Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Monday, December 5, 2011

Besday Boy....

Pilihan AFIQ.....
Pada Jumaat, 28 Oktober 2011 yang lepas merupakan hari lahir putera sulungku yang ke-8. Besar dah anak mama..... Rasanya macam baru jer semalam abang long keluar dari perut mama. Mama masih ingat lagi detik2 mama mula rasa2 sakit.... dari AT5 mama balik PG... Mama terus buat check up kat Penawar...  itukah tanda2 mama bakal melahirkan diriMu.... Pastu Mama kena tahan wad padahal mama x sakit pun lagi... kadang2 jer sakitnya... Akhirnya, setelah seharian tinggal di wad dan labour room Hospital Penawar.... pada 1 Ramadhan bersama papa, Tok mak dan family semua... Akhirnya AFIQ lahir dengan selamatnya pada pukul 1.00 pagi.... semua tak sabar menanti kehadiranMu sayang....

Bila abang long dah lahir,  perasaan mama tak terbanding lagi dengan apa2 juga.... mama sayang sangat kat abang long... mama jaga abang long sebaik mungkin... mama nak anak mama montel.. masa abang long umur 1 tahun, susah beno abang long nak makan... puas mama pujuk.. puas mama masak apa2 jua... yang penting misi mama nak montelkan abang long berjaya... sebaik2nya mama jaga abang long... semua mama nak buat untuk abang long... Papa suap abang long pun mama merajuk... sebab masa tu abang long dah mula manja kat Papa.... Mama nak abang long hanya untuk mama.. bayangkanlah... betapa kasihnya Mama kat anak sulung mama!!!!...... Maklumlah, anak baru sorang......


 
Tahun 2011 untuk besday Abang Long... Mama ambil cuti. Mama tak buat besar pun... Sekadar adik beradik Mama dan Papa pun sudah ramai.... Oleh kerana rumah Casia nie Mama Tak pernah buat kenduru lagi... Maka, alang2 dah nak buat besday Afiq... Mama pun buatlah kenduri sekali.....


Tengoklah, dapur Mama yang sempit nie pun dah penuh dengan kaum ibu2.... Semua adalah adik beradik, ipar duai dan anak2 saudaraku....... 
(Atau inikah petanda supaya aku besarkan rumah lagi?.. hu huhuuuu)







Sampai ke rak pinggan korang duduk ek?... Sya sya anak yang baik.... Tak kacau mama bizi malam nie..... dia ikut jer sesapa yang nak pegang dia!.. Gud Gurl!...



 Majlis bermula selepas solat Isyak.... Orang2 Surau datang serentak dari surau dan jiran2 terdekat juga aku jemput..... Bermula dengan bacaan Yassin & Tahlil serta doa selamat. Selepas jemputan lelaki balik... kaum2 wanita pula mengambil tempat..... second round.... kesian kena tunggu lama... Nak makan kat dapur sempitlah pulak.... Oleh kerana yang tinggal hanya adik beradik sahaja, Maka Majlis memotok kek hari jadi dimulakan...... Selamat Hari jadi Buat Anak Mama Muhamamd Asrul Afiq..... Moga jadi anak yang soleh, anak yang mendengar kata mama, anak yang bijak, anak yang cemerlang dunia akhirat dan sentiasa sihat dibawah rahmat dan lindunganNya... Amin. Juga, Selamat hari lahir buat abah.... Semoga Abah sihat2 selalu... diapanjangkan usia... Beza hari tarikh lahir mereka berdua nie ada 1 hari sahaja...... he heheeeee.....

Selamat Hari Jadi Afiq dan Abah....
Semoga dipanjangkan usia dan dilimpahruahkan rezeki selalu.......
Ahli keluarga aku dan suami.......

Bersama Papa tersayang.......
Bersama Mama tersayang......
 
Amacam?... Best tak menu malam nie?... mesti bestkan sampai menjilat jari!... he heheheeeee.....

Sekelip mata kau berubah....... terbaeeek!.....
 *** Alhamdulillah selamat sudah hajat dihati. Lama dah nak buat kenduri... konon2 nak buat dari sebelum ke NZ lagi ... sampai hari nie baru dapat buat.... Kenapa buat kenduri?...
1) Sebab selamat pergi dan balik ke New Zealand.
2) Bersyukur sangat2 sebab terselamat dari Gempa Bumi di Christchurh... dan Azim juga dari terjatuh dikawah Gunung Berapi.... Alhamdulillah, Syukur masih panjang umur kami semua....
3) Sebab pindah rumah kedua.. Semoga dapat keberkatannya disini.
4) Sempena Besday Afiq dan Abah yang sangat aku sayangi....

1 comment:

Nida said...

Salam As..

Sekejap je masa berllau... rasa baru semalam As melahirkan Afiq.. laa ni dah besar panjang pun bujang tu..hehe.

Buat Afiq, nanti klu balik Malaysia boleh Mak Long belanja kek besday ek... jadi anak yg soleh, bijaksana dan berjaya dunia serta akhirat tau... ameeeeennn

As, Along dah pindah blog baru tau.. blog lama tak digunakan lagi selepas ini:
http://ucualong.com/

Jom tengok gambo2.........