Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Wednesday, December 28, 2011

Gempa lagi????.....

Christchurch yang sering dilanda gempa bumi

Kesan gempa bumi

Subhanallah....
 Gambar diatas : dari en.google

Berita semalam mengejutkan kami sekeluarga yang sedang menikmati makan malam.... Cik hubby memanggil2 aku didapur..... "As... cepat As.. cepat tengok nie..."..... rupa2nya berita Christchurch digegarkan sekali lagi dengan gempa bumi yang agak kuat..... Ya Allah... tetiba teringat kenangan lama kami di bumi Christchurch pada 21 Jun 2011 yang lalu.... sangat mendebarkan dan sangat menakutkan bila mengingati masa itu......

Ketika kami di Airport Chrischurch
Kenangan lalu..... kami begitu excited sejurus sampai dibumi Christchurch.... di Airport kami disambut dengan bunyi-bunyian burung kiwi diserata tempat... sangat2 menakjubkan. Hanya ucapan syukur tak terhingga perjalanan kami selamat tiba di New Zealand dengan Air Asia.... Sampai di Airport segera aku menefon mak memberitahu kami selamat sampai. Masa tu jam disini pukul 11malam dan di Malaysia pukul 7 malam..... Mak terus menceritakan yang rupa2nya semua penerbangan New Zealand ditutup sebab letusan gunung berapi di Chilie... mak amat risau sebab flight kami sahaja yang dilepaskan ke sana... Ya Allah... baru aku tahu.. patutlah Airport nie lenggang semacam je.. dan kak long juga tak dapat menyambut kami disini sebab dia juga terkandas sebab penerbangan Jetstar dari Auckland juga dibatalkan... Ya Allah.. syukurlah kami semua selamat...... tapi, kami disambut oleh rakan kak long ( Kak Sabariah ) disini.... 

Esoknya, kami dibawa berjalan2.... dibawa ke bandar Christchurch. mukabumi disini penuh dengan gunung ganang yang amat2 cantik... dari kapal terbang dapat lihat salji dihujung2 gunung memutih... sangat2 cantik.... kami dibawa oleh Hanif ( suami kak Sabariah ) mendaki gunung (tapi guna kereta lah) untuk melihat seluruh Christchurch dari atas.... memang sangat2 cantik. Sekali lagi kami teruja dengan keindahan Christchurh yang memang glamour dengan negara paling cantik di New Zealand!.......
Dalam kereta nak bersiar-siar di town Christchurch

Atas bukit... dan bawah gaung yang sangat2 curam...
Selepas teruja dengan kecantikan dan kesejukan disini, tiba-tiba bumi yang kami pijak terasa bergegar.... masa nie aku, mak, anak2 dan suami berada dalam keadaan yang berjauhan antara satu sama lain... Suami + Azim jauh ke atas sebab dia orang nak lalu lereng bukit jugak.. aku memang dah seram tengok tempat curam!.. ngeri beb.... Maka, aku balik dulu nak tengok Aleesya di dalam kereta yang sedang tidur dan ditemani oleh Hanif. Mak mengekori di belakang. Gegaran tadi aku dah terfikir juga... eh, gempa bumi ke?.... lori ke yang lalu kat bawah bergegar2... grrrrrrrrr macam bunyi lori lalu gitu ler gamaknya...... tapi, jauuuuuuh ke bawah jalan raya?....

Selepas gegaran pertama... semua keadaan menjadi kelam kabut ....

Sampai di kereta, Hanif sedang menelefon kak Sabariah bertanya berita... rupa2nya yang bergegar tadi adalah gempa.... masing2 risau sebab di rumah gegaran lagi kuat! Kami di puncak gunung kurang sikit rasanya..... dah, terus ambil keputusan jalan di city jer....

Aleesya yang sedang tidur.. langsung tak tahu apa yang sedang berlaku...

Jetlag lagi nie..... melantak tido..... ada aku kisah?
Sampai dicity, anak2 dah tidur.. pemandangan memang sangat2 cantik... teruja dengan itik yang ada di taman... baru jer turun kereta nak snap gambar, sekali lagi gegaran yang lebih dahsyat berlaku.. jauh berbeza dengan yang tadi!.... Kami berdiri dekat sambil berpelukan antara satu sama lain.... Anak2 aku didalam kereta pun hanya mampu aku lihat sahaja.... TAK BOLEH JALAN!.... bergoyang2 rasa nak jatuh.... Ya Allah, masa nie lutut2 ku tersa terus longgar.. menggigil2 ketakutan!.... gegaran tak lama.. mengambil  masa dalam 3-5 minit sahaja.... tapi, korang tengok ler, kami parking kereta disebelah bangunan!.. bangunan ni dah melentok kekiri kekanan.. lampu jalan tu?... dan berayun2 nak mencecah bumi... subhanallah... Maha suci Allah... pengalaman yang sangat2 berharga yag Allah beri..... bertapa bersyukurnya aku dilahirkan di bumi Malaysia yang tiada banyak bencana Alam...... Alhamdulillah.

Selepas gegaran ke 2 yang lebih dahsyat dan membuatkan lututku terus dan terus menggigil.....
Masa gegaran tu, handset masih ditangan... cik hubby suruh aku rakam apa yang berlaku!... hati dah tak senang masa tue... fikirkan anak2 didalam kereta yang melambung2... bergoyang2... (masih ku ingat lagi bagaimana rentaknya...). Hanya Allah yang tahu..... hati seorang ibu yang sedang menghampiri sakaratulmaut ....... Alhamdulillah kami selamat....  Selepas gegeran berhenti... 1 gambar pun tak jadi nak snap... (bayangkanlah debaran jantung nie dah laju tak fikir apa dah), aku dapat snap 1 keping nie jer kenangan sebelum masuk kereta..... nak balik rumah.... masa nie siren dah bunyi2... kereta bomba sana sini... paip mula pecah... jalan raya mula pecah.... bekalan elektrik pun tiada.... banjir lumpur ( lumpur sebab bekas tapak gunung berapi @ air bawah tanah ) mulai keluar....warna hitam!.... jalan mulai jem. Sampai rumah kami hanya mendengar berita. Duduk rumah sahaja dan mulut tak berhenti dari menceritakan detik-detik cemas tadi.....  Flight semua cancel.... kami juga tak dapat ke Auckland yang sepatutnya flight hari ini.... Akhirnya, kami terpaksa beli tiket baru menggunakan Air New Zealand yang jauuuuh sangat2 mahal harganya... demi keselamatan kami bertekad..... masa tu ibarat keluar mulut naga masuk mulut buaya... kenapa?... sebab semua penerbangan dibatalkan sebab keadaan risiko tinggi gunung berapi diChilie tue.... Masa tu dah redha jer dengan ketentuan Tuhan.... Kalau kami mati sebab gempa .... di daratlah ia..... Kalau kami mati sebab letusan gunung berapi.... di udaralah ia..... hanya doa berpikul2 yang tak lepas dari mulut sampailah kami selamat mendarat di Auckland..... Bila sahaja selamat sampai di Auckland nie terasa macam lepas dari satu bebanan yang amat berat!.... Alhamdulillah... Allah masih panjangkan usia kami..... tapi, inilah pengalaman kami. Kak Long yang duduk New Zealand lebih lama pun belum tentu merasai pengalaman gempa yang kami rasa.... hanya insan yang dipilih Allah sahaja akan merasai.... Mungkin, Allah nak mengingatkan aku yang sering Alpa denganNya....  Semoga diriku insaf dan mengambil iktibar dengan pengalaman ini.......

Nak tahu cerita2 dulu tentang gempa... cuba klik link disini.....

1 comment:

Anonymous said...

pengalaman berharga yg mmg tak dapat dilupakan - fairullahs de gretz

Jom tengok gambo2.........