Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Wednesday, December 14, 2011

9 tahun sudah berlalu......

9 tahun sudah frame nie tergantung di ruang tamu rumahku.... dari rumah Quartez Guru Taman Scientex, Rumah Jalan Kuini dan kini tersergam indah di Rumah Jalan Kelisa.  Indah ke?.... ha hahaaaaa... tetap indah dihati walau semakim memburuk di ruang tamu.... kih kih kih....... 

Pada 14 Disember 2002 lalu, tarikh inilah aku diijabkabulkan bersama suami tercinta, MOHD FAIRULLAH MUHAMMADON. Masih segar diingatan, selepas solat Asar aku dinikahkan di Masjid Jamek Felda Air Tawar 5. Masa tu ada 2 pasangan yang bakal ijabkabulkan. Masa tu Arwah imam Yahya ( Bapa kawanku Zahirudin ) yang bertanggungjawab menikahkan kami. Perasaan?.. entah ek?... berdebar2 tu ada lah juga... excited?... adalah jugak... entah semua perasaan bercampur baur..... tak tahu nak kata apa...... Akhirnya, aku selamat dinikahkan bersama suami tersayang dengan sekali lafaz sahaja..... Alhamdulillah. Malamnya, kami buat Majlis Berinai dan pada 15 Disember 2002 Majlis Persandingan kami..... Walaupun hujan turun, Alhamdulillah ramai yang datang. Apalagi kawan2 sekolahku..... ramai yang datang.... Maklumlah masa tu ramai yang still single lagi.... Suka sangat2... Tapi bagi yang kawin lambat2 sikit nie, kawan semakin berkurang.. maklum ler komitmen keluarga, anak2 lagi...
 
Apapun aku bersyukur padamu illahi kerana meberikan aku suami yang penyayang, suami yang amat bertanggungjawab dalam menguruskan keluarga dan anak2..... Syukur tak terhingga. Kenalanku dengan suami bukan sehari dua, 3 tahun sama2 belajar di ITTHO, bermula kawan sekelas, kawan biasa, kawan posmen (maklum ler laki aku nie ramai peminat dulu2), sampailah akhirnya aku pulak yang tersangkut dek jaring yang ada padanya... kih kih kih...... Aku pun tak tahu kenapa aku boleh tersangkut padanya?... tetiba je timbul rasa suka, rasa sayang, apa lagi rasa rindu kat dia..... 'May Be' dia sangat2 banyak membantu aku dalam menguruskan segala hal.... dia juga banyak menemaniku dalam apa juga kerja yang aku lakukan.... Tanpanya aku rasa sunyi... tanpanya aku rasa kehilangan 'sesuatu'.... Maka dengan itulah aku memilih dirinya menjadi peneman setia hidupku......

Buat Suami... Happy Anniversary yang ke 9.... Semoga ikatan perkahwinan kita berkekalan ke akhir hayat, disulami ikatan cinta dan kekal bahagia selama-lamanya.... Amin.

1 comment:

Nida said...

Tahniah As dan Yu.. moga kekal jodoh hingga ke akhir hayat dan bahagia sentiasa mengiringi.

Jom tengok gambo2.........