Kliklah dulu tawaran-tawaran yang menarik disini

Tuesday, February 28, 2012

Sam Poh Kong

Sam Poh Kong
Perjalanan dari LCCT ke Semarang memakan masa 2 jam dan 15 minit sahaja. Sesampainya kami di Semarang, kami telah disambut oleh Mas Anto. Mas Anto ini adalah abang kepada Sri Wahyuni (pelajar PHD di New Zealand aka kawan abang ipar di NZ). Sebelum ini, kami hanya berurusan melalui telefon dapat mengenali sedikit melalui gambar2 di Facebook beliau. Kalau dilihat pada rupa, nampak macam serius orangnya tetapi bila sudah kenal jauh berbeza. Sangat mesra dan baik hati. Hampir 1 jam juga dia menunggu, kerana dek cop passport dan check up imegresen memakan masa yang lama. Mas Anto mengambil kami dengan Innova yang kami sewa selama 3 hari. Perancangan telah dibuat melalui telefon lagi. Sewa kereta disana agak murah juga sebab innova ini kami sewa dengan harga lebih kurang RM120/day sahaja. Kemudian, Mas Anto terus membawa kami berjalan2 ke destinasi pertama disini iaitu Sam Poh Kong. Tiket masuk ke sini lebih kurang RM4.00/person. Hah... apakah itu Sam Poh Kong?......
 
Pernahkah dengar nama seorang Laksamana Tionghoa bernama Cheng Ho? Pada masa dahulu berlayar dan singgah di Semarang?. Ditempat singgahnya ini berdiri sebuah klenteng untuk meperingati Laksamana Cheng Ho bernama Klenteng Sam Po Kong atau beberapa menyebutnya Klenteng Gedong Batu (karana berada di  gua batu besar yang terletak di sebuah bukit batu).

Laksamana Cheng Ho adalah seorang nahkoda Muslim dari China yang  berlayar menjelajah dunia untuk berdagang sambil menyebarkan ajaran Islam.  Cheng Ho adalah seorang tokoh yang berasal dari daratan China, maka klenteng yang dibina kini digunakan sebagai tempat pencarian peruntungan sebagaimana tradisi-tradisi yang biasa dijalankan oleh masyarakat keturunan China hingga saat ini. Padahal menurut Ir. Setiawan dalam bukunya ‘Mengenal Kelenteng Sam Po Kong Gedung Batu Semarang’, tempat ini dulunya merupakan sebuah Masjid.

Sumber yang sama sempat bertanya, apakah Cheng Ho dan Sam Po Kong adalah orang yang sama?. Katanya Cheng Ho yang bernama lain Mahuan adalah keturunan Mongol (bukan China)  sebagai nahkoda kapal. Sedangkan Sam Po Kong merupakan pemilik kapal niaga  Maka, keduanya merupakan tokoh yang berbeza. Kedua tokoh ini dipercayai mempunyai misi yang sama iaitu menyebarkan agama Islam disepanjang kegiatan perdagangannya.

Sumber lain pula mengemukakan fakta sebaliknya, dimana Cheng Ho dan San Po Kong adalah tokoh yang sama. Konon, Laksamana Cheng Ho/Zheng He mendapat penghargaan dan diangkat menjadi Thai Kam dengan gelar San Po/Sam Po (Thai Kam merupakan pejabat yang dekat dengan keluarga Kaisar). Sejak tahun 1431 itulah, Cheng Ho lebih dikenal dengan gelar Sam Po Kong/Sam Po Toa Lang atau Dewa Tiga Pusaka atau Tri Ratna. Wallahu'alam.

Maklumat lanjut boleh klik sini





Gembira tengok anak2 happy....
 
Kami dari Malaysia......
    
Bersama Mas Anto

weweeet... apa Afiq dan mak ecah buat tu?
Anak-anak memang dah biasa dengan atok alang dia....

Kami sekeluarga
 
Anak dara mama.... suka posing menyenget.....
Anak bujang mama... jangan nakal2 ye sayang.....

Mana Azim nie???...... uissshhhhh.....

Baca sejarah Sam Poh Kong nie..... Tak faham sila angkat tangan!....

Cak!.....

Mana Mak Lang nie... jauh sangat kat belakang.. dah tak nampak?....

Ok.. Kat sini lah.. semua boleh nampak... he heheeee.....
Sebelum keluar ambil gambar kat sini pulak....

Nak sewa baju opera  pun boleh... sediakan RM je.....
Oklah... itu sahaja cerita untuk destinasi pertama hari pertama kami di Semarang..... Lepas pergi Sam Poh Kong kami zaaaasssssssss terus cari Nasi Ayam Penyet Semarang.... laporrrr.. lapor....... Ok... jom kita makan dulu.....

To be continue......

1 comment:

awaludin said...

Assalamualaikum,

TQ atas perkongsian cerita di Semarang. Kami bercadang nak ke Semarang April tahun depan. Cuma nak mtk pendapat mana yang lebih baik sama ada by local tour atau free and easy?

TQ

Jom tengok gambo2.........