Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Tuesday, February 28, 2012

First day di Semarang, Indonesia

Lawang Sewo - Seribu Pintu

Sila bayar tiket dulu ye.....

Kami semua bersama Mas Anto
 
Kami Semua bersama - incharge person kat situ
Jom tengok dalam....
Mendengar penerangan dari dia.....
Selepas memenuhkan perut dengan Ayam Penyet Semarang, kami terus ke Lawang sewu. Kat sini merupakan tinggalan sejarah dimana banggunan ini di bina oleh pemerintahan Belanda pada tahun 1904 dan digunakan sebagai bangunan pejabat. Memang banyak ruangan tersekat2 disini dan mempunyai banyak pintu. Oklah.. malas nak cerita panjang, kalau nak maklumat lanjut sila klik disini. 

Selepas ke Lawang Sewu, kami meneruskan perjalanan kami ke Masjid Agung Demak. Masjid ini juga tinggalan sejarah lama Kota Semarang. Masjid ini merupakan Masjid Tertua DI INDONESIA. Di sini merupakan tempat dimana berkumpulnya para ulamak (wali) yang menyebarkan agama islam yang lebih glamournya disebut sebagai Walisongo.Tapi sayang, masa nie, anak2 semua tidur. Maka akulah menjaga anak2 didalam kereta. Hanya memerhati dari cermin tingkap sahaja.... Lama tu tunggu dalam kereta.... he heheeeeee...... Nasib baik econ kuat... nyaman jer dapat rehat dalam kereta.......



Masjid Tertua di Indonesia

Muzeum juga ada disini... Sediakan Rupiahnya saja....

Sempat lagi shopping... tapi tak sebanyak di JogJakarta....
Selepas ke Masjid Agung Demak, kami terus ke Masjid Agung Semarang. Sangat cantik dan besar. Apa yang istimewa Masjid ini?... Ada lift untuk melihat sekitar Kota Semarang, ada apa ek nak sebut....macam payung besar, bila buat event besar2 dia buka 'payung' tu.... sangat menakjubkan...


Al-Quran terbesar juga ada disini...
Gong terbesar juga....
Naik lift pun kena bayar... dari atas dapat tengok Kota Semarang....
Nak guna teropong pun kena bayar... 1000rupiah jer untuk 3 minit...
 
sukalah korang yer..... dapat main... ingat ini padang kah?
 
Masjid Agung Semarang
Mak Lang pulak jaga Ecah masih tidur dalam kereta.....
 
Masjid yang sangat cantik dan unik
 
Masjid Agung Jawa Tengah Semarang ini dibangun pada hari Jumaat, 6 September 2002 yang ditandai dengan pemasangan tiang pancang perdana yang dilakukan Menteri Agama Ri, Prof. Dr. H. Said Agil Husen al-Munawar, KH. MA Sahal Mahfudz dan Gubernur Jawa Tengah, H. Mardiyanto, akhirnya Masjid Agung Jawa Tengah Ia dirasmikan oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada tanggal 14 November 2006. Meskipun baru dirasmikan pada tanggal 14 November 2006, namun masjid ini telah digunakan untuk ibadah sebelum disiapkan. Masjid megah ini telah digunakan ibadah solat Jumaat untuk pertama kalinya pada 2004 dengan Khatib Drs. H. M. Chabib Thoha, MA, Kakanwil Depag Jawa Tengah.

No comments:

Jom tengok gambo2.........