk darjah 3 naik pukul 8.45 dsb. Semua darjah 3 naik
pukul 7.15 pagi.. tiada pilihan lain!... kalau DULU aku just hantar
anak2 ke Tadika/Taska At-Taufik. Azim dan Afiq watu yang sama iaitu
pukul 7.45pagi.... Azim akan bersekolah dan Afiq menunggu van untuk ke
sekolah agama yang naik pukul 8.45pagi. Senang dan tiada masalah....
2)
Tak sanggup menempuh jem (depan kubur kristian @ traffic light Jalan
Bacang). Lebih2 lagi kalau hujan @ accident.. mau jemnya sampai ke
Petronas Taman Cahaya Masai... owhhh.... tak sanggup!. Jem biasanya pada
awal pagi sebab orang nak pergi kerja dan ramai banyak
sangat van, kereta, motor bebudak sekolah juga nak ke Sek. Men Kota
Masai yang kat Jalan Bacang tue.... tapi kalau pukul 7.30 pagi,
kenderaan mulai menyusut dan biasanya tiada jem disini!.....
3)
Tak mampu juga untuk bangun pagi2 buta nak menghantar Afiq ke sana....
Kalau naik 7.15 pagi, maunya aku kena bertolak pukul 6.30pagi!... owh
tidaaak..... biasanya, aku pukul 6.30pagi baru nak bangun tidur dan
bukannya sudah bersiap2 nak keluar rumah.....
sebab2
lain tue biasa jer bagi aku... aku tak kisah..... soal pelajar ramai
ke... sekolah sempit ke... cikgu tak ok ke.... itu persoalan no2 yang
masih boleh difikirkan.. bagi aku yang penting anak aku sendiri. Kalau
nak berjaya kenalah berusaha..... Tapi kalau sekolah tu cantik, selesa,
pelajar tak ramai.... itu satu bonus!... Kelebihan yang memang kalau
boleh aku nak juga rebut!......
Dari pintu pejabat Sekolah Agama Caha Baru |
View ke Kantin Sekolah |
Antara kelas yang ada.... Kasut letak diluar ye.... |
Ibu bapa berikrar buat aku janji menyerahkan anak ke pihak sekolah.... |
Afiq.. belajar rajin2 ye sayang....... |
semoga Afiq lebih seronok dan semangat belajar disini.... |
Ibu Bapa yang nak bayar yuran |
Memang
tak dinafikan... memang aku juga memilih sekolah yang terbaik untuk
anak2ku... walaupun persoalan no 2 tapi aku tetap mengambil berat
tentang itu.... Kenapa Cahaya baru menjadi pilihan?...1) Sebab keadaan
tidak sesesak di Kota Masai @ Kopok.... 2) Sebab sekolah CB merupakan
sekolah terbaik daerah JB kategori luar bandar. 3) Sebab keputusan UPSR
yang juga cemerlang (ada bukti anak sedaraku sendiri w/pun hanya dapat
4A) dan sekolah agama selalu memenangi apa2 pertandingan @ nasyid
@tilawah dsb.
dan hari ini menunjukkan ada sedikit perbezaan keadaan sistem pembelajaran di Kota Masai dan Cahaya Baru......
1)
Pelajar2 lebih senang diurus.... (sebab x ramai). Pelajar2 lebih
berdisplin dan menurut perintah. Aku juga faham, kalau aku nak handle
pelajar ramai @ sikit.. kompom aku pilih yang sikit.....
2)
Walaupun bangunan lebih 'buruk' tetapi lebih 'bersih' dari bangunan
baru sebab nampak kelas yang cantik, terjaga, tengok kat board dia pun
dah nampak kan macam mana cantiknya kelas dia... Kasut pun tinggal kat
luar kelas... tak ler ada cop kasut kat dinding ke.... pasir dalam kelas
ke... tiada!.....
3) Anak aku senang
menunggu aku @ bas @ van.... ada tempat berteduh yang luas dan
selesa.... kalau kat Kota Masai aku kena tunggu dalam kereta.... bebudak
nie... adalah jugak pondok kecik tapi pelajar ramai.....
Sekolah agama Kota Masai pun aku ada
sedikit rasa MARAH pada mulanya.... Minggu lepas janji nak telefon
kalau fail siap.... dia kata Jumaat akan cal... tunggu punya tunggu tak
cal2.... pastu hari Isnin aku datang sekolah nak ambil fail Afiq.. boleh
pulak pejabat TUTUP. Tak ada orang.... aku tanya bila boleh datang..
dia jawab RABU... Geram tak?... Rabu kan dah start sekolah... bila masa
aku nak tahu masa sekolah dia... bila masa aku nak cari van dia.. nak
duduk mana... aduuuuh!... Kalau Sekolah Agama Cahaya Baru ada cikgu yang
bergilir2 jaga pada minggu terakhir cuti sekolah.... senang sikit nak
berurusan... dah terpaksalah aku hari ini baru memulakan proses
memindahkan Afiq Sekolah Agama, mancari van, follow dia naik van.. tanya
sana.. tanya sini... huh... penat betul rasa...... Tapi, Alhamdulillah
semua dah settle....
Sekarang Afiq sedang didalam kelas
sekolah kebangsaan darjah 3.. tak tahu dapat kelas apa... tadi hantar,
cikgu bertugas dah ambil dia... dan kata 'tak pe, saya uruskan' sebab
bebudak lain dah masuk kelas masing2.... Masa uruskan pindah Isnin lepas
dia tak bagi kelas terus... entahlah.. risau gak dapat kelas apa....
dapat kawan tak... seronok tak dia sekolah kebangsaan CB nie....
Apa2 pun aku sangat2 berdoa...
Semoga dengan keputusan aku memindahkan Afiq ke Sekolah Cahaya Baru ini
adalah keputusan yang baik dan betul. Keputusan yang memberikan jalan
yang benar, jalan yang lurus dan dipermudahkan dalam segala urusan. Yang
penting Afiq lebih bersemangat.... lebih seronok belajar disekolah
barunya hari ini..... Walaupun sekolah ini bangunan lama.... tapi moga
dengan tahun baru ini Afiq lebih rajin, lebih berusaha untuk lebih
berjaya..... Mudah2an.....
2 comments:
as, moga afiq cepat adapt dengan sekolah baru,
walau di mana berada....insyaAllah, anak ini boleh cemerlang. Amin.
TQ 4 the doa yana... Semoga anak2 kita berjaya seperti mana yang kita impikan... AMIN...
Post a Comment